klik!

Friday, May 25, 2012

Hak, Tanggungjawab




"Aku nak hak aku!"
"Kau tak laksana tanggungjawab"

Dialog biasa kita dengar. Semua memperjuangkan hak. Pemimpin memperjuangkan haknya untuk mendapatkan rakyat yang menyokongnya. Rakyat memperjuangkan hak untuk mendapatkan kesenangan daripada pemimpin. Ibu bapa inginkan haknya untuk mendapat anak yang baik. Anak memperjuangkan haknya untuk mendapatkan ibu bapa yang memahami. Suami memperjuangkan haknya, isteri memperjuangkan haknya. Guru dengan haknya, pelajar dengan haknya. HAK HAK HAK!! Tatkala sibuk berjuang dan terus berjuang untuk mendapatkan hak, kita lupa pada tanggungjawab. Benda yang lebih penting daripada kita memperjuangkan hak. Daripada menuntut hak yang belum pasti kita dapat, lebih baik kita bertanggungjawab melaksanakan peranan kita. Secara tak langsung, hak orang lain tertunai.

Faham? Begini, jika pemimpin bertanggungjawab, hak rakyat akan tertunai. Rakyat tidak akan meminta lagi haknya untuk dituntut. Begitu juga rakyat yang bertanggungjawab, hak pemimpin tertunai. Dan begitulah contoh seterusnya.

Daripada sibuk menunding jari, salahkan pihak itu, ini, lebih baik tunding jari ke batang hidung sendiri. "Aku nak hak aku, tapi hak orang aku tunai tak?", soal kepada diri sendiri.

Saya tak nak hurai pasal pemimpin dan rakyat, sebab tak banyak yang perlu dihurai. Selalu konteks hak dan tanggungjawab ini berkait rapat dengan rumah tangga. Percaya atau tidak, hampir kesemua kes penceraian berpunca daripada PERJUANGAN HAK yang tak sudah dengan PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB.

Ibu bapa, atau anak. Si ibu dan bapa penuduh si anak derhaka. Si anak juga menuduh ibu dan bapa derhaka. Habis? Di mana penghujungnya? Tidak akan berkesudahan. Apa kata, buat transformasi baru.

"Anak aku jadi macam tu sebab AKU tak didik dia betul betul"
"Mak ayah aku jadi macam tu sebab AKU tak reti hormat mereka"

Kenapa saya capitalkan AKU? supaya orang jelas. Menuduh diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang lain. Apabila salahkan diri sendiri, kita akan cari punca. Punca apa? Punca kita tak puas hati dengan orang lain. Dan semuan punca itu, kita cari dalam diri kita, bukan diri orang lain.

Apabila kita, bertanggungjawab, hak orang akan tertunai. Apabila orang bertanggungjawab, hak kita pula tertunai. Apabila semua bertanggungjawab, hak semua akan tertunai.

Mudah, Mudah. Yang mudah itu bicara, yang sulit itu melaksana.

Rumah tangga, suami isteri. Suami salahkan isteri, nusyuz! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Isteri pula salahkan suami, dayus! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Penyudah akhirnya, CERAI.....

Kita ubah yer, bila suami perasan isteri dah makin cuai dalam melaksanakan tanggungjawab, cuba suami main peranan laksana tanggunjawab sebaiknya. Melaksanakan bukan untuk dibalas, tetapi lillah, kerana Allah. Hak isteri dah tertunai. Secara fitrahnya, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Dengan izin Allah, isteri juga akan berubah.

Suami, isteri. Takut juga cakap pasal ni, sebabnya terlalu berkontroversi. Maaf, ini sebagai contoh sahaja. Begitu juga yang lain, guru dan pelajar.

Kunci dalam menunaikan hak atau melaksanakan tanggungjawab adalah ikhlas. Apabila ikhlas, kita bahagia, bahagia melaksanakan walaupun tidak dibalas kerana tujuan kita LILLAH. Kerana Allah.......
Bagaimana pula hak Allah terhadap kita, hamba-Nya?? tepuk dada tanya iman, jawablah dengan jujur....

Kita berjaya dalam bercakap, tapi selalu gagal dalam melaksanakan... :(





Monday, May 14, 2012

Impianku Tergadai


Air mata
Titis demi titis di alir
Demi memujuk sekeping hati
Demi sebuah restu
Hampa............................

Aku diam membisu
Diam sambil membiar air mata berbicara
Lantaran dia mengemuka hujah beribu
Salah aku?
Salah dia?

Usaha demi usaha ku lakukan sendiri
Tiba-tiba ada penghalang
Hati mana tidak kecewa?

Dia sudah janji
Tapi hari ini lain pula
Perit, pedih
Hanya Allah yang tahu



Jordan yang menjadi impian kini tergadai, lantaran surat unisza sampai ke rumah. Sampai ke tangan ayah. Saya berusaha untuk menutup tawaran itu, senyap sahaja, tapi ayah tahu juga. takdir Allah belaka. Ingat lagi sebelum Semua ini terjadi, ayah janji kalau tak dapat maktab, terserah nak pergi jordan atau tak. Sekarang? Lain pula ceritanya?? Hati mana tidak kecewa? Hati mana tidak sedih? Impian bertahun disimpan.. Impian menggunung... Hati kecewa berkata, biarlah.. biarlah.. malas nak fikir... putus asa!

Hati seorang anak yang tidak ingin menyusahkan ayahnya. Murah sangat ke belanja di unisza? Sanggup ke ayah nak tanggung belanja beberapa tahun yang memang lebih tahunnya nak dibanding belajar Jordan? Belajar Jordan, zakat bantu. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk sara diri sendiri. Saya sendiri tak faham kenapa payah sangat nak lepaskan saya pergi?? Sedangkan selama ini saya berada di asrama, tak ada siapa ambil peduli. Sakit, demam, mana ada orang datang jenguk. Harapkan warden sahaja hantar ke hospital makan ubat. Tak cukup berdikari lagi ke??

Orang boleh hina, boleh kata apa saja. Hakikatnya mereka tak faham, tak lalui apa yang saya lalui. Berhakkah seseorang menghukum orang lain sedangkan dia tidak pernah rasa situasi orang itu??

Jahat seorang anak.. inilah!

Sikit pun saya tak faham kenapa. Ayah kata dia akan hantar saya ke Jordan 2 tahun lagi. Sama je kan? Ke jordan juga. Makin lama belajar. Saya memang sengaja pilih ke Jordan, habis 4 tahun degree, kemudian balik Malaysia, duduk la sini sampai mati. Tak ke luar lagi dah. Sekali seumur hidup! Ayah tanggung belanja setahun saya di sana saja, lepas tu kalau nak biar, biar la. Mana lagi murah belanja setahun sana dengan belanja 5 tahun sini? Ya Allah... Sedihnya! Benda mudah jangan susahkan.

Kalau dari awal dia tidak bersetuju, tak adalah saya se kecewa ini. Pernah, saya dah redo, biarlah tak pergi sana pun. Tak apa la. Tapi, tiba-tiba je... Lepas semua urusan selesai. Pasport semua dah buat, urusan KPT, jumpa orang tu ni. Usaha semaksima mungkin untuk ke sana, alih-alih tak jadi. Semua orang! semua orang tahu yang saya akan ke sana, ke Jordan. Saya tak pernah bercerita akan ke mana-mana IPT dalam malaysia.

Terfikir juga untuk lari. Lari dari rumah?? Tapi.... Untuk apa? Kalau lari boleh ke Jordan ke? Tindakan bodoh! Kalau Jordan tu dekat, boleh juga. Untuk masa sekarang, biarlah. Biarlah segala-galanya ayah urus. Isi borang, segala-galanya! Saya dah penat uruskan borang ke Jordan yang tak menjadi.

Untuk apa saya luahkan disini. Tak akan ada yang faham dan mengerti. Biarlah... Biarlah... Malas untuk berfikir, penat, lelah, sedih.... PUTUS ASA........................ Bercakap banyak pun tak guna. baik diamkan diri sahaja. Biarlah air mata yang merungkai semua.......

Monday, May 7, 2012

Masa dan Buku

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalau di kira, dihitung, sudah lebih lima bulan saya bercuti. Dirumah, dirumah dirumah. Agenda pelbagai diatur, tapi yang menjadi cuma sebahagian. Seperti mana post terdahulu, masa yang merugikan. Ahh.. mengeluh dibuatnya. Blog tidak terupdate, novel yang ingin dibuat baru bab empat (angan-angan). Dengan jemaah yang tidak berapa hidup. Halangan untuk keluar daripada rumah. Buku-buku yang tidak terbaca. Tidur yang melampaui batas seorang manusia biasa (human being). Mana hala tuju? Sebagai penyedap hati, bolehlah berkata "Atleast, ada pembaharuan yang berlaku. Sikit je la". Perubahan ke arah kebaikan itu sedikit, tapi ke arah keburukan itu banyak! Post untuk mengutuk diri sendiri? bukan. Saya percaya, ramai yang jadi begini bukan? Mencari jalan pulang. Seperti dulu, tinggal di asrama, jadual teratur. Pagi mengaji AlQuran, waktu dhuha, solat dhuha. Lepas Asar mathurat, antara maghrib dan isyak solat hajat, kuliah, tadzkirah dan sebagainya. Sebelum tidur, Al-Mulk dulu. Istiqamah di asrama, balik rumah, hancur!

 Kalau pembaca perasan, kebanyakan post saya, saya tulis dengan emosi. Jangan mempersoal, sebab saya sendiri tidak tahu kenapa. Yang pasti, saya amat meminati cara Ustaz Hasrizal (Aku Terima Nikahnya) menulis. Tidak terlalu lembut, agak sinis menegur, tetapi masih berhikmah. Sekarang bukan itu yang ingin dibicarakan. Keputusan UPU keluar esok, biarkan sahaja. Semua orang sibuk mecari hala tuju akan datang, sehingga lupa jalan pulang. Dimana kita yang dulu??? Majoriti pelajar lepasan spm yang bercuti jadualnya begini, bangun pagi, solat subuh, tidur, 10 pagi bangun makan, tv kejap, zohor mandi, makan, tv, online, asar, maghrib, isyak tidur. Sikit pun tak dapat faedah. Buntu untuk melakukan aktiviti, sedangkan banyak kerja yang ditangguh-tangguhkan. Pelik, tapi inilah orang cuti.... Semua, kawan-kawan! Mulai esok! Kita mula hidup baru! Bangun pagi, jangan tidur dah! baca Mathurat, paksa mata buka. Baca Kalamullah seperti di asrama dulu. Sebelum tidur, Al-Mulk. Isi waktu dengan benda-benda berilmiah. Membaca! Jangan asyik baca novel alaf 21 je, sekali sekala bacalah buku telaga biru, alhidayah (anda selangkah mendekati Allah~) 

Bercakap soal buku, saya nak cerita sesuatu. Semasa pesta buku yang lepas, dalam bukan 2 kalau tak silap (dah lama) bukan di PWTC, ti TTC, terengganu traide centre, saya dah menghabiskan duit gaji saya yang terakhir itu dengan membeli buku. Banyak! lebih rm200 juga. Bawak balik buku tu semua, sampul. Simpan atas rak. Cantik. Baru-baru ni pula, mak dapat baucer buku 1Malaysia. Mak suruh belanja. Lebih rm200 juga buku saya beli. Masa ni la nak beli buku berkulit tebal, mahal-mahal macam kitab tu. Belum sampul, sebab baru beli. letak atas katil, rak dah penuh. Cantik buku-buku tu.

Hobi beli buku, tapi nak baca, masya-Allah! Hanya Allah yang tahu berapa lama sebuah buku boleh dihabiskan. Sampai sekarang tak ada lagi buku yang dihabiskan. Satu Rasa Dua Hati-Pahrol Mohd Juoi separuh, Sebarkan Cinta-Mu~Fatimah Syarha separuh. yang lain belek-belek aje. Terukkan? Target kena habiskan sebelum bulan 9! Tapi ingat nak bawa satu atau dua buku ke sana. Syamail muhammadiyah, dan indahnya hidup bersyariat.

 Hindarilah aku daripada sifat malas, Ya Allah! amin. Azam baru, membaca tanpa henti. Membaca dan menulis, bukan menonton dan bercakap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...