klik!

Tuesday, July 17, 2012

Rindu Sebelum Masanya


Bismillahirahmanirrahim...

Rindu sebelum masanya..
Rindu sebelum sah akadnya..
Rindu sebelum rasa makananya..
Rindu sebelum cium baunya..
Rindu sebelum rasa teksturnya..

Dan

Rindu sebelum menjejakkan kaki di atas buminya..

Rindu sehingga air mata tumpah, sesak dada, jiwa meronta! Semata-mata rindu sebelum masanya. Rindukan bumi urdun sedangkan belum ke sana.

Entah apa yang menarik sangat di sana sampaikan saya terindu-rindu untuk terbang ke sana.

Teringat dua bulan lepas. Mogok seminggu, berkurung dalam bilik semata-mata ingin ke Jordan. Tak pernah saya menangis depan mak dan ayah, tapi kali itu, air mata tak mampu ditahan lagi. Biarkan sahaja mencurah di hadapan mereka. Mata membengkak. Kerana Jordan!!

Bermacam-macam syarat di beri kepada ayah kalau ingin saya belajar di unisza. Syarat mudah, tapi melaksanakan payah. Ke kuliah Ustaz Azhar setiap hari. Kalau Kuliah jauh, ke kuliah ustaz lain. Macam mudah, tapi payah juga kalau belum biasa. Tapi, sebulan lepas memang menjadi syarat ini. Ayah ikutkan sahaja, sehingga saya masuk unisza. Dah masuk unisza, saya pun tak tahu apa jadi di rumah.

Teringat post yang menyatakan kekecewaan kerana tidak diizinkan ke Jordan. Post yang terlalu putus asa. (sudah di draftkan). Menulis dengan emosi yang amat bercelaru. Setelah janji dan janji ditabur, akhirnya janji di dustai. Pada mulanya maktab yang menjadi prioriti, tak dapat maktab, ke Jordan.

Alhamdulillah, tak dapat. Dapat unisza, dipaksa pula.

eh saya ni! Barang lama jangan di kenang. Sekarang ada disini. Menanti dan menanti. Baru nampak hikmah agaknya. Kalau diikutkan dulu, semasa tak dapat keizinan, boleh dikatakan saya mengamuk. Cuma mengamuk dalaman la, tidak di luar. Orang kata ada hikmah, saya tetap nakk pergiiii!!! Itu sahaja yang mampu diberitahu.

Orang kata, ada sebab ayah buat tu ni. Saya tetap nakkk pergiii!!

Semacam orang gila. Hilang kewarasan sebentar kerana ada yang mengganggu kerinduan saya.

"Mula-mula nak pergi, dah sampai sana nanti nak balik la tu"

Ayat super power yang pernah dilontarkan. Teringat semasa form 1 dulu, masuk asrama dengan tidak sabar, dah masuk nak balik pula. Insya-Allah, akan lalui detik mendatang dengan lebih matang.

"........" tak boleh nak kata apa, sebab belum sampai ke sana.Kalau banyak bercakap, kang di uji lebih. Nanti ada la yang duk sehari jordan dah nak balik. Hehe. Yang pasti, rindu sebelum masanya!

Baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin, sangat menarik! Lepas baca tu;

Saya : Takmo balik raya la taun depan.
Umirah : Ang ni, belum pi da takmo balik.

Hanya mampu gelak.

Kuat Berangan. Manakan tidak, sudah termimpi-mimpi berada disana, dah dapat keizinan lagilah bersungguh angan-angannya.

Semoga kuat berada di bumu israk, bumi urdun, bumi syam. Sahabat, doakan saya!

Monday, July 16, 2012

Sehari yang memenatkan


Bismillahirahmanirrahim..






Ingat nak tulis post ni semalam, cerita apa yang terjadi semalam. Kalau tulis semalam, maknanya apa yang terjadi hari ini la. Kepenatan sampai tidak sempat membuat sebarang post. Kepala sakit, pening. Tapi online sempat. hehe. Abaikan sahaja.

Pagi, dalam kepala di set, "kelas pukul lapan.. kelas pukul lapan". Dengan segala kudrat yang ada, motosikal modenas CT tu dipecut laju. Dari rumah yang agak jauh dari unisza. Tapi boleh la tahan dekatnya nak banding tempat lain. Seperti yang diketahui, unisza di gong badak yang agak jauh untuk ke bandar. Sesampai di unisza, sempat lagi bancuh kopi radix sebagai alas perut. Tengok jam dah pukul 8, tepat! berjalan kaki ke kelas ambil masa dalam 5-8 minit. Moto saya parkir di kawasan asrama, khawarizmi.

Sesampai di fakulti, blok G. Bilik GC18. Tingkat 3, dengan kepenatan dan kelelahan membawa beg yang penuh dengan buku dan botol air berwarna hijau yang agak besar.

Sampai.

Kelas kosong.

Saya call Cheah, tak dapat. Call Balqis, dia kata tak ada kelas. Ya Allah! lupa! minggu lepas dah ganti kelas. Tanpa bersungut, saya melangkah kaki ke bilik Balqis. Malas balik bilik sendiri yang sedang black out. Ke blok Farabi. Berpeluh-peluh.

Baring dan terlelap atas katil Balqis.

Pukul 10, kelas Qiraah, Ustazah Nik Syidah. Kelas yang paling saya alergi. Kenapa? Sebab tak faham satu pun. Sejam berlalu begitu sahaja. Sekadar menhadirkan diri dan ambil apa yang difahami semata. Qiraah ni macam biasa, nama pun dah qiraah, ada la teks berperenggan untuk dicari makna dan faham. Kalau zaman sekolah dulu, ustazah bagi makna dari awal sampai akhir. Zaman Uni tak kan nak buat macam tu lagi. Memang lemah kalau bab ni.

Sejam kemudian,

Kelas Ustaz Daud, Qawaid- ponteng. Hehe. Pergi hantar kawan ke klinik unisza yang agak jauh kalau berjalan kaki. Kesian, sakit perut, termakan makanan basi. Saya dengan penuh ke prihatinan dan kemalasan (untuk ke kelas) hantar dengan keikhlasan (insya-Allah). Bukan tak suka Ustaz, bukan! Sejujurnya, kelas Qawaid lah yang paling saya minati sebelum kelas-kelas lain. Best belajar tatabahasa arab ni. Tapi takot kalau di soal Ustaz. (tak caye, tanya sejati b)

Pukul 12, Kawan balik bilik. Saya melepak di bangku menunggu kelas Ustaz Daud tamat. Sementara itu, baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin. Tergelak seorang diri baca bab10- Nak Juga Cakap Arab. Nanti saya ceritakan pasal buku ni di post lain.

Kelas tamat, saya ke bilik Cheah kerana malas ke bilik sendiri. Solat, makan, dan habiskan buku Rindu Bau Pohon Tin yang amat menyentuh perasaan. Kemudian....

Kelas Ustaz Hadi , Fiqh ibadah.

Tak pernah-pernah saya fokus sepanjang kelas ni, dari pada awal masuk unisza, sehingga hari itu (semalam). Tak percaya, dapat fokus dua jam! Sedangkan selama ini tak pernah fokus. Dengan bertanya soalan kepada ustaz tanpa segan dan silu (walaupun berdebar). Baru rasa yang, ruginyaaaaaaa dulu tak fokus.

Barang lepas jangan dikenang. (ayat penyedap hati)
Hakikatnya, yang lepas perlu di ulangkaji balik, bukan dibiar berlalu sahaja.

Pukul 5, solat asar di surau FKI kerana malas balik bilik. (sudah berapa kali malas balik bilik). Sebenarnya sebab black out. Tu yang terlampau malas. Dan takot nanti melencong ke lain, tertidur la apa la. Mak suruh balik cepat, sebab nak kena hantar dia pergi ambil barang daripada suplier.

Sesampai di rumah, pukul 6. Sempat melabuhkan punggung sebentar di sofa yang sudah kurang empuknya. kemudian, hantar mak ke Seberang Takir. Memang, masa tu mata tak boleh buka. Buka separuh je semasa memandu. (bayangkan sendiri bagaimana). Sampai di kedai, saya jatuhkan kusyen kereta, pejamkan mata. Mak masuk ke kedai orang berkenaan. Terlelap dalam kereta dalam 30 minit.

pukul 7.14, dalam perjalanan pulang ke rumah. Sempat bersembang dengan mak dalam kereta pasal Jordan.

Mak : Haritu ada cakap ngan ayah pasal Jordan. Ayah kata, kalu tak de duit kat sana macam mana. Mak jawab la, kan dia dah bagi tau haritu, takde duit bagi tau persatuan. Nanti ada la yang bantu. Pastu, ayah kata, pergi la Jordan, nampak bersungguh sangat. (yang sudah di translate)

Saya : Mengangguk sambil tergelak kecil. Mak, dalam buku ni cerita, (Rindu Bau Pohon Tin) Ulama Jordan wat fatwa haram gi Baitul Maqdis semata-mata nak gi melancong atau tengok-tengok. Kalau nak pergi, kena jihad. Satu lagi, kalau pergi kena bayar kepada israel duit berapa entah.

Mak : Eh.. Kekgi duk sana jangan memandai-mandai la nak gi jihad ke apa ke. Belajar je. Jangan hampakan mak ayah. Hantar jauh-jauh suruh belajar.

Saya : Gulp! Hor hor.. dop dop enh..

Aduh! Dah di beri warning. Mak saya tahu perangai saya yang main redah aje. Haritu sesat seorang sampai ke setiu. Dari manir ke kuala berang balik ikut setiu. Sendirian naik moto. Balik rumah, buat macam tak ada apa-apa. Dua minggu lepas tu, baru cerita apa yang jadi.

Masalah juga ada perangai macam ni. Orang boleh kata untung, sebab buat apa-apa tak jadi masalah. Tak berdebar, malu dan sebagainya. Tapi, saya takot! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tindakan... (fikir-fikirkan)

Sebelum tu dah terbaca kisah as-Syahid Abdullah Azzam. Teringin nak jadi seperti beliau. Pangkat phd, menjadi pensyarah buat sementara waktu. Kemudian ke medah jihad dan syahid. Seorang yang sangat meraikan pendapat isteri. Isterinya juga hebat. Meninggalkan saudara mara di Jordan mengikut ke mana sahaja suaminya pergi.

Bila fikir balik, tak apalah. Belajar dulu, yang lain tu fikirkan kemudian. Banyak benda saya buat adalah untuk buat mak ayah bangga. Dengan keadaan dan perangai saya yang main redah ni, mana ada kisah dengan pencapaian. Kelas ponteng, lepak sana sini, belajar entah ke mana. Tapi bila fikirkan mak ayah hantar ke sekolah suruh belajar. Hantar tuisyen (form 5 dulu). Tuisyen pun ponteng, aduh! Kelas pukul 8, pukul 10 baru masuk. Naik moto round bandar dulu. Habis spm, dapat result, baru cerita kepada mak apa yang saya buat dulu.

Farahiyah kena berubah!!

Banyak benda yang saya buat sambil lewa. Teruk teruk...

Teringat tulisan Ustaz Hasrizal, "saya tidak membenarkan diri saya menjadi biasa-biasa saja".

Bangkit kembali semangat, dan harapnya semangat ini berkekalan. Istikomah itu payah! Tapi bila dah dapat, manis!

Warning yang di beri mak itu, membuatkan hati ini tak keruan. Agak resah memikirkannya. Tak tahu kenapa, tapi.... inilah apa yang saya rasa.

Abaikan...
Saya abaikan sahaja perasaan itu...

Kembali seperti biasa, tapi bila fikirkan balik, perasaan itu kembali lagi.

Malamnya, hantar adik ke kelas malam. Mak ikut sekali singgah di rumah tok(nenek) di Kampung Kepong. Pukul 10 pulang dengan kepenatan yang amat.

Tidur di ruang tamu sendirian.

Hari ini (semalam) bukanlah hari yang paling memenatkan kerana masih ada hari yang lebih memenatkan dibanding hari ini. Teringat kembali tahun lepas, ke hulu ke hilir demi menggapai A... Dengan motosikal modenas CT TBB7644...

Saturday, July 14, 2012

Penulis, aku kagum!


Bismillahirrahmanirrahim..


Menjadi penulis, tugasnya amat mudah. Tulis apa yang baik, share apa yang baik. Macam berkata-kata. Melihatkan blog-blog orang, subhanAllah! Hebat hebat belaka. Ayat tersusun rapi, indah kemas bertatahkan berlian mutiara-mutiara kata daripada ulama' dan para motivator. Hakikat di luar tidak seindah itu, tidak selawa itu akhlaknya. Dapatlah para blogger itu pahala share benda baik. Namun, bukan share sahaja yang kita mahu. Melaksana! Melaksana!

Dalam post sebelum ini, sudah disentuh soal perlaksanaan. Tidak banyak, sedikit cuma.

Penulis, aku kagum! Kagum dengan ayat yang tesusun rapi, indah dibaca. Kagum dengan ilmu yang mungkin di copy paste semata. Kagum, sejujurnya kagum. Kagum dan malu.

Malu kerana post-post yang dishare sangat baik dan berguna. Pernah rasa seperti ini? Malu kerana orang lebih baik daripada kita. Cemburu pun ada. Cuma untuk membincangkan malu dan cemburu, bukan di post ini.

Jujur saya katakan, apabila melihat blog-blog orang, wall-wall orang yang sarat ilmu, kagum terbit dengan sendiri. Sehingga terlupa bahawa saya juga seorang penulis. Walaupun penulis kelas bawahan sahaja, hakikatnya tetap berstatus penulis.

Saya tulis, dan terus tulis. Meski apa yang saya tulis itu bukanlah apa yang saya lakukan. Terus menasihat, sedangkan saya turut melakukan kesalahan sama.

Dan...

Inilah post yang saya gunakan untuk menegur diri sendiri yang turut melakukan kesilapan. Belajar dan berazam untuk melaksanakan apa yang ditulis.

Cukup payah.

Namun, payah tidak bererti mustahil. Tiada apa yang mustahil didunia ini dengan izin Allah.

Saya amat yakin dan pasti. Pandangan orang yang kenal saya di alam nyata dan alam maya sangat berbeza. Betul-betul berbeza!

Alam nyata : Berkemungkinan besar orang memandangan saya dengan pandangan yang jelek. Maklum sahaja, perangai orang akan nampak terus zahirnya. Bukan niat untuk mengaibkan diri, sekadar membuang BANGGA yang kadang-kadang menguji hati.

Alam maya : Bagus, melihat post yang hebat-hebat. Nak ke bumi syam pula tu. Bukan calang-calang orang ni.

Sedangkan saya cuma manusia biasa.

Saya menggunakan SAYA sebagai contoh sebab mudah untuk disiarkan merata. Kalau guna Ustaz Hasrizal, Hilal Asyraf, takut nanti tak pasal-pasal sampai surat saman. Hehe.

Menggunakan SAYA agar saya sentiasa beringat. Ingat yang 'post' perlu dilaksanakan!

Realisasikan angan-angan menjadi realiti... Bukan sekadar fantasi melalaikan diri...

Doakan diri ini sentiasa istiqamah, menjadi hamba yang solehah... :)




Saturday, July 7, 2012

Sabasun


Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama nak buat post ni, tapi tak terbuat. Kalau disenaraikan alasannya, BANYAK! tapi tak ada satu pun yang relevan. Malas, lupa, tak ada masa (walaupun cuti 6 bulan). Bila dah busy ni, (konon) ada je yang berserabut. nak selit gak masa untuk tulis benda ni. Tak apa, asal bermanfaat.


Sesiapa yang tinggal di terengganu, mesti kenal dengan sabasun. Apa tu yer? haiwan? tumbuhan? nama orang? bukan! Pasaraya la. Apa yang menarik tentang sabasun ni adalah, Islamik! Kalau masuk je sabasun, lagu nasyid je yang di pasang. Alert dengan isu palestin. Banyak tabung-tabung untuk sumbangan dana ke palestin disediakan. Ada gambar-gambar saudara kita di Palestin yang terkorban di tampal. Info-info yang pelbagai tentang palestin juga ada!


Post ini bukanlah untuk mengampu sabasun supaya dapat barang bercuma. Bukan yer! Cuma sebagai perkongsian kepada rakan-rakan luar Terengganu yang bakal jadi warganegeri Terengganu atau yang singgah sebentar disini untuk menuntut ilmu. Daripada ke mydin, baik ke sabasun. Dulu, sebelum mydin dan giant wujud. Sabasun lah tempat tumpuan kita semua. Ingat lagi tak??? Semasa darjah 4, ke Kuantan, terpinga-pinga melihat giant yang sangat besar. Oh, Kunonya diri ini. Kadang-kadang ke'kuno'an menyelamatkan.

Rindu pula zaman sebelum 2004, walaupun masih kecil, suasana dulu tetap diingat.


gambar yang sempat di ambil semasa membeli belah sambil menderma di sabasun.

Semasa sekolah rendah dulu-dulu, ada cikgu cerita asal usul nama sabasun ni. Katanya, dulu sabasun kedai runcit sahaja. Selalu ada masalah. Tapi, pemilik sabasun ni sabar, sabar dan terus sabar. Sehingga Kedai runcit tu menjadi pasaraya. Jadi nama Sabasun tu adalah Sabor sungguh. Di gabungkan sekali menjadi sabasun. Kesohihanya wAllahua'lam. Cikgu Zawawi yang cerita ni.

Sabasun tak boleh boikot semua benda, contohnya milo (yang masih ada di sabasun walaupun saya tak jumpa). Tetapi, sebelah tanda harga barang yang perlu di boikot itu, sabasun ada tulis kenyataan bahawa barang itu perlu diboikot. Kalau fikir secara logiknya, insyaAllah bankrup la kalau buat macam ni. Jadi peniaga, tapi seolah-olah melarang pembeli membeli barang itu. Alhamdulillah, sampai sekarang maju je.

Ada terbaca kenyataan di dinding sabasun tu. Katanya, terima kasih kepada pelanggan yang memboikot barang-barang yahudi. Alhamdulillah, berkat sokongan pelanggan, pihak sabasun mampu memboikot sebilangan barang yang agak besar jumlahnya. Lebih kurang macam ni la ayat dia, dah lupa ayat betul.

Sebagai kesimpulannya, datang dan melaburlah duit anda disabasun. InsyaAllah setiap belian ada saham untuk akhirat. Kalau nak saham lebih, masukkan duit dalam tabung yang disediakan di kaunter. Pakat-pakat orang kite uboh blake...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...