klik!

Tuesday, June 7, 2011

Munaqqobah ^_ ~ 3


Bismillahirahmannirahim...

Assalamualaikum... pejam celik.. pejam celik.. dah nak abis cuti skolah.. study pon belum.. huhuhu... malam ni on9 kat rumah sepupu.. alhamdulillah.. suke duk sini.. sepupu lawak.. haha.. tapi bukan nak citer pasal spupu yek.. aiseyh.. sepupu ku yang lawak dan ensem.. bukan bukan yek... malam ni ingat nak sambung citer ilmi amirah.


Pada suatu hari, bapa saudara ilmi datang rumah, bapa saudara belah mak. Ilmi bersalam-salaman dengan bapa saudaranya dan mak saudara sabitnya. Mak, bapa saudara dan mak saudaranya bersembang, macam-macam topik mereka bualkan. Ilmi datang dari ruang tamu membawa kain hitam kecil pemberian sahabatnya. Sengaja dia bawa, ingin melihat riaksi bapa saudara dan mak saudaranya. "Apa tu Ilmi? Umi nak tengok.", mesra mak saudara sabitnya dengan panggilan umi. "Purdah.", Ilmi menjawab ringkas. "Owh, umi pun ingat nak pakai, cuma tak jahit lagi, kain dah beli.", alhamdulillah, sambutan yang baik. "Umi nak pinjam purdah ni boleh? Nak buat contoh", satu lagi ayat yang membuatkan Ilmi rasa gembira sangat-sangat. "Boleh-boleh, ilmi ada satu lagi, yang Ilmi jahit sendiri", senang hati Ilmi meminjamkan purdahnya. SubahanAllah, purdah yang dihadiahkan sahabatnya sungguh berharga.


Alhamdulilah, syukur dipanjatkan untuk RABBI tercinta. bermula hari itu, selain ke sekolah, Ilmi senang mengenakan kain hitam kecil di wajahnya. Tanpa rasa malu dan kekok. Cuma apabila ke kenduri, terpaksa kain kecil itu disorokkan, tidak mahu kawan maknya tahu. Apabila teman maknya tahu, automatik kawan-kawan sekolahnya juga tahu. Sebolehnya dia ingin merahsiakan dari sahabat-sahabatnya, termasuk yang rapat. Mungkin belum masanya. Ilmi bercadang untuk belajar di pondok selepas SPM, insyaAllah selepas itu, dia akan cuba untuk istikhomah dalam memakai purdah.

=TAMAT=

Erm... macam tak best je ending dia.. tak pe la.. dah blurr ni.. kemalasan menulis.. lagipun tak ada orang yang baca.. tak pe la ek..

2 comments:

  1. semoga ilmi amirah sentiasa bristiqamah dlm perjuangannya..mabruk alaiki ya ukhti..salam sayang..(cahaya suci ^_^)

    ReplyDelete
  2. syukran sebab sudi baca.. nurul.. rindu nurul.. huhuhu.. rindu nk chat mcm dulu.. mcm taun lps.. :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...