klik!

Sunday, October 7, 2012

Kuat

Bismillahirahmanirrahim..

                                           (Nasi Lemak hari ini)

Hujung minggu, sabtu tidak ke mana-mana. Ahli Bayt lain ke Busyi membeli barang-barang keperluan. Saya di rumah sambung membasuh baju memandangkan air baru sahaja naik semalam, pukul 3 pagi. Rasa seakan beban berkurangan setelah bersabar 2 hari ketiadaan air. Hari ini kami masak nasi lemak, makan berjemaah dalam talam.

Selesai makan, kami buat kerja masing-masing. Ada yang basuh baju, jemur baju, mandi, mengemas dapur. Sibuk menggunakan air. Sungguh! Beban terasa ringan, meski dapur kami masih seperti itu. Tandas juga seperti itu. Kami reda. Kami setiap hari akan mengangkut air kotor daripada sinki di buang ke dalam tandas kerana kami menggunakan baldi untuk menadah air tersebut. Lebih baik nak di banding air busuk naik mengotorkan lantai. Ikhlaskan segalanya. Baba ada datang, dia letak asid dalam lubang di dapur. Tiada perubahan.

Petangnya, tetamu datang, Puteri dan Azimah. Riuh seketika. Kak Ain turut datang, saya bertanya tips belajar. Bagaimana imtihan. Lebih kurang 2 atau 3 minggu lagi untuk imtihan awwal.

Selesai solat isyak, kami berjemaah makan malam. Nasi lemak siang tadi belum habis, kami habiskan bersama. Air yang keluar dari paip semakin sedikit. Akhirnya, "tap, tap". Setitik demi setitik akhirnya tiada lagi bunyi kedengaran. Semua hairan. Air baru naik, kenapa dah habis?

Nasib baik talam itu kami alas dengan plastik, tak perlu basuh lagi.

Kak Syikin dan yang lain naik ke atas melihat tangki kami. Ya! tangki kami kosong. Tiada air sehingga boleh nampak lantai tangki. Tangki rumah lain penuh. Allahurabbi...

Hanya Allah yang tahu perasaan kami saat itu.

Baru sehari menggunakan air, tiba-tiba nikmat itu habis sekelip mata. Mujurlah siang tadi sempat kami tadah air untuk simpanan. Tak tahu sampai bila air itu boleh bertahan. 2 hari pun tak mampu bertahan, inikan pula seminggu! Berharap sesuatu terjadi hari esok. Sesuatu yang menggembirakan!

Masing-masing berusaha menenangkan diri. Kak Syikin bagi cadangan topup air. 10JD untuk 2liter. Kami mengiyakan sahaja. Asyikin pula bercerita, zaman nabi dulu pun air susah nak dapat. Bertenang.

Saya masih belum percaya. Rasa seolah-olah semua ini boleh selesai tanpa topup air. Seolah-olah ada yang tidak kena. Mungkin air naik lagi esok, mungkin baba akan topup air kalau kita bertanya kepada dia. Kemungkinan hari esok itu tidak tahu. Berharap hari esok menggembirakan kami.....

Allah tidak menguji hambaNya yang tidak mampu..

Ini ujian kami, ujian orang lain, lain pula..

Segalanya berhikmah....

Kami belajar perkara yang kami tak belajar di Malaysia. Mengambil wuduk dengan menggunakan segelas air. Belajar jimatkan penggunaan pinggan mangkuk, gunakan plastik sebagai pelapik. Di Jordan, kena kreatif!

Sebelum ke Jordan, perbagai liku ditempuhi. Air mata yang membasahi, penat lelah yang dikerahi. Segalanya berbaloi sehingga sampai juga di sini.

Sampai sahaja, berbagai-bagai pula badai melanda. Ujian menguji kesabaran. Kali ini tiada lagi tangis, segalanya seakan mudah. Tiada penyesalan, sedikitpun!

Berusaha untuk menjadikan ujian dan pengorbanan ini berbaloi! Cari ilmu... Rajin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...