klik!

Monday, May 30, 2011

Munaqqobah ^_ ~2



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum semua. Tergerak pula hati penulis nak sambung cerita pasal muslimah yg berniqab. Harap semua sudi membacanya.

Usaha tidak berhenti sekerat jalan. Tahun dia nak ambil peperiksaan, tahun yang paling sibuk. kelas sana, kelas situ, tusyen sana, tusyen situ. Hari isnin malam, Cikgu Rosli, cikgu kimianya membuat kelas tambahan. Ilmi biasanya ke sekolah naik motosikal walaupun rumahnya agak jauh dari sekolah, lebih kurang 20 kilometer. Semua tu dilakukan untuk kurangkan perbelanjaan rumah, bayaran bulanan untuk van sekolah sudah naik. Lagipun, dengan motosikal, senang untuk Ilmi ke sana ke mari, tak perlu bantuan ibu bapanya lagi.


Malam itu malam pertama dia keluar jalan jauh. Selama ni tak pernah dia keluar malam jauh, biasa ke kedai runcit berhampiran rumah je. "Nak keluar malam-malam, bahaya jugak sorang-sorang ni. Try pakai purdah la.", Tiba-tiba terdetik nak try berpurdah buat kali kedua. Sesampai di sekolah, dia terus membuka purdahnya. Risau takut sahabatnya yang lain tahu. Dia tak mahu sesiapa tahu, setakat ni cuma sepupu kesayangannya yang tahu. Sepupu yang selalu menjadi tempat dia mencurahkan segala-galanya, hatta maknya pun tak tahu. Setiap kali ke kelas kimia waktu malam, dia mesti berpurdah.


Hari jumaat, tusyen, dalam perjalanan pulang dari tusyen, terdetik di hati Ilmi untuk mengenakan purdah yang dihadiahkan oleh sahabat dari JB. Sebelum pakai, Ilmi tak lupa intai keadaan sekeliling, tak nak orang nampak. Itulah kali pertama dia berpurdah siang hari, sebelum ni pakai cuma pada waktu malam. Hari tu, Ilmi tak balik terus ke rumah, dia ke rumah bapa saudaranya, ayah long. Sesampai disana, dia bercerita tentang purdah yang dihadiahkan sahabat penanya kepada sepupu lelaki. Tak sangka! Sepupu lelakinya memberi galakan, siap mencabar Ilmi pakai purdah dalam kelas tusyen. SubhanAllah!


Suatu pagi yang hening, ketika semua manusia terlena dalam mimpi, tangan Ilmi terasa ringan pula untuk menjahit. Pagi tu dia sempat menyiapkan sehelai purdah arab. Itu la purdah arab pertama yang dia jahit. Pagi sabtu, "Ilmi hantar mak ke pasar ye, pastu tinggalkan mak kat sana, nanti mak suruh adik ambik mak", ujar mak Ilmi. Ilmi akur. Selesai menghantar maknya, Ilmi ke pasar sekali lagi bersama sepupu kesayangannya, tapi kali ni berpurdah. Sesampai dipasar, Ilmi terpaksa berjaga-jaga, takut kalau-kalau terserempak dengan maknya. Almaklumlah, RAHSIAAA.. Tak banyak barang yang dibeli, cuma sebuku benang. Selesai meronda pasar, mereka berdua menuju ke arah motosikal. "Fuhh... lega, nasib baik tak jumpa mak", Ilmi menyatakan kelegaanya.


Tiba-tiba...... "Ilmi????!!!", satu suara memanggil. Dia cukup kenal suara itu. "Mak?? aduhh... kantoi!", hatinya kesal. Ilmi cuma mampu gelak, cover depan ibunya. "Matilah.. mak tengok aku berpurdah", hatinya tak habis-habis merungut. "Tadi masa hantar mak, tak pakai pun", kata-kata yang keluar dari mulut maknya. Tiada tanda marah, tanda perli, langsung tak ada. Sampai di rumah, maknya tak sebut pula pasal insident di pasar tadi, cuma diam. "Mak aku ok kot kalau aku berpurdah.", Ilmi bermonolog.


Cuti hari Wesak, mak Ilmi meminta Ilmi menghantarnya ke Maidin Mall. Ilmi dengan senang hati ke Maidin Mall dengan motosikalnya. Kali ni, dia ke Maidin berpurdah, alang-alang maknya dah tahu, baik pakai je. Maknya ok je, tak perli, tak marah, senyap je. Sesampai disana terserempak dengan kenalan lama maknya. Mak Ilmi ok je, tak malu, macam bangga pula anak dia berpurdah. Ilmi bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu. Sedang leka Ilmi memilih hadiah untuk anak murid maknya, tiba-tiba lengannya terasa dipegang. "Sape plak cuit aku ni, silap orang agaknya, aku berpurdah pon orang boleh cam ke?", Ilmi hairan. Kepala ditoleh perlahan-lahan, "Hurul!", kawan kembarnya. Kawan yang sentiasa beri semangat dan dorongan untuk berpurdah. "Saya boleh cam awak, haha. Ilmi, saya suka awak gini. Usaha awak...",itulah kata-kata yang sampai sekarang Ilmi tak dapat lupa. Ilmi blurrr, terkejut, kalau boleh tak nak seorang pon sahabatnye tahu. huhuhu.


Mereka berpisah, Hurul ke tempat lain. "tut.. tut..", mesej sampai. "Sonok la awk, mak awak bagi, mak saya tak bagi saya berpurdah, sedihnya.,," kesian Hurul. Hari tu, Ilmi sangat gembira, maknya ok, cuma ayahnya tak tahu lagi. Ayahnya jarang balik, kerja jauh. Biasanya kalau mak ok, ayah ok je. Harap-harap begitu la.


Benda baik, ada orang suka, ada pula yang tak suka. Teringat pula Ilmi masa pertama kali dia pakai purdah depan sepupu lelaki belah ayah. "Pakai apa macam tu, pelik sangat nampak", suara mengutuk. "Baju ketat-ketat, pakai tudung rambut keluar ok pulak. Tutup aurat molek-molek pelik ye", Ilmi tak pernah mengalah kalau di perli, terutama dengan saudara sebelah ayah. Kebenaran harus tertegak! Sepupu lelakinya terkedu, diam seribu bahasa.


Pertama kali dia pakai purdah di luar, neneknya juga tak lepas memberi komen. "Kenapa Ilmi tu? pakai jilbab sampai tutup mulut." Sepupu lelaki sebelah ayah menjawab, "Mulut hodoh, kenalah tutup", sepupu lelaki sorang lagi, "Muka lawa sangat, tak nak bagi orang tengok". Ilmi langsung tak terasa, apa lagi nak marah dengan sepupu lelaki pertama. Seingat dia sepupu tu juga yang komen masa mula-mula Ilmi bertudung labuh. Dengan sepupu tu juga Ilmi selalu berbalas mulut. Setiap kali berbalas mulut, mesti Ilmi yang menang. Mana taknya, tegur benda yang tak patut. Yang Ilmi hairannya bukan sepupu pertama, tapi sepupu ke dua. huh! Tak sangka sepupu kedua membela. Tak sangka juga sepupunya tahu tujuan muslimah berpurdah, walaupun ayatnya ringkas. SubhanaAllah!

to be continued.....


P/S : cerita ini bukanlah rekaan semata-mata, ianya ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. harap dapat menjadi motivasi buat semua.. man jadda wa jada, wa man zar'a hasoda!


Thursday, May 26, 2011

Munaqqobah ^_~


Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum semua. Mesti sume pelajar sekolah dah bersiap-siap nak cuti kan? Dah abis exam kan? Macamana exam? Ok tak? Aiseyh. Alhamdulillah kalau ok, kalau tak cuba lagi. Penulis ni asyik on9 je. Huh! Entah la, exam ada sekali lagi sebelum SPM betul. Hari ni tak nak la cerita pasal exam, penulis nak buat cerpen pendek sikit. kebosanan mendesak diriku. Semoga cerita ni bagi semangat buat muslimah-muslimah yang ingin berpurdah.

"H1N1 dah sampai kat malaysia!", hati Ilmi Amirah berteriak. Semua dah start bertopeng. Terdetik pula hati ilmi nak menjahit. sehelai kain hitam di jahit dengan tangan sendiri. Mesin jahit antik yang ada kaku tidak bergerak, hatinya juga tidak tergerak untuk membaiki. "Haaaa... dah siap.", dia mencuba apa yang dijahitnya sebentar tadi. Cantik la jugak walaupun jahit bodoh-bodoh je. dikenakan dengan jilbab hitam pemberian ibunya. Kain hitam kecik dimasukkan kedalam beg sekolah.


Keesokan paginya, waktu balik, Ilmi lepak sebentar di kelas 3ibnu hajar, kelas paling hujung. Rindu dengan kawan kembarnya. Tahun yang lepas sekelas, kelas 2 ibnu arabi. Masa form3 mereka semua berpisah, Ilmi ke 3 ibnu sina, kawan kembarnya juga berpisah, seorang ke 3 ibnu taimiyyah, seorang lagi ke 3 ibnu hajar. Kain kecil dalam beg sekolah dikeluarkan. "Eh! Ilmi, apa tu? purdah?" salah seorang kawan kembarnya bertanya sambil cuba memakai kain hitam kecik itu. "Buat bodoh-bodoh jep. Rasa nak jahit. musim H1N1 sekarang ni kan? tak pernah pakai pon.", Ilmi menyatakan sebab dia menjahit kain hitam itu. "Nak tak, lepas belajar, kita semua berpurdah? Alaaa.. macam ayat-ayat cinta tu", satu cadangan diberikan. Pada masa tu, aura ayat-ayat cinta memang memberi impak besar, bukan hanya budak sekolah, malah mahasiswa turut merasa tempiasnya. Ilmi cuma mengangguk, bukan bermakna setuju. Niat berpurdah belum membara, niat yang hadir cuma sedikit.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sedar tak sedar sudah setahun berlalu. Ilmi sekarang form4. Makin giat pula dia di alam maya. Ukhuwah tercipta tak kira negeri, negara. Kawan kembar Ilmi pula, semakin kuat niat untuk berpurdah. Ilmi cuma menyokong, sebalik sokongan itu, tidak pula dia ingin sertai bersama. ALAM MAYA ibarat satu dunia lain buat Ilmi. Entah kenapa, cintanya pada alam maya pada tahun tu kian membuak. Cintanya pada ukhuwah fillah yang lahir di sebalik ALAM MAYA. Di alam maya Ilmi banyak bergaul dengan muslimah-muslimah berpurdah. Sedikit sebanyak memberi dorongan untuk Ilmi berpurdah. Jahitan tetap diteruskan, satu persatu purdah di jahit, tidak pula dia pakai. Kawan sekolahnya turut memberi dorongan, membekalkan kain-kain perca lebihan jilbab dan jubah. Setahun berlalu bagai sehari, tak terasa pun lamanya.

Ulangtahun hari lahir Ilmi yang ke-17, hari sabtu, baru pulang dari tusyen, barang jauh sampai. "Ilmi! tengok ni", sepupu kesayangannya menghulurkan sampul surat berwarna kuning, tertera alamat, dari Johor Bharu. Yaaa, dari sahabat ALAM MAYAnya. Perasaannya tak dapat digambar, terharu sangat-sangat. Sampul surat di koyak perlahan-lahan. Kain kecil berwarna hitam, lembut bila di sentuh. PURDAH! purdah arab, pertama kali dia sentuh, dia lihat depan mata, selama ni cuma tengok gambar dalam internet."Terima Kasih akak!", hatinya bermonolog.

Purdah yang dikirim memberi semangat buat Ilmi. Membuatkan Ilmi berfikir dan menanam azam baru. Yakin seyakinnya untuk berpurdah! Cuma mungkin bukan masanya. Pada suatu malam, entah apa mimpi Ilmi dapat, tiba-tiba tergerak untuk keluar berpurdah. Dia bersama sepupu kesayangan keluar ke kedai alat tulis berhampiran rumah. Sepupunya membawa motorsikal, Ilmi membonceng di belakang. Dari rumah lagi Ilmi membawa purdah yang dijahitnye sendiri, tapi tidak dipakai terus, khuatir maknya tahu. Niatnya cuma ingin mencuba, entah mengapa hatinya tertaut untuk berpurdah. Rasa aman, terlindung dalam kain hitam kecilnya. SubhanaAllah, hanya dia yang dapat berasa rasa itu. Malangnya, belum masanya untuk dia berpurdah.


p/s : penat la. dah pukul 3.10 pagi ni. lain kali la sambung yek.. tak best jugak kalau citer abis terus.. hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...