klik!

Wednesday, November 7, 2012

Syabab Terpilih

Bismillah..

Terbit kagum di hati ini melihat dirimu. Ujian, dugaan, mehnah, segalanya datang bertubi-tubi. Engkau resah gelisah, namun masih ada kekuatan.

Syababku.... Engkau insan terpilih untuk melalui jalan itu. Jalan engkai berbeza kerana kejayaan engkau istimewa.

Syababku.... Bersabarlah atas dugaan ini, yakin bahawa segalanya berhikmah.

Seorang pemuda yang biasa, jalannya luar biasa. Kalau pemuda lain mendapat ilmu dari sekolah, tetapi dia dari kuliah. Seolah-olah ada silibus tertentu. Apabila ditanya, dia menjawab. Mudah sekali. Kadang terbit rasa malu. Kita yang belajar sampai universiti masih merangkak mencari jawapan. Persoalan agama segalanya terjawab. Isu semasa sentiasa update.

Jujur diri ini kagum.....

Tiada kelulusan sijil, namun ilmu mengalahkan diri yang berA-A spm.

Pelbagai sirah dia cerita. Segalanya mudah. Tanpa buku khusus seperti di sekolah, dia boleh bercerita seolah-olah memang belajar semua itu berkali-kali secara formal.

Tidak.

Segalanya di kuliah agama di masjid-masjid dan usrah-usrah.

Betullah, kita yang belajar dengan kita yang khusus, bersijil, berguru dengan konsisten tidak bererti kita berilmu jika tidak bersungguh mendalaminya. Apabila niat ikhlas menuntut ilmu, insya-Allah, dibantu-Nya.

Lihat sahaja syabab itu, tanpa buku khusus, guru tetap, ilmu LEBIH daripada kita yang setiap hari ke sekolah, ke Jamiah. Ilmu.. Ilmu... bukan ada pada sijil....


Syababku.... sungguh aku kagum... engkau istimewa....

Ila Sakan

Bismillahirrahmanirrahim..

                                                (Coklat pemberian Safiyyah)

Ahad 7 Oktober 2012, Kelas Madkhal Fiqh Islami dan Ulum Quran.

Dalam kelas Ulum Quran, Doktor Jamal belum masuk. Maha bertanya, Doktor tak datang? Saya menjawab tak tahu. Semasa kelas Madkhal saya di sebelah Safiyah. Sudah bertanya kepadanya boleh atau tidak saya ke sakannya. Dia menjawab "Ahlan wasahlah",siap bertanya lagi bila mahu datang. "InsyaAllah fi usbu3 qadim".

Hari itu juga tiba-tiba terdetik ingin ke sakan Maha sebab sebelum ni sudah bertanya.
"Aina turid tazhabina ba3da fasl?"
"Ilal sakan"
"Mumkin azhab huna?"
"Ma'3ani?"
"Na3am"

(Bahasa caca merba, nahu semua tak jaga. Main cakap je)

Semua pelajar keluar, doktor belum masuk dan seperti tidak akan masuk. Saya pun keluar, sebelum keluar sempat mengucap selamat tinggal kepada Safiyah. "Illaliqa'".

Maha menunggu saya. Saya bagitau, Kautsar akan ikut sama. Dalam perjalanan ke sakan, kami bersembang. Dia tanya makanan yang digemari. Saya menjawab sandawich falafil, Kautsar menjawab shawarma. Sebelum sampai ke sakan, dia membeli sandawich falafil untuk kami. Pada mulanya dia mahu membeli shawarma untuk Kautsar tapi tiada. Segan pula rasanya.

Sesampai di sakan, saya dan Kautsar dipersilakan duduk. Maha keluar sekali lagi membeli asir(jus). Selesai makan, kami solat di biliknya. Rakan sebilik Maha ada dua, Kakaknya Sumaya dan sahabatnya Ikhlas. Ikhlas banyak bercakap dengan kami. Cerita tentang Jordan, saya pula bercerita tentang Malaysia. Bercerita dengan bahasa arab yang caca merba. Tentang Iklim di Malaysia, budaya, bangsa, keluarga., bahasa, tulisan, POLITIK. Segalanya.....

Kami berlainan bahasa, bangsa, namun usaha untuk memahami antara satu sama lain. Belajar arab fushah di sekolah 5tahun sahaja tidak memadai untuk bercakap dan faham arab yang berbahasa ammi.

Kami di hidangkan teh bersama daun naknak. Berbual sambil minum teh. Bergelak ketawa.

Hairan juga, fahamnya sedikit, ketawanya banyak. Seolah-olah sahabat rapat yang sangat faham antara satu sama lain. Jujur saya katakan sepanjang di Jordan, jarang saya bergaul dengan orang bukan terengganu. Bukan kerana sombong, tetapi mereka ada sahabat sendiri, saya ada sahabat sendiri. Bergaul, bercakap itu boleh, tapi rapat itu susah. Lebih cenderung dengan arab berbanding Malezi bukan terengganu. Teruk betul.

Ikhlas meminta saya menulis namanya dalam bahasa malaysia. Dia kata sama dengan inggeris.

Di akhir perbualan, saya bertanya, "leish arab yuqabil, muah muah??". Mereka ketawa. Saya dan Kautsar turut sama ketawa. Orang arab selalunya apabila berjumpa, mereka akan bersalaman, dan cium pipi. Bezanya dengan Malezi, mereka cium pipi sehingga berbunyi. Kita yang mendengar terasa malu. Akhowat, syabab, sama sahaja. Muah muah juga.

Hari sudah hampir petang, saya meminta izin untuk mengundur diri. Ikhlas nampak wajah kami yang seperti ingin pulang, tetapi masih tidak bersuara. "Koho koho la", saya dan Kautsar bersuara sambil ketawa kecil. Mereka bukan faham. "Bil arabiah...", Ikhlas memberi arahan sambil ketawa. Saya pula, na3am, na3am. "Azhab ilal mu'tah".

Selesai berbual, kami bersalaman sambil muah muah. Segalanya indah. Pengalaman pertama di sakan arab. Tidak semua malezi merasai ini, hatta senior sekalipun.

Di sakan Safiyyah sama juga.

Hari itu lepas kelas ulum quran, saya bertanya kepada Safiyyah, "Aina tazhabin ba3da muhadarah?". Dia menjawab, "fi muhadharah".
"Mumkin azhab ilal sakan ba3da muhadharah?"
"Tafadhali", sambil tersenyum.
"Ba3da muhadharah, tarsil risalah bitelefun, mumkin?", saya bertanya dengan bahasa caca merba.
Safiyyah menunjukkan muka tidak faham. Tarsil risalah bitelefun, hantar surat dengan telefon.
Dia ada bertanya sesuatu, saya na3amkan aje.

Selepas kelas, dia menelefon. Pertama kali bercakap dengan arab menggunakan telefon. Kalau jumpa tidak faham, inikan pula dalam telefon.
"Aina enti safiyyah. Ana fi kharij maktabah"

Kemudian kami bersama-sama ke sakan. Saya, Kautsar, khadijah (malezi) bersama Safiyyah, Abid, Qoyya berjalan bersama sambil berta'aruf. Saya suka kenakan Abid. Dia nampak gelabah. Abid dan Qoyyah takhasus injizi, tapi langsung tak mahir bahasa inggeris.

Sesampai di sakan, berkenalan pula dengan kakak Safiyyah, Halimah. Hala' kakak kepada Lina. Lina bahasa inggeris mantap! takhasus Kimia. Macam-macam topik. Hala' sangat lucu apabila menyusun perkataan dalam bahasa fushah. Satu persatu. Bersembang fasal lagu, terkejut mereka apabila saya bagitahu yang saya kenal Marwan Courie, Carol Samaha. Penyanyi lubnan. Kemudian saya pasang lagu Ya Rabb, mereka menyanyi beramai-ramai sambil bertepuk tangan. Meriah.

"Lughah arabiah sahla?" mereka bertanya.
"Erm... Sahla jiddan... walakin, ana kaslan",, mereka gelak beramai-ramai. Pelik.

Kata Hala', "ana mumtaz bil lughah injlizi", tapi dia langsung tak faham dan tak pandai bercakap inggeris.
Saya membalas " syu??????!", sambil gelak-gelak. Perli. Semua gelak lagi.

Pengalaman kedua, sangat manis..... Bercakap bahasa asing, dengan orang asing seolah-olah sudah lama mengenali.

Sunday, October 7, 2012

Kuat

Bismillahirahmanirrahim..

                                           (Nasi Lemak hari ini)

Hujung minggu, sabtu tidak ke mana-mana. Ahli Bayt lain ke Busyi membeli barang-barang keperluan. Saya di rumah sambung membasuh baju memandangkan air baru sahaja naik semalam, pukul 3 pagi. Rasa seakan beban berkurangan setelah bersabar 2 hari ketiadaan air. Hari ini kami masak nasi lemak, makan berjemaah dalam talam.

Selesai makan, kami buat kerja masing-masing. Ada yang basuh baju, jemur baju, mandi, mengemas dapur. Sibuk menggunakan air. Sungguh! Beban terasa ringan, meski dapur kami masih seperti itu. Tandas juga seperti itu. Kami reda. Kami setiap hari akan mengangkut air kotor daripada sinki di buang ke dalam tandas kerana kami menggunakan baldi untuk menadah air tersebut. Lebih baik nak di banding air busuk naik mengotorkan lantai. Ikhlaskan segalanya. Baba ada datang, dia letak asid dalam lubang di dapur. Tiada perubahan.

Petangnya, tetamu datang, Puteri dan Azimah. Riuh seketika. Kak Ain turut datang, saya bertanya tips belajar. Bagaimana imtihan. Lebih kurang 2 atau 3 minggu lagi untuk imtihan awwal.

Selesai solat isyak, kami berjemaah makan malam. Nasi lemak siang tadi belum habis, kami habiskan bersama. Air yang keluar dari paip semakin sedikit. Akhirnya, "tap, tap". Setitik demi setitik akhirnya tiada lagi bunyi kedengaran. Semua hairan. Air baru naik, kenapa dah habis?

Nasib baik talam itu kami alas dengan plastik, tak perlu basuh lagi.

Kak Syikin dan yang lain naik ke atas melihat tangki kami. Ya! tangki kami kosong. Tiada air sehingga boleh nampak lantai tangki. Tangki rumah lain penuh. Allahurabbi...

Hanya Allah yang tahu perasaan kami saat itu.

Baru sehari menggunakan air, tiba-tiba nikmat itu habis sekelip mata. Mujurlah siang tadi sempat kami tadah air untuk simpanan. Tak tahu sampai bila air itu boleh bertahan. 2 hari pun tak mampu bertahan, inikan pula seminggu! Berharap sesuatu terjadi hari esok. Sesuatu yang menggembirakan!

Masing-masing berusaha menenangkan diri. Kak Syikin bagi cadangan topup air. 10JD untuk 2liter. Kami mengiyakan sahaja. Asyikin pula bercerita, zaman nabi dulu pun air susah nak dapat. Bertenang.

Saya masih belum percaya. Rasa seolah-olah semua ini boleh selesai tanpa topup air. Seolah-olah ada yang tidak kena. Mungkin air naik lagi esok, mungkin baba akan topup air kalau kita bertanya kepada dia. Kemungkinan hari esok itu tidak tahu. Berharap hari esok menggembirakan kami.....

Allah tidak menguji hambaNya yang tidak mampu..

Ini ujian kami, ujian orang lain, lain pula..

Segalanya berhikmah....

Kami belajar perkara yang kami tak belajar di Malaysia. Mengambil wuduk dengan menggunakan segelas air. Belajar jimatkan penggunaan pinggan mangkuk, gunakan plastik sebagai pelapik. Di Jordan, kena kreatif!

Sebelum ke Jordan, perbagai liku ditempuhi. Air mata yang membasahi, penat lelah yang dikerahi. Segalanya berbaloi sehingga sampai juga di sini.

Sampai sahaja, berbagai-bagai pula badai melanda. Ujian menguji kesabaran. Kali ini tiada lagi tangis, segalanya seakan mudah. Tiada penyesalan, sedikitpun!

Berusaha untuk menjadikan ujian dan pengorbanan ini berbaloi! Cari ilmu... Rajin!

Wednesday, September 26, 2012

Ujian Datang

Bismillahirrahmanirrahim..



(Tempat atfal arabi berdiri. Ambil gambar daripada tingkap rumah)


Angin petang sejuk mengapa lembut pipi. Saya menjenguk ke luar tingkap, kanak-kanak arab sedang bermain. Tangan dilambai kepada mereka. "Hello", mereka membalas. Saya pula, "assalamualaikum". Mereka menjawab salam.

"Syusmik?"
"Hala'"
"Wa enta?", sambil menunjukkan ke arah adik lelakinya.
"Amir", jawab Hala'

Datang pula adik mereka yang paling kecil. Comelnya masyaAllah!!
"Syumak?",
"Huwa Ibrahim", Hala' menjawab lagi.

Kak Syikin datang, berbual bersama mereka. Hala' banyak bertanya. Dalam fushah pula. Kadang-kadang, dalam bahasa inggeris. Kagum seketika. Baba dan mama bercakap, sepatah haram tak faham.

"Cat!", kata Ibrahim sambil menunjuk ke arah kucing yang sudah mati.
"Maza baab fil injliz?" Hala' bertanya.
"Door" Kak Syikin menjawab.
"Maza Assiyarah" Hala bertanya lagi. Sebutan dia lain skit daripada yang dipelajari di sekolah dulu.
"Car", Kak Syikin menjawab lagi.
"Cat, Car", kata Ibrahim. Membezakan dua perkataan yang hampir sama sebutannya.

Ramah kanak-kanak di sini. Kadang-kadang mereka yang ajarkan ammi kepada kami. Setiap kali melalui kawasan perumahan mereka, ada sahaja kanak-kanak bertanya. "What's your name??"

Pelik juga, ada Ustaz (Baru khirij tahun lepas) mengutuk Mu'tah dengan teruknya.
Kemudian, seorang syabab melalui kawasan berkenaan sambil memimpin tangan anaknya. Pertama kali melihat seorang kanak-kanak melayu di tanah arab selama saya di sini.

Ketika itu juga, terdetik dalam hati untuk mengambil gambar mereka. Telefon bimbit berdekatan di capai. Mati. Telefon sudah mati. Eletrik juga. Ujian untuk kami, ahli bayt Marjan Solehah.

Balik sahaja daripada Puskma malam itu, gembira kerana karpet sudah ada. Apabila suis dibuka, tidak bernyala. Semua bermuka sugul. Masih bersabar. Bermalamlah kami malam itu dalam kegelapan. Hebat juga, menyediakan makanan di dalam gelap.

Sehari sebelum itu, Ustaz Arsyad dan Ustaz Marie (tak tahu nama, sebab dia suka biskut marie, kami panggil dia Ustaz Marie) datang pasang karpet dalam bilik. Sebenarnya bayt kami banjir, ada yang lupa tutup air semasa Minggu Haluan Siswa. Khamis itu tiada air, jadi biarkan sahaja paip terbuka. Jumaat, air naik, maka habislah rumah kami banjir. Air melimpah sampai ke tangga, ke jalan dan membentuk anak sungai. Saya yang baru pindah, turut terima tempiasnya.

Masih terngiang-ngiang kata Ustaz Arsyad, "Tahniah, Ustazah telah berjaya membina anak sungai depan rumah dengan separuh air tangki"

Hari yang amat memenatkan. Ke kelas pukul 12, balik ke Bayt Zaifa semula kerana ada barang tertinggal. Kemudian ke rumah Kak Azzah menganggkut drawer sendirian, turun daripada tingkat3 naik balik ke Marjan Solehah tingkat2. Sehari sebelum itu, tilam yang dijanjikan Kak Azzah tak dapat diberikan kepada saya, dibagi kepada orang lain. Agak geram pada mulanya, sebab barang dah cancle dengan Biro ekonomi, bila beli asing-asing, jadi lebih mahal. Tapi diusahkan juga untuk sabar. Sampai detik saya sedang menaip ini, masih belum ada tilam. Alhamdulillah, sahabat-sahabat amat memahami.

Ke Kelas Ulum Quran, sebelah kanan Maha, sebelah kiri Safiyyah. Sempat bercakap dengan mereka sedikit. Minta raqam telefun dengan Safiyyah. Maha, tak sempat pula, dia kelihatan tergesa-gesa. Minggu kedua ini masih belum dapat menangkap apa yang dipelajari.

Minta raqam telefun, tapi telefon tak boleh guna. Sim ada masalah. Kena jumpa tuan kedai balik, biar dia selesaikan dengan Orange JO (syarikat macam celcom), tetapi ada juga tuan kedai yang menyuruh pelanggan ke karak, ke pejabat orange sendiri. Macam-macam, sudah seminggu tak telefon mak. Dua hari lepas ayah ada telefon.

Ujian yang baru datang, ujian lama berterusan. Setiap dapur di Jordan ada lubang. Lubang yang mengalirkan air kotor daripada sinki. Di rumah kami agak unik sedikit. Lubang itu tidak berfungsi secara baik. Jadi, setiap kali menggunakan air di singki, air kotor daripada lubang itu akan naik dan mengotorkan dapur kami. Setiap kali memasak, kena peka. Memasak sambil menoleh ke lubang itu. Apabila air naik, sapu dengan penyapu, kemudian kembali memasak. Ujian....

Dalam bilik air lampu rosak. Ustaz Arsyad cuba membaiki. Dia ambil lampu dalam bilik Izzati, kemudian cuba pasang dalam bilik air. Suis pada masa itu tidak tertutup. Ustaz terkena renjatan elektrik, mentol lampu pecah. Kesian Ustaz, semoga Allah membalas dengan ganjaran yang besar.

Dimaklumkan juga, tandas kami selalu tersumbat sebelum saya pindah ke sini. Tandas kami tiada penghadang air, jadi air yang keluar dari paip akan terus melimpah ke lantai. Dah minta tolong Ustaz bagi tahu kepada baba. InsyaAllah akan selesai esok atau lusa. Segalanya berserabut.... tapi terasa juga manisnya disebalik semua ini.

Ujian untuk kami. Ujian untuk orang lain macam-macam lagi. Di Irbid ada rumah syabab yang terbakar. Rumah kami di Mu'tah banjir.

Pegang kata-kata ini selalu. Ujian yang berat adalah didikan Allah untuk menjadikan kita manusia yang hebat. Kuatlah wahai sahabat! 

Monday, September 24, 2012

Mu'tah

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar Pak Cik Falafil yang sempat di snap curi... Tak jelas sebab kat sini di larang tunjuk fon kat arab, takot di curi...

Lebih seminggu di sini, pelbagai perkara terjadi. Pertama kali membeli falafil dengan banyaknya. Pertama kali ke jamiah menaiki coaster. Pertama kali menganggukkan kepala berkali-kali kerana tidak faham. Segalanya pengalaman. Mencatat pengalaman yang di lalui sendiri amat berbeza dengan mencatat 'pengalaman' di fantasi semata.

Merealisasikan fantasi yang dulu kini menjadi realiti.

Sekarang masih dirumah transit, rumah yang bakal diduduki dengarnya bersama senior. Senior belum datang, masih di Malaysia. Harapnya ini betul, tidak mahu nama di ubah lagi ke rumah baru. Cukup rumit dan memeningkan kepala kalau masuk ke rumah baru. Banyak barang kena beli, kena pasang karpet, pasang internet. Asalnya ingin duduk bersama Kautsar, tapi redha je bila tak dapat. Semalam dapat call daripada Kak Atikah katanya akan duduk dirumah baru. Agak geram bila mendengarnya, tapi redha sahaja. Harap-harap semuanya kheir. Tahu, tugas unit penempatan bukan mudah. Mereka pun penat, pening kepala cari rumah untuk adik-adik baru. Biarkan sahaja........

Kuliah mula minggu lepas, selasa 18 september. Madah Madkhal Fiqh Islami oleh Dokter Firas. Masuk kelas hanya menenung mata dan muka dokter. Ada yang dapat tangkap, ada yang tidak. Ada yang buat-buat faham, andaian sendiri dan macam-macam.

Sebelum ke kelas, saya melalui kedai falafil. Pak Cik falafil tu senyum sambil sebut "tafadhal". Senyum bukan senyum biasa, senyum ketawa. Beberapa hari sebelum tu saya membeli sandawich falafil di kedainya. Saya tak faham apa yang dia cakap. Saya buat pesanan "biddi sandawich falafil" kemudian menghulurkan tangan yang penuh dengan duit syiling. Pak cik tu ambil duit 10 qirsh sebanyak 3 keping. Saya tak tahu nak kata apa, tergelak-gelak. Malu pun ada. Ini kali kedua membeli di kedai itu.

Kali pertama cuma beli falafil. Pesan di luar sahaja kepada penggoreng falafil. Dia tanya "gedeshh?". Saya tahu nak cakap apa, tapi tak tersebut. Tunjuk sahaja syiling nous di tangan. Dia tanya balik, "nouss??".

"Na3am.. na3am", tu je mampu terjawab.

Kali ketiga ke kedai tu, pesan benda lain, dapat sandawich falafil jugak. Malunya...... Itu yang pak cik falafil tu boleh kenal.

Pulang dari Jamiah, sesampai di Masjid Syuhada' saya terus berjalan menuju ke Bayt Zaifa. Dalam perjalanan terserempak dengan mama (tuan rumah bayt). Sahabat yang sama transit dengan saya bagi salam. Saya yang dibelakang bagi salam juga. Tiba-tiba mama nampak teruja. Dia datang dekat dengan saya, cakap sesuatu yang saya tak faham. Panjang juga syarahnya. Saya menganggukkan kepada sahaja. Sambil pegang tangan saya lagi, conteng-conteng dengan jarinya. Apa yang saya boleh agak, dia kata dia anggap saya macam anak dia sendiri, suruh saya duduk tetap di Bayt Zaifa. Sudah berapa kali dia cakap kepada Kak Zafira pasal penempatan saya disitu. Saya angguk sahaja kepala, "na3am.. na3am.. syukran.."

Dalam kelas, ada 2 akhowat arab berniqab. Kelas kedua semalam, dokter tak masuk. Madah U3lum Quran. Di papan tulis ada tertulis sesuatu. Pasal kitab dan imtihan. Saya dan Kautsar tak faham apa yang di tulis. Kemudian, minta dengan mereka kertas yang dah mereka tulis.

Tulisan sama je! Sin tak ada gigi.

Sebab tak faham, tanya lagi "Maza?". Dia sebut satu persatu apa yang dia tulis. Ada juga dia tulis dengan tulisan biasa, satu persatu. Alhamdulillah.

Sempat juga tanya nama.

"Masmuki?"

"Safiyyah"

"Sanah Ula?"

"Na'am, sanfur"

Pengalaman yang amat bermakna....

Saya berani buat walaupun tak reti dan tak faham..


Gedesh - Harga
Nous - 1/2 dinar - 50 qirsh (kalu ganu kite orang panggil samah)
Rubu3 - 1/4 dinar - 25 qirsh

Wednesday, September 12, 2012

Ahlein


Bismillahirrahmanirrahim...
(gambar dari amman je mutah naik coaster jamiah)
Alhamdulillah.. sudah sampai di Urdun. Allah menghantar saya ke sini bukan untuk bermain-main, tetapi untuk melihat kebesaran-Nya. Kehebatan Allah memujuk ayah dan emak yang pada mulanya tidak mengizinkan saya datang. Kehebatan Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Menciptakan bumi yang satu tetapi berbeza. SubhanAllah....

Sesampai di sini, saya langsung terlupa air mata yang pernah saya keluarkan kerana rindukan bumi syam. Terlupa banyak benda yang berada di Malaysia. Seronok! Tak pernah tergambar yang saya akan menjadi seperti ini. Langsung tidak merindui Malaysia. Mungkin BELUM rindu.

Keseronokan berada di sini seolah-olah inilah tempat saya!

Pada mulanya khuatir yang mata ini akan mencurahkan air lagi lantaran rindu, namun meleset. Tidak sama sekali!

Risau juga, adakah hati ini sudah mati. Langsung tidak merindui.......

Rupa-rupanya bukan saya seorang. Ada segelintir lagi sahabat yang sama. Mu'tah, sangat unik dengan suasana dan keadaan. Budaya meraikan tetamu sangat meriah di sini.

Kalau dibandingkan dengan Irbid, mungkin jauh bezanya. Jalan raya di sini tidak bergarisan, tiada lampu isyarat, budaya menge'hon' sesuka hati. Tapi saya suka. Dari rumah ke bandar Mu'tah, berjalan sahaja. Suasana bandar seperti pasar.

Kadang-kadang tidak semena-mena arab di sini menge'hon' kita sedangkan kita tidak menghalang laluan. Di sini, berjalan di tengah jalan tiada orang akan marah. Sebab jalan tar itu bukan untuk kenderaan sahaja, untuk pejalan kaki juga. Kalau ada kereta mahu lalu, hon sahaja. Beberapa hari di Mu'tah baru perasan yang disini langsung tiada motosikal. Semua kereta, lori coaster.

Inilah pengalaman. Pertama kali ke tempat yang sangat jauh, jauh daripada Malaysia. Jauh daripada Terengganu, daripada rumah, ibu bapa, saudara mara. Pertama kali naik kapal terbang. Pertama kali tidak mandi berhari-hari. Kulit kering, bibir menggelupas. Tapi sementara sahaja. Merasa panas matahari yang disejukkan dengan angin. Angin seperti penghawa dingin di sini, biarpun matahari terik memancar.

Belajar dan mencari pengalaman demi sebuah cita-cita... cita-cita menuju redha-Nya....

Sunday, August 12, 2012

Maafkanlah


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

(copy paste daripada Ustazah Fatimah Syarha)

Tiada apa untuk dikongsi hari ini. Untuk dia, saya mohon maaf. Sedar akan kesilapan diri yang terlalu banyak, menggunung tinggi. Salah dengan Allah, boleh kita mohon ampun bertaubat. Salah dengan manusia, pujuk... pujuk lagi untuk memaafkan. Dia ada hak untuk tidak maafkan kita, dah memang salah kita. Entahlah.. berharap agar segala-galanya dimaafkan..

Memaafkan untuk saya terlalu mudah. Saya boleh lupa kesalahan orang sekelip mata. Dan boleh kembali sayang orang itu seperti dia tidak pernah buat saya sakit hati. Saya lupa, setiap orang tidak sama. Bukan semua orang seperti saya. Untuk dia, saya mintak maaf. Bukan niat diri ini untuk menyakitimu...

Siapakah dia? Sesiapa sahaja yang saya selalu sakitkan hati.. Maafkan diri ini....

Thursday, August 9, 2012

Allah Uji

Bismilahirahmanirrahim..

Hari semalam aku menangis..
Kerana ujian Allah untukku..
Aku tidak membentak..
Tidak pula menyalahkan..
Tetapi mempersoal..
Kenapa aku diuji..

Hari ini aku menangis..
Kerana cintaku kepada-Nya..
Kerana aku baru merasa kasih sayang-Nya..
Kasih dan cinta yang sudah lama tidak disiram dibaja..

Hari ini aku menangis..
Kerana aku nampak hikmah..
Allah uji kerana Allah cinta..
Allah uji kerana Allah sayang..
Allah rindu doa kita..
Allah rindu rintihan kita..
Allah rindu sedu sedan kita..
Allah mahu kita kembali..

Kembalilah wahai pencinta-pencinta CINTA...
Bersama Cinta-Nya kita bahagia..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Yang memegang hati-hati manusia. Yang menguasai segala.

Tiada yang kita dapat andai diuji melainkan dapatnya kita kepada penghapusan dosa. Untunglah mereka yang diuji. Diuji dengan pelbagai ujian yang seringkali melemahkan, men'tension'kan, sampaikan ada manusia lain yang tidak berkaitan turut terima tempias. Marah, caci, hina. Semua itu biasa. Tatkala diri diuji. Sabarlah duhai hati, sabarlah duhai diri, bergembiralah kerana dosamu sedikit demi sedikit terhakis.

Dosa yang terhakis itu jangan ditambah pula dengan dosa yang lain. Bersabar itu lebih baik. Ikhlaskan segala-galanya. Kita mahu sesuatu daripada Allah, bukan daripada manusia. Barang baik daripada Allah. Allah mengetahui segala-galanya. Mintalah, mohonlah. Usah mengeluh, usah bersedih.

Hari ini kita bangkit dengan senyuman. Senyuman semangat dan kuat! Jangan hiraukan kata-kata orang, Usah peduli cercaan orang. Kita mahu redha Allah. Kita mahu syurga Allah. Kembalilah kepada-Nya....

p/s : menulis dalam keadaan buntu dan bingung.

Wednesday, August 8, 2012

Illaliqa' uniSZA



Bismillahirrahmanirrahim..
(Gambar orientasi first intake dalam dewan)

Lebih kurang 2 bulan berada disini. Dengan keterpaksaan, tetapi seronok! Tanpa putus harapan untuk ke bumi urdun. Alhamdulillah, disini saya sekarang. Segala urusan keluar daripada uniSZA sudah siap. Tinggal kurang sebulan lagi di Malaysia. Hikmah baru kelihatan hari ini, sedangkan dulu saya membentak, marah, menangis, mempersoal. Belum nampak apa yang bakal terjadi. Ayah membenarkan saya pergi, tapi masih dalam keterpaksaan sepertimana saya ke uniSZA. Bezanya, saya ke uniSZA dengan zahirnya air mata, tetapi ayah tidak. Mungkin air mata dalam hatinya. Saya tak tahu. Apa yang terjadi ada hikmahnya, walaupun pahit terasa pada awalnya, akhirnya tetap bergembira. Dengan hikmah dan rahmat. Saya tersenyum, mengingat kembali peristiwa dua bulan di uniSZA. Rindu juga, cuma tidak serindu saya kepada Jordan. Tapi, mungkin suatu hari nanti saya akan merindui uniSZA sebagaimana saya merindui SHAMS (sekolah lama), tetapi mana mungkin. 5 Tahun dan 2 Bulan, 2 tempoh yang jauh bezanya, amat jauh! Ah, biarkan seketika kerinduan-kerinduan itu.

UKHUWAH BARU

Seminggu orientasi di uniSZA untuk first intake. Seminggu itu juga saya cuba menerima hakikat yang saya di uniSZA dan tidak mustahil untuk di situ sehingga diploma. Minggu pertama itu terasa sedikit sunyi, tidak banyak sifat-sifat yang memang wujud dalam diri saya zahirkan. Semuanya terkunci rapi. Kesibukan dalam orientasi tidak menyempatkan saya untuk kenal ramai orang. Roomate sendiri, Izzati selalu bersama semasa orientasi (sebab tag sama warna), tetapi selalu juga terpecah. Orientasi sekadar menegur sesiapa yang berada disebelah semasa dalam dewan. Lupa nama, ingat rupa. Teringat semasa berada disebelah bekas daripada sekolah al-falah. Mereka terlalu mengagumi kami yang dari SHAMS. Pelik. Sedangkan apa yang saya lihat, mereka jauh lebih hebat. Minggu itu, sibuk bersms dengan Fatin Nabilah Khairuddin. Hajatnya nak jumpa. Dalam dewan itu, dia nampak saya, tetapi saya tak nampak dia. Saya melambai-lambai sahaja tanpa tahu siapa dia dan siapa yang terima lambaian saya. Lucu.

Ma Fatin saya kenal semasa orientasi. Sama jabatan, lain course. Lembut orangnya, saya segan. Mungkin sebab Balqis (kawan sekolahnya dulu) satu course dengan saya, jadi saya ingat Ma sampai hari ini. Ukhuwah semasa orientasi yang kekal tak banyak melainkan yang sama course. Teringat pula Azian. Orang Sungai Besar. Pernah duduk di sebelah dia semasa orientasi. Tertarik untuk menegur, bercakap-cakap. Tetapi dia seolah-olah tidak berminat. Masa tegur tu, sekadar tahu yang dia orang Selangor, dan sama course. Kemudian dia buat hal dia, main telefon samsungnya.

Yang tak boleh lupa, Mira dan Yan. Bertegur sapa dalam masjid. Waktu antara maghrib dan isyak dimanfaatkan sepenuhnya untuk bercakap. Pelbagai perkara yang dipersembangkan. Bayangkan hari pertama jumpa sudah ber'aku' 'kau'. Malam tu saya tak bawa handphone, jadi tak minta nombor phone mereka. Ukhuwah malam itu berlalu begitu sahaja. Mereka meninggalkan saya semasa saya mengemas baju sembahnyang.

Hari ke dua, saya sendirian berjalan melayan perasaan. Masih dalam orientasi, pagi ada riadah. Tiba-tiba ada yang menegur. Yan dan Mira!! Masa tu gembira sangat. Kemudian bertukar-tukar nombor, nombor bilik. Tak sangka se blok asrama. Mula detik itulah, kami bersama-sama sepanjang orientasi. Dalam dewan duduk sebelah menyebelah. Sampai berdebar masa masuk dewan takut terpecah. (Dipecahkan oleh abang-akak PM)

Orientasi berlalu, ukhuwah saya, Yan dan Mira tak terhenti takat itu. Selalu saya ke bilik mereka, melepak. Kadang-kadang rajin juga budak Mira ke bilik saya. Seperti biasa, kalau saya tiada di bilik, maknanya saya dirumah. Seronok, pergi hock key seng gong badak, beli barang macam-macam. Masak pakai periuk nasi, pergi tambah topup Yan. Enjoy sahaja disini....

SEJATI

Bukan sejati biasa-biasa maksudnya. Sejarah Tamadun Islam, bidang saya dapat hasil daripada mengisi UPU. Mula-mula dapat tahu ni, sepupu telefon, minta nombor kad pengenalan. Katanya nak check. Tak sabar-sabar dia nak tahu. Saya pula masa tu sedang mengajar fardhu ain, ganti mak. Allah, masih segar diingatan semua itu. Cuti yang sangat membazir masa. Lepas dapat tahu tu, lagi la rasa tak nak pergi. Unisza je pun, dekat sangat. Jadi saya mendiamkan diri. Mak ayah kedua-duanya tidak tahu. Sepertimana yang saya ceritakan di post sebelum ini. Kalau dapat UIA ke, USIM ke mungkin dipertimbangkan lagi untuk belajar di Malaysia seperti Samihah.

Kalau boleh, dalam post ni nak cerita panjang-panjang. Segala-galanya tentang Unisza!!

Pasal sejati, sejarah tamadun islam. Satu jabatan dengan BAHTERA, bahasa arab dan kesusasteraan. Mula-mula masuk kelas, bersama Ketua Jabatan. Suka dengar dia cakap, hati mula terpaut untuk stay sini. Tapi tak lama, dalam dua tiga hari sahaja. Aimnya nak masuk kelas hafaz Al-Quran, tapi terpaksa korbankan. Demi sejatian lain. Iman pun sama, korbankan juga. Balqis ada pergi interview, tapi tak dapat. Masa interview tu saya di pulau kapas, brainstroming Ameerah Negeri. Bukan rezeki, ikhlaskan sahaja.

Sejati terbahagi kepada dua kelas, a dan b. Saya dikelas b. 20 orang sekelas, tak ramai! Mungkin ini yang menjadikan kami rapat antara satu sama lain. Kalau nak sebut satu-satu nama sejatian, makan masa. Untuk kelas b sahaja saya sebut ya, kelas a jangan kecil hati. Saya tetap ingat.


Saf depan, selalunya... Fatin, Syaza, Bella, Nani, Linda, Juaini, Saf kedua... Anati, Atiqah, Aqila, Azian, Hijjah, Faezah, Solehah, Umirah, Balqis, Cheah, Saya.

Tapi selalu juga duduk di saf ketiga. Bagi peluang orang lain untuk menuntut ilmu. (alasan takmo duk depan)

Minggu pertama bersama mereka, saya bersama, Cheah, Balqis, Umirah, Azian, dan Ida (sejati a). Disebabkan Ida lain kelas, kami berpecah. Azian pula selalu rapat dengan Solehah dan Faezah. Tapi kami selalu pergi kelas sama-sama. Tunggu di blok Farabi (blok asrama lama). Saya pula, selalu ponteng kelas dan pergi lambat. Jadi selalu la juga tidak bersama mereka dalam perjalanan ke kelas tu.

Rindunya nak ke kelas, jumpa Ustazah Norazan, Ustaz Daud, Ustazah Nik, Ustazah Sakinah, Sir Hensem Bin cute, Encik Sufian, Cik Dalila, Ustaz Hadi, Ustaz Azizi. Berasa juga kehidupan di kampus dalam malaysia.

JAWATAN

Kalau ada yang ingat la kan, saya memegang jawatan sebagai biro kebajikan dan kesenian. Erm, dah lupa yang penuhnya. Lebih kurang macam tu la. Pernah meeting, yang agak menakutkan biro-biro yang sekali dengan saya tu sem3 lelaki. Bincang punya bincang, tak tahu apa yang dibincangkan. Akhirnya, keluar dari perbincangan, join perbincangan orang lain.

Entah macam mana boleh tercalon. Semasa permilihan tu (undi) saya tidur dalam bilik, tak pergi perjumpaan. Nama tercalon juga (yang banyak undian). Yang paling ingat ada sahabat hantar mesej kata ada perjumpaan. Saya balas. "Jangan ganggu beta, beta mengantuk. Beta murka!"

Tahap kemalasan yang amat, tapi takpe la. Itu namanya pengalaman. Maaf kepada akak-akak dan abang-abang kalau saya tak bagi komitmen yang sepatutnya. Bila amanah dah diberi, sepatutnya saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Apakan daya, kadang-kadang kita tak mampu. Semasa Family Day, saya terpaksa balik rumah. Mak suruh balik. Cemburu tengok gambar-gambar kalian.

KAFE

Kafe halimah selalu di kunjungi, nak pegi kafe baru jauh nuuunn disana. Kadang-kadang ke pok hase kelate. Kafe-kafe ni lah yang menyebabkan berat naik. Bulan pertama tu joli sakan duit. Tak ada duit, cocoh je kad. Sehinggalah duit tinggal seribu. Nekad tak mahu keluarkan lagi. Simpan duit untuk ke jordan. Bermula hari itu, minta duit dengan mak. Pandai pula berjimat apabila tak ada duit.

Kafe pok hase kelate sudah ditukar kepada kafe ibnu sina. Pernah beli makanan semasa bulan puasa disana. Itu pun dua kali je. Memang sedap! Di sana masak apabila di order sahaja. Kalau kafe halimah masak banyak-banyak.

BLOK K

Asrama blok k, tempat yang sering saya kunjungi. Kalau tiada di blok KW(khawarizmi) boleh la cari di blok k. Housemate di sana seorang sahaja yang bukan Terengganu, dari Melaka. Tetap ramah dan rapat. Saya memang selalu dialu-alukan ke sana. Apabila lama tak datang, adalah yang bertanya dimana saya.

Kenapa saya ke sini? Sebab sahabat sekolah menengah ada disini. Al-khautsar dan Hanisah. Nisah classmate semasa form4 dan form5. Semasa form5, tempat duduk dia disebelah saya sahaja. Daripada pendiam dan pemalu, tiba-tiba jadi peramah sikit. Kawan sekolah rendah dia ada tegur perubahannya. Saya menjawab sebab kawan dengan saya dia jadi macam tu. Nisah mengiyakan sahaja. Rindu zaman sekolah dulu.

Al-Khautsar pula jadi rapat lepas urusan ke Jordan di buat bersama. Sebelum tu tak pernah rapat. Kenal tu kenal, boleh la jadi geng. Tapi tak serapat sekarang. Apabila dia masuk unisza, lagi la rapat. Kadang-kadang luangkan masa di kafe bersama. Rindunya!

ROOMATE

Ingin sekali mohon maaf dengan roomate sebab selalu tiada di bilik. Selalu roomate tinggal sendirian, tidur bertemankan katil yang kosong. Berbuka sendirian, sahur sendiri. Allah, kesiannya. Terima kasih sebab sudi jadi roomate saya yang baik. Walaupun kita tak rapat sangat, mungkin tak sempat menjadi rapat. Jadikan penyapu tu kenangan, hehe. Saya selalu balik rumah, tidur blok k la. Tak pernah lagi tidur bilik Mira atau Yan tau. Mesti roomate ingat saya disana. Sepanjang menjadi ahli Blok Khawarizmi, tak sempat saya beramah mesra dengan jiran-jiran sebelah, depan. Ada yang kelantan. Yang depan tu Terengganu Kedah. Sebelah Pahang Terengganu. Sempat kenal yang sebelah tu semasa orang lain dah nak kursus btn. Kiranya lambat sangat la kenal. Teruknya rasa. Waktu solat zohor ke blok Farabi bilik 308, bilik cheah dan farahin(kawan sekolah menengah). Kalau ke bilik sendiri (Khawarizmi 307) alamatnya tak ke kelas la, tertidur.

Roomate orang Terengganu juga, tapi tak ada kenaikan untuk balik macam saya. Balik pun naik bas. Huhu, Izzati, mitop maaf neh... cian ke awk duk sorang la skarang ni..

Banyak benda lagi yang ingin diceritakan, cuma masa tidak mengizinkan. Gambar-gambar insyaAllah akan diupload lain kali.. :)

Tuesday, July 17, 2012

Rindu Sebelum Masanya


Bismillahirahmanirrahim...

Rindu sebelum masanya..
Rindu sebelum sah akadnya..
Rindu sebelum rasa makananya..
Rindu sebelum cium baunya..
Rindu sebelum rasa teksturnya..

Dan

Rindu sebelum menjejakkan kaki di atas buminya..

Rindu sehingga air mata tumpah, sesak dada, jiwa meronta! Semata-mata rindu sebelum masanya. Rindukan bumi urdun sedangkan belum ke sana.

Entah apa yang menarik sangat di sana sampaikan saya terindu-rindu untuk terbang ke sana.

Teringat dua bulan lepas. Mogok seminggu, berkurung dalam bilik semata-mata ingin ke Jordan. Tak pernah saya menangis depan mak dan ayah, tapi kali itu, air mata tak mampu ditahan lagi. Biarkan sahaja mencurah di hadapan mereka. Mata membengkak. Kerana Jordan!!

Bermacam-macam syarat di beri kepada ayah kalau ingin saya belajar di unisza. Syarat mudah, tapi melaksanakan payah. Ke kuliah Ustaz Azhar setiap hari. Kalau Kuliah jauh, ke kuliah ustaz lain. Macam mudah, tapi payah juga kalau belum biasa. Tapi, sebulan lepas memang menjadi syarat ini. Ayah ikutkan sahaja, sehingga saya masuk unisza. Dah masuk unisza, saya pun tak tahu apa jadi di rumah.

Teringat post yang menyatakan kekecewaan kerana tidak diizinkan ke Jordan. Post yang terlalu putus asa. (sudah di draftkan). Menulis dengan emosi yang amat bercelaru. Setelah janji dan janji ditabur, akhirnya janji di dustai. Pada mulanya maktab yang menjadi prioriti, tak dapat maktab, ke Jordan.

Alhamdulillah, tak dapat. Dapat unisza, dipaksa pula.

eh saya ni! Barang lama jangan di kenang. Sekarang ada disini. Menanti dan menanti. Baru nampak hikmah agaknya. Kalau diikutkan dulu, semasa tak dapat keizinan, boleh dikatakan saya mengamuk. Cuma mengamuk dalaman la, tidak di luar. Orang kata ada hikmah, saya tetap nakk pergiiii!!! Itu sahaja yang mampu diberitahu.

Orang kata, ada sebab ayah buat tu ni. Saya tetap nakkk pergiii!!

Semacam orang gila. Hilang kewarasan sebentar kerana ada yang mengganggu kerinduan saya.

"Mula-mula nak pergi, dah sampai sana nanti nak balik la tu"

Ayat super power yang pernah dilontarkan. Teringat semasa form 1 dulu, masuk asrama dengan tidak sabar, dah masuk nak balik pula. Insya-Allah, akan lalui detik mendatang dengan lebih matang.

"........" tak boleh nak kata apa, sebab belum sampai ke sana.Kalau banyak bercakap, kang di uji lebih. Nanti ada la yang duk sehari jordan dah nak balik. Hehe. Yang pasti, rindu sebelum masanya!

Baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin, sangat menarik! Lepas baca tu;

Saya : Takmo balik raya la taun depan.
Umirah : Ang ni, belum pi da takmo balik.

Hanya mampu gelak.

Kuat Berangan. Manakan tidak, sudah termimpi-mimpi berada disana, dah dapat keizinan lagilah bersungguh angan-angannya.

Semoga kuat berada di bumu israk, bumi urdun, bumi syam. Sahabat, doakan saya!

Monday, July 16, 2012

Sehari yang memenatkan


Bismillahirahmanirrahim..






Ingat nak tulis post ni semalam, cerita apa yang terjadi semalam. Kalau tulis semalam, maknanya apa yang terjadi hari ini la. Kepenatan sampai tidak sempat membuat sebarang post. Kepala sakit, pening. Tapi online sempat. hehe. Abaikan sahaja.

Pagi, dalam kepala di set, "kelas pukul lapan.. kelas pukul lapan". Dengan segala kudrat yang ada, motosikal modenas CT tu dipecut laju. Dari rumah yang agak jauh dari unisza. Tapi boleh la tahan dekatnya nak banding tempat lain. Seperti yang diketahui, unisza di gong badak yang agak jauh untuk ke bandar. Sesampai di unisza, sempat lagi bancuh kopi radix sebagai alas perut. Tengok jam dah pukul 8, tepat! berjalan kaki ke kelas ambil masa dalam 5-8 minit. Moto saya parkir di kawasan asrama, khawarizmi.

Sesampai di fakulti, blok G. Bilik GC18. Tingkat 3, dengan kepenatan dan kelelahan membawa beg yang penuh dengan buku dan botol air berwarna hijau yang agak besar.

Sampai.

Kelas kosong.

Saya call Cheah, tak dapat. Call Balqis, dia kata tak ada kelas. Ya Allah! lupa! minggu lepas dah ganti kelas. Tanpa bersungut, saya melangkah kaki ke bilik Balqis. Malas balik bilik sendiri yang sedang black out. Ke blok Farabi. Berpeluh-peluh.

Baring dan terlelap atas katil Balqis.

Pukul 10, kelas Qiraah, Ustazah Nik Syidah. Kelas yang paling saya alergi. Kenapa? Sebab tak faham satu pun. Sejam berlalu begitu sahaja. Sekadar menhadirkan diri dan ambil apa yang difahami semata. Qiraah ni macam biasa, nama pun dah qiraah, ada la teks berperenggan untuk dicari makna dan faham. Kalau zaman sekolah dulu, ustazah bagi makna dari awal sampai akhir. Zaman Uni tak kan nak buat macam tu lagi. Memang lemah kalau bab ni.

Sejam kemudian,

Kelas Ustaz Daud, Qawaid- ponteng. Hehe. Pergi hantar kawan ke klinik unisza yang agak jauh kalau berjalan kaki. Kesian, sakit perut, termakan makanan basi. Saya dengan penuh ke prihatinan dan kemalasan (untuk ke kelas) hantar dengan keikhlasan (insya-Allah). Bukan tak suka Ustaz, bukan! Sejujurnya, kelas Qawaid lah yang paling saya minati sebelum kelas-kelas lain. Best belajar tatabahasa arab ni. Tapi takot kalau di soal Ustaz. (tak caye, tanya sejati b)

Pukul 12, Kawan balik bilik. Saya melepak di bangku menunggu kelas Ustaz Daud tamat. Sementara itu, baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin. Tergelak seorang diri baca bab10- Nak Juga Cakap Arab. Nanti saya ceritakan pasal buku ni di post lain.

Kelas tamat, saya ke bilik Cheah kerana malas ke bilik sendiri. Solat, makan, dan habiskan buku Rindu Bau Pohon Tin yang amat menyentuh perasaan. Kemudian....

Kelas Ustaz Hadi , Fiqh ibadah.

Tak pernah-pernah saya fokus sepanjang kelas ni, dari pada awal masuk unisza, sehingga hari itu (semalam). Tak percaya, dapat fokus dua jam! Sedangkan selama ini tak pernah fokus. Dengan bertanya soalan kepada ustaz tanpa segan dan silu (walaupun berdebar). Baru rasa yang, ruginyaaaaaaa dulu tak fokus.

Barang lepas jangan dikenang. (ayat penyedap hati)
Hakikatnya, yang lepas perlu di ulangkaji balik, bukan dibiar berlalu sahaja.

Pukul 5, solat asar di surau FKI kerana malas balik bilik. (sudah berapa kali malas balik bilik). Sebenarnya sebab black out. Tu yang terlampau malas. Dan takot nanti melencong ke lain, tertidur la apa la. Mak suruh balik cepat, sebab nak kena hantar dia pergi ambil barang daripada suplier.

Sesampai di rumah, pukul 6. Sempat melabuhkan punggung sebentar di sofa yang sudah kurang empuknya. kemudian, hantar mak ke Seberang Takir. Memang, masa tu mata tak boleh buka. Buka separuh je semasa memandu. (bayangkan sendiri bagaimana). Sampai di kedai, saya jatuhkan kusyen kereta, pejamkan mata. Mak masuk ke kedai orang berkenaan. Terlelap dalam kereta dalam 30 minit.

pukul 7.14, dalam perjalanan pulang ke rumah. Sempat bersembang dengan mak dalam kereta pasal Jordan.

Mak : Haritu ada cakap ngan ayah pasal Jordan. Ayah kata, kalu tak de duit kat sana macam mana. Mak jawab la, kan dia dah bagi tau haritu, takde duit bagi tau persatuan. Nanti ada la yang bantu. Pastu, ayah kata, pergi la Jordan, nampak bersungguh sangat. (yang sudah di translate)

Saya : Mengangguk sambil tergelak kecil. Mak, dalam buku ni cerita, (Rindu Bau Pohon Tin) Ulama Jordan wat fatwa haram gi Baitul Maqdis semata-mata nak gi melancong atau tengok-tengok. Kalau nak pergi, kena jihad. Satu lagi, kalau pergi kena bayar kepada israel duit berapa entah.

Mak : Eh.. Kekgi duk sana jangan memandai-mandai la nak gi jihad ke apa ke. Belajar je. Jangan hampakan mak ayah. Hantar jauh-jauh suruh belajar.

Saya : Gulp! Hor hor.. dop dop enh..

Aduh! Dah di beri warning. Mak saya tahu perangai saya yang main redah aje. Haritu sesat seorang sampai ke setiu. Dari manir ke kuala berang balik ikut setiu. Sendirian naik moto. Balik rumah, buat macam tak ada apa-apa. Dua minggu lepas tu, baru cerita apa yang jadi.

Masalah juga ada perangai macam ni. Orang boleh kata untung, sebab buat apa-apa tak jadi masalah. Tak berdebar, malu dan sebagainya. Tapi, saya takot! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tindakan... (fikir-fikirkan)

Sebelum tu dah terbaca kisah as-Syahid Abdullah Azzam. Teringin nak jadi seperti beliau. Pangkat phd, menjadi pensyarah buat sementara waktu. Kemudian ke medah jihad dan syahid. Seorang yang sangat meraikan pendapat isteri. Isterinya juga hebat. Meninggalkan saudara mara di Jordan mengikut ke mana sahaja suaminya pergi.

Bila fikir balik, tak apalah. Belajar dulu, yang lain tu fikirkan kemudian. Banyak benda saya buat adalah untuk buat mak ayah bangga. Dengan keadaan dan perangai saya yang main redah ni, mana ada kisah dengan pencapaian. Kelas ponteng, lepak sana sini, belajar entah ke mana. Tapi bila fikirkan mak ayah hantar ke sekolah suruh belajar. Hantar tuisyen (form 5 dulu). Tuisyen pun ponteng, aduh! Kelas pukul 8, pukul 10 baru masuk. Naik moto round bandar dulu. Habis spm, dapat result, baru cerita kepada mak apa yang saya buat dulu.

Farahiyah kena berubah!!

Banyak benda yang saya buat sambil lewa. Teruk teruk...

Teringat tulisan Ustaz Hasrizal, "saya tidak membenarkan diri saya menjadi biasa-biasa saja".

Bangkit kembali semangat, dan harapnya semangat ini berkekalan. Istikomah itu payah! Tapi bila dah dapat, manis!

Warning yang di beri mak itu, membuatkan hati ini tak keruan. Agak resah memikirkannya. Tak tahu kenapa, tapi.... inilah apa yang saya rasa.

Abaikan...
Saya abaikan sahaja perasaan itu...

Kembali seperti biasa, tapi bila fikirkan balik, perasaan itu kembali lagi.

Malamnya, hantar adik ke kelas malam. Mak ikut sekali singgah di rumah tok(nenek) di Kampung Kepong. Pukul 10 pulang dengan kepenatan yang amat.

Tidur di ruang tamu sendirian.

Hari ini (semalam) bukanlah hari yang paling memenatkan kerana masih ada hari yang lebih memenatkan dibanding hari ini. Teringat kembali tahun lepas, ke hulu ke hilir demi menggapai A... Dengan motosikal modenas CT TBB7644...

Saturday, July 14, 2012

Penulis, aku kagum!


Bismillahirrahmanirrahim..


Menjadi penulis, tugasnya amat mudah. Tulis apa yang baik, share apa yang baik. Macam berkata-kata. Melihatkan blog-blog orang, subhanAllah! Hebat hebat belaka. Ayat tersusun rapi, indah kemas bertatahkan berlian mutiara-mutiara kata daripada ulama' dan para motivator. Hakikat di luar tidak seindah itu, tidak selawa itu akhlaknya. Dapatlah para blogger itu pahala share benda baik. Namun, bukan share sahaja yang kita mahu. Melaksana! Melaksana!

Dalam post sebelum ini, sudah disentuh soal perlaksanaan. Tidak banyak, sedikit cuma.

Penulis, aku kagum! Kagum dengan ayat yang tesusun rapi, indah dibaca. Kagum dengan ilmu yang mungkin di copy paste semata. Kagum, sejujurnya kagum. Kagum dan malu.

Malu kerana post-post yang dishare sangat baik dan berguna. Pernah rasa seperti ini? Malu kerana orang lebih baik daripada kita. Cemburu pun ada. Cuma untuk membincangkan malu dan cemburu, bukan di post ini.

Jujur saya katakan, apabila melihat blog-blog orang, wall-wall orang yang sarat ilmu, kagum terbit dengan sendiri. Sehingga terlupa bahawa saya juga seorang penulis. Walaupun penulis kelas bawahan sahaja, hakikatnya tetap berstatus penulis.

Saya tulis, dan terus tulis. Meski apa yang saya tulis itu bukanlah apa yang saya lakukan. Terus menasihat, sedangkan saya turut melakukan kesalahan sama.

Dan...

Inilah post yang saya gunakan untuk menegur diri sendiri yang turut melakukan kesilapan. Belajar dan berazam untuk melaksanakan apa yang ditulis.

Cukup payah.

Namun, payah tidak bererti mustahil. Tiada apa yang mustahil didunia ini dengan izin Allah.

Saya amat yakin dan pasti. Pandangan orang yang kenal saya di alam nyata dan alam maya sangat berbeza. Betul-betul berbeza!

Alam nyata : Berkemungkinan besar orang memandangan saya dengan pandangan yang jelek. Maklum sahaja, perangai orang akan nampak terus zahirnya. Bukan niat untuk mengaibkan diri, sekadar membuang BANGGA yang kadang-kadang menguji hati.

Alam maya : Bagus, melihat post yang hebat-hebat. Nak ke bumi syam pula tu. Bukan calang-calang orang ni.

Sedangkan saya cuma manusia biasa.

Saya menggunakan SAYA sebagai contoh sebab mudah untuk disiarkan merata. Kalau guna Ustaz Hasrizal, Hilal Asyraf, takut nanti tak pasal-pasal sampai surat saman. Hehe.

Menggunakan SAYA agar saya sentiasa beringat. Ingat yang 'post' perlu dilaksanakan!

Realisasikan angan-angan menjadi realiti... Bukan sekadar fantasi melalaikan diri...

Doakan diri ini sentiasa istiqamah, menjadi hamba yang solehah... :)




Saturday, July 7, 2012

Sabasun


Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama nak buat post ni, tapi tak terbuat. Kalau disenaraikan alasannya, BANYAK! tapi tak ada satu pun yang relevan. Malas, lupa, tak ada masa (walaupun cuti 6 bulan). Bila dah busy ni, (konon) ada je yang berserabut. nak selit gak masa untuk tulis benda ni. Tak apa, asal bermanfaat.


Sesiapa yang tinggal di terengganu, mesti kenal dengan sabasun. Apa tu yer? haiwan? tumbuhan? nama orang? bukan! Pasaraya la. Apa yang menarik tentang sabasun ni adalah, Islamik! Kalau masuk je sabasun, lagu nasyid je yang di pasang. Alert dengan isu palestin. Banyak tabung-tabung untuk sumbangan dana ke palestin disediakan. Ada gambar-gambar saudara kita di Palestin yang terkorban di tampal. Info-info yang pelbagai tentang palestin juga ada!


Post ini bukanlah untuk mengampu sabasun supaya dapat barang bercuma. Bukan yer! Cuma sebagai perkongsian kepada rakan-rakan luar Terengganu yang bakal jadi warganegeri Terengganu atau yang singgah sebentar disini untuk menuntut ilmu. Daripada ke mydin, baik ke sabasun. Dulu, sebelum mydin dan giant wujud. Sabasun lah tempat tumpuan kita semua. Ingat lagi tak??? Semasa darjah 4, ke Kuantan, terpinga-pinga melihat giant yang sangat besar. Oh, Kunonya diri ini. Kadang-kadang ke'kuno'an menyelamatkan.

Rindu pula zaman sebelum 2004, walaupun masih kecil, suasana dulu tetap diingat.


gambar yang sempat di ambil semasa membeli belah sambil menderma di sabasun.

Semasa sekolah rendah dulu-dulu, ada cikgu cerita asal usul nama sabasun ni. Katanya, dulu sabasun kedai runcit sahaja. Selalu ada masalah. Tapi, pemilik sabasun ni sabar, sabar dan terus sabar. Sehingga Kedai runcit tu menjadi pasaraya. Jadi nama Sabasun tu adalah Sabor sungguh. Di gabungkan sekali menjadi sabasun. Kesohihanya wAllahua'lam. Cikgu Zawawi yang cerita ni.

Sabasun tak boleh boikot semua benda, contohnya milo (yang masih ada di sabasun walaupun saya tak jumpa). Tetapi, sebelah tanda harga barang yang perlu di boikot itu, sabasun ada tulis kenyataan bahawa barang itu perlu diboikot. Kalau fikir secara logiknya, insyaAllah bankrup la kalau buat macam ni. Jadi peniaga, tapi seolah-olah melarang pembeli membeli barang itu. Alhamdulillah, sampai sekarang maju je.

Ada terbaca kenyataan di dinding sabasun tu. Katanya, terima kasih kepada pelanggan yang memboikot barang-barang yahudi. Alhamdulillah, berkat sokongan pelanggan, pihak sabasun mampu memboikot sebilangan barang yang agak besar jumlahnya. Lebih kurang macam ni la ayat dia, dah lupa ayat betul.

Sebagai kesimpulannya, datang dan melaburlah duit anda disabasun. InsyaAllah setiap belian ada saham untuk akhirat. Kalau nak saham lebih, masukkan duit dalam tabung yang disediakan di kaunter. Pakat-pakat orang kite uboh blake...

Tuesday, June 26, 2012

UniSZA

Bismillahirrahmanirrahim...



Pejam celik, pejam celik, dah tiga minggu di sini. Berada dalam keterpaksaaan, tapi dalam keseronokan. Betul! Memang enjoy, tapi Jordan tetap dihati dan masih menanti untuk menerbangkan diri. Semoga Allah permudahkan.

Sehari sebelum di sini, ada orang tu hantar ym. Kenalan dari mfb, Nur Fatin Nabilah Khairuddin. (Tak pemes kot... haha.. jangan marah eh.. tak ramai kenal awak) Dia cakap dia pun kesini, setelah berjela-jela kutukan terhadap unisza. Katanya nak ke matrik. Geram juga, ditipu! Tapi takpela, minggu pertama pergi pasar dengan dia. Hehe. Bukan senang nak jumpa geng mfb yang bukan ganurian ni. Tu satu..

Kemudian, jumpa geng yang tak sama kos, tak sama fakulti, tapi rapat sesangat! Ameera dan Aziani, Mira dan Yan. Pahang dan Melaka. Sempoi je diorang ni, main-main, gurau-gurau. Kalau lepak bilik diorang, alamatnya kesianlah roomate. Kesunyian.

Yang sama kos, sama kelas. Umirah (kedah), Azean (selangor), Cheah (pulau pinang), Balqis (perak). Kiranya geng la ni. Selalu gi kelas sama-sama. Umirah ngan Azean selalu gaduh. Gaduh-gaduh manjaaa.. haha... Loghat umirah pekat gilaa.. orang maktab mahmud yan noh..

Macam ni la jadinya kalau tulis pasai kawan. Ada ja loghat yang tertukaq. hehe..

Overall, unisza tempas best. Agak islamik juga suasananya. Setakat ni tak ada yang teruk la. Nak cari yang berkopiah, berjubah, bertudung labuh terlalu ramai. FKI lettu... fakulti kontemporari islam. fakulti saya juga.

Banyak cerita nak diceritakan, tapi lupa.. dan saya rasa cerita tu tak penting. Minggu orientasi, bla bla bla..

Erm, saya menunggu ramai lagi sahabat yang akan ke sini. Hakimah! Baiti! Im waiting... Kauthar is here with me....

Best duk sini, tapi masih ingin tebang. Masih menunggu detik tepat....

Jordan oh Jordan...

Friday, May 25, 2012

Hak, Tanggungjawab




"Aku nak hak aku!"
"Kau tak laksana tanggungjawab"

Dialog biasa kita dengar. Semua memperjuangkan hak. Pemimpin memperjuangkan haknya untuk mendapatkan rakyat yang menyokongnya. Rakyat memperjuangkan hak untuk mendapatkan kesenangan daripada pemimpin. Ibu bapa inginkan haknya untuk mendapat anak yang baik. Anak memperjuangkan haknya untuk mendapatkan ibu bapa yang memahami. Suami memperjuangkan haknya, isteri memperjuangkan haknya. Guru dengan haknya, pelajar dengan haknya. HAK HAK HAK!! Tatkala sibuk berjuang dan terus berjuang untuk mendapatkan hak, kita lupa pada tanggungjawab. Benda yang lebih penting daripada kita memperjuangkan hak. Daripada menuntut hak yang belum pasti kita dapat, lebih baik kita bertanggungjawab melaksanakan peranan kita. Secara tak langsung, hak orang lain tertunai.

Faham? Begini, jika pemimpin bertanggungjawab, hak rakyat akan tertunai. Rakyat tidak akan meminta lagi haknya untuk dituntut. Begitu juga rakyat yang bertanggungjawab, hak pemimpin tertunai. Dan begitulah contoh seterusnya.

Daripada sibuk menunding jari, salahkan pihak itu, ini, lebih baik tunding jari ke batang hidung sendiri. "Aku nak hak aku, tapi hak orang aku tunai tak?", soal kepada diri sendiri.

Saya tak nak hurai pasal pemimpin dan rakyat, sebab tak banyak yang perlu dihurai. Selalu konteks hak dan tanggungjawab ini berkait rapat dengan rumah tangga. Percaya atau tidak, hampir kesemua kes penceraian berpunca daripada PERJUANGAN HAK yang tak sudah dengan PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB.

Ibu bapa, atau anak. Si ibu dan bapa penuduh si anak derhaka. Si anak juga menuduh ibu dan bapa derhaka. Habis? Di mana penghujungnya? Tidak akan berkesudahan. Apa kata, buat transformasi baru.

"Anak aku jadi macam tu sebab AKU tak didik dia betul betul"
"Mak ayah aku jadi macam tu sebab AKU tak reti hormat mereka"

Kenapa saya capitalkan AKU? supaya orang jelas. Menuduh diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang lain. Apabila salahkan diri sendiri, kita akan cari punca. Punca apa? Punca kita tak puas hati dengan orang lain. Dan semuan punca itu, kita cari dalam diri kita, bukan diri orang lain.

Apabila kita, bertanggungjawab, hak orang akan tertunai. Apabila orang bertanggungjawab, hak kita pula tertunai. Apabila semua bertanggungjawab, hak semua akan tertunai.

Mudah, Mudah. Yang mudah itu bicara, yang sulit itu melaksana.

Rumah tangga, suami isteri. Suami salahkan isteri, nusyuz! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Isteri pula salahkan suami, dayus! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Penyudah akhirnya, CERAI.....

Kita ubah yer, bila suami perasan isteri dah makin cuai dalam melaksanakan tanggungjawab, cuba suami main peranan laksana tanggunjawab sebaiknya. Melaksanakan bukan untuk dibalas, tetapi lillah, kerana Allah. Hak isteri dah tertunai. Secara fitrahnya, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Dengan izin Allah, isteri juga akan berubah.

Suami, isteri. Takut juga cakap pasal ni, sebabnya terlalu berkontroversi. Maaf, ini sebagai contoh sahaja. Begitu juga yang lain, guru dan pelajar.

Kunci dalam menunaikan hak atau melaksanakan tanggungjawab adalah ikhlas. Apabila ikhlas, kita bahagia, bahagia melaksanakan walaupun tidak dibalas kerana tujuan kita LILLAH. Kerana Allah.......
Bagaimana pula hak Allah terhadap kita, hamba-Nya?? tepuk dada tanya iman, jawablah dengan jujur....

Kita berjaya dalam bercakap, tapi selalu gagal dalam melaksanakan... :(





Monday, May 14, 2012

Impianku Tergadai


Air mata
Titis demi titis di alir
Demi memujuk sekeping hati
Demi sebuah restu
Hampa............................

Aku diam membisu
Diam sambil membiar air mata berbicara
Lantaran dia mengemuka hujah beribu
Salah aku?
Salah dia?

Usaha demi usaha ku lakukan sendiri
Tiba-tiba ada penghalang
Hati mana tidak kecewa?

Dia sudah janji
Tapi hari ini lain pula
Perit, pedih
Hanya Allah yang tahu



Jordan yang menjadi impian kini tergadai, lantaran surat unisza sampai ke rumah. Sampai ke tangan ayah. Saya berusaha untuk menutup tawaran itu, senyap sahaja, tapi ayah tahu juga. takdir Allah belaka. Ingat lagi sebelum Semua ini terjadi, ayah janji kalau tak dapat maktab, terserah nak pergi jordan atau tak. Sekarang? Lain pula ceritanya?? Hati mana tidak kecewa? Hati mana tidak sedih? Impian bertahun disimpan.. Impian menggunung... Hati kecewa berkata, biarlah.. biarlah.. malas nak fikir... putus asa!

Hati seorang anak yang tidak ingin menyusahkan ayahnya. Murah sangat ke belanja di unisza? Sanggup ke ayah nak tanggung belanja beberapa tahun yang memang lebih tahunnya nak dibanding belajar Jordan? Belajar Jordan, zakat bantu. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk sara diri sendiri. Saya sendiri tak faham kenapa payah sangat nak lepaskan saya pergi?? Sedangkan selama ini saya berada di asrama, tak ada siapa ambil peduli. Sakit, demam, mana ada orang datang jenguk. Harapkan warden sahaja hantar ke hospital makan ubat. Tak cukup berdikari lagi ke??

Orang boleh hina, boleh kata apa saja. Hakikatnya mereka tak faham, tak lalui apa yang saya lalui. Berhakkah seseorang menghukum orang lain sedangkan dia tidak pernah rasa situasi orang itu??

Jahat seorang anak.. inilah!

Sikit pun saya tak faham kenapa. Ayah kata dia akan hantar saya ke Jordan 2 tahun lagi. Sama je kan? Ke jordan juga. Makin lama belajar. Saya memang sengaja pilih ke Jordan, habis 4 tahun degree, kemudian balik Malaysia, duduk la sini sampai mati. Tak ke luar lagi dah. Sekali seumur hidup! Ayah tanggung belanja setahun saya di sana saja, lepas tu kalau nak biar, biar la. Mana lagi murah belanja setahun sana dengan belanja 5 tahun sini? Ya Allah... Sedihnya! Benda mudah jangan susahkan.

Kalau dari awal dia tidak bersetuju, tak adalah saya se kecewa ini. Pernah, saya dah redo, biarlah tak pergi sana pun. Tak apa la. Tapi, tiba-tiba je... Lepas semua urusan selesai. Pasport semua dah buat, urusan KPT, jumpa orang tu ni. Usaha semaksima mungkin untuk ke sana, alih-alih tak jadi. Semua orang! semua orang tahu yang saya akan ke sana, ke Jordan. Saya tak pernah bercerita akan ke mana-mana IPT dalam malaysia.

Terfikir juga untuk lari. Lari dari rumah?? Tapi.... Untuk apa? Kalau lari boleh ke Jordan ke? Tindakan bodoh! Kalau Jordan tu dekat, boleh juga. Untuk masa sekarang, biarlah. Biarlah segala-galanya ayah urus. Isi borang, segala-galanya! Saya dah penat uruskan borang ke Jordan yang tak menjadi.

Untuk apa saya luahkan disini. Tak akan ada yang faham dan mengerti. Biarlah... Biarlah... Malas untuk berfikir, penat, lelah, sedih.... PUTUS ASA........................ Bercakap banyak pun tak guna. baik diamkan diri sahaja. Biarlah air mata yang merungkai semua.......

Monday, May 7, 2012

Masa dan Buku

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalau di kira, dihitung, sudah lebih lima bulan saya bercuti. Dirumah, dirumah dirumah. Agenda pelbagai diatur, tapi yang menjadi cuma sebahagian. Seperti mana post terdahulu, masa yang merugikan. Ahh.. mengeluh dibuatnya. Blog tidak terupdate, novel yang ingin dibuat baru bab empat (angan-angan). Dengan jemaah yang tidak berapa hidup. Halangan untuk keluar daripada rumah. Buku-buku yang tidak terbaca. Tidur yang melampaui batas seorang manusia biasa (human being). Mana hala tuju? Sebagai penyedap hati, bolehlah berkata "Atleast, ada pembaharuan yang berlaku. Sikit je la". Perubahan ke arah kebaikan itu sedikit, tapi ke arah keburukan itu banyak! Post untuk mengutuk diri sendiri? bukan. Saya percaya, ramai yang jadi begini bukan? Mencari jalan pulang. Seperti dulu, tinggal di asrama, jadual teratur. Pagi mengaji AlQuran, waktu dhuha, solat dhuha. Lepas Asar mathurat, antara maghrib dan isyak solat hajat, kuliah, tadzkirah dan sebagainya. Sebelum tidur, Al-Mulk dulu. Istiqamah di asrama, balik rumah, hancur!

 Kalau pembaca perasan, kebanyakan post saya, saya tulis dengan emosi. Jangan mempersoal, sebab saya sendiri tidak tahu kenapa. Yang pasti, saya amat meminati cara Ustaz Hasrizal (Aku Terima Nikahnya) menulis. Tidak terlalu lembut, agak sinis menegur, tetapi masih berhikmah. Sekarang bukan itu yang ingin dibicarakan. Keputusan UPU keluar esok, biarkan sahaja. Semua orang sibuk mecari hala tuju akan datang, sehingga lupa jalan pulang. Dimana kita yang dulu??? Majoriti pelajar lepasan spm yang bercuti jadualnya begini, bangun pagi, solat subuh, tidur, 10 pagi bangun makan, tv kejap, zohor mandi, makan, tv, online, asar, maghrib, isyak tidur. Sikit pun tak dapat faedah. Buntu untuk melakukan aktiviti, sedangkan banyak kerja yang ditangguh-tangguhkan. Pelik, tapi inilah orang cuti.... Semua, kawan-kawan! Mulai esok! Kita mula hidup baru! Bangun pagi, jangan tidur dah! baca Mathurat, paksa mata buka. Baca Kalamullah seperti di asrama dulu. Sebelum tidur, Al-Mulk. Isi waktu dengan benda-benda berilmiah. Membaca! Jangan asyik baca novel alaf 21 je, sekali sekala bacalah buku telaga biru, alhidayah (anda selangkah mendekati Allah~) 

Bercakap soal buku, saya nak cerita sesuatu. Semasa pesta buku yang lepas, dalam bukan 2 kalau tak silap (dah lama) bukan di PWTC, ti TTC, terengganu traide centre, saya dah menghabiskan duit gaji saya yang terakhir itu dengan membeli buku. Banyak! lebih rm200 juga. Bawak balik buku tu semua, sampul. Simpan atas rak. Cantik. Baru-baru ni pula, mak dapat baucer buku 1Malaysia. Mak suruh belanja. Lebih rm200 juga buku saya beli. Masa ni la nak beli buku berkulit tebal, mahal-mahal macam kitab tu. Belum sampul, sebab baru beli. letak atas katil, rak dah penuh. Cantik buku-buku tu.

Hobi beli buku, tapi nak baca, masya-Allah! Hanya Allah yang tahu berapa lama sebuah buku boleh dihabiskan. Sampai sekarang tak ada lagi buku yang dihabiskan. Satu Rasa Dua Hati-Pahrol Mohd Juoi separuh, Sebarkan Cinta-Mu~Fatimah Syarha separuh. yang lain belek-belek aje. Terukkan? Target kena habiskan sebelum bulan 9! Tapi ingat nak bawa satu atau dua buku ke sana. Syamail muhammadiyah, dan indahnya hidup bersyariat.

 Hindarilah aku daripada sifat malas, Ya Allah! amin. Azam baru, membaca tanpa henti. Membaca dan menulis, bukan menonton dan bercakap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...