klik!

Sunday, July 31, 2011

On The Way Balik Umah


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..

Penulis nak cerita sikit peristiwa yang terjadi semasa on the way balik rumah dari sekolah hari ni. Punya la semangat nak cerita, baju sekolah pun tak salin lagi ni.

Ceritanya begini, angin bertiup kencang, jilbab sekolah berkibaran, motosikal yang dipandu memecut laju, tapi tak ada la laju sangat, cuma 120 km sejam. Kemudian penulis terlihat satu motosikal ni, pemboncengnya perempuan, di depannya lelaki. Nak kata couple, macam tak logik je sebab si lelaki ni berpakaian sopan(nampak matang la), si perempuan pulak pakai blause singkat yang membentuk tubuh.

Penulis yang duk kat belakang motosikal tu, terpandangla si pembonceng ni dari belakang. MasyaAllah! nampak... nampak underware warna pink. (Maaf, bukan niat mengutuk, hari ni nak happy). Pastu lampu hijau bertukar kuning, kuning bertukar merah. Kami berhenti di simpang 4 kampung durian burung, simpang yang menjadi tumpuan mat-mat rempit semasa hari sabtu petang.

Baju perempuan tu masih terselak, nak biarkan tak sampai hati, ramai penunggang lelaki ada di belakang. Ya Rabbi! rasa bersalah! Perempuan ni pandang sebelah kanan, penulis duk sebelah kiri. Jadi penulis tunggu je perempuan ni palingkan muka dia ke arah penulis. Akhirnya! kepalanya di pusing ke kiri.

"Kak, nampok belakang", dengan senyuman sambik mengangguk penulis berkata. Fuhh lega, benda benar telah disampaikan. Bukan senang tau! Kakak tu menganggukkan kepala je. Penulis fikir masa tu, ikut la dia nak dengar ke tak, yang penting dah sampaikan. Kesian la tengok, mungkin dia tak nak dedahkan, tapi terdedah. (Husnuzhon)

Lampu hijau menyala, Motosikal dipecut laju (tak laju pun) meninggalkan pembonceng yang ditegur tadi. Sedang leka fikiran berkhayal, tiba-tiba ada motosikal memotong. (ye la moto kite modenas CT je {moto baru}, tak boleh lawan LC, redho je la). Ya Rabbi!! Pembonceng yang ditergur tadi. Penulis nampak, dia pegang hujung baju dia, sebab tak nak bagi nampak. Ya Allah! Gembira tak terkata. Perasaaan seseorang yang tegurannya di terima, apatah lagi diterima oleh senior-senior. Semoga iman si pembonceng tadi bertambah dari hari ke hari.. ameen..

Biasanya kan, kalau penulis nampak perempuan sexy yang membonceng dengan lelaki yang nampak macam couple, penulis cuma hon jep. Potong moto tu, pastu hon. Kalau petang sabtu, memang banyak. Hon je mat-mat rempit. Memang la dakwah tak tercapai (kot) tapi sekurang-kurangnya mereka berfikir, apa salah aku? nape dia hon? harap-harap camtu la.

Pastu pernah haritu nampak perempuan yang pakai tudung, tapi nampak rambut. Pastu penulis potong moto dia, sound dia "Napok rambut ow!!" dia dengar ke tak, waAllaua'lam. Suka hati je penulis ni kan? Berdakwah tak kena cara. Bukan apa, dah lama tersiksa, penat sangat tengok. Nak lembut-lembut tak ada masa. Tengah bawak moto, takkan la nak pergi bersyarah dulu. Tu je la yang mampu penulis buat. Di samping itu, jangan lupa doa, semoga mereka diberi hidayah oleh Allah... ameen...

Teringat pula cerita sahabaat pasal Ustaz Mustaffa Kamal, seorang pemilik pondok yang terkenal. Kalau di tempat dia(kampung dia) orang membonceng (couple), dia terus cubit. Siap tanya lagi "nikoh dop agi nim?". Hebat kan? Lelaki kalau tak guna kuasa untuk dakwah, rugi sangat la. Lelaki ni kan, aura dia lain tau. Nak, nak kalau yang berkopiah, yang berserban apatah lagi. Lalu je kat orang couple, mesti orang tu segan. Perempuan ni berjilbab labuh ke, berpurdah sekalipun, tak mampu nak buat sampai pasangan couple tu jadi segan.

Lelaki di luar sana, hargailah diri anda kerana anda bernama lelaki. Jangan bazirkan jantina anda (aiseyh! pelik je) Guna untuk dakwah, sebarkan agama. Kami perempuan ni, apa la sangat yang mampu.. So, pleaseeeee.... gunakan sebaik-baiknya kuasa yang ada, bukan untuk menindas, tetapi untuk berdakwah.

Main-main


Bismillahirrahmanirrahim..

Mak tak ada, ayah tak ada.. kerja penulis main-main.


Hensem tak kereta ni.. ni namanya honda civic dua pintu (betul ke tak namanya wallaua'lam)
pada suatu petang, mak ayah tak ada. Penulis pun try pandu kereta ni. Best!
Ni la kerjanya mak ayah tak ada. Ayah gi kerja, mak gi khemah. Ada adik lelaki 2 orang.
Kalau nak gi jalan (lepas SPM) ajak je yek.. Memang kempunan nak gi jalan-jalan.

Friday, July 29, 2011

Ego


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengetahui..
Jari ini dirasakan meronta-ronta untuk mencoret sedikit berkaitan ego, hatta latihan add math menanti di kananku, nota sejarah tersenyum sipu melihat jariku menari-nari di atas keyboard lappyku..

kalau sebut ego, mesti orang akan cakap ego pada lelaki. MasyaAllah! ego lelaki memang menyakitkan hati. Apa yang penulis nampak pada orang ego ni.

1- Suka sakitkan hati orang
2- Dia nak menang jugak
3- Semua benda dia betul
4 - Tak nak mengalah
5- Pendapat orang suka condem
6- Suka putar belit ayat(untuk betulkan pendapat dia)
7- Payah nak minta maaf dengan orang bila buat salah
8- Suka maki orang
9- Payah ucap terima kasih
10- Tidak menghargai pemberian seseorang@menghargai sahabat/orang tersayang

Penulis boleh senaraikan 10, apa yang penulis nampak. Jadi tengok la, kot-kot ada salah satu ciri di atas. Bila dah ada satu, cari prevent untuk elak penyakit ini semakin parah.

EGO dengan LELAKI sinonim betul. Kenapa lelaki ego? cuba tanya lelaki. NAK TUNJUK MACHO KOT! tak kesah la apa pun alasannya, ego memang menyakitkan hati.

Perempuan tak ada ego ke?
ada.. ada.. ada... cuma ego perempuan ni mudah dilentur. Nasihat dua-tiga kali ok dah, perempuan ni suka muhasabah diri (tak semua jugak). Tengok apa yang kurang pada diri. Tapi kalau dengan ORANG EGO jugak, kadang-kadang perempuan tak nak tolak ansur. Nak jugak jadi ego.

ORANG EGO NI MEMANG MENYAKITKAN HATI emotionalnya kenyataan ni, memang emo! sakit hati! sabar je la.

Pernahkah kalian terfikir? ego, bangga, riak, sombong ni ada kaitan? dan semua tu adalah sifat Allah. Orang sombong je yang ada ego, orang riak je yang ada ego. Penulis pernah baca satu kenyataan ni, Orang yang mempunyai ego walaupun secalit, tidak akan masuk kedalam syurga. Nauzubillah!

Hadith nabi ada menyatakan "Tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai sebesar zarah sikap sombong". Jadi fikir-fikirkanlah, ada ego kita buang. Ada akal kita fikir, ada hati kita rasa, kita juga manusia yang punya hati dan perasaan. Masakan kita tidak boleh menilai kelakuan kita? Andai orang lain lakukan seperti itu kepada kita, apa yang kita rasa? sedap?? Apa pun alasannya, pointnya tetap sama, SAKITKAN HATI orang! Berpahala ke? Muhasabah diri balik.. Apa yang tak kena dengan diri kita, kita ubah.

Payah berubah?dah sebut pun mujahadah, memang la payah. Kata pejuang, takkan dah menyerah kot. (sinis betul) Nak masuk syurga, kita buang ego. Berusahalah! berusahalah! Orang lain boleh, kenapa diri sendiri tak boleh?

ni ciri-ciri yang ada pada orang ego, di copy paste dari web lain..

1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Kita sendiri boleh nilai di mana tahap ego kita. Ego ni tak perlu pun, buat sampah dalam hati je, jadi buang la. Harap sangat, semua orang yang rasa ego masih ada dalam diri, usaha untuk buang. Kita hidup tak lama, buat apa nak simpan benda buruk dalam diri? kang mati jugak. Nak kehidupan abadi kat akhirat sana. SHOW ME THE WAY~~

Thursday, July 28, 2011

Sabarlah...

Terkadang hati ini sedih..
Tiba-tiba rasa sayu...
Dada sebak..
Entah kenapa rasa ini hadir..
Terkadang hujan itu mencurah juga..

Sindiran demi sindiran...
Perlian demi Perlian..
Ya Rabbi!
Jika ini dugaan untuk diriku..
Sungguh aku sedih ya Rabb..
Sabar dan sabar...

Kesabaran ada batas?
Entahlah!
Aku sendiri tidak mengerti..
Air mata ini menitis lagi..

Sabda nabi..
"Islam bermula dengan dagang, dan akan berakhir dengan dagang"..
Sabarlah duhai diri...
Semoga dirimu menjadi golongan yang sedikit itu..

Tohmahan, sindiran di dunia tidak seberapa...
Jika dibandingkan azab neraka...
Ya Rabb..
Kurniakan mereka hidayah..
Agar mereka turut jadi pejuang-pejuangMu...


Monday, July 25, 2011

Sakit?


Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni rasa nak post sesuatu je.. walaupun mesejnya kurang, harap pembaca cuba cari mesej tersirat disebalik ni(ada ke?)

Lepas waktu rehat, sepatutnya Bahasa Arab, dah tahu pun Ustazah Che Hamidah tak ada di sekolah, jadi penulis lengah-lengahkan rehat. Tak sangka Cikgu Loh (Lah@Abdullah) masuk buat latihan add math. Tengah-tengah Cikgu Loh tulis, kepala tiba-tiba je sakit. Cuba faham apa yang Cikgu Loh tulis, tapi tak faham jugak. Orang ganu kata "pahceroh dop pahang". Sakit kepala makin menjadi-jadi, rasa macam nak hantuk je kepala di dinding. Ya Rabbi.. hanya Engkau yang tahu saat itu. Masa Bahasa Inggeris pula, masuk bilik Sal. Aircond yang diharapkan tidak sekuat mana. Dengan panas, sakit kepala tak hilang-hilang jugak. Lepas waktu solat ada ceramah medik disampaikan oleh orang KL, dari Bangi. Tiba-tiba teringat Syahirah. Sakit kepala tak juga hilang, tahan je. Masuk angin agaknya. Kadang-kadang terfikir, "ada darah tinggi ke?". Sebab haritu pernah check, tapi tak nak percaya. Check pun bukan dengan dokter, jadi tak nak percaya sangat. Sakit ke tak sama je.

Nak balik pun satu hal, tunggang motosikal. Tahan dan tahan je. Sesampai dirumah, terus baring atas sofa. Tidur. Waktu maghrib bangun, mandi. Kot-kot boleh hilang. Alhamdulillah.. lega sikit. Lepas minum air suam dengan kopi radix, makin lega. Alhamdulilah. Kalau tak memang tak boleh menaip macam sekarang.

Bila dah jadi macam ni, baru sedar nikmat sihat yang Allah beri. Allah beri kita kesihatan, supaya kita beribadah kepadaNYA. Tapi kita lupa, lepas sihat yang Allah bagi, kita nak keselesaan. Nak solat dalam bilik ada aircond, baru khusyuk. Sedangkan khusyuk itu terletaknya di akal dan hati. Kalau hati kita inginkan kekusyukan dan akal kita tidak memikirkan perkara yang menghalang kekusyukan itu, maka hadirlah rasa khusyuk yang diharapkan. Bercakap memang senang, perlaksanaannya?? Tipulah kalau penulis cakap, setiap kali solat penulis khusyuk.. Bohong la! Segala yang penulis tulis disini pun, untuk menegur diri sendiri, sebagai motivasi untuk diri juga. Nak baca buku motivasi malas, nak jumpa kaunselor malu, jadi.. motivasikan diri sendiri.

Firman Allah "Tidak Aku ciptakan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepadaKu"..
lupakah kita pada firman ini? biasalah, manusia mudah lupa. Root word dari perkataan insan bermaksud lupa. Dah Allah jadikan kita ni mudah lupa, redho je la. Redho pun redho, usaha juga perlu. Usaha untuk mengingatkan orang lain supaya mengingatkan kita. Untuk apa? supaya tak lupa lagi. Yang lepas jadikan pengalaman. Pengalaman mengajar kita supaya lebih matang dan lebih pandai untuk membuat keputusan. Jangan pengalaman pahit yang sepatutnya jadi pengajaran, kita ulangi lagi. Belajarlah dari situ, Allah mentakdirkan sesuatu bukan untuk kita kesali, tapi untuk kita cari hikmah disebalik itu.

Penulis paling tak suka bila orang sebut "menyesal aku buat tu.. buat ni". Untuk apa menyesal? daripada menyesal, lebih baik cari jalan penyelesaian. Positifkan diri! Pandang ke depan! Maju dan terus maju! bukan undur kebelakang, menyalahkan diri sendiri dan takdir.

Sakit itu kafarah dosa, adakah perlu rungutan semasa sakit? Apabila orang sakit, kita akan dengar orang menyebut "Aduh sakitnyeeee.." (termasuk diri sendiri) ada ke manusia yang boleh lari dari menyebut "Aduh" bila sakit? wAllaua'lam...Itu boleh tahan lagi, kalau "Aduh sakitnya, kenapa Allah tak matikan saja aku?". Astaghfirullah! mengucaplah! Untuk apa ucap kata-kata seperti itu? hanya menambah murka Allah. Berapa kerat je yang mampu menyebut "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun". daripada Allah aku datang, dan kepadaNYA aku kembali. Kenapa tak mampu sebut? sebab dah sakit sangat, mulut sibuk mengaduh. Tak apa, sakit kali ni mengaduh, sakit lain kali insyaAllah, mampu sebut kalimah itu.

Orang yang sakit adalah orang yang terpilih. Pernah terfikir tak? Mesti pernah kan? Cuba diamati dan dihayati dan difikiri. Allah memilih kita untuk dihapukan dosa. Untungkan? Allah masih memandang kita sebagai hambaNYA. Firman Allah dalam surah Al-ankabut

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.


Agak-agak beruntung tak kita(orang yang sakit)? Kita baru diuji sikit, dah nak mengaduh. Umat terdahulu lagi parah. Umat sekarang pun, saudara kita di Palestin. Bagaimana mereka diuji? Hilang tempat tinggal, hilang harta, hilang keluarga, akhirnya hilang nyawa. Itu yang mereka harapkan SYAHID FI SABILLILLAH. Tujuan utama mereka hidup di dunia. Tiada lagi yang mereka harapkan selain syahid, selain berjuang menyelamatkan masjidil aqso. Tapi kita? Baru sakit kepala, dah merungut.Sekarang sibuk bina masjid, masjid kristal la, replika masjid la. Kiblat pertama tak selamat lagi. Tak jadi salah banyakkan rumah Allah, tapi agak-agaklah. Masjid Kristal tu, buat di pulau, siapa je yang ada? Nak solat Jumaat pun tak boleh. Baik guna duit tu derma untuk Palestin.


Kadang-kadang kita sibuk mendoakan diri sendiri, sehingga lupa untuk mendoakan saudara kita. Mak ayah, memang kita doakan, sahabat. Tapi saudara kita di Palestin yang berjuang mati-matian memperjuangkan Islam? Apa kita bagi untuk mereka? Derma? Kalau kedekut tahi hidung masin tu, tak payah nak sebut derma la. Qunut nazilah, berapa kali kita amal? (Pesanan untuk diri sendiri) Mereka tak harap apa pun, selain doa dan doa. Tak terasa ke kita? Kita orang Islam, tapi biarkan sebilangan kecil je yang memperjuangkan Islam. Kita berfoya-foya, bermain-main lagi. Yahudi kalau diikutkan, bilangan paling sedikit di muka bumi ini. Tapi mereka berjaya. Kita je kena tipu, diperdaya oleh mereka. Kesian.. Kesian..


Entri kali ni pasal sakit, hurai punya la panjang sampai ke Palestin. Setakat ini sahaja entri kali ini, andai ada kata yang mengguris hati, mencalar perasaan. Maafkan penulis. Ana asif. :) WAllaua'lam....



Friday, July 22, 2011

Nostalgia




Assalamualaikum..

Pernah tak musik menjadi penyimpan nostalgia? Kalau tanya penulis, penulis akan jawab, ya!
Contohnya macamni.... kita selalu dengar satu lagu ni, pada masa ni kita bahagia, masalah kurang. Pastu, kita lama tinggalkan lagu tu, kita dengar lagu lain pula. Bila kita putar balik lagu tu, dengar balik, kita akan teringat situasi yang terjadi masa kita selalu dengar lagu tu dulu. (faham ke tak? macam berbelit je) kalau tak percaya, boleh cuba. Penulis ni gila nasyid, dulu kalau tak dengar lagu, memang rasa tak boleh nak hidup(padahal boleh je). Kena cari lagu baru paling kurang sebulan sekali. Tapi sekarang tabiat ni dah mula berkurangan, sebab taksub sangat dengan MFB. Sekarang cuba dan usaha untuk balik kepada tabiat lama.

Kalau senarai lagu-lagu nostalgia kan.. memang tak akan habis. Senarai sikit je la yek..


Darjah 5(umur 10 tahun) - ke makam bonda (UNIC), dan semua lagi dalam album tu.

Darjah 5(umur 11) - Album inteam 04, semua lagu menyimpan kenangan.... Alami (Alarme), epilog silam (Haikal) dan semua lagu yang ada dalam folder mak sedara.

Darjah 6 - Masih dengan lagu lama, dan kurang mendengar lagu, fokus study KOT.

Form 1 - Album tiada lagi kasih (in-team), contoh lagu.. tanpaMu

Form 2 - Selalu dengat hot fm(bukan kereta sendiri) kurang mencari lagu nasyid. Tahun mula guna handfon, tu pon nokia 3315 yang dah bisu

Form 3 - Tahun ni, gila nasyid. Dulu kenal kumpulan In-Team, UNIC, Hijjaz je. Tahun ni, kenal devotees, dehearty, mestica. nak senarai lagu satu persatu, tak larat. Dah ada handfon myiman, (kumpul duit sendiri, berlapar) senang la nak dengar lagu. Laptop pun dah ada, internet ada, senang download, facebook pun ada masa ni. Masa ni minat lagu amani (Amar),, dedicate untuk isteri dia. Album Allahurabbi(In-team) tak lepas, hafal lirik urdu.

Form 4 - Mula minat nasyid pop. Nice, destiny, Algebra, Azhan atan, Instict, All one, Rast.. semua lagu bermesej.. Album Nur Muhammad (Unique + Inteam). Dalam bulan rejab@syaaban gitu, baru minat maher zain. Tak minat lagu english. Lagu nostalgia, Awaken, sebab lagu ni favorite seseorang. Album Nota-nota cinta, Saujana. Nostalgia! Akhir tahun, masa cuti, lagu Musafir rawan (Fitri Haris), Menanti Solehah(Aiman), kenal kumpulan adcoustic.

Form 5 (tahun ni la) - dengar balik lagu2 nostalgia. Terutama masa awal tahun form4 (sebelum ada MFB) maklum la, orang nak undur masa. Tambah satu lagu, devotees, berjalan tanpa henti.

Semua lagu simpan kenangan... bila dengar balik, rasa sayu... rasa rindu... rasa entah la!
banyak lagi lagu sebenarnye, tak larat la nak tulis satu persatu. penulis hidup dengan nasyid je, sampai sekarang tak tahu dah lagu apa yang top dalam tv.. lagu korea jangan tanya, kang kena sound, tak tahu.....

masa form3.. belajar guna nasyid, belajar didk hati guna nasyid... berkesan! alhamdulillah....
hayati makna dalam lagu tu betul-betul.... masa form3 banyak baca article.. ni hobi dulu.. hobi sekarang??

jom dengar...



Menyusahkan Atau Menyenangkan?


Assalamualaikum...

Penulis harap sangat-sangat, post-post di blog ini tidak mengguriskan perasaan sesiapa, tidak menimbulkan ketidakpuashatian sesiapa. Kenapa tahun ni banyak je post yek? Sebab cuba sibukkan diri dengan blog, malas bersosial lagi (ye ke?) entri kali ini menyusahkan atau menyenangkan??
Hari ni seorang sahabat penulis, balik kelantan, namanya Adibah. Pelajar asrama, kalau dah nama pelajar asrama, budak baru ke budak lama ke.. semua insyaAllah rapat dengan penulis. Kesian Adibah, penulis hantar Adibah ke stesen bas, naik moto, nak beli tiket lagi, tiket habis, yang ada balik kota baru. Dia nak balik Pasir Mas. Hari selasa lepas, Amy, nak balik kemaman. Rasa seronok bila ringankan beban orang, terutama sahabat yang kita sayang.

Kita hidup biarlah menyenangkan orang, bukan menyusahkan. Kalau boleh, nak senangkan semua kawan. Selalu berharap dapat lesen kereta tahun ni, nak ajak kawan-kawan keluar sama-sama. Bukan apa, nak gembirakan mereka. Perasaan orang asrama, kalau tak outing, rutinnya tiap-tiap hari sama sahaja. Bosan.

Tapi, selalu takut. Kita senangkan orang, tapi orang lain dapat susah. Contohnya, kita nak senangkan kawan kita, tapi keluarga kita pula yang susah. Kalau keluarga supporting tak apa, kalau yang berkira macamana?? tu contoh sahaja.. banyak lagi situasi lain. Selalu situasi yang penulis alami (dulu je, sekarang ok).. takut nak bagi tahu ayah yang kawan nak tumpang kereta. Padahal ayah ok je, cuma kita rasa tak sedap. Tak sedap untuk menyusahkan orang, suka menyenangkan orang. Kalau ini ada dalam diri setiap makhluk di muka bumi ini(haiwan dan tumbuhan pun).. maka amanlah dunia.

Tiada lagi penindasan, tiada lagi penyiksaan. Semuanya menyenangkan. Apabila kita hidup untuk menyenangkan orang, kita sendiri pun akan senang. Maksudnya?? Hati kita senang, rezeki yang kita dapat pun mudah. InsyaAllah. Allah Maha pengasih lagi Maha pemberi. Budi baik dibalas baik, budi yang jahat dibalas baik(inilah yang sepatutnya). Teringin pula berkongsi cerita dengan para pembaca(ramai ke pembaca?). Seorang ibu tunggal yang amat penulis kagumi.

Namanya Sa'adariah binti Noh, sahabat mak penulis dan umi kepada sahabat penulis yang bernama Muhammad Shabil Muhafiz. (tak apa ke letak nama betul ni?) Hidup dia cuma untuk senangkan orang, tak pernah penat dan tak kenal erti lelah. Untuk anak-anak, sanggup dia korban segala-galanya. Teringat semasa penulis form2, beliau yang hantar penulis ke sekolah, tiap-tiap hari. Masa ni, anaknya keluar asrama sebab nak tusyen. Kalau ada kelas, ada latihan terpaksa balik lambat, dua kali ulang-alik dari rumah ke sekolah. Ya Rabbi!!

Itu baru cerita fasal sekolah, kalau tuisyen. Setiap malam dia ambil penulis, hantar tuisyen. Setiap malam isnin, ingat lagi, malam ni anak beliau tiada tuisyen, tapi sanggup beliau hantar penulis. Tak penat ke? Pelajar pun penat, inikan beliau, kerja guru, balik urus rumah tangga, hantar anak-anak sekolah, rasa macam menyusahkan beliau pun ada. Kadang-kadang rasa bersalah pun ada, beliau baik sangat-sangat. Bukan dengan keluarga penulis saja, tetapi dengan semua orang.

Masa adik penulis nak masuk pondok dulu, semua beliau uruskan. Macam anak sendiri pun ada. Bab pendaftaran, sehingga bab pakaian, keperluan. Baikkan? Kalah keluarga sendiri. Tabahnya dia! Anak-anak dia jadi sumber kekuatan. Alhamdulillah, semua anak-anaknya berjaya, soleh dan solehah je semua. Kagum bila tengok kerjasama mereka. Patuh, ikut je arahan umi. Kalau buat majlis, rumah terbuka ke, kendiru ke, tak perlu pertolongan orang lain pun. Anak-anak dah cukup, tugas dibahagikan sama rata. Kena belajar cara didik dengan beliau ni.

Kagum sangat tengok insan seperti ini, anak pertama dia, Kak Ma, belajar Uitm, anak ke-2, Shabil, belajar DQ, anak ke-3, Syafiq, sama pondok dengan adik penulis, anak ke-4, Syahir MRSM, anak bongsu, Syamim UPSR candidate. Anak perempuan bertudung labuh, sopan je, pandai ambil hati orang tua. Yang lelaki pula, masyaAllah! kopiah tak pernah tinggal. Bila tengok anak-anak beliau, rasa malu pun ada. Kenapa diri sendiri tak mampu jadi seperti itu??

Nak cerita sikit fasal anak ke-2 dia, result spm tahun lepas agak kurang memuaskan. Tapi rezeki dia tetap ada. Dapat belajar di DQ. Orang yang kenal beliau cakap, beliau suka bantu orang, jadi Allah tolong beliau balik. Nak dijadikan rezeki, itulah. Dapat SPM 11A+ pun kalau tak ada rezeki nak lanjutkan pelajaran, apa guna? Bahagia je keluarga ni. Cemburu tengok. Kalau cerita fasal beliau, memang tak akan habis. banyak sangat kebaikan yang beliau lakukan. Hanya Allah yang berhak membalasnya. Bila kita nak balas, beliau tolak. Tabahnya beliau! Mudah-mudahan rezeki yang Allah limpahkan kepada beliau, berkat, dan sentiasa mencurah-curah.. ameen ya Rabb!


Thursday, July 21, 2011

Serius ^_^


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Penulis sebenarnya nak sangat tulis gaya serius, tapi payah sebab dah terbiasa main-main. Adakah tulisan yang serius berkait rapat dengan kematangan? bagi penulis, tak kot. Sebab.... ada je senior-senior penulis yang MATANG dan pandai bezakan yang buruk dan yang baik, tapi masih main-main (tapi tak ada la buat post yang kurang matang, cuma komen wall sesama jantina)

Memang menjadi fitrah perempuan ke manja? manja biarlah bertempat kan? (pesanan buat diri sendiri. kak long, jangan jadi GEDIK yek.. cuba matangkan diri) benda yang paling payah nak buat adalah SERIUS. Di rumah boleh pulak serius dengan adik-adik, tapi di sekolah....

Bila orang dah kenal kita dengan karakter suka bergurau, memain, suka ketawa, payah untuk kita berubah menjadi serius. (Dalam penulisan pun tak boleh ke??) Sehari kalau tak tengok penulis gelak di sekolah, maknanya ada something wrong la tu. Tapi benda tu tak pernah terjadi! Sabor je la...

Pernah hari tu sekali, bad mood sangat. Pergi sekolah, kawan tanya, ajak sembang, jawab acuh tak acuh je. Ya Rabbi! Masa tu rasa tersiksa sangat. Sebab, kesian kawan... nak sembang tapi penulis buat gitu. Nak nangis je rasa, cuba jugak untuk senyum walaupun hambar. Kesian kawan.... paling sedih bila tengok sahabat yang tak endah kawan dia.. Apatah lagi memampuskan(international language) kawan tu (walaupun pernah buat)...

Pagi je bad mood, dalam pukul 11 lebih, mood ok balik. Tengok! nak bad mood pun tak boleh lama-lama, apatahlagi nak jadi serius! sampai ada seorang sahabat tu cakap "kak long tension?? orang hok paling rileks dalam dunia ni"... kadang-kadang penyakit rileks ni bahaya jugak.

Kalau penulis jadi serius.. agak-agak hambar tak kelas 5A5? penolong kelas senyap je. Bila tengok MPP(dalam kelas ada 3 orang MPP, paling ramai).. rasa cemburu. Boleh je serius... Bila serius, orang respect.. macamana nak jadi pemimpin kalau suka main-main?? tapi yang main-main ni la orang suka lantik jadi pemimpin. Lantik jadi penghulu wati perkhemahan la, lantik jadi masu'lah kem la. Orang yang tak pernah memimpin jemaah yang besar ni terkaku-kaku, nak handle satu form (paling besar pun penolong kelas) dengan muslimin yang menyakitkan hati. Tak pernah-pernah muslimin kenal penulis, tiba-tiba "HIDUP KAK LONG!!". kalau inilah sekolah agama, sekolah biasa macamana??

Bila cakap nak jadi serius, kawan-kawan cakap "Kak long serius???", pastu buat muka pelik. Entah la, padan muka.. suka main-main, ni la balasannya. Sekarang, cuba dan usaha untuk jadi lebih serius... dengan kawan tak apa la main-main, tapi posting di blog, takkanlah nak main-main lagi? tak nak jadi mengada-ngada... dan tak nak buat orang menyampah! berat rasanya bila menulis macamni, tangan terkaku-kaku.

paling geram bila kita tulis benda serius, tapi orang gelak. Salah ke jadi serius? sebab tu penulis malu nak promot blog ni kepada sahabat sekolah. Tak pernah-pernah jadi gini. Tapi mujur sahabat open minded, ada seorang dua je yang gelak.. herm...

bersabarlah duhai diriku..
sabar dan sabar

Wednesday, July 20, 2011

Kenangan Bersama RAMD



Haritu ada gi kem askar.. kat seberang takir.. sporting gak diorang ni... nampak macam bengis..
platun 3 (platun penulis) dapat Sarjan Adek Awang.. fuh.. bekeng bekeng.. tapi kelakor.. best.. dia suruh buat aktiviti lebih dari platun lain.. tapi dalam masa yang sama.. dia suka buat lawak...
mesti semua rindu kem ni.. pandu puteri yang join.. sume cakap nak gi lagi..

sebelah kanan sarjan ibrahim.. lembut je orangnya.. tak pernah tengking.. tak tahu la camana boleh jadi askar.. sume konfius... pemalu.. adess.. muka macam ustaz zaidi(ustak PSI kesayangan).... sebelah kiri plak.. koperal kazman... orang sabah bah... ayat dia slalu guna.. "faham tak faham".. gaya dia cakap tu.. memang bergaya.. yang tengah.. sarjan adek awang yang kelakor.. orang ganu duk kelantan.. kecek kelate boh!








Tuesday, July 19, 2011

Nasyid

Bismillahirrahmanirrahim...

nak dengar lagi devotees terbaru? sekali skala, layan BIOLOGY ngan nasyid,, pun best.. best giler lagu ni... berjalan tanpa henti...

Cerita Cinta


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Hari ni terdetik nak buat post pasal cinta, kawan skolah yang baca syhhhhhhh..... jangan bising-bising.. kak long tak jiwang tau! still brutal macam dulu-dulu. Nak merempit? jum! hehe.. gurau je tapi kalau nak ok je.. minyak bayar tau. Sekarang barang semua naik. lari topik dah. Ok la, siapa kenal Ustaz Hasrizal? Abu Saif tu.. yang tulis blog saifulislam.com.. Tertarik ngan tujuan dia tulis blog. Untuk anak-anak, dia nak anak-anak dia tahu bagaimana cara Abinya berfikir. SubhanAllah! hebatkan? Dia cakap, lepas ayah dia meninggal, dia tak sempat nak kenal ayah dia.. cara ayah dia berfikir... jadi, sebab tu dia tulis blog. Harap penulis blog ni pun begitu, nak suruh anak-anak kenal siapa umi dia. hehe.. zaman remaja umi dia.

Kata nak cerita cinta, tapi melalut sampai ke laut. Tak de la cerita sangat, cuma pada suatu hari, penulis tidur dirumah sepupu. Kalau bahasa KL, bermalam dirumah sepupu. (sopan sikit KOT), kampung kepong. Bukan Kepong KL, ni Kepong KT. Pastu kat sini ada majlis kawen, kakak kawan sepupu penulis. Faham ke tak? beberapa minggu lepas, majlis kawen kawan sepupu penulis. Nak dijadikan cerita, kawan sepupu penulis ni, muda lagi (KOT), umur 20, perempuan, biasala kawen umur 20. Suami dia plak, baru habis belajar. Kiranya pasangan muda la ni.

Sepupu penulis cerita la kan, pasal sahabat dia ni. Dia cakap, SI R ni, dulu skolah MRSM, selalu bergaul ngan budak-budak surau. Budak-budak surau ni kiranya bawak dia ke arah kebaikan la, selalu wat tadzkirah. Si R ni sayang sangat kawan-kawan surau dia. Pastu, bila dapat matrik, Si R ni pun dapat kawan ala-ala budak-budak surau gak. Kiranya ok la ada sahabat yang bantu Si R ni kearah kebaikan. Cuma masa kat U, Si R ni sedih sangat, tak jumpa sahabat macam tu. Si R ni jatuh sakit, jadi tak boleh aktif sangat kat U. Dia berharap sangat-sangat dapat jumpa sahabat macam dulu-dulu. (Faham ke tak?)

Last-last, Si R ni kawen. Tak ada angin, tak ada ribut, kawen trus. Hebatkan? Kenal suami dia ni kat U. Mesejnya kat sini, Si R ni berharap yang dia jumpa sahabat, tapi Allah bagi lebih. Suami Si R ni, masyaAllah, soleh!... dah la hensem (sepupu cakap, penulis tak tengok pun) maknanya Si R ni dah dapat orang yang dapat bantu dia ke arah kebaikan. Alhamdulillah.

Then... Si R ni, dulu pakai tudung bidang je, makin lama makin besor. Jadi tudung labuh. Masa majlis kawen, Si R ni simple je, tak make up, cuma pakai lip ice sikit. Ambik gambar pun depan family je. hebat kan? Pastu, lepas je kawen, Si R ni mula berpurdah. Ya Rabbi.... Jelesnyeeeeeeee... jeles sebab Si R ni solehah, jeles sebab suami dia soleh. Macam mana la kalau dapat baby nanti... wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....! mesti lagi meriah.

Faham ke tak ek? macam pening je cerita ni. Kalau tak faham, cuba la untuk faham. Kadang-kadang tak ada mesej pun. Cuma nak cerita je. Seronok dengar cerita orang. (cerita sendiri?) Cemburu!

Ok lah, setakat tu je ceritanya... exam spm dah dekat... trial 2 minggu je lagi.. fuhh! BIO, ADD MATH... huhuhu.. ada masa lagi nak usaha ni... jadi penulis nak kurangkan online (tak online terus lagi bagus).. tak ada apa dah pun nak online, siapa je yang ada? MFB hambar... tapi MFB sentiasa di hati, di situ mulanya ukhuwah bersama sahabat. Di situ titiknya pertempuan cinta.(cinta apa? cinta ku kepada dia. hahaha.. cinta sahabat la).. Rindu chatroom... rindu chat room biru.... dah dekat bulan puasa ni... Ya Rabbi.. rinduunyaaaaaaaa.........

setakat tu sahaja post kali ni.. waAllahua'lam....



Monday, July 4, 2011

Bisnes ^_^


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh!
Alhamdulillah.. segala syukur di panjatkan buat Rabbi yang Maha pemberi nikmat..

Hari ini hari apa? hari isnin.. dah bulan Syaaban pun, 2 Syaaban. lepas tu Ramadhan... Erm.. teringat Ramadhan tahun lalu. Berpuasa Bersama MFB.. dengan Chat Room biru.. rindunyaaa.. lepas terawih mesti masok chat room. Beraya pun dengan chat room. pagi raya tu, sempat lagi on9 YM... Nak balas offline message.. lepas terawih masok chat room, ada atok, amirul zuhri, kak punur, dirah, atiq, wafi, uda, qila, kak hana, kak ammar, kak alin, ramai lagi... kalau tanya diorang ni.. mesti semua cakap RINDUUUU... bunyi chat room lama. nostalgia!

Tapi hari ni tak nak cerita pasal ni, harini nak cerita pasal bisnes. Orang yang berumur 17, agak-agak boleh buat bisnes tak? hehe.. kalau besar-besar tak boleh la.. tapi kecil-kecil tu.. insyaAllah boleh ~ISLAM SENTIASA BOLEH~ hobi penulis adalah menjahit, jadi kerja ni je la yang penulis boleh buat. Kalau masak tu, bukan tak boleh.. cuma.. tak ada peluang nak masak.. asyik mak je duduk kat dapur. Kalau mak duduk kat dapur, jangan kacau! kang tak pasal-pasal kena marah. Lainla kalau mak mintak tolong. Sebut pasal masak plak, pernah jugak budak-budak asrama (aspuri yer.. bukan aspura) suruh masak, pastu jual kat asrama. hehe.. tapi malas, dan tak ada masa. Jadi bisnesnya fokus kepada menjahit sahaja.


عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ: أَيُّ اَلْكَسْبِ أَطْيَبُ? قَالَ: عَمَلُ اَلرَّجُلِ بِيَدِهِ, وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Daripada Rifa’ah bin Rafi’ bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya: “Manakah usaha yang lebih baik? Baginda menjawab: “Kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli mabrur.


Ni hadith yang dipelajari kat sekolah, dalam pelajaran Pendidikan Al- Quran dan As-sunnah (kalau tak silap) kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.. Banyak faedahnya... Tingkatkan ekonomi Ummat Islam.. macam-macam lagi..


Penulis ni menjahit apa yang mampu sahaja, maklum je la, mesin jahit rosak. semua kena jahit tangan.. setakat ni, penulis jahit purdah, ramai jugak yang menempah, terutama budak asrama. (kamceng betol dengan budak asrama ni, padahal duk asrama setahun je)... tapi kerana bosan, penulis pun buat la benda ni..



tahu tak apa benda ni? Penulis pun tak tahu nak bagi nama apa. Benda ni orang biasa buat guna bengang besar, senang sikit, tapi penulis degil, nak guna benang kecik.. giler payah! tapi ok je. hehe.. makin rabun mata ada la.. yang nama FATIN ni, kawan adek penulis. BUDAK-BUDAK SUKA MEMBAZIR DUIT! tapi ok la, orang besar DAPAT DUIT!.. lepas sorang buat, sorang lagi nak. erm.. penulis kesian sebenarnya kat budak-budak ni... benda ni penulis jual dengan harga seringgit (bab-bab harga memang tak reti nak letak). tapi budak-budak ni cakap "okey! murah!"... huh? anak orang kaya gamaknya. ada satu lagi benda yang penulis jahit, tapi tak ambik gambar lagi. kawan kepada sepupu penulis(yang sama umur dengan adek) pun mintak. banyak plak tu. HAIRAN! sekarang ada 5 permintaan tak siap lagi, sebab.... MALAS! malas nak mulakan, kalau dah mula, payah nak berhenti..


ok la, jam dah pukul 6.15 pagi, nak pergi sekolah plak.. sempat lagi update blog.. huhuhu.. nanti kalau ada masa, nak upload gambar purdah yang penulis jahit.. insyaAllah..


ILLALIQA' semua.. selamat belajar dan selamat berjaya.. doakan kejayaan penulis yek.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...