klik!

Saturday, September 17, 2011

Lafazkan kalimah itu


Lafazkan kalimah itu.. Lafazkan kalimah syukur.. Alhamdulillah... (UNIC-erti syukur)

Sebelum baca post kali ni, penulis harap pembaca-pembaca sekalian sudah melafazkan kalimah itu (alhamdulillah). Tangan ni tiba-tiba je rasa gatal nak tulis pasal syukur. Erti sebuah kesyukuran bukan terletak pada kalimah semata-mata. Ucap alhamdulillah beribu-ribu kali pun kalau tak menghargai nikmat yang Allah bagi, tiada makna kalimah syukur yang dizikirkan. Entri ni penulis ingin menzahirkan tentang syukur, redha, sabar dan ikhlas. Empat perkara yang rasanya terlalu payah untuk dilakukan, untuk dipraktikkan. Hanya Allah yang tahu bertapa kita perlu kepada KEKUATAN itu untuk menjadi insan yang bersyukur, menjadi insan yang redha, menjadi insan yang sabar, menjadi insan yang ikhlas.

Sahih Bukhari ada menyebut...
Daripada Abu hurairah r.a, daripada Rasulullah, baginda bersabda, "Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa".

Kaya jiwa? Apa yer? kaya Jiwa adalah rasa cukup, rasa lengkap dengan apa yang Allah bagi kepada kita walaupun di mata orang lain kelihatan kurang, fakir. Kalau nak contoh, penulis bagi contoh ni je la. Setiap orang di dunia ni tak ada yang sempurna, perfect, dan untuk apa kita mengharapkan pasangan yang sempurna? (sikit-sikit cinta) Kita nampak segala kekurangan pasangan kita tanpa kita nilai kebaikkan yang ada pada dia, tanpa kita nilai kelebihan yang dia ada, tanpa kita nilai pengorbanan yang telah dia lakukan. Adilkah? Sebaiknya kita pandangi dia dengan mata kebaikan, dengan hikmah, melihat kelebihan dan tutuplah sebelah mata yang memandang kepada keburukan itu. Pada masa yang sama bantu dia untuk berubah. (Macam couple pulek yek, jangan salah faham) Apabila kita berasa cukup, berasa lengkap maka bahagialah hati kita. Walaupun apa yang kita hajatkan tidak dapat, dengan rasa CUKUP sahaja sudah mampu membuatkan kita BAHAGIA. Didiklah hati, usaha dan usaha. Kita tak akan menyesal kerana yang akan kita jumpa nanti adalah KEBAHAGIAAN. Yang kita buang pula PENDERITAAN. Nafsu yang tak pernah henti memaksa diri, yang tak pernah kenal erti CUKUP. SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Ya Rabbi, aku bersyukur kerana Kau hadirkan dia dalam hidupku walaupun aku tak pasti apa takdirMu.

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud, "Apabila Allah mnghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, Dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada taqwa. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap seorang hamba maka Dia menjadikan kefakiran dihadapan matanya. (Riwayat Hakim daripada Abu hurairah)

Orang yang hanya melihat keburukan, yang melihat kefakiran dihadapan matanya tak akan pernah berasa tenang. Lihatlah sesuati dengan mata hati. Seburuk-buruk mana pun ujian yang Allah bagi, pasti ada kebaikan tersembunyi di dalamnya. Yang penting nilai dengan mata hati. Untuk apa kita selalu melihat kepada kekurangan? tidak pula melihat kepada kebaikan dan ibah yang ada disebaliknya? Golongan ini, Allah menghendaki keburukan keatasnya. Muhasabahlah andai ini yang dirasai.. Istighfar dan kembalilah mendidik hati. Hati kalau dibiar, akan ada titik noda yang bersarang. Makin lama makin besar dan makin payah untuk dibersihkan. "Aku miskin nak pergi sekolah pun tak mampu". Bersyukurlah kerana masih ada rezeki untuk dimakan. "Aku setiap hari makan makanan sama, mak ayah masak makanan tak sedap", bersyukurlah kerana masih ada ibu dan ayah tempat bergantung. Janganlah kita berasa bahawa Allah tidak menyayangi kita kerana membebankan kita dengan ujian yang tersangat berat. Apa yang Allah limpahkan kepada kita, rezeki mahupun ujian segala-galanya adalah yang TERBAIK. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Percayalah! Janganlah kita menyesal dilahirkan miskin, menyesal dilahirkan yatim, menyesal dilahirkan dalam keluarga yang kurang didikan agama. Semua itu adalah hadiah untuk kita. "Allah menghadiahkan aku ujian, ujian yang bakal mendekatkan diriku denganNya". Pujuklah hati. Bimbinglah hati.

Sungguh penulis tak layak untuk berkata seolah-olah ujian yang pembaca lalui mudah. Penulis tak pernah diuji sebegitu, orang yang tidak berasa tak boleh cakap. Bila bercakap seolah-olah menghukum. Apa salahnya sekali sekali kita rileks, anggap kesakitan itu cuma benda kecil. Allah janjikan sesuatu yang lebih besar. Besar ujian, besarlah nikmatnya. Cuma ingin ingatkan bahawa Allah uji kalian dengan ujian sebegitu, ujian lain Allah uji untuk penulis, untuk orang lain, lain pula ujiannya. Janganlah berkata seolah-olah diri kita orang yang paling malang orang yang paling banyak diuji. Sabar dan sabar. Hati yang tidak menyintai dunia akan bahagia, kerana apa yang dilihat, apa yang dinilai semuanya dikaitkan dengan akhirat, dengan syurga yang diidam-idamkan. SubhanAllah! semoga kita tergolong dalam ahli-ahli syurga, ameen.

Hargai nikmat depan mata... Sabar dengan ujian menimpa.. Redha dengan ketentuanNYa.. Ikhlas segala-gala yang terjadi sepenuh hati... Syukur dengan limpahan kasih sayang Rabbi...

Selamat berbahagia buat hati-hati yang sabar ikhlas dan redha.. Juga buat insan bersyukur.. InnAllaha ma'ana. Allah bersama kita.

Saturday, September 3, 2011

Kenapa..


Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ni tak tahu apa tujuannya, sekadar meluangkan masa kosong yang berbaki. Bersendirian di rumah..

Entah kenapa, hari ni rasa sedih, sayu, pilu. Nak bercakap tak ada mood, diam dan senyum. Tak ada mood nak makan, sekadar kuih raya jadi alas perut.

Rasa nak menangis dan terus menangis walaupun mata dah bengkak. Entah apa tujuannya, penulis sendiri tak tahu apa yang penulis nak. Cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. Dizahirkan dengan air mata.

Tadi pergi raya rumah kawan mak, penulis cuma senyum duduk diam. Makan tak jamah langsung, tak ada selera. Pergi sana bawa buku Bercinta Sampai Ke Syurga. Kawan mak tegur "Bagusnya.." Rasa macam nak jawab je "Bukan bagus, tapi tak ada mood". Entah apa yang bagus, penulis pun tak tahu. Rasa tak nak bercakap, nak cakap pun slow-slow je. Biarlah hari ini air mata jadi peneman.

Balik rumah, perut ni rasa sakit, loya. Masuk angin agaknya. Tadi dah muntah. Sakitnya tak adalah sangat. Sakit lagi menangis selepas subuh tadi. Rasa macam ada yang cucuk jantung ni, rasa ada orang siat hati ni, rasa sakit! Penulis pun tak tahu kenapa.. kenapa menangis sampai macam tu sekali.. Benda kecil je pun, tak kan nak nangis..

Jujur, Mata ni dah bengkak sangat dah untuk nangis. Tapi masih ada sisa-sisa air mata yang tinggal, yang belum diluahkan. Harap-harap esok lusa ok la, esok dah nak sekolah. Bila kita sayangkan sesuatu, kita cintakan sesuatu. Kita akan takut kehilangan benda tu. Sedih sedih.. Setiap ujian yang Allah bagi, tu kafarah dosa. Cuma ini kata-kata yang dapat penulis guna untuk pujuk diri.

Ya Rabbi.. Hanya padamu aku panjatkan doa.. Tenangkanlah hatiku.. Lapangkanlah dadaku.. Permudahkanlah urusanku.. Takdirkanlah apa yang terbaik untukku... ameen ya Rabbal a'lamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...