klik!

Sunday, January 27, 2013

Imtihan

Mata ini dahulunya kering,
Hati ini dahulunya keras,

Imtihan bukan penyebab untuk mata itu menangis,
Imtihan bukan penyebab hati itu runtun,

Kini.......

Segalanya berubah....
Aku tidak seperti dulu...

Peperiksaan itu Ujian



Bismillah...
Kalau dulu, saya orang paling selambe. Orang yang paling tak takut imtihan (peperiksaan). Semasa SPM masih boleh bermain, bergelak ketawa, rileks-rileks, buku letak merata. Belajar, belajar juga, cuma tidak serius. Tidak seserius orang yang belajar sampai lewat malam. Tidak tidur berhari-hari. Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah. Semua gara-gara Imtihan (macam pakwe pula).

Setiap kali imtihan datang dulu, saya gembira. Sebab tak perlu belajar. Ambik masa berminggu untuk menyambung tajuk pembelajaran. Bincang kertas soalan dulu, keep in markah. Saya ada masa banyak untuk bersenang lenang! Ada masa banyak untuk berrileks-rileksan! Tapi setelah sampai di bumi urdun, segalanya berubah. 360darjah.

Setiap kali imtihan, setiap kali itu juga jiwa ini terseksa. Pelbagai ketakutan menghantui.

Takut kalau-kalau soalan dokter killer
Takut kalau-kalau tak terbaca apa yang dokter masukkan dalam imtihan
Takut kalau-kalau dokter uji kita, masukkan tajuk yang dokter tak bagitahu masuk
Takut kalau-kalau terlalu berdebar sampai tak boleh jawab (blur)

Entah kenapa perlbagai ketakutan menghantui. Sedangkan yang datang hanyalah sekeping kertas biasa yang perlu di jawab soalan yang ada. Jika tak tahu jawapan, tinggal sahaja.

Ini yang berubah sepanjang di Jordan.

Apabila mendapat keputusan, jantung seakan ingin pecah. Debarannya hanya Allah yang tahu. Jika markah tidak seperti yang diharapkan, mulalah mata ini memerah, menangis.

Menangis kerana imtihan itu biasa?

Bukan bagi saya sepatutnya.

Entah kenapa berasa terlalu kecewa. Kecewa dengan keputusan yang sebegitu rupa.
Bukan mendapat kosong, tapi tidak seperti yang diharapkan sahaja.
Bukan gagal, tapi tidak seperti yang diharapkan sahaja.

Imtihan akhir ini, sudah saya dapat keputusannya. Keputusan keseluruhan untuk satu sem(fasal). Keputusan Madkhal li dirasah syariah islamiyah masih berlega. Boleh diterima. Markah awal, thani tidak begitu banyak. Markah akhir boleh dikatakan wajar. Tapi, Setelah mendapat keputusan Ulum Quran, terkejut. Reda sahaja....

Soalan peperiksaan akhir dokter bagi 2 soalan yang ada 5 markah setiap satu. dan 20 soalan lagi na3am la (betul salah) Soalan pula ada yang tak dijumpai dalam buku. Mungkin silapnya banyak di situ.

Adik membuat panggilan ym. Panggilan itu di jawab kemudian terputus. Panggilan kedua saya menolak. Tak ingin ada yang kecewa mendengar keputusan itu. Chatting sahaja, kata saya kepada adik. Adik menyoal kenapa. Saya tidak menjawab.

Sedih. Benar-benar sedih.

Keputusan akhir tak mampu menangis lagi. Air mata sudah kering.

Sebelum saya sedar... Kejayaan yang besar bermula daripada sebuah kegagalan.

Terima kasih kerana menyedarkan diri ini syabab...

Saya kecewa hari ini. Bersedih hari ini. Sedangkan perjalanan masih panjang. Masih tinggi untuk di daki. Baru tergelincir sedikit di garisan pemula, sudah putus asa untuk ke garisan penamat? Sudah bersedih seolah-olah sudah tiada harapan untuk bangkit dan menang?

Kura-kura boleh menang berlumba dengan arnab.

Kita manusia, bukan kura-kura.

Kadang-kadang, apabila terlalu fikir apa orang kata akan membuatkan kita resah. Seolah-olah kita seorang yang gagal. Kita yang pelik, gagal untuk benda yang mudah. Padahal masih ramai yang terpaksa mengulang madah berkali-kali untuk meLULUSkan.

Melihat orang bergembira atas kejayaannya. Melihat orang berbangga atas kejayaannya. Melihat orang menjeling atas kegagalan kita. Membuatkan hati ini sedih, resah, runtun. Mungkin selepas ini keputusan perlu dirahsiakan. Berjaya atau tak, itu semua kita tanggung sendiri. Tak perlu orang lain tau, tak perlu orang lain peduli. Biarlah menjadi rahsia.

Mungkin kerana selalu membaca cerita orang yang tak pernah gagal membuatkan saya ingin sepertinya. Sedangkan kami tak sama. Ustaz Hasrizal? Dia hebat, dia bukan saya dan saya bukan dia.

Belajar untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Bersyukur kerana Allah memberi peluang berada di bumi anbiya'.
Bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk belajar agama

Satu perkara lagi saya lupa sepanjang berada di bumi israk ini.

Ilmu bukan terletak pada keputusan. Terima kasih juga kerana mengingatkan syabab.

Banyak benda saya terlupa sepanjang berada di sini. Tajdid niat?
Sedangkan sebelum datang, niatnya untuk belajar, menuntut ilmu bukan menuntut keputusan, muadal.

Untuk sem baru, fasal baru, niat baru, azam baru. Semoga berjaya diriku! Semoga berjaya sahabat!
Jangan malas-malas lagi yer! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...