Jari ini dirasakan meronta-ronta untuk mencoret sedikit berkaitan ego, hatta latihan add math menanti di kananku, nota sejarah tersenyum sipu melihat jariku menari-nari di atas keyboard lappyku..
kalau sebut ego, mesti orang akan cakap ego pada lelaki. MasyaAllah! ego lelaki memang menyakitkan hati. Apa yang penulis nampak pada orang ego ni.
1- Suka sakitkan hati orang
2- Dia nak menang jugak
3- Semua benda dia betul
4 - Tak nak mengalah
5- Pendapat orang suka condem
6- Suka putar belit ayat(untuk betulkan pendapat dia)
7- Payah nak minta maaf dengan orang bila buat salah
8- Suka maki orang
9- Payah ucap terima kasih
10- Tidak menghargai pemberian seseorang@menghargai sahabat/orang tersayang
Penulis boleh senaraikan 10, apa yang penulis nampak. Jadi tengok la, kot-kot ada salah satu ciri di atas. Bila dah ada satu, cari prevent untuk elak penyakit ini semakin parah.
EGO dengan LELAKI sinonim betul. Kenapa lelaki ego? cuba tanya lelaki. NAK TUNJUK MACHO KOT! tak kesah la apa pun alasannya, ego memang menyakitkan hati.
Perempuan tak ada ego ke?
ada.. ada.. ada... cuma ego perempuan ni mudah dilentur. Nasihat dua-tiga kali ok dah, perempuan ni suka muhasabah diri (tak semua jugak). Tengok apa yang kurang pada diri. Tapi kalau dengan ORANG EGO jugak, kadang-kadang perempuan tak nak tolak ansur. Nak jugak jadi ego.
ORANG EGO NI MEMANG MENYAKITKAN HATI emotionalnya kenyataan ni, memang emo! sakit hati! sabar je la.
Pernahkah kalian terfikir? ego, bangga, riak, sombong ni ada kaitan? dan semua tu adalah sifat Allah. Orang sombong je yang ada ego, orang riak je yang ada ego. Penulis pernah baca satu kenyataan ni, Orang yang mempunyai ego walaupun secalit, tidak akan masuk kedalam syurga. Nauzubillah!
Hadith nabi ada menyatakan "Tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai sebesar zarah sikap sombong". Jadi fikir-fikirkanlah, ada ego kita buang. Ada akal kita fikir, ada hati kita rasa, kita juga manusia yang punya hati dan perasaan. Masakan kita tidak boleh menilai kelakuan kita? Andai orang lain lakukan seperti itu kepada kita, apa yang kita rasa? sedap?? Apa pun alasannya, pointnya tetap sama, SAKITKAN HATI orang! Berpahala ke? Muhasabah diri balik.. Apa yang tak kena dengan diri kita, kita ubah.
Payah berubah?dah sebut pun mujahadah, memang la payah. Kata pejuang, takkan dah menyerah kot. (sinis betul) Nak masuk syurga, kita buang ego. Berusahalah! berusahalah! Orang lain boleh, kenapa diri sendiri tak boleh?
ni ciri-ciri yang ada pada orang ego, di copy paste dari web lain..
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Kita sendiri boleh nilai di mana tahap ego kita. Ego ni tak perlu pun, buat sampah dalam hati je, jadi buang la. Harap sangat, semua orang yang rasa ego masih ada dalam diri, usaha untuk buang. Kita hidup tak lama, buat apa nak simpan benda buruk dalam diri? kang mati jugak. Nak kehidupan abadi kat akhirat sana. SHOW ME THE WAY~~
No comments:
Post a Comment