klik!

Monday, March 26, 2012

Air Mataku Jatuh

Kekadang kita gembira,
Kekadang kita berduka,
Biar apapun alasannya,
Itu tetap satu rasa,

Detik ini air mata tumpah lagi,
ku renung langit,
Hitam kelat dek keheningan malam,
Sunyi sepi,
Ku rasa seolah alam ini bisu,

Tidak bersuara untuk menyatakan,
Hanya aku dan PENCIPTA,
Hatiku berbisik meluahkan,
Air mata ku juga,
Meluahkan dengan cara berbeza,

Kerana aku cinta,
Kerana aku sayang,
Ku luahan sedemikian rupa,
Ayah emak... i love u



Air mata itu tumpah lagi, satu ayat yang mungkin boleh disalah erti oleh sesiapa sahaja. Tumpah kerana?? berbagai-bagai tekaan, tebakan, minda mencipta pelbagai konklusi, pelbagai analogi. Tapi hakikatnya hanya Allah dan empunya hati yang tahu apa rasa itu, sakit, perit, pedih. Sayang, cinta, bila tak terluah sakit! Bila terluah tak dibalas pun sakit!

"Baik jangan menyintai!", kata-kata orang putus asa.

cinta itu hadiah daripada Allah, cinta itu ujian, cinta itu nikmat, cinta itu pengubat, cinta juga perosak, cinta itu racun, cinta itu penawar. Bergantung bagaimana kita menguruskan cinta, sejauhmana luahan rasa. Sejujur mana kita dalam mencari erti cinta.

Cinta sejati cinta hakiki cinta Ilahi. Cinta yang sejati, cinta yang tidak minta dibalas. Cinta yang benar-benar tulus, cinta yang memberi dan terus memberi. Tidak mengharapkan orang lain memberi. Seringkali cinta ini ditindas!

Erm, berfikir sejenak, saya sendiri tidak pasti kenapa saya menulis semua ini panjang dan lebar. Sedangkan tiada kaitan dengan keadaan saya sekarang, mungkin sedikit tak banyak. Rasa itu mendorong saya untuk menulis.

Entah kenapa malam ini terasa sayu, terasa seolah-olah jauh.............. Jauh dari tempat yang tersangat saya rindu. Dimana? saya sendiri tidak tahu.
Kaki yang berpijak di bumi nyata seakan-akan ingin melangkah jauh di dunia yang jauh. Jauh dan jauh, tempat yang teramat saya rindui. Detik itu juga air mata menitis, sambil hati berteriak, "Aku sayang merekaaa!!!!!!!!!". Baru saya sedar saya amat menyintai ayah dan emak. Sendiri buntu perasaan itu hadir tiba-tiba. Hanya doa dapat dipanjatkan buat yang Esa, meminta belas dan kasih-nya memelihara kedua orang tua saya.

AKU MENYINTAIMU BUNDA,
AKU MENYINTAIMU AYAH,
MAAFKAN ANAKMU,
RESTUI AKU,
SELAMA AKU BERNAFAS,
TIDAK PERNAH KURASA SEPERTI INI,
RASA YANG TERLALU HALUS,
AKU MENYINTAIMU.........

Sunday, March 25, 2012

Reda Apa Adanya

Bismillah...

Dah lama tak buat post untuk blog ni kan? Bukan busy, tapi KASLAN, dan buntu tiada topik.. Alhamdulillah, result SPM pun dah keluar, ada yang sedih, ada yang gembira.. tak kurang ada yang BERBANGGA.. untuk apa la berbangga dengan kepunyaan Allah.. Akal yang diguna untuk belajar segala ilmu itu milik Allah. Tangan yang menulis di atas kertas peperiksaan itu milik Allah. Mata yang melihat, telinga yang mendengar ajaran guru itu adalah milik Allah. Jadi untuk apa berbangga??

Tidak kurang juga yang tidak puas hati, meraung, menangis kerana result yang teruk. Pesanan : SPM bukan segala-galanya, SPM bukan penentu rezeki, SPM tiada nilai andai Allah tidak mengurniakan kita rezeki. Jadi, apa KUASA SPM??? tak ada apa, sekadar tulisan di atas kertas nipis (slip peperiksaan), Kalau dikoyak boleh, dibakar boleh. Tak bernilai.

Reda apa adanya, takdir Allah itu yang terbaik. Terbaik untuk kita, terbaik untuk semua, insyaAllah.

Itu usaha kita, itulah ikhtiar kita, itu doa kita, itu takdir-Nya.. jangan salahkan takdir bila result kita tak segempak yang diharapkan. Jangan salahkan Allah bila result tidak berbaloi nak dibanding usaha. Yakinlah, itu yang terbaik Allah bagi untuk kita. Belajar untuk reda, belajar untuk sabar.. RILEKSSS je..

"Kalau aku.........................., mesti .............."

ada sahaja bunyian kurang enak daripada mulut sendiri. Kalau kita usaha, Allah nak bagi camtu, camtu gak.

SPM bukan segala-nya. Sebagai titik permulaan untuk perjuangan yang lebih akhbar. Lepas ini ke Uni, banyak lagi ujian untuk kita. Akademik sekadar akademik yang makin menjulang tinggi, yang saya takutkan akhlak, sahsiah, syariat. Bagaimana untuk menjaga semua itu andai tiada pendinding? Wajib bersama sahabiah untuk menjadi kuat!

insyaAllah saya tidak belajar di Malaysia. Akan ke bumi urdun, tapi bukan di kota irbid. Itu perancangan awal, takdir Allah entah siapa yang tahu. Puas memujuk ibu ayah sendiri. Membenarkan dalam keterpaksaan mungkin. Jadi saya membuat keputusan untuk menguruskan sendiri. Mencari orang untuk uruskan terjemaah slip, pasal MAIDAM, pasal YAYASAN. Itu namanya BERDIKARI. Bila dah jumpa orang yang tepat, baru diusulkan ke mak ayah, macammana untuk ke sana. Tiada riaksi yang memberangsangkan. Tak support, biasa-biasa sahaja. Maktab lebih utama.

Entahlah, kalau tengok mak ayah sahabiah saya, jelas mereka menyokong. Bila sahabiah down, mereka yang bangkitkan balik semangat. Kalau saya, saya yang membangkitkan semangat sendiri dan semangat mak ayah. Urusan bank, pasport semuanya urus sendiri, (umur dah cukup 18). Tak nak susahkan ayah ke hulu ke hilir. Sedih? tak sangat, sebab dah biasa. Lagi seronok macam ni, berdikari itu bebas.

alhamdulillah, yang penting restu. Restu dalam keterpaksaan. Masih ada cadangan Uni-Uni dalam yang mak ayah bagi, tapi tak nampak dahhh. Memang tak fikir pasal UPU dah. Tunggu KPT untuk Jordan je.

Apapun keputusan KPT, keputusan mak ayah di akhirnya, reda! Adalah hikmah disebaliknya.....

Reda keputusan SPM, reda keputusan mak ayah, reda keputusan KPT.... :D

Sunday, March 4, 2012

Membina Fikrah

Kecewa rasanya bila post ini dah siap ditaip, tapi tibe-tiba hilang. Mungkin disebabkan internet slow, atau laptop yang lembap, atau SALAH SAYA SENDIRI. Ada hikmah, ada hikmah. Biar apa pun yang terjadi, saya nak juga buat post kali ni. Tentang fikrah, saya tidak pandai untuk menghurai secara terperinci, secara halus, sekadar berkongsi cerita sepajang cuti ini.



Fikrah, secara ringkasnya dita'rifkan sebagai cara berfikir. Setiap orang ada fikrah masing, masing. Walaupun fikrah itu masing, masing, fikrah juga boleh dibentuk, bolah dibina dan boleh dibaja. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Sepanjang cuti ini, saya diberi peluang yang teramat besar untuk membentuk fikrah ahli keluarga. Fikrah adik-adik. Memandangkan saya adalah anak sulung, segala-galanya terserah kepasa saya. Mandiri? Tidaklah segala-galanya, ayah saya, mak saya masih ada kuasa vetonya. Cuma, sebagai anak sulung, saya merasakan seolah-olah saya kelapa keluarga. Adik-adik cuma menurut apa kata saya.

Bagaimana saya membentuk fikrah? Memperbetul diri yang tak sempurna ini. Saya akui saya terlalu banyak kelehaman, kekurangan. Untuk menampung semua itu, saya perlu berbuat sesuatu. Ya! Mencari ilmu! Ilmu pelbagai cara boleh dicari, tapi saya lebih suka dengan cara live. Hadirkan diri ke kuliah, ke usrah, terlibat dalam jemaah. Semua itu menyeronokkan dan ukhuwah yang terjalin kerana Allah dirasakan terlalu indah!

Setelah itu, saya mengajak adik-adik saya ikut sama ke kuliah. Ustaz Azhar memang terlalu popular sekarang, usahkan terengganu, Brunei pun kenal dengan Ustaz Azhar. Sampai boleh tiru dialek Terengganu. Rasa sangat beruntung tinggal disini, boleh hadir ke kuliah Ustaz Azhar selalu. Ajak dan terus mengajak. Adik saya, Amir, dulu terlalu payah untuk diajak ke kuliah, ke surau pun tak mahu. Sekarang, dia yang beria-ia mengajak saya ke kuliah, mencari jadual kuliah Ustaz Azhar. Alhamdulillah. Adik saya seorang lagi, Aiman minat sangat Ustaz Azhar. Smpai tiap-tiap hari nak pakai baju Ustaz yang saya beli. Tiap-tiap malam jummaat, dia mesti tanya "Ustaz Azhar kat ane malam nim?". Macam-macam! Sampaikan suatu hari tu, pergi kuliah pukul 9, habis pukul 12. Aiman tertidur atas riba, bertilamkan pasir. Tikar tak bawa. nak kejut punyalah masalah.

Kalau sebut pasal politik, Semua gerun dengan dia. Takut terkeluar benda yang tak sepatutnya di sekolah. Mak mengajar di sekolah sama, maklum saja la. Budak darjah dua, cakap main lepas je. Tapi bagus la kan, kecil-kecil dah tahu hala tuju. Semoga kekal dijalan ini, adikku. Kalau tanya adik saya ni nak jadi apa, dia jawab "nok jadi polis PAS, unit amal". Besar sungguh cita-citanya. Teringin gak nak masukkan dia dalam tu, tapi mak tak izinkan. Ayah lagi la. Kata ayah "kecik-kecik main politik, belajo la dulu!". Tak boleh kata apa la. Saya cuma menyumbang tenaga, sikit je, disamping wang ringgit.

Adik saya seorang lagi, Arif. Saya biarkan dia bentuuk fikrahnya sendiri. Belajar di pondok, dengan Ustaz, Sheikh, dan Akh-akh soleh disana, insyaAllah fikrahnya terbentuk. Dia juga boleh membantu saya membentuk fikrah adik saya yang lain. Kalau nak diikutkan, Amir dan Aiman lagi rapat dengan dia. Kagum! Pencapaian akademik tak seberapa, tapi semangat dia untuk belajar agama tinggi. Ada hikmahnya Allah menjadikan dia lemah akademik. Kalau pandai akademik tahap PHD sekalipun, tapi agama, akhlak tak ada. Tak guna juga kan? Tersentuhnya melihat adik saya yang seorang ni, dia teramatlah beradab, berbanding kakaknya yang bekeng ni. Sampai tahap ayah menitiskan air mata kerana terharu. Fuh! Mungkin, di luar, saya boleh la kata, mengada-ngada nak buat baik dengan mak ayah, tapi hakikatnya saya juga cemburu dengan kelebihannya. Allah bagi dia kurang kat lain, lebih kat lain. subhanAllah!

Betullah kata orang, anak perempuan payah nak dididik. Sampaikan ada hadith Nabi menyebut.

DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

sekarang saya sendiri merasakannya. Bukan ada anak, tapi adik perempuan satu-satunya. Pernah dahulu, semasa saya ada adik lelaki dua orang, Amir dan Arif. Saya mengadu dengan mak, nak adik perempuan (mengada-ngada). Bila dapat, sukanya! Gembira sangat, sampai mintak dengan mak namakan adik perempuan saya ni dengan nama yang hampir sama dengan saya. Farihah Atirah. Dulu, selalu berangan, bila adik saya dah besar, bolehlah main dengan dia, kongsi segala-galanya dengan dia. Nak main getah, main congkak, permainan budak perempuan dulu-dulu. Tapi sekarang dah darjah 5 pun adik saya, angan-angan tu tak tercapai pun. Mungkin adik belum matang kot. Mendidik anak perempuan memang payah! Nasihat sekali tak dengar lagi. Tak pernah serik, ajak pergi kuliah ikut, tapi entah kenapa, rasa macam tak dengar je kuliah tu. Macam mana la mak saya didik saya dulu. Mesti lagi sakit kan. Sekarang semuanya sudah terbalik, adik saya Amir, adik yang selalu bergaduh dengan dia dulu, sampai bertumbuk! Sekarang dah jadi kamceng! Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja. Gaduh sambil gelak-gelak, beza dengan dulu, gaduh sambil nangis tengking menengking. Entah kenapa boleh jadi macam ni. Alhamdulillah, berubah mengikut apa yang saya inginkan. Cemburu apabila melihat sepupu saya gaduh dengan adiknya sambil ketawa, terubat juga. :)

Cerita tentang fikrah, melalut sampai zaman kecil-kecil. Rindu nak tinggal di kuartes balik. Alhamdulillah, banyak masa sekarang ni diluangkan bersama adik-adik. Bila tengok tv pula, luangkan masa bersama mak dan ayah. Sembang sama-sama, pasal politik. Harap fikrah mak dan ayah lebih terbentuk, lebih faham erti perjuangan. Bila saya cakap bergini tidak bermaksud fikrah mak dan ayah saya tak betul, tak lurus, cuma berharap nanti lebih baik. :) Ye lah, nanti dah nak belajar jauh, mana boleh sembang lama-lama macam ni. Kalau tak luar negara pun, mesti luar negeri. Tak nak la belajar dekat-dekat. Unisza?? Fikir balik, Couse dah best, cuma tak nak belajar lama-lama. Doakan saya boleh ke Jordan dibawah tajaan MAIDAM yer.. Nak sangat gi sana!

Dalam keluarga, payah kalau ada yang tak sefikrah. Memang payah, akan ada juga pergaduhan, sama ada kecil atau besar. Kadang-kadang sampai bertahun-tahun tak bertegur adik beradik. Fikrah, fikrah. Pernah sekali saya dilontarkan kata-kata yang membuatkan saya berasa amat bingung.

"Kak Long tu tudung berserebeh (berserabai, maksudnya tudung labuh la) je, kekgi lepas nikoh tudung pah hane au"

Apakah maksud semua ini? Mendoakan saya? Atau ingin menjatuhkan saya? Tak apalah, reda je orang nak kata apa. Dia ada mulut, dia boleh kata. Terkilan. Kata-kata daripada orang yang rapat. Itulah, pentingnya se fikrah. Mungkin dia belum faham kenapa saya begini, kenapa pakai tak seperti orang lain. Payah nak terangkan kepada seseorang bila umur dah senior. Terangkan apa pun, kita juga yang salah.

Selagi hayat masih ada, selagi itu saya akan usaha membina dan membentuk fikrah orang dekat saya. Syukur, ada yang membantu. Sepupu belah mak, setiap kali ke rumah dia mesti ada input berguna yang dia bagi. cara dia, sangat tertarik bila melihatnya! Nasihat adik dengan gurauan. Adik dia macam adik saya juga. Ayah dia, umi dia, macam ayah umi saya juga. Suka tengok keluarga yang saling menyayangi kerana Allah.

Rasanya dah cerita semua kot, cuma.... Fikrah kucing belum cerita lagi. Hehe. Hurairah dan Aki. Aki sangatlah pemalu, selalu mengalah dengan Hurairah. Hurairah agresifnya! Pergi hantar adik tuisyen, mesti ikut. Mengada-ngada. Aki pula, bila di ajak, malu-malu. Sampai saya sendiri kena angkat dia masukkan dalam kereta. Duduk dalam kereta, diam je Aki, sambil matanya tek berkelip tengok saya bawa kerete. Hurairah pula usik Aki, Aki tak membalas, culture shock kot. Hurairah tu macam nak drive sekali dengan saya. Punyalah nakal! Berita yang menyedihkan, Janggut dah hilang, mini janggut sakit. Masih dalam rawatan. Terpaksa diasingkan di dalam 'rumah' khas. Got kucing! Kulit dia bernanah. Bagi anti biotik je, alhamdulillah, kata adik saya makin membaik. :) Cerita pasal kucing sampai seperenggan. Hurairah dan Aki.. memang cumil!! syukerrr syangat tengok!! hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...