klik!

Monday, November 25, 2013

Sayap Kiri Pejuang

Wanita itu indah,
Cantik dipandang mata,
Menenangkan jiwa,
Meski begitu,
Orang masih berkira-kira,
Wanita itu cantik seluruhnya?
Atau sekerat sahaja?
Wanita itu semuanya indah?
Atau sebahagian sahaja?
Hakikatnya..
Seindah perhiasan itu..
Wanita Solehah..
Seindah perhiasan di muka bumi ini..
Allah.
Tingginya martabat wanita solehah itu,
Lebih cantik daripada lamborgini yang diidamkan hampir semua lelaki,
Lebih indah daripada alam semesta,
Tasik-tasik, taman-taman, sungai...
Wanita solehah lebih cantik dan indah..
Jauh...
Lebih comel daripada macam comel je..
Solehah yang bagaimana?
Seperti yang dianjurkan agama.


Dalam Al-Quran, Al- mar'ah disebut dalam pelbagai bentuk, dalam bentuk al-um(ibu), Zaujah(isteri), Ukhtu(saudara), atau Al- mar'ah itu sendiri. Kita diklasifikasikan di mana? Kalau saya, zaujah mungkin. Bukan mungkin, zaujah memang.

Dalam Al-quran juga, Allah menyebut pelbagai kisah, salbiah(buruk) dan ijabiah(baik). Dalam surah maryam, Allah ceritakan kisah maryam. Dalam surah tahrim ayat 11, Allah mengangkat darjat isteri Firaun yang beriman dalam keadaan suaminya masih kufur. Kisah yang wajar di teliti oleh kita sebagai wanita.

Tidak kurang juga kisah salbiah yang Allah paparkan dalam Al-Quran sepertimana Allah celakakan perempuan Nuh dan Lut. Perempuan tu maknanya, orang rumah la atau bahasa lain sikit isteri. Dalam surah Tahrim ayat 10 Allah menyebut.

Maksudnya "Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, isteri Nuh dan dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang orang hamba-hamba kami Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari  (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"

Lalu kita, bagaimana?

Pilih untuk menjadi Maryam atau isteri nabi Nuh dan Lut?

Bukanlah bermakna jadi seperti Maryam itu ingin anak menjadi nabi, lahirkan anak tanpa bapa. Ramai zaman sekarang anak tidak berbapa, tapi itu anak zina. Bukan seperti kisah Maryam, yang memang Allah takdirkan begitu. Nabi Muhammad khatimul anbiya, jadi jangan pula ada antara kita yang mendakwa anak mereka yang tidak berbapa itu nabi.

Maryam dijadikan contoh dari segi kecekalan dan ketabahan hatinya. Bagaimana dia berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Suka saya mengingati kisah Fatimah dan suaminya Ali.

"Saya cuma ingin seperti Fatimah yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Talib suaminya", bukan ini yang ingin diceritakan dan dibahaskan.

Tapi ketabahan Fatimah menguruskan rumah tangga dalam usia yang terlalu muda. 16 tahun menjadi isteri, zaujah kepada Ali. Saya 19?

Fatimah menangis kerana terlalu penat bekerja, mengadu kepada Rasulullah. Minta untuk diberikan pembantu, tapi Rasulullah kata apa? Rasulullah bagi zikir kepada Fatimah untuk diamalkan. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Kita tahu, tapi mungkin terlupa. Ye sekarang saya mengingatkan, kalian dan diri sendiri yang asyik terleka.

Wanita itu sayap kiri katanya, sayap kiri yang bagaimana?
Katanya pembantu perjuangan.
Berjuang dengan membeli handbag dan kasut mahal kah?
Berjuang dengan merengek-rengek inginkan kolam mandi dirumah kah?
Atau mungkin.
Berjuang dengan mesyuarat tingkap yang menambah saham suami dan diri sendiri ke neraka?
Nauzubillah...

Bukan itu yang dimanakan sayap kiri, tapi itu tak guna punya isteri. Katanya ingin jadi isteri, wanita solehah.

Wanita solehah itu taat suami,
Wanita solehah itu menghias diri,
Tapi hanya untuk pemilik cinta dihati,

Wanita solehah itu bukan merengek tak sedar diri,
Wanita solehah itu bukan yang meminta-minta walau tak diberi,
Tapi redha, dan pasrah ketentuan Ilahi,
Sambil berdoa dan berusaha saban hari.

Wanita solehah itu bukan yang mengumpat mencaci,
Wanita solehah itu bukan yang mengomel membebel setiap kali,
Tapi sentiasa bersih hati, menasihati suami,
Yang selalu berzikir ikhlas dalam mentaati.

Bersamalah kita membentuk diri, berusaha semampu mungkin. Tambah amal, tingkat iman. Nasihat bukan bermakna diri ini sudah tinggi, tapi juga untuk diri sendiri, yang masih banyak khilaf yang perlu diinsafi.
Maaf, article ini bukanlah yang sempurna sebagai panduan menjadi wanita solehah, tetapi sekadar memberi diri sendiri dan yang lain tersentak seketika, dan terus ke langkah seterusnya. Forum, bertanya yang lebih senior itu perlu untuk menguis sedikit pengalaman mereka.

Terima Kasih suamiku, kerana selalu bersabar dengan kerenah isterimu ini... Bhebbak fillah...


Friday, September 13, 2013

Trailer - Cerpen

"Tidak pernah aku bayangkan, hari ini akan tiba. Tiba secepat ini?",

Dia bercakap di dalam hati setelah beberapa hari melewati hari itu.

"Aku cakap pun, orang tak percaya. Mereka ingat mereka je tak percaya. Aku pun tak percaya!",

Hatinya bercakap lagi, kali ini keras sedikit.

"Hurm.. Harap ini dapat menjaga hari semua orang. Hati dia, hati aku, hati ibu bapaku, hati sahabat-sahabat."

Hatinya mengeluh pula.

"Gembira dengan peristiwa ini. Aku tahu, ada juga yang kecewa. Ayah? Emak? Entah. Sahabat? Mereka bergembira dan mengucapkan tahniah"

Hatinya bertanya. Gusar.

"Orang akan mengata. Orang akan membenci. Tapi..... Allah suka, Sunnah Nabi, Syaitan menangis. Orang yang menangis dan membenci syaitan kah?

Bertanya lagi. Kebencian yang mungkin dilemparkan difikir sedalamnya. Mungkin akan ada?

"Mak kata, benda ini kena rahsia. Kalau saudara tahu apa mereka fikir, apa mereka kata. Banyak akan kena nanti."

Mengingati kembali kata-kata emak. Hati berbisik, mengingatkan.

Akhirnya, dia kepenatan. Terlalu banyak bercakap di dalam hati. Dia rebahkan diri di atas tilam. Tidak seempuk tilam dirumah. Sekadar cukup meringankan lelah. Matanya cuba dipejam. Di luar tingkap, matahari terik memancar. Bagaimana mungkin tidur dalam cahaya terang benderang seperti itu. Bukan matahari Malaysia, ditutupi awan. Ini Matahari ardu kinanah. Tiada halangan, terus tembus ke mata.

Mata dibuka, kipas berpusing. Masih berfikir.

"Apa kesudahan aku nanti? Bahagia kah? Menderia kah?"

"Sudah bersediakah aku menjadi lebih dewasa. Lebih matang dengan status baru?"

Akhirnya dia terlelap. Bingung, soalan yang hanya dapat dijawab oleh masa depan. 

Thursday, August 1, 2013

Pengalaman Itu Penting

Bismillah.


Pengalaman. Pengalaman penting. Untuk mematangkan diri, untuk membuat kita sedar hakikat menjadi manusia yang tak selalunya berada di atas.

Namun.

Tidak semua mampu belajar daripada sebuah pengalaman. Pahit atau manis, pengalaman sendiri atau orang lain. Bukan tidak mampu, tapi tidak semua mahu belajar. Semua perlu kepada kehendak. Mungkin dalam kata lain, MINAT? Sedangkan minat perlu di paksa. Secara konklusinya, belajar daripada pengalaman juga perlu kepada sebuah keterpaksaan pada mulanya.

Kita masih bermalas-malasan untuk belajar. Berrilek-rileksan yang akan membuatkan kita masih di takuk lama, meski sudah berdekat-dekat hidup di dunia. Pelbagai manusia, pelbagai ragam.

Sudah lama tidak menulis tentang benda seperti ini. Asyik sibuk dengan Jordan. Tulis tentang pengalaman kononnya, padahal tiada apa yang menarik. Jujur, di Jordan ini ada satu benda yang menarik. Kemalasan yang masih sama seperti di Malaysia. Mungkin lagi teruk.

Menulis bagus sebenarnya. Mengajar kita untuk menjadi seorang PEMIKIR. Seorang pemikir tak akan bemalas-malasan untuk memikirkan masalah ummah.

Hari ini baru sahaja berpindah dari Syuqah Ahmad ke Tarowneh. Alhamdulillah. Setelah sekian lama ingin pindah. Sekejap sahaja rupanya setahun. Rumah baru, azam baru insyaAllah.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk mencari cahaya disebalik kegelapan. (??) Entah kegelapan apa yang ada. Berharap dengan biah baru ini mampu memimpin saya menjadi manusia yang berguna setelah setahun di Jordan tanpa sebarang perubahan.

Agak sedih. Menjadi mahasiswa Agama yang tak berguna.

Kembali kepada tajuk.

Setiap orang pengalaman tidak sama. Jadi ada orang pengalaman tentang perkara itu lebih, orang lain perkara lain pula lebih. Jadi apabila bertemu, salinglah men'topup' pembelajaran daripada pengalaman itu. Bercerita dengan kawan-kawan itu bukan sia-sia. Melainkan untuk mengumpat, bukan sahaja sia-sia, boleh tambah saham untuk ke neraka lagi. Bercerita tentang perkara dulu, cerita lama. Membuatkan orang yang mendengar berfikir. Akan risiko kalau begitu, akan pro dan kontra kalau begini.

Setiap orang di kurniakan cara berfikir yang berbeza. Ada orang fikir begitu, ada orang fikir bergini. Walhal ianya cuma daripada sebuah cerita.

Sebagai contoh mudah. Seorang sahabat belajar last minit, akhirnya dia gagal peperiksaan.

Individu pertama memandang bahawa dia perlu belajar awal waktu, setiap hari supaya tidak tergopoh gapah.
Individu kedua pula memandang bahawa dia perlu belajar di akhir waktu secara fokus.

Bergantung kepada cara dan kemampuan individu itu.

Sebelum kita alami sesuatu, kita tak akan rasa. Kita boleh kata, belajar daripada pengalaman orang lain. Hakikatnya kita tak mampu 'belajar' sepertimana orang yang melalui itu rasa.

Datang Jordan, kebanyakan info datang daripada akak-akak sini. Kata itu ini, syita sejuk sangat. Soifi panas gila. Syita lagi best daripada soifi. Kena beli katil sejuk tak tahan.

Erm, mengeluh seketika.

Itu pandangan akak-akak. Kita yang belum merasai ambil bulat-bulat. Apabila sudah merasai, barulah tahu. Semua itu auta. maksudnya auta disisi kita. Di sisi orang lain mungkin fakta.

Belajar untuk husnuzhon sentiasa, agar tiada penyakit di hati. Perkaitannya disini, manusia yang 'baik' akan berkata buruk kepada yang 'jahat' kerana kesalahan dia tanpa dia tahu keadaan seseorang itu. Apa yang sudah dilaluinya, apa yang Allah uji kepadanya. Belajar daripada sebuah pengalaman. Pengalaman sendiri dan orang lain.

Kadang-kadang, kesalahan seseorang bukan berpunca daripada dirinya yang ingin melakukan kesalahan, tetapi berpunca daripada 'pengalaman' berat yang Allah hadirkan untukknya.

Belajarlah daripada pengalaman agar hidup kita tidak menjadi sia-sia. Hiduplah sebagai da'ie dan mad'u.

Hakikat seorang mad'u, bukan terhina, malah mulia di sisi Allah jika dia yang memilih untuk menjadi mad'u. Memilih untuk dinasihati. Bukan asyik menasihat tanpa fikir yang dirinya juga perlukan nasihat.

Belajar perlukan kerajinan yang istikomah.



Friday, May 3, 2013

Kerja Sambil Belajar

Bismillah...

Hidup di perantauan ada banyak benda tak diduga.
Bukan meminta untuk diuji sebegini rupa.
Ujian demi ujian, akhirnya diri ini lemah.
Kekadang rebah, putus asa. Rasa ingin pergi jauh dari Jordan.

Akhir-akhir ini sibuk dengan zakat maidam. Syarat baru katanya. Perkapita kena kurang 500. Saya kira-kira, perkapita lebih sedikir daripada 500. Berfikir sejenak, patutlah duit pendahuluan tak dapat. Zakat-zakat. Jangan guna duit zakat untuk berkempen sudah la. Berasa teraniaya juga. Asnaf mana saya ni? Kata pegawai maidam, asnaf fakir miskin sahaja akan dapat.

Mula lah saya tak keruan. Mujur ada yang menenangkan. Sepatutnya jangan bergantung dengan maidam. Rezeki tu milik Allah. Allah yang bagi, bukan maidam bagi. Saya akur.


Dulu ambil upah jahit-jahit. Walaupun jahit tangan, duit yang terkumpul dalam 130JD, 500 lebih malaysia. Itu pun jahit lambat-lambat. Dah cukup untuk beli sebuah mesin jahit.

Kemudian, berniaga roti sosej dengan kawan serumah. Sekarang, berniaga seorang diri.

Penat...
Penat sangat...

Akhowat yang berstatuskan pelajar bekerja pada waktu lapangnya.

Minggu lepas, saya berniaga roti sosej. Buat banyak-banyak, tinggal, petang baru ambil balik, baru roti tu habis. Kelas saya habis pukul 12 dan pukul 11. Rabu lepas, saya tinggal roti. Saya datang balik pukul 4.30.
Sesampai di musolla, duit saya tiada! Tinggal botol duit sahaja. Beg plastik dalam tong sampah. Saya cari-cari, tiada!!

Akhirnya pasrah.....

Duit sudah di curi mungkin.
Biarlah, tiada rezeki. Lalu pergi bertemu Asyikin. Pulang bersama jalan kaki. Saya tidak menceritakan apa yang terjadi sehingga dia bertanya, "duit cukup?"

"Tak ada...", dia terkejut. Barulah saya bercerita. Untuk apa bercerita masalah, bukan orang boleh bantu pun. Jadi baik diam.

Mungkin ini ujian... Ujian untuk peniaga...
Penat habis begitu sahaja, duit tiada. Cuba bertenang, rezeki Allah da tetapkan, yakin sahaja. Semuanya cukup. Cukup makan , cukup bayar yuran, cukup sara diri alhamdulillah. Biarlah tiada duit simpanan untuk masa sekarang.

Ahad lepas, ada seorang akhowat arab bertanya, kenal ke siapa yang berniaga.
Saya jawab, saya yang berniaga.
Ada hilang duit tak?
Ada..
Berapa?
10JD..
Kemudian dia bagi duit. Dia kata, jangan tinggal duit lagi. Bahaya, nanti hilang. Saya menganggukkn kepala.
Alhamdulillah.. syukur...

Kekadang pelik dengan pelajar tajaan. Entah apa yang mereka takutkan. Saya kira-kira duit mereka cukup sahaja. Tapi di mulut "Tak ada duit.. tak ada duit.."
Karang betul-betul tak ada duit baru tahu. Hehe, jangan marahh haaa...

Cuma, belajarlah untuk hargai nikmat duit. Bila ada kita guna, untuk manfaat diri dan orang lain. Peringatan untuk diri sendiri juga yang agak kedekut (orang kata la).

Benar, hidup tanpa target (yakni dalam kes ini target duit keluar bulan-bulan), lebih bahagia daripada ada sekatan. Sekatan itu bagus untuk elak membazir, tapi kalau sekatan yang sampai menyebabkan orang lain berasa tempias itu KEDEKUT. Jujur saya katakan, baru sampai di sini, duit usaha di had-had kan. Sakit terasa. Seksa juga. Lantas, inisiatif lain di ambil. Apa kata tambah duit agar tiada lagi sekatan yang menyakitkan. Saya juga tak suka susahkan mak ayah. Minta duit, sedangkan datang sini untuk ringankan beban mereka. Jadi...  Belajar untuk berdikari.

Perniagaan ini biasa-biasa sahaja. Tapi cukup puas. Puas kerana berasa cukup mandiri. Kata orang, dah boleh kahwin da... hehe..

Sekian.. Road to nihaie, doakan saya!

Menanti hari untuk pulang.... 4.8.2013.. Balik nanti beli mesin jahit. 

Tuesday, March 26, 2013

Saya Jahat

Bismillah.
Hari yang indah untuk sebuah episod kehidupan yang bahagia...

Selasa, ke kelas seperti biasa..
Tetapi terselit sebuah cerita duka yang tak mungkin akan terubat sampai bila-bila.
Mungkin..
Boleh cerita di akhirat sana.
Dosa aku, dosa dia..
Salah aku, salah dia..
Aku percaya dia.. mustahil!
Sedang aku tak tahu apa-apa..
Tiba-tiba ada perlian..
Tiba-tiba ada penolakan..
Apa yang mereka bercakap tentangku?


                                          (Di Kelas Sirah menyonteng)

Selepas kelas fiqh ibadat, saya membuka facebook melalui xperia mini. Masih di dalam kelas, sebelum kelas akidah bermula. Berbincang tentang pemindahan yang akan di lakukan pada bulan september ini. Kata orang itu, dia nak masukkan kawan dia yang akan datang tahun depan. Tak pasti lagi ke mantiqah mana. Cop sahaja dulu. Saya memberi keterangan, nanti biro penempatan dan keselamatan akan uruskan pelajar baru. Saya sekarang memang terdesak nak rumah. Kata dia, ada ahli bayt yang tak setuju.

Seusai kelas akidah, saya ke musollah. Bertanya kepada kawan saya yang tinggal di rumah tu, siapa yang tak setuju. Seorang sahaja, katanya tanpa alasan. Tapi saya boleh mengagak apa sebabnya. Sedih.

Saya rasa terhina.
Saya rasa tak guna.

Takut saya bawa sial?
Takut Allah timpakan bala?

Terserah.

Saya berpaling dari pandangan kawan, menangis. Air mata tak henti mencurah. Sedih yang amat. Orang memandang kita hina atas kesalahan kita. Tahu, itu salah. Saya bersalah. Saya jahat. Perlu ke sampai begitu sekali membenci? Atau takut Allah timpakan bala kepada rumah itu atas kesilapan saya?

Saya boleh kata apa. Mungkin ini orang agama. Orang beriman. Benci kepada pelaku maksiat mungkin.
Kita boleh tak suka, kita boleh membenci. Tanpa sedar, mungkin suatu hari nanti Allah uji. Siapa tahu?

Sedang menangis, ada seorang arab hulurkan tisu. "Syukran", sempat tersenyum dalam tangis.

Sahabat-sahabat datang, sempat di seka air mata itu.

"Kak long nangis ye?", dia bertanya.
"Eh, mana ada!", menahan sebak.

Di kelas Sirah Nabawiyah pula, Dokter mengajar, tapi saya masih beremosi bersedih.
Tisu itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Apabila daie menjadi mad'u...
Berasa terhina... :'(

Friday, March 22, 2013

Salah Aku

Bismillahirrahmanirrahim..

Jumaat yang oren. Mendung yang pelik. Termenung di jendela. Takut. Fikirkan salah saya. Fikirkan orang yang menyalahkan saya. Hakikatnya saya memang bersalah.

Menjadi daie, bukan tugasnya menghukum, tapi amar makruf nahi munkar. Pernah saya dengar. Haram menegur kalau selepas kita tegur orang itu akan rasa ingin berbuat jahat lebih lagi. Sedih.

Entah kenapa terasa. Emosi berkecamuk.

Orang yang memandang salah orang lain hanya tahu menghukum.

Dia bersalah.
Dia berdosa.
Semua salah dia.
Dia punca kaza wa kaza.
Dia punca terjadi semua ni.
Allah turunkan bala sebab dia!

Semacam Anwar Ibrahim pula.

Tugas daie bukan menghukum.
Tugas daie faham situasi mad'u.
Tugas daie memberi penyelesaian.
Bukan menyalahkan.



Sekian Mad'u yang berasa terhina. :'(

Sunday, January 27, 2013

Imtihan

Mata ini dahulunya kering,
Hati ini dahulunya keras,

Imtihan bukan penyebab untuk mata itu menangis,
Imtihan bukan penyebab hati itu runtun,

Kini.......

Segalanya berubah....
Aku tidak seperti dulu...

Peperiksaan itu Ujian



Bismillah...
Kalau dulu, saya orang paling selambe. Orang yang paling tak takut imtihan (peperiksaan). Semasa SPM masih boleh bermain, bergelak ketawa, rileks-rileks, buku letak merata. Belajar, belajar juga, cuma tidak serius. Tidak seserius orang yang belajar sampai lewat malam. Tidak tidur berhari-hari. Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah. Semua gara-gara Imtihan (macam pakwe pula).

Setiap kali imtihan datang dulu, saya gembira. Sebab tak perlu belajar. Ambik masa berminggu untuk menyambung tajuk pembelajaran. Bincang kertas soalan dulu, keep in markah. Saya ada masa banyak untuk bersenang lenang! Ada masa banyak untuk berrileks-rileksan! Tapi setelah sampai di bumi urdun, segalanya berubah. 360darjah.

Setiap kali imtihan, setiap kali itu juga jiwa ini terseksa. Pelbagai ketakutan menghantui.

Takut kalau-kalau soalan dokter killer
Takut kalau-kalau tak terbaca apa yang dokter masukkan dalam imtihan
Takut kalau-kalau dokter uji kita, masukkan tajuk yang dokter tak bagitahu masuk
Takut kalau-kalau terlalu berdebar sampai tak boleh jawab (blur)

Entah kenapa perlbagai ketakutan menghantui. Sedangkan yang datang hanyalah sekeping kertas biasa yang perlu di jawab soalan yang ada. Jika tak tahu jawapan, tinggal sahaja.

Ini yang berubah sepanjang di Jordan.

Apabila mendapat keputusan, jantung seakan ingin pecah. Debarannya hanya Allah yang tahu. Jika markah tidak seperti yang diharapkan, mulalah mata ini memerah, menangis.

Menangis kerana imtihan itu biasa?

Bukan bagi saya sepatutnya.

Entah kenapa berasa terlalu kecewa. Kecewa dengan keputusan yang sebegitu rupa.
Bukan mendapat kosong, tapi tidak seperti yang diharapkan sahaja.
Bukan gagal, tapi tidak seperti yang diharapkan sahaja.

Imtihan akhir ini, sudah saya dapat keputusannya. Keputusan keseluruhan untuk satu sem(fasal). Keputusan Madkhal li dirasah syariah islamiyah masih berlega. Boleh diterima. Markah awal, thani tidak begitu banyak. Markah akhir boleh dikatakan wajar. Tapi, Setelah mendapat keputusan Ulum Quran, terkejut. Reda sahaja....

Soalan peperiksaan akhir dokter bagi 2 soalan yang ada 5 markah setiap satu. dan 20 soalan lagi na3am la (betul salah) Soalan pula ada yang tak dijumpai dalam buku. Mungkin silapnya banyak di situ.

Adik membuat panggilan ym. Panggilan itu di jawab kemudian terputus. Panggilan kedua saya menolak. Tak ingin ada yang kecewa mendengar keputusan itu. Chatting sahaja, kata saya kepada adik. Adik menyoal kenapa. Saya tidak menjawab.

Sedih. Benar-benar sedih.

Keputusan akhir tak mampu menangis lagi. Air mata sudah kering.

Sebelum saya sedar... Kejayaan yang besar bermula daripada sebuah kegagalan.

Terima kasih kerana menyedarkan diri ini syabab...

Saya kecewa hari ini. Bersedih hari ini. Sedangkan perjalanan masih panjang. Masih tinggi untuk di daki. Baru tergelincir sedikit di garisan pemula, sudah putus asa untuk ke garisan penamat? Sudah bersedih seolah-olah sudah tiada harapan untuk bangkit dan menang?

Kura-kura boleh menang berlumba dengan arnab.

Kita manusia, bukan kura-kura.

Kadang-kadang, apabila terlalu fikir apa orang kata akan membuatkan kita resah. Seolah-olah kita seorang yang gagal. Kita yang pelik, gagal untuk benda yang mudah. Padahal masih ramai yang terpaksa mengulang madah berkali-kali untuk meLULUSkan.

Melihat orang bergembira atas kejayaannya. Melihat orang berbangga atas kejayaannya. Melihat orang menjeling atas kegagalan kita. Membuatkan hati ini sedih, resah, runtun. Mungkin selepas ini keputusan perlu dirahsiakan. Berjaya atau tak, itu semua kita tanggung sendiri. Tak perlu orang lain tau, tak perlu orang lain peduli. Biarlah menjadi rahsia.

Mungkin kerana selalu membaca cerita orang yang tak pernah gagal membuatkan saya ingin sepertinya. Sedangkan kami tak sama. Ustaz Hasrizal? Dia hebat, dia bukan saya dan saya bukan dia.

Belajar untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Bersyukur kerana Allah memberi peluang berada di bumi anbiya'.
Bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk belajar agama

Satu perkara lagi saya lupa sepanjang berada di bumi israk ini.

Ilmu bukan terletak pada keputusan. Terima kasih juga kerana mengingatkan syabab.

Banyak benda saya terlupa sepanjang berada di sini. Tajdid niat?
Sedangkan sebelum datang, niatnya untuk belajar, menuntut ilmu bukan menuntut keputusan, muadal.

Untuk sem baru, fasal baru, niat baru, azam baru. Semoga berjaya diriku! Semoga berjaya sahabat!
Jangan malas-malas lagi yer! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...