klik!

Friday, May 3, 2013

Kerja Sambil Belajar

Bismillah...

Hidup di perantauan ada banyak benda tak diduga.
Bukan meminta untuk diuji sebegini rupa.
Ujian demi ujian, akhirnya diri ini lemah.
Kekadang rebah, putus asa. Rasa ingin pergi jauh dari Jordan.

Akhir-akhir ini sibuk dengan zakat maidam. Syarat baru katanya. Perkapita kena kurang 500. Saya kira-kira, perkapita lebih sedikir daripada 500. Berfikir sejenak, patutlah duit pendahuluan tak dapat. Zakat-zakat. Jangan guna duit zakat untuk berkempen sudah la. Berasa teraniaya juga. Asnaf mana saya ni? Kata pegawai maidam, asnaf fakir miskin sahaja akan dapat.

Mula lah saya tak keruan. Mujur ada yang menenangkan. Sepatutnya jangan bergantung dengan maidam. Rezeki tu milik Allah. Allah yang bagi, bukan maidam bagi. Saya akur.


Dulu ambil upah jahit-jahit. Walaupun jahit tangan, duit yang terkumpul dalam 130JD, 500 lebih malaysia. Itu pun jahit lambat-lambat. Dah cukup untuk beli sebuah mesin jahit.

Kemudian, berniaga roti sosej dengan kawan serumah. Sekarang, berniaga seorang diri.

Penat...
Penat sangat...

Akhowat yang berstatuskan pelajar bekerja pada waktu lapangnya.

Minggu lepas, saya berniaga roti sosej. Buat banyak-banyak, tinggal, petang baru ambil balik, baru roti tu habis. Kelas saya habis pukul 12 dan pukul 11. Rabu lepas, saya tinggal roti. Saya datang balik pukul 4.30.
Sesampai di musolla, duit saya tiada! Tinggal botol duit sahaja. Beg plastik dalam tong sampah. Saya cari-cari, tiada!!

Akhirnya pasrah.....

Duit sudah di curi mungkin.
Biarlah, tiada rezeki. Lalu pergi bertemu Asyikin. Pulang bersama jalan kaki. Saya tidak menceritakan apa yang terjadi sehingga dia bertanya, "duit cukup?"

"Tak ada...", dia terkejut. Barulah saya bercerita. Untuk apa bercerita masalah, bukan orang boleh bantu pun. Jadi baik diam.

Mungkin ini ujian... Ujian untuk peniaga...
Penat habis begitu sahaja, duit tiada. Cuba bertenang, rezeki Allah da tetapkan, yakin sahaja. Semuanya cukup. Cukup makan , cukup bayar yuran, cukup sara diri alhamdulillah. Biarlah tiada duit simpanan untuk masa sekarang.

Ahad lepas, ada seorang akhowat arab bertanya, kenal ke siapa yang berniaga.
Saya jawab, saya yang berniaga.
Ada hilang duit tak?
Ada..
Berapa?
10JD..
Kemudian dia bagi duit. Dia kata, jangan tinggal duit lagi. Bahaya, nanti hilang. Saya menganggukkn kepala.
Alhamdulillah.. syukur...

Kekadang pelik dengan pelajar tajaan. Entah apa yang mereka takutkan. Saya kira-kira duit mereka cukup sahaja. Tapi di mulut "Tak ada duit.. tak ada duit.."
Karang betul-betul tak ada duit baru tahu. Hehe, jangan marahh haaa...

Cuma, belajarlah untuk hargai nikmat duit. Bila ada kita guna, untuk manfaat diri dan orang lain. Peringatan untuk diri sendiri juga yang agak kedekut (orang kata la).

Benar, hidup tanpa target (yakni dalam kes ini target duit keluar bulan-bulan), lebih bahagia daripada ada sekatan. Sekatan itu bagus untuk elak membazir, tapi kalau sekatan yang sampai menyebabkan orang lain berasa tempias itu KEDEKUT. Jujur saya katakan, baru sampai di sini, duit usaha di had-had kan. Sakit terasa. Seksa juga. Lantas, inisiatif lain di ambil. Apa kata tambah duit agar tiada lagi sekatan yang menyakitkan. Saya juga tak suka susahkan mak ayah. Minta duit, sedangkan datang sini untuk ringankan beban mereka. Jadi...  Belajar untuk berdikari.

Perniagaan ini biasa-biasa sahaja. Tapi cukup puas. Puas kerana berasa cukup mandiri. Kata orang, dah boleh kahwin da... hehe..

Sekian.. Road to nihaie, doakan saya!

Menanti hari untuk pulang.... 4.8.2013.. Balik nanti beli mesin jahit. 

1 comment:

  1. Subhanallah.. tabah betul adik akak sorang ni & akak tumpang bangga dengan kecekalan Kak Long disana. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Long dan diberi jalan keluar dalam segala kesulitan. Insyallah.. amin.. Kak Abby

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...