klik!

Monday, October 1, 2018

Rindu

Rindu.
Kadang kita rindu pada kenangan yang pasti tidak akan berulang. Kita rindu waktu itu. Suasana, perasaan kita, orang sekeliling kita. Tapi kita sedar yang masa bergerak ke hadapan bukan ke belakang. Jadi kita cuma sekadar merindu. Rindu yang menitiskan air mata. Tidak mampu berbuat apa. Semuanya berubah. Orang yang dahulunya dekat dengan kita, menjauh. Yang cinta, tidak lagi cinta. Kita pun sudah berubah. Kita tidak lagi seperti dulu.

Kadang-kadang kita berharap masa itu boleh berputar kembali untuk kita perbetulkan keadaannya. Berharap kita tidak akan melakukan itu. Harapan yang tidak akan dapat tertunai. Damage had been done.

Yang boleh diubah kita yang sekarang. Ingin menjadi apa untuk akan datang. Yang lepas biarkan lepas. Kita tidak mampu ubah.
   

Wednesday, August 8, 2018

Nikmat Menjadi Ibu

Alhamdulillah.

29 Ogos ini genaplah setahun menjadi seorang ibu. Alhamdulillah mempunyai seorang anak lelaki yang sihat, sangat aktif sampai ummi pun penat melayan Mursi. Hehe. Tahun ini 5 tahun sudah menjadi isteri, alhamdulillah. 5 tahun mengenali suami dan akan terus mengenal suami hingga akhir hayat, insyaAllah. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menjadi seorang Ummi. Nikmat yang tersangat indah di dunia ini. Menanti sehingga 4 tahun untuk menimang seorang pejuang agama Allah. Akhirnya, Allah kabulkan doa saya dan suami. Alhamdulillah. Mursi ini amanah untuk kami jaga, bimbing sehingga menjadi seorang pejuang, semoga Allah permudahkan urusan ini.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya sepanjang mengandung dan melahirkan. Sangat-sangat mudah ketika mengandung, tiada loya, tiada sakit-sakit. Selesai melahirkan, Allah mudahkan lagi dengan anak yang tidak menangis waktu malam. Tidak banyak kerenah. Allah mudahkan lagi dengan bagi kesihatan yang sangat baik untuk Mursi. Sepanjang setahun ni, Mursi hanya pernah selsema pada usia 3 bulan selama 4 hari dan acah-acah selsema pada usia 9 bulan. Hanya susu ibu menjadi penawar Mursi.

Nikmat menjadi seorang ibu, sampaikan anak merengek, menangis pun rasa seronok sebab boleh tenangkan anak. Allahu Akbar. Indahnya perasaan menjadi seorang ibu. Semasa menyusukan, perasaan waktu menyusukan, tenang sambil belai rambut anak. Allah bagi semua ini untuk seorang ibu. Nikmat yang tak akan dapat selagi belum bergelar ibu.

Kadang-kadang menjadi ibu ini penat, melayan anak, suami, kerja dan sebagainya. Ambillah kesempatan sepanjang menjadi seorang ibu untuk menikmati rasa menjadi seorang ibu, bukan kita cuba mengelak sehingga langsung tidak merasa perasaan yang indah itu. Tinggalkan anak dengan pengasuh lama-lama, tidak mahu menyusukan anak dengan susu badan. Semua ini penghilang rasa cinta kita kepada anak kita, dan pada masa akan datang kita tidak tahu. Mungkin rasa cinta anak kita pada kita pun akan hilang. Ikatlah ikatan ibu dan anak ini supaya anak merasa kasih sayang seorang ibu. Ikatlah ikatan ini supaya kita rasa kasihnya, perlunya anak kepada kita.


Akhir kata, Ummi sayang Mursi......

Saturday, March 24, 2018

Semangat Yang Hilang

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik, diberi nafas hidup sehingga sekarang. Diberi nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Alhamdulillah, ada ibu bapa, ada suami isteri, anak-anak sebagai penghibur di dunia ini. Semoga penghibur juga di alam sana insyaAllah.

Manusia kekadang lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri. Selalu bersungut, mengomel tentang pelbagai perkara, lupa bahawa itu tanda kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Ucaplah Alhamdulillah setiap kali ujian datang, kerana disebalik ujian pasti ada nikmat yang tersembunyi.

Saya menulis untuk mengingatkan diri supaya tidak terlupa. Manusia memang perlu kepada peringatan sepanjang masa. Disebabkan itu, kita perlu mendengar kuliah, tadzkirah untuk mengingatkan kita. Kita perlukan reminder bahawa hidup kita akan berakhir di dunia. Suatu saat kita akan pergi meninggalkan semua orang yang kita sayang. Mungkin kita, mungkin mereka akan pergi dahulu. Kita tidak tahu.

Semangat yang hilang, apabila kita rasa penat menjadi bukan diri kita. Berusaha untuk jadi yang terbaik sepanjang masa sampai terlupa tidak ada yang terbaik melainkan Rasulullah. Tidak ada di dunia ini yang sempurna sampai kita tak mampu untuk terima diri kita sendiri.  Susah untuk kembalikan semangat, kembalikan tenaga positif untuk tidak berfikir buruk tentang diri sendiri yang penuh kekurangan.

Atas dasar apa penilaian kekurangan kita? Di mata manusia, kita rasa seolah-olah kita ni banyak celanya. Banyak silap, banyak salah. Kita lupa tujuan utama kita hidup di dunia ini. Mengabdikan diri kepada Allah, bukan pada manusia. Astaghfirullah.

Aku banyak salah, aku silap itu ini. Aku bukan yang baik. Aku tak guna. Aku tak pandai.

Usahlah kita fikirkan, kerana janji Allah yang akan ke syurga adalah orang yang beriman dan bertaqwa. Jagalah iman kita, jagalah hati kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jangan pernah rasa kita penuh dengan kekurangan kerana setiap orang ada lebih dan ada kurang. Berfikir optimis sentiasa.

Sejarah kita yang melahirkan kita sekarang. Dari kita dilahirkan, dibesarkan. Itulah yang menjadikan diri kita sekarang. Masing-masing ada sejarah yang berbeza, kerana itu kita berbeza. Ada yang terlalu mengejar kebendaan kerana sejarahnya penuh dengan kesempitan wang. Maka itu menjadi keutamaan. Hakikatnya bersandarlah pada agama. Yang sentiasa beriman dan beramal soleh akan berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Jom istiqamah.

Sunday, February 4, 2018

Pulang

PULANG

Bicara tentang kehidupan yang pengujungnya kematian
Membuatkan pikiran lelah dengan kesibukan dunia
Yang padanya keterbatasan
Hati mencari kebahagiaan
Amuk nafsu melawan larangan
Beroleh kesenangan yang tiada ketenangan
Jiwa kosong biarpun jasad seakan sibuk
Teman-teman sementara itu hiburan
Keluarga-keluarga sementara itu kebahagiaan
Tiada, maka keseorangan
Sendiri membawa kehidupan
Dunia bukanlah kekal

Pada akhirnya kita akan pulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...