klik!

Monday, May 30, 2011

Munaqqobah ^_ ~2



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum semua. Tergerak pula hati penulis nak sambung cerita pasal muslimah yg berniqab. Harap semua sudi membacanya.

Usaha tidak berhenti sekerat jalan. Tahun dia nak ambil peperiksaan, tahun yang paling sibuk. kelas sana, kelas situ, tusyen sana, tusyen situ. Hari isnin malam, Cikgu Rosli, cikgu kimianya membuat kelas tambahan. Ilmi biasanya ke sekolah naik motosikal walaupun rumahnya agak jauh dari sekolah, lebih kurang 20 kilometer. Semua tu dilakukan untuk kurangkan perbelanjaan rumah, bayaran bulanan untuk van sekolah sudah naik. Lagipun, dengan motosikal, senang untuk Ilmi ke sana ke mari, tak perlu bantuan ibu bapanya lagi.


Malam itu malam pertama dia keluar jalan jauh. Selama ni tak pernah dia keluar malam jauh, biasa ke kedai runcit berhampiran rumah je. "Nak keluar malam-malam, bahaya jugak sorang-sorang ni. Try pakai purdah la.", Tiba-tiba terdetik nak try berpurdah buat kali kedua. Sesampai di sekolah, dia terus membuka purdahnya. Risau takut sahabatnya yang lain tahu. Dia tak mahu sesiapa tahu, setakat ni cuma sepupu kesayangannya yang tahu. Sepupu yang selalu menjadi tempat dia mencurahkan segala-galanya, hatta maknya pun tak tahu. Setiap kali ke kelas kimia waktu malam, dia mesti berpurdah.


Hari jumaat, tusyen, dalam perjalanan pulang dari tusyen, terdetik di hati Ilmi untuk mengenakan purdah yang dihadiahkan oleh sahabat dari JB. Sebelum pakai, Ilmi tak lupa intai keadaan sekeliling, tak nak orang nampak. Itulah kali pertama dia berpurdah siang hari, sebelum ni pakai cuma pada waktu malam. Hari tu, Ilmi tak balik terus ke rumah, dia ke rumah bapa saudaranya, ayah long. Sesampai disana, dia bercerita tentang purdah yang dihadiahkan sahabat penanya kepada sepupu lelaki. Tak sangka! Sepupu lelakinya memberi galakan, siap mencabar Ilmi pakai purdah dalam kelas tusyen. SubhanAllah!


Suatu pagi yang hening, ketika semua manusia terlena dalam mimpi, tangan Ilmi terasa ringan pula untuk menjahit. Pagi tu dia sempat menyiapkan sehelai purdah arab. Itu la purdah arab pertama yang dia jahit. Pagi sabtu, "Ilmi hantar mak ke pasar ye, pastu tinggalkan mak kat sana, nanti mak suruh adik ambik mak", ujar mak Ilmi. Ilmi akur. Selesai menghantar maknya, Ilmi ke pasar sekali lagi bersama sepupu kesayangannya, tapi kali ni berpurdah. Sesampai dipasar, Ilmi terpaksa berjaga-jaga, takut kalau-kalau terserempak dengan maknya. Almaklumlah, RAHSIAAA.. Tak banyak barang yang dibeli, cuma sebuku benang. Selesai meronda pasar, mereka berdua menuju ke arah motosikal. "Fuhh... lega, nasib baik tak jumpa mak", Ilmi menyatakan kelegaanya.


Tiba-tiba...... "Ilmi????!!!", satu suara memanggil. Dia cukup kenal suara itu. "Mak?? aduhh... kantoi!", hatinya kesal. Ilmi cuma mampu gelak, cover depan ibunya. "Matilah.. mak tengok aku berpurdah", hatinya tak habis-habis merungut. "Tadi masa hantar mak, tak pakai pun", kata-kata yang keluar dari mulut maknya. Tiada tanda marah, tanda perli, langsung tak ada. Sampai di rumah, maknya tak sebut pula pasal insident di pasar tadi, cuma diam. "Mak aku ok kot kalau aku berpurdah.", Ilmi bermonolog.


Cuti hari Wesak, mak Ilmi meminta Ilmi menghantarnya ke Maidin Mall. Ilmi dengan senang hati ke Maidin Mall dengan motosikalnya. Kali ni, dia ke Maidin berpurdah, alang-alang maknya dah tahu, baik pakai je. Maknya ok je, tak perli, tak marah, senyap je. Sesampai disana terserempak dengan kenalan lama maknya. Mak Ilmi ok je, tak malu, macam bangga pula anak dia berpurdah. Ilmi bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu. Sedang leka Ilmi memilih hadiah untuk anak murid maknya, tiba-tiba lengannya terasa dipegang. "Sape plak cuit aku ni, silap orang agaknya, aku berpurdah pon orang boleh cam ke?", Ilmi hairan. Kepala ditoleh perlahan-lahan, "Hurul!", kawan kembarnya. Kawan yang sentiasa beri semangat dan dorongan untuk berpurdah. "Saya boleh cam awak, haha. Ilmi, saya suka awak gini. Usaha awak...",itulah kata-kata yang sampai sekarang Ilmi tak dapat lupa. Ilmi blurrr, terkejut, kalau boleh tak nak seorang pon sahabatnye tahu. huhuhu.


Mereka berpisah, Hurul ke tempat lain. "tut.. tut..", mesej sampai. "Sonok la awk, mak awak bagi, mak saya tak bagi saya berpurdah, sedihnya.,," kesian Hurul. Hari tu, Ilmi sangat gembira, maknya ok, cuma ayahnya tak tahu lagi. Ayahnya jarang balik, kerja jauh. Biasanya kalau mak ok, ayah ok je. Harap-harap begitu la.


Benda baik, ada orang suka, ada pula yang tak suka. Teringat pula Ilmi masa pertama kali dia pakai purdah depan sepupu lelaki belah ayah. "Pakai apa macam tu, pelik sangat nampak", suara mengutuk. "Baju ketat-ketat, pakai tudung rambut keluar ok pulak. Tutup aurat molek-molek pelik ye", Ilmi tak pernah mengalah kalau di perli, terutama dengan saudara sebelah ayah. Kebenaran harus tertegak! Sepupu lelakinya terkedu, diam seribu bahasa.


Pertama kali dia pakai purdah di luar, neneknya juga tak lepas memberi komen. "Kenapa Ilmi tu? pakai jilbab sampai tutup mulut." Sepupu lelaki sebelah ayah menjawab, "Mulut hodoh, kenalah tutup", sepupu lelaki sorang lagi, "Muka lawa sangat, tak nak bagi orang tengok". Ilmi langsung tak terasa, apa lagi nak marah dengan sepupu lelaki pertama. Seingat dia sepupu tu juga yang komen masa mula-mula Ilmi bertudung labuh. Dengan sepupu tu juga Ilmi selalu berbalas mulut. Setiap kali berbalas mulut, mesti Ilmi yang menang. Mana taknya, tegur benda yang tak patut. Yang Ilmi hairannya bukan sepupu pertama, tapi sepupu ke dua. huh! Tak sangka sepupu kedua membela. Tak sangka juga sepupunya tahu tujuan muslimah berpurdah, walaupun ayatnya ringkas. SubhanaAllah!

to be continued.....


P/S : cerita ini bukanlah rekaan semata-mata, ianya ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. harap dapat menjadi motivasi buat semua.. man jadda wa jada, wa man zar'a hasoda!


5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...