Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik, diberi nafas hidup sehingga sekarang. Diberi nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Alhamdulillah, ada ibu bapa, ada suami isteri, anak-anak sebagai penghibur di dunia ini. Semoga penghibur juga di alam sana insyaAllah.
Manusia kekadang lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri. Selalu bersungut, mengomel tentang pelbagai perkara, lupa bahawa itu tanda kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Ucaplah Alhamdulillah setiap kali ujian datang, kerana disebalik ujian pasti ada nikmat yang tersembunyi.
Saya menulis untuk mengingatkan diri supaya tidak terlupa. Manusia memang perlu kepada peringatan sepanjang masa. Disebabkan itu, kita perlu mendengar kuliah, tadzkirah untuk mengingatkan kita. Kita perlukan reminder bahawa hidup kita akan berakhir di dunia. Suatu saat kita akan pergi meninggalkan semua orang yang kita sayang. Mungkin kita, mungkin mereka akan pergi dahulu. Kita tidak tahu.
Semangat yang hilang, apabila kita rasa penat menjadi bukan diri kita. Berusaha untuk jadi yang terbaik sepanjang masa sampai terlupa tidak ada yang terbaik melainkan Rasulullah. Tidak ada di dunia ini yang sempurna sampai kita tak mampu untuk terima diri kita sendiri. Susah untuk kembalikan semangat, kembalikan tenaga positif untuk tidak berfikir buruk tentang diri sendiri yang penuh kekurangan.
Atas dasar apa penilaian kekurangan kita? Di mata manusia, kita rasa seolah-olah kita ni banyak celanya. Banyak silap, banyak salah. Kita lupa tujuan utama kita hidup di dunia ini. Mengabdikan diri kepada Allah, bukan pada manusia. Astaghfirullah.
Aku banyak salah, aku silap itu ini. Aku bukan yang baik. Aku tak guna. Aku tak pandai.
Usahlah kita fikirkan, kerana janji Allah yang akan ke syurga adalah orang yang beriman dan bertaqwa. Jagalah iman kita, jagalah hati kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jangan pernah rasa kita penuh dengan kekurangan kerana setiap orang ada lebih dan ada kurang. Berfikir optimis sentiasa.
Sejarah kita yang melahirkan kita sekarang. Dari kita dilahirkan, dibesarkan. Itulah yang menjadikan diri kita sekarang. Masing-masing ada sejarah yang berbeza, kerana itu kita berbeza. Ada yang terlalu mengejar kebendaan kerana sejarahnya penuh dengan kesempitan wang. Maka itu menjadi keutamaan. Hakikatnya bersandarlah pada agama. Yang sentiasa beriman dan beramal soleh akan berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Jom istiqamah.

No comments:
Post a Comment