Bismillahirrahmanirrahim...
(gambar dari amman je mutah naik coaster jamiah)
Alhamdulillah.. sudah sampai di Urdun. Allah menghantar saya ke sini bukan untuk bermain-main, tetapi untuk melihat kebesaran-Nya. Kehebatan Allah memujuk ayah dan emak yang pada mulanya tidak mengizinkan saya datang. Kehebatan Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Menciptakan bumi yang satu tetapi berbeza. SubhanAllah....
Sesampai di sini, saya langsung terlupa air mata yang pernah saya keluarkan kerana rindukan bumi syam. Terlupa banyak benda yang berada di Malaysia. Seronok! Tak pernah tergambar yang saya akan menjadi seperti ini. Langsung tidak merindui Malaysia. Mungkin BELUM rindu.
Keseronokan berada di sini seolah-olah inilah tempat saya!
Pada mulanya khuatir yang mata ini akan mencurahkan air lagi lantaran rindu, namun meleset. Tidak sama sekali!
Risau juga, adakah hati ini sudah mati. Langsung tidak merindui.......
Rupa-rupanya bukan saya seorang. Ada segelintir lagi sahabat yang sama. Mu'tah, sangat unik dengan suasana dan keadaan. Budaya meraikan tetamu sangat meriah di sini.
Kalau dibandingkan dengan Irbid, mungkin jauh bezanya. Jalan raya di sini tidak bergarisan, tiada lampu isyarat, budaya menge'hon' sesuka hati. Tapi saya suka. Dari rumah ke bandar Mu'tah, berjalan sahaja. Suasana bandar seperti pasar.
Kadang-kadang tidak semena-mena arab di sini menge'hon' kita sedangkan kita tidak menghalang laluan. Di sini, berjalan di tengah jalan tiada orang akan marah. Sebab jalan tar itu bukan untuk kenderaan sahaja, untuk pejalan kaki juga. Kalau ada kereta mahu lalu, hon sahaja. Beberapa hari di Mu'tah baru perasan yang disini langsung tiada motosikal. Semua kereta, lori coaster.
Inilah pengalaman. Pertama kali ke tempat yang sangat jauh, jauh daripada Malaysia. Jauh daripada Terengganu, daripada rumah, ibu bapa, saudara mara. Pertama kali naik kapal terbang. Pertama kali tidak mandi berhari-hari. Kulit kering, bibir menggelupas. Tapi sementara sahaja. Merasa panas matahari yang disejukkan dengan angin. Angin seperti penghawa dingin di sini, biarpun matahari terik memancar.
Belajar dan mencari pengalaman demi sebuah cita-cita... cita-cita menuju redha-Nya....
jalan-jalan ke negri Timur Tengah ya?
ReplyDeleteseru:)
pat.. hehe.. bukan jalan jalan.. tapi belajar..
ReplyDeletesaya kuliah di sini.. :)