klik!

Monday, November 25, 2013

Sayap Kiri Pejuang

Wanita itu indah,
Cantik dipandang mata,
Menenangkan jiwa,
Meski begitu,
Orang masih berkira-kira,
Wanita itu cantik seluruhnya?
Atau sekerat sahaja?
Wanita itu semuanya indah?
Atau sebahagian sahaja?
Hakikatnya..
Seindah perhiasan itu..
Wanita Solehah..
Seindah perhiasan di muka bumi ini..
Allah.
Tingginya martabat wanita solehah itu,
Lebih cantik daripada lamborgini yang diidamkan hampir semua lelaki,
Lebih indah daripada alam semesta,
Tasik-tasik, taman-taman, sungai...
Wanita solehah lebih cantik dan indah..
Jauh...
Lebih comel daripada macam comel je..
Solehah yang bagaimana?
Seperti yang dianjurkan agama.


Dalam Al-Quran, Al- mar'ah disebut dalam pelbagai bentuk, dalam bentuk al-um(ibu), Zaujah(isteri), Ukhtu(saudara), atau Al- mar'ah itu sendiri. Kita diklasifikasikan di mana? Kalau saya, zaujah mungkin. Bukan mungkin, zaujah memang.

Dalam Al-quran juga, Allah menyebut pelbagai kisah, salbiah(buruk) dan ijabiah(baik). Dalam surah maryam, Allah ceritakan kisah maryam. Dalam surah tahrim ayat 11, Allah mengangkat darjat isteri Firaun yang beriman dalam keadaan suaminya masih kufur. Kisah yang wajar di teliti oleh kita sebagai wanita.

Tidak kurang juga kisah salbiah yang Allah paparkan dalam Al-Quran sepertimana Allah celakakan perempuan Nuh dan Lut. Perempuan tu maknanya, orang rumah la atau bahasa lain sikit isteri. Dalam surah Tahrim ayat 10 Allah menyebut.

Maksudnya "Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, isteri Nuh dan dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang orang hamba-hamba kami Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari  (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"

Lalu kita, bagaimana?

Pilih untuk menjadi Maryam atau isteri nabi Nuh dan Lut?

Bukanlah bermakna jadi seperti Maryam itu ingin anak menjadi nabi, lahirkan anak tanpa bapa. Ramai zaman sekarang anak tidak berbapa, tapi itu anak zina. Bukan seperti kisah Maryam, yang memang Allah takdirkan begitu. Nabi Muhammad khatimul anbiya, jadi jangan pula ada antara kita yang mendakwa anak mereka yang tidak berbapa itu nabi.

Maryam dijadikan contoh dari segi kecekalan dan ketabahan hatinya. Bagaimana dia berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Suka saya mengingati kisah Fatimah dan suaminya Ali.

"Saya cuma ingin seperti Fatimah yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Talib suaminya", bukan ini yang ingin diceritakan dan dibahaskan.

Tapi ketabahan Fatimah menguruskan rumah tangga dalam usia yang terlalu muda. 16 tahun menjadi isteri, zaujah kepada Ali. Saya 19?

Fatimah menangis kerana terlalu penat bekerja, mengadu kepada Rasulullah. Minta untuk diberikan pembantu, tapi Rasulullah kata apa? Rasulullah bagi zikir kepada Fatimah untuk diamalkan. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Kita tahu, tapi mungkin terlupa. Ye sekarang saya mengingatkan, kalian dan diri sendiri yang asyik terleka.

Wanita itu sayap kiri katanya, sayap kiri yang bagaimana?
Katanya pembantu perjuangan.
Berjuang dengan membeli handbag dan kasut mahal kah?
Berjuang dengan merengek-rengek inginkan kolam mandi dirumah kah?
Atau mungkin.
Berjuang dengan mesyuarat tingkap yang menambah saham suami dan diri sendiri ke neraka?
Nauzubillah...

Bukan itu yang dimanakan sayap kiri, tapi itu tak guna punya isteri. Katanya ingin jadi isteri, wanita solehah.

Wanita solehah itu taat suami,
Wanita solehah itu menghias diri,
Tapi hanya untuk pemilik cinta dihati,

Wanita solehah itu bukan merengek tak sedar diri,
Wanita solehah itu bukan yang meminta-minta walau tak diberi,
Tapi redha, dan pasrah ketentuan Ilahi,
Sambil berdoa dan berusaha saban hari.

Wanita solehah itu bukan yang mengumpat mencaci,
Wanita solehah itu bukan yang mengomel membebel setiap kali,
Tapi sentiasa bersih hati, menasihati suami,
Yang selalu berzikir ikhlas dalam mentaati.

Bersamalah kita membentuk diri, berusaha semampu mungkin. Tambah amal, tingkat iman. Nasihat bukan bermakna diri ini sudah tinggi, tapi juga untuk diri sendiri, yang masih banyak khilaf yang perlu diinsafi.
Maaf, article ini bukanlah yang sempurna sebagai panduan menjadi wanita solehah, tetapi sekadar memberi diri sendiri dan yang lain tersentak seketika, dan terus ke langkah seterusnya. Forum, bertanya yang lebih senior itu perlu untuk menguis sedikit pengalaman mereka.

Terima Kasih suamiku, kerana selalu bersabar dengan kerenah isterimu ini... Bhebbak fillah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...