klik!

Monday, February 27, 2012

Husnuzhon

Manusia, manusia.. Kalau kita perasan, manusia ini sering mewarisi sifat-sifat buruk seperti mudah lupa, bersangka buruk, sombong, berasa gah dengan kelebihan diri. Kalau kita fikir secara logik, semua itu boleh diubah, dengan azam dan pelaksanaan. Dalam benak kita, sering mempersoal kenapa? kenapa? Sedangkan question mark "kenapa" ini tidak seharusnya menjadi question mark yang utama. Yang perlu dicari adalah penyelesaian, bukan punca. Untuk apa mencari punca yang tidak berkesudahan sedangkan masalah tidak pernah selesai. Kerana sibuk mencari punca kepada sesuatu permasalahan, Masalah itu menjadi bertambah rumit dan akhirnya menjadi major problem yang luar biasa. Hiperbola! perbandingan yang agak melampau saya gunakan, tapi tidak bermakna ini mustahil.



"Anak Cik Kiah tu, kenapa dia belajar jauh-jauh? Macamlah tak ada tempat dekat untuk belajar. Sengaja lah tu, nak hidup bebas. Tak ada orang kongkong"

"Anak Lijah tu, Kenapa belajar dalam negeri je? dekat sangat! tak padan dengan keputusan? tak laku ke sijil dia?"

Belajar jauh salah, belajar dalam pun salah. Itulah manusia. Sekadar mampu melihat sisi negatif daripada semua peristiwa. Tidak pula mencari sisi-sisi positif yang mampu membina buah fikiran yang jernih. Kalau kita mempersoal KENAPA ianya terjadi. Kita tak akan dapat jawapan yang benar-benar tepat. Pelbagai punca dan asbab yang diutarakan. Namun, tiada satu pun yang benar-benar dapat menerangkan secara terperinci. Ianya berpunca daripada individu itu sendiri.

1- kerana sudah terbiasa hidup dalam situasi negatif
2- manusia bersifat hasad dengki
3- ??

Sia-sia. Mencari punca yang tidak mampu memberikan impak.

Solusi?
Belajar untuk berfikiran positif, tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi kesipulan negatif yang boleh menjatuhkan seseorang. Belajarlah untuk memuji, bukan hanya mengkritik. Memuji itu satu cara yang dapat membantu kita berfikiran positif. Melihat sesuatu daripada kaca mata yang baik, dalam erti kata lain, husnuzhon!

Hati yang husnuzon yang selalu bersangka baik akan lari daripada masalah. Kerana setiap masalah yang ada, dia selalu yakin ada penyelesaian. Ada hikmah dan ada rahsia di balik semua itu. Jadilah husnuzhon kerana husnuzon itu membantu kita untuk menggapai kebahagiaan. Bukan dunia sahaja, malah akhirat juga!

Bagaimana?
Ubah apa yang ada dalam diri. Yang sudah sedia ada melekat daripada zahir. Perubahan memerlukan masa. Lebihkan masa dengan membaca. Membaca sesuatu yang berilmiah membantu kita untuk berfikiran secara terbuka, dan lebih membangun. Bukan hanya tahu merungut dan bersungut. Mengkritik! mengkritik itu boleh, cuma perlu pada tempatnya. Mengkritik hanya pada situasi yang diperlukan. Jika dalam situasi yang tidak perlu, itu bukan kritik, tapi mengumpat namanya. Usaha berubah kerana Allah. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kecantikan dimata-NYa bukan kecantikan fizik, tetapi kecantikan rohani, dalaman. Berbeza dengan pandangan manusia yang selalunya melihat kepada luaran terlebih dahulu. Terbatas!

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH
.

Entri pendek, maaflah kalau tiada apa yang mampu saya tulis hari ini. jika entri ini tidak membantu, maaf.

Sunday, February 26, 2012

Sebuah Penghargaan.

Apabila berbicara tentang sesuatu, pasti berkait dengan manusia. Bukan haiwan, bukan tumbuhan. Penghargaan, penghargaaan! Manusia, apabila berbuat kebaikan, pasti dalam hatinya terdetik untuk diberi penghargaan. Penghargaan daripada manusia. Terima kasih pun jadilah! Nak lagi cantik, bagi duit, balasan.



Berbeza dengan orang yang ikhlas. Ikhlas melakukan segalanya kerana Allah, maka penghargaan Allah yang didamba. Jika kita mengintai Allah, Allah akan mengintai kita, LEBIH! begitu juga penghargaan. Kita berharap manusia menghargai kita, tapi hampa. Kita tidak dapat apa. Tapi Allah, Allah membalas dengan penghargaan yang penuh! Balasannya mungkin kita tak nampak didunia. Tapi di akhirat sana??

Oleh itu, jangan bersungut andai kita berbuat baik, tapi di dunia ini tak dibalas. Allah bagi ujian lagi, ujian lagi. Kiita pula mengeluh, mempersoalkan takdir.

"Kenapa? Why? Limaza?"

Jawapannya : Kerana Allah sayangkan kita.

Allah menghargai kebaikan yang kita lakukan, dan kebaikan itu akan dibalas. Jika bukan di dunia, di akhirat sana, dengan balasan yang lebih! Berganda-ganda! apalah sangat wang ringgit, hadiah yang kita beri di dunia nak dibanding dengan pemberian di syurga kelak.

Aku memberi cinta,
Adakah berharap untuk dicintai juga?
Ya!
Tapi bukan cinta dia,
Tapi cinta-Nya.

Itu pemberian daripada manusia. Daripada kita, sudah terasa apabila tak dihargai. Berasa seakan-akan sia-sia sahaja pemberian itu. Tidak dihargai, tidak dimanfaatkan. Bagaimana pemberian daripada Allah? Jika kita tak menghargai, adakah Allah seperti kita? terasa juga? Allah murka apabila pemberian-Nya, kita tak manfaatkan pada tempatnya.

Allah bagi mulut bukan untuk mengumpat. Allah bagi tangan bukan untuk mencuri. Allah bagi mata bukan untuk melihat kemungkaran. Allah bagi telinga bukan untuk mendengar maksiat. Allah bagi kaki, bukan untuk berjalan menuju neraka dunia. Allah bagi masa bukan untuk kita bazirkan. Tapi itu yang kita laksanakan!
Andai sahaja Allah seperti kita, pasti bala bencana Allah timpakan bertubi-tubi kepada kita yang tak sedar-sedar. Tapi Allah itu ar-Rahim, penyayang. Allah bagi kita peluang untuk bertaubat. Allah beri kasih sayang-Nya. Rezeki masih Allah bagi, terus menerus. Masih dapat makan seperti biasa. Allah sayangkan kita, cintakan kita. Tapi kita?

Belajar untuk menghargai maka, kita akan dihargai.

Bagaimana? How? Kaifa?
Dengan cinta.... dengan kasih sayang. Sayangi pemberi lebih daripada pemberian.
Allah bagi kita nikmat, janganlan sayang nikmat itu lebih daripada PEMBERI, iaitu Allah. Allah beri cinta, tapi kita lebih cinta kepada cinta yang diberi daripada cinta kepada PEMBERI CINTA.

Muhasabah. Iman yang seciput cuma, mampukah ianya bertahan hingga penghujung usia? Tanpa rahmat-Nya? Mustahil!

Minta dengan Allah, kuatkan iman, tautkan cinta kita kepadaNya! Belajarlah untuk menghargai DIA, menghargai pemberianNya.

Kerana diri-Mu begitu berharga......

Saturday, February 25, 2012

Usrah

Usrah bermaksud keluarga. Ber'usrah' biasa kita dengar apabila menjejak kaki ke sekolah menengah, sekolah agama. Seterusnya ke IPT, jika tidak berusrah maka diri ini seperti lalang. Bergerak seiring angin yang meniupnya. Juga seperti layang-layang yang terputus talinya hilang pergantungan yang sebenar-benarnya.



Saya pernah dua kali join usrah nisa' peringkat negeri. Naqibatnya kak nah, terlalu senior nak dibanding dengan ambe. Kak nah terangkan bahawa usrah ini penting, terlalu penting untuk membina kekuatan diri, dalam mahupun luar. Kak Nah ceritakan bahawa ikhwanul muslimin di mesir tak akan sehebat itu tanpa usrah. Mereka berusrah secara sembunyi, terpaksa rahsiakan. Kalau tak, akan adalah serangan daripada pihak tertentu. Kita sepatutnya bersyukur kerana boleh berusrah di tempat terbuka, tanpa rasa takut, sebarkan Islam secara terang-terangan. Tapi! Malangnya ramai manalah orang yang sudi menghadirkan diri ke usrah. Malas, sibuk pelbagai alasan diberikan.

Berusrah terlalu indah, dengan Daurah Tadribiyah. Semua berhak memberi pendapat masing-masing. Berkata apa sahaja! Menyuarakan segala ketidakpuashatian. SubhanAllah!

Jujur saya katakan, saya sudah jatuh cinta dengan perjuangan ini. Jatun cinta dengan usrah, dengan jemaah. Justeru, saya sangat berharap, suatu hati nanti, tiada yang menghalang perjuangan saya. Ayah, emak, puas dipujuk agar dapat sertai semua ini. Berharap tiada apa yang meng'futur'kan perjuangan.

Bersatulah wahai kaum muslimin,
Dengan semangat dan roh kebenaran,
Berjihadlah wahai kaum muslimin,
Walau susah menempuh cabaran,

Rugi Lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim...



"Hari ni rugi lagi!!!"
"Buang masa lah!!"
"Esok tak nak dah macam ni!"
"Esok nak buat benda berfaedah, nak senangkan hati mak!"

Dialog yang biasa kita tuturkan. Kalaupun bukan dimulut, tuturnya dihati. Kenapa saya buat post ni? Sebab sekarang saya seorang penganggur kehormat. Dengan cuti berbulan-bulan, aktiviti sama setiap hari. Rasa buang masa! Dialog diatas juga saya selalu keluarkan. Ah! Teramat rugi! Menonton tv, Online, Tidur siang????!! Nak keluar tak boleh.. huhu.. Terlalu lama saya ambil masa untuk berubah, tapi tak jugak berubah. Slow-slow teruk...

Bertangguh dan malas, itu problemonya.
Kenapa bertangguh?
Jawapannya : Malas
Kenapa malas?
Jawapannya : Sebab bertangguh.
Macam pelik, tapi itulah hakikat. Kalau kita suka bertangguh, maknanya kita sengaja suburkan diri kita dengan malas.

"Skit je lagi, aku nak tidur kejap jeeeeeee"
Sekejap yang dimaksudkan bukan seminit dua, tapi SEJAM DUA! Sekejap je kan?
Dalam masa sejam dua tu banyak benda dah boleh dibuat.
Dah boleh siapkan makan tengahari, kemas sebuah rumah banglo dah! Oleh kerana tidur itu lagi syok dan best, abaikan semua itu. Samalah dengan online, kejap lagi.. kejap lagi.. akhirnyaaa.. sekejap itu sampai ke malam. Tak sedar bukan? Perkara yang selalu saya lalui, duduk bersila depan laptop! Dari pagi sampai ke malam.

Duduk atas sofa sambik tengok tv, Ada faedahnya juga kalau rancangan tu bermanfaat. Tapi setiap kali menonton, mata kuyu, lama-lama terlelap. "Alaaa, kejap je pejam mata" SEJAM DUA JUGA! Tidur lagi!

Cara untuk berubah, tanamkan azam yang kuat! aku nak berubah, tak nak dah buang masa!!!
Azan dan semangat saja tak cukup jika tak disertakan dengan PELAKSANAAN!! Kalau setiap hati tida improvement, perubahan walaupun sedikit. Maknanya kena check la balik ada yang tak kena dengan diri kita. Sebenarnya membuang masa ini benda yang akan membuatkan kita menyesal. Rasa tak?? Rasa macam hidup tak berguna je.... Makan tidur, berseronok!

Jadi, berubahlah! diri ini mahupun yang lain... Kenapa memilih untuk menjadi malas? Sedangkan rajin itu jalan yang indah.. Minta dengan Allah, semuanya dengan izinNYA..
Jangan bazirkan masamu lagi..

Masa lapang adalah nikmat..
Masa lapang juga ujian..

Bila mana kita sibuk nanti, baru kita akan terasa.. Ruginya aku semasa aku lapang, tapi tak gunakan masa itu sebaiknya.... :)

Selamat menikmati masa lapang buat diri dan kawan-kawan...

Thursday, February 23, 2012

Cinta Sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat zaman sekolah dulu-dulu(tahun lepas), saya bawa motosikal ke sekolah, ke tuisyen, jalan-jalan. Kemana sahaja dengan motosikal. Kalau dengan moto ni, pandangan kelihatan lebih jelas nak dibanding dengan kereta. Tengok langit, tengok sungai(sungai manir), pulau-pulau, kalau lalu jambatan duyong, mesti dapat tengok masjid kristal. Tapi bukan itu yang saya ingin cerita pada hari ini. Saya dapat tengok sepasang suami isteri tua, suaminya buta. MasyaAllah! Saya memang tak kenal mereka, tak tahu nama mereka, tapi selalu nampak mereka, kemana sahaja.


(gamba yang sempat diambil semasa saya membeli ikang di pasar manir.. sory tak jelas, kamera hudoh!)

Di pasar manir, di Kuala Bekah, hatta di bandar skalipun, pasar kedai payang. Selalu nampak, dan mereka berjalan untuk ke mana sahaja. Yang saya kagum adalah, mereka berjalan berpimpin tangan, dengan gurauannya. Ya Allah! cinta kekal subur walapun sudah di hujung usia. Tiada curang mencurang, ragu meragui, entah kenapa, tersentuh! Mampukah diri ini menjadi seperti itu bersama zauj kelak?? menyintai tanpa syarat? atau dapatkah zaujku mengekalkan cintanya kepadaku sehingga ke syurga?

Bercinta sampai kesyurga, pernah baca karya Ustaz Hasrizal? Karya yang sudah tiada pada saya, rindu untuk membacanya semula.

Bercinta sampai ke syurga, tertarik dengan ucapan Fatimah Syarha. Jika permulaannya dengan alasan yang rapuh, mampukah ia kekal utuh dan teguh? hingga ke syurga??
Dalam menuju gerbang perkahwinan, ada yang sudah melanggar syariat Allah. Alasannya, "alaaa, nati kahwin juga". Syariat tetap syariat, dan tidak mustahil dengan alasan ini, rumah tangga menjadi goyah ekoran badai datang menguji. Saat itu, tiada lagi cinta untuk dipertahannya, yang ada cuma EGO. EGO di tatang, untuk menang, menangkan diri sendiri melihat pasangan tersungkur rebah. Salah menyalahkan antara satu sama lain. Adakah ini cinta kerana Allah? Cinta sampai ke syurga?

Kaya, harta bukan kunci untuk bahagia, bukan kunci untk bercinta sampai ke syurga. Pernah kita lihat, hartanya bertimbun, suami, isteri, anak semuanya bekerja. Setiap kalu pulang kerja, ada sahaja rasa tidak puas hati. Rasa ingin marah, rasa benci dirumah, tiada istilah baiti jannati. Merungut, mengeluh, setiap hari. Marah anak, marah pasangan, walhal itu cuma perkara kecil. wajarkah cinta diabaikan kerana terlalu mengitkut emosi?? Indahnya sebuah akad tinggal mimpi...

Pernah saya lihat, orangnya sederhana, suaminya ustaz kerja sendiri, ajar anak orang mengaji. Duduk dalam jemaah, si si isteri pula membantu perjuangan suami. Rumah kecil, kereta kecil. Tiada sungutan, tiada keluhan. Yang ada kebahagiaan, ~~bersyukur apa yang ada, hidup adalah anugerah~~ Kagum melihat si suami yang tidak pernah meninggi suara, meski pada masa yang tertekan. Di mana letaknya EGO seorang lelaki? disimpan disorok, supaya kebahagiaan itu dapat dinikmati semua. "InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak tukar kereta baru la, kesian kalau ada orang tumpang. Sempit je", kata si suami semasa saya menumpang. Bahagia, nak dibanding berharta tapi... "Minyak kereta tu jimat-jimat lah!".. "Nanti kalau kawan tumpang kereta, mintak duit minyak".. berkiranya.... MasyaAllah! lebih-lebih.. Tapi tak jugak senang-senang. Ada sahaja yang tidak cukup.

Pasangan suami isteri di dalam gambar tu, pakaiannya lusuh, kainnya buruk, tongkatnya rapuh. Meski serba kekurangan CINTA itu tetap mekar, subur ke penghujung usia. Andai sahaja salah seorang tiada, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana. Mereka selalu bersama!! Cintai dia sampai syurga... dia anugerah daripada Allah, amanah untuk kita, hargai dia, cintai dia. Kerana dia... takdir kita.

Punca?
Kenapa tiada rasa bahagia, kenapa rasa serba kurang?
jawapan : hilangnya syukur, qanaah dalam diri. Allah bagi rezeki, simpan, bakhil! Rasa segalanya milik kita sendiri. Sedangkan yang lain ada bahagian dalamnya. Tanamkan dalam diri syukur, jangan terlalu mengejar dunia, akhirat sebagai tempelan dihujung kata.

Kenapa cinta makin pudar?
Jawapan : imbau kembali saat sebelum berumah tangga. Pernah menyalahi syariat Allah?? jika ya, bertaubatlah. Jika tidak, belek lagi apa yang kurang dalam diri. Jangan selalu berharap pasangan akan berubah, tetapi ubahlah diri sendiri. Belum terlambat untuk semua itu. Akhlak bagai mana? cara bergaul? Bertutur? Kalau setiap hari menengking, tidak mustahillah akan pudar cinta itu. Si suami akan bosan dengan leteran, bebelan isteri dan akhirnya....... mencari hiburan luar yang dirasakan lebih bermakna. Suami pula, kalau isteri meleter, jangan la melenting. Releks je, tarik nafas hembus. Meleter pun kejap je. Walaupun kejap, tapi BERBISA.. huahuahua.. Ajak isteri dengar kuliah ustaz azhar. Hehe, Utube ada.

Akhir sekali, fikir apa kekurangan dalam diri, perbaiki. Hidup dengan rasa syukur, jangan selalu bersungut dangan apa yang tiada, tapi gembira dengan apa yang ada.
Usaha dan terus usaha, jadi yang terbaik. Terbaik di mata Allah..

Sunday, February 19, 2012

Pandangan 3D

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu saya ke rumah sepupu, ada sebuah buku karya Hilal Asyraf yang buat saya tertarik. Buku motivasi, dah lupa tajuk dia apa. Tapi dalam satu bab tu, ada dia sentuh pasal pandangan 3D. Cara dia berfikir, teliti yang amat. Setiap perkara, setiap benda yang remeh, bila pandangan 3D ini di aplikasikan dalam kehidupan, akan menjadi satu perkara besar, dan POSITIF!



Andai aku dapat berfikir seperti Hilal,
Andai aku dapat meneliti seperti Ustaz Hasrizal,
Andai aku dapat berpandangan seperti Ustaz Pahrol,
Pasti dalam diriku tiada resah dan gusar,
Segala-galanya positif!

Pandangan 3D, maksudnya setiap peristiwa yang berlaku depan mata kita, kita pandang dari setiap sudut bukan satu sudut semata-mata!

Allah takdirkan satu-satu peristiwa itu, BERSEBAB! Maknanya, setiap yang terjadi itu bersebab dan ada hikmah yang perlu digali. Tidak perlulah sesali perkara yang sudah lepas. Tapi terus pandang ke depan, melihat, mencari jalan keluar.

contoh yang Hilal bagi dalam bukunya. Seorang pengawas sekolah inginkan sebuah bilik khas untuk pengawas bagi memudahkan urusan. Dalam masa yangs sama sekolah tidak mampu menyediakan itu. Si pengawas sepatutnya tidak kecewa dan tidak terus mendesak pihak sekolah menyediakan itu kerana masih ada benda yang lebih penting, yang patut di aula' kan daripada keperluan yang diminta. Pengawas pula perlu jalankan tangungjawabnya dengan sebaik mungkin tanpa bilik yang diharapkan. Positif dalam setiap perkara!

Pandangan 3D, pandangan kita seharusnya dilebarkan diluaskan supaya kita dapat melihat sesuatu dengan mata hati, bukan mata zahir semata-mata. Setiap perkara yang terjadi, kaitkan dengan diri kita, kaitkan dengan Allah. Kenapa Allah takdirkan sepeti itu? Kalau kita dapat melihat dengan mata hati, insyaAllah hanya sisi positif yang kita dapat.

Ustaz Hasrizal dalam bukunya,
anak menangis - positif, tak marah, tapi sabar..
anak tak nak pergi sekolah - positif lagi, sabar..
Isteri sibuk, on call- sabar lagi.. urusan rumah tangga dia buat
Diri sendiri kepenatan dalam kesibukan - positif, lakukan dengan ikhlas.

Seolah-olah tidak ditimpa ujian, padahal banyak! Cuma dia memandangan dengan pandangan 3D, ujian yang Allah timpakan, jadi rahmat.. untungnyaaa...

Aplikasikan pandangan ini dalam kehidupan..
Melihat situasi orang lain yang serba serbi kurang, bersyukurlah~~
Melihat situasi orang lain yang lebih, bersyukur juga~~ kerana tak semestinya lebih itu baik untuk kita.. Apa yang Allah dak tetapkan, itu yang terbaik... insyaAllah..

Erti hidup pada memberi, memberi tak semestinya memberi apa yang lebih, tetapi memberi apa yang kita ada.. sikit yang bersyukur itu lebih baik daripada banyak yang takabbur...

WAllahua'lam..

Wednesday, February 15, 2012

Utamakan Yang lebih Penting Daripada Yang Penting


Seperti biasa, kalau ada post, mesti post untuk tegur diri sendiri yang lemah dan banyak khilafnya.

Pepatah arab ada menyebut, Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Bila sebut pasal masa, semua akan terfikir. "kalaulah aku tak sibuk macam sekarang", "Kalaulah exam dah habis", macam-macam. Termasuklah saya yang tak sabar-sabar tunggu SPM habis. Perancangan nak buat tu, buat ni. Semuanya tergendala, sebab apa? Pelbagai sebab, antaranya suka bertangguh..

"Jap lagi buat la.." "nak releks dulu"... macam-macam! Kemudian, tak buat terus. Itulah, suka sangat bertangguh. Allah dah bersumpah dalam surah al-asr, tapi tak sedar-sedar juga. Puncanya : suka bertangguh.

Demi Masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Melaikan yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dah cantik ayat Allah bagi pada kita, tapi kita lupa untuk faham, tadabbur, praktik apa yang dah Allah bagi. Sibuk sangat dengan dunia, akhirat jadi tempelan dihujung kata. Nauzubillah! Pernah baca dalam majalah solusi, kalau nak buat kerja dengan sempurna, maksudnya menjadi dengan baik.. perlu kepada FOKUS!

Fokus yer, contohnya camni, pagi tu kita berhajat nak siapkan sarapan, maka siapkanlah sarapan tu dengan fokus tanpa fikir apa yang nak dibuat lepas ni. Sebabnya kalau fikir lepas ni nak buat tu, ni, banyak benda lagi nak buat. Akhirnya, MALAS! bila malas akan mulalah dialog "Jap lagi............", dengan nada yang letih. Padahal satu kerja pun tak siap!

Fokus benda yang penting, samalah macam khusyuk. Kalau kita solat ngan khusyuk, solat tu tak rasa berat pun untuk kita (teguran buat diri sendiri). Malah, rasa seronok! Bila buat sesuatu dengan seronok, datanglah IKHLAS...... Macam best je kan, macam formula add math je kan.. amal+fokus@khusyuk = ikhlas..

Tapi tak semudah tu, walaupun add math tu payah, tapi amal lagi payah. Sebab ada NAFSU! Kalau add math, kita boleh cuba lagi, cuba lagi sampai dapat. Buat latihan banyak-banyak, tunggu hari exam. insya-Allah boleh. Tapi kalau amal, yer, kita boleh usaha lagi, usaha lagi. Dalam proses usaha tu, masa tetap dikira.

Contohnya macam ni, esok usaha nak jadi fokus, tapi tak menjadi. Lalai lagi, dan masa tu tetap dikira. pahala, dosanya tetap tercatat. Tapi addmath tak, masa kita buat latihan tu, cikgu belum bagi kita markah. Masa exam je markah dikira. Herm.. Panjangnya analogi..

Bercakap soal nafsu, Nafsu yang paling tak suka adalah MALAS! Bila malas, rasa semua berat, tak suka semua benda. Benda baik, tak suka. Suka barin atas sofa, tengok tv, pastu tidur. Takkan ini je aktiviti sepanjang hidup? bekalan tak ada??!! Alahai, miskinnya diriku..

Macam mana nak hilangkan malas yek? padahal dah ada semangat? Semangat saja tak cukup! Usaha tu perlu! Sama la kalau nak berjaya dalam exam, hangat-hangat tahi ayam je. Tapi usaha tak de. Nak berjaya camana? Harapkan keajaiban. Mustahil!

Dalam pada itu, Doa pun perlu. Doa supaya Allah bagi kita sifat mahmudah, jauhkan sifat mazmumah. Post kali ni macam kebudak-budakkan je. Macam nak nasihat budak darjah 6. Ye lah, dah lama duk rumah, jadi rasa macam budak-budak. Sekolah tak pergi, buku tak baca.

Macam saya cakap awal-awal tadi. post untuk tegur diri sendiri supaya lebih bermotivasi. Semangat dah ada, tapi MALAS pulakk haiih.. apa nak jadi!

Sunday, February 12, 2012

Menderma Buat Pertama Kali


Assalamualaikum,
Dah lama tak menulis, hajat di hati sebelum spm nak penuhkan blog ni dengan tulisan tulisan, tapi...... penyakit M datang. MALAS! itulah kan, banyak benda yang dirancang tak menjadi. Ketentuan Allah belaka, tapi penyakit M tu kene ubat, tak boleh jadi alasan.

Menderma buat pertama kali? tipu lah kan, kalau saya cakap saya menderma buat pertama kali HARI INI, tapi kalau tambah satu lagi perkataan, tak mustahil. saya derma darah buat pertama kali. tu sebenarnya. Untuk terengganurian, bolehlah ke planet ataupun nama lainnya terengganu trait centre (TTC). ada tempat derma darah.

Saya pergi sendiri, drive honda civic. Tak bawa sape-sape. Dan saya ni perasan tua, umur baru 17, duk tulis 18. Maka perlulah izin ibu bapa untuk menderma. Selesai cek jenis darah, tekanan darah, Encik dokter mintak saya telefon ayah untuk minta kenebaran.

Kak Long :Ayoh, k long nok derma daroh ea, buleh dop?
Ayoh : Dop soh la.. ish! pelik pelik la (dengan nada marah)
Kak Long : doh, dakpeeee.. cek doh daroh, tekanan daroh.. ok belake doh.
Ayoh : doh ikut panda la. huh! (macam tak puas hati je)

tapi tak apa la kan, dah bagi kebenaran dah tu, jadi dengan senang hatinya saya pergilah menderma. Tandatangan mak ayah reka je. Erm, kemudian mulalah terfikir. Ayah ni kalau derma darah pun tak bagi, mesti lagi banyak benda-benda adventure yang dia tak bagi kan. Macam mana la nanti, tu baru derma darah. Bukan apa-apa pun. Macam mana nak berjihad dengan lebih akhbar?

Semua orang nak mati mulia kan? Saya pun begitu, salahkah kalau saya mengimpikan sebuah syahid? menanam cita-cita untuk jadi pejuang? salahkah? Setelah ditempelak berkali-kali oleh sahabat Halaqah.

Saya tahu saya tak sehebat muslimah lain, tak sesolehah yang lain. Tapi adakah salah saya mengimpikannya. Sebuah angan-angan?? ah! Bosan ditempelak. Kekadang sedih gak bila orang cakap macam-macam, kutuk-kutuk depan orang. Kalau benda tu benda biasa tak apa, tapi kalau dah melibatkan maruah, seolah-olah saya tiada harga diri. Sakit hati jugak! (emosi emosi)

Ok lah, tak payah fikir pasal dia lagi. yang pasti derma darah best! nak buat lagi.. Post kali ni tak citer banyak benda pun, sekadar menambah post.. Assalamualaikum.

Wednesday, February 1, 2012

Hati merintih



Duhai hati yang merintih, saat ini apa yang engkau inginkan? Sebuah kebahagiaan bukan? Bahagia itu terpulang kepadamu. Jika engkau memilih untuk bahagia, maka bahagialah.. Duhai hati yang merintih, saat ini apa yang engkau inginkan? Sebuah cinta? Semestinya cinta kekal yang engkau inginkan bukan? Itu juga pilihanmu, untuk memilih. Cinta palsu atau cinta sejati. Cinta Rabbi yang sukar dicari, lagi payah diperolehi. Saat engkau menikmati cinta itu, tenang segala-galanya. Engkau berasa lapang, segala-galanya indah. Benarlah kata orang, apa yang mahal itu sukar didapati. Seperti cinta ini juga, terlalu mahal sehingga hati yang merintih ini belum mampu menggapainya. Usahkan menggapai, menyentuhnya pun tak tercapai. Dalam benak, dalam fikiran, tersegam indah sebuah angan-angan. Angan yang tak kunjung kesampaian. Aku nak jadi solehah, nak jadi pejuang agama. Sebuah angan-angan kah? Itu masih angan-angan. Adakah angan-angan itu akan menjadi kenyataan. Jawabku, entah. Tidak pasti kerana diri ini sering lalai, leka, alpa. Ah! Bukan mudah untuk mencapai setahap itu. Perlukan Mujahadah yang unggul.

Ya Rabbi, siang hari aku lupa pada-Mu. Ya! Aku solat, aku membaca kalam-Mu. Tapi yang kurasakan, kosong. Seolah-olah segala-galanya sia-sia meski aku tahu Engkau mengganjarkan pahala untuk setiap itu. Insan lain rukuk, aku rukuk juga. Insan lain sujud, aku sujud juga. Tanpa mengenal makna setiap itu. Tiada rasa, tawar sahaja. Aku mencari kemanisan dalam semua ini. Namun tak kunjung jumpa. Malamnya, aku merenung langit-Mu. Ah! Sayunya! Engkau melihat diriku yang hina ini. Engkau melihat segala-galanya. Mata ini menangis. Alhamdulillah, lega. Manis terasa pula. Walaupun manis itu masih bercampur tawar. Namun, siang menerpa. Aku seperti semalam, seperti kelmarin juga. Lalai, alpa seperti biasa. Alangkah hinanya diri ini. Di hati tiada ruang untuk menggingati-Mu dek kelalaian yang melampau. Di hati tiada ruang menyintai dan merinduimu dek kealpaan yang menyengat.

Hatiku berbicara, adakah Tuhan masih memandangku?? Kenapa aku masih begini?? Kata orang, Allah selalu bersama kita. Lebih dekat daripada leher kita. Tapi kenapa Allah tak bantu aku? Tak tolong aku untuk dekatinya. Kata orang, jika kita datang kepada Allah sejengkal, Allah datang kepada kita sehasta. Jika kita datang kepada Allah sehasta, Allah datang sedepa. Jika kita datang kepada Allah berjalan, Allah datang kepada kita berlari. Hadith qudsi. Bungkam. Aku tak mampu memberikan alasan untuk menyalahkan Allah. Aku salah! Aku yang tidak menolong diriku sendiri.

Ah! Penat, letih, jemu. Bermacam-macam kata menggambarkan aku. Putus asa. Entah dimana harus ku tuju. Ku terus berjalan, mencari jalan pulang, tiada. Jalannya satu-satunya berpatah balik, perbetulkan segala-galanya. LILLAH! LILLAH! Lakukan segala-galanya kerana Allah. Ikhlas! Ikhlas! Mana??? Sulitnya menemukan ikhlas. Apatahlagi redho dan sabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...