klik!

Wednesday, September 26, 2012

Ujian Datang

Bismillahirrahmanirrahim..



(Tempat atfal arabi berdiri. Ambil gambar daripada tingkap rumah)


Angin petang sejuk mengapa lembut pipi. Saya menjenguk ke luar tingkap, kanak-kanak arab sedang bermain. Tangan dilambai kepada mereka. "Hello", mereka membalas. Saya pula, "assalamualaikum". Mereka menjawab salam.

"Syusmik?"
"Hala'"
"Wa enta?", sambil menunjukkan ke arah adik lelakinya.
"Amir", jawab Hala'

Datang pula adik mereka yang paling kecil. Comelnya masyaAllah!!
"Syumak?",
"Huwa Ibrahim", Hala' menjawab lagi.

Kak Syikin datang, berbual bersama mereka. Hala' banyak bertanya. Dalam fushah pula. Kadang-kadang, dalam bahasa inggeris. Kagum seketika. Baba dan mama bercakap, sepatah haram tak faham.

"Cat!", kata Ibrahim sambil menunjuk ke arah kucing yang sudah mati.
"Maza baab fil injliz?" Hala' bertanya.
"Door" Kak Syikin menjawab.
"Maza Assiyarah" Hala bertanya lagi. Sebutan dia lain skit daripada yang dipelajari di sekolah dulu.
"Car", Kak Syikin menjawab lagi.
"Cat, Car", kata Ibrahim. Membezakan dua perkataan yang hampir sama sebutannya.

Ramah kanak-kanak di sini. Kadang-kadang mereka yang ajarkan ammi kepada kami. Setiap kali melalui kawasan perumahan mereka, ada sahaja kanak-kanak bertanya. "What's your name??"

Pelik juga, ada Ustaz (Baru khirij tahun lepas) mengutuk Mu'tah dengan teruknya.
Kemudian, seorang syabab melalui kawasan berkenaan sambil memimpin tangan anaknya. Pertama kali melihat seorang kanak-kanak melayu di tanah arab selama saya di sini.

Ketika itu juga, terdetik dalam hati untuk mengambil gambar mereka. Telefon bimbit berdekatan di capai. Mati. Telefon sudah mati. Eletrik juga. Ujian untuk kami, ahli bayt Marjan Solehah.

Balik sahaja daripada Puskma malam itu, gembira kerana karpet sudah ada. Apabila suis dibuka, tidak bernyala. Semua bermuka sugul. Masih bersabar. Bermalamlah kami malam itu dalam kegelapan. Hebat juga, menyediakan makanan di dalam gelap.

Sehari sebelum itu, Ustaz Arsyad dan Ustaz Marie (tak tahu nama, sebab dia suka biskut marie, kami panggil dia Ustaz Marie) datang pasang karpet dalam bilik. Sebenarnya bayt kami banjir, ada yang lupa tutup air semasa Minggu Haluan Siswa. Khamis itu tiada air, jadi biarkan sahaja paip terbuka. Jumaat, air naik, maka habislah rumah kami banjir. Air melimpah sampai ke tangga, ke jalan dan membentuk anak sungai. Saya yang baru pindah, turut terima tempiasnya.

Masih terngiang-ngiang kata Ustaz Arsyad, "Tahniah, Ustazah telah berjaya membina anak sungai depan rumah dengan separuh air tangki"

Hari yang amat memenatkan. Ke kelas pukul 12, balik ke Bayt Zaifa semula kerana ada barang tertinggal. Kemudian ke rumah Kak Azzah menganggkut drawer sendirian, turun daripada tingkat3 naik balik ke Marjan Solehah tingkat2. Sehari sebelum itu, tilam yang dijanjikan Kak Azzah tak dapat diberikan kepada saya, dibagi kepada orang lain. Agak geram pada mulanya, sebab barang dah cancle dengan Biro ekonomi, bila beli asing-asing, jadi lebih mahal. Tapi diusahkan juga untuk sabar. Sampai detik saya sedang menaip ini, masih belum ada tilam. Alhamdulillah, sahabat-sahabat amat memahami.

Ke Kelas Ulum Quran, sebelah kanan Maha, sebelah kiri Safiyyah. Sempat bercakap dengan mereka sedikit. Minta raqam telefun dengan Safiyyah. Maha, tak sempat pula, dia kelihatan tergesa-gesa. Minggu kedua ini masih belum dapat menangkap apa yang dipelajari.

Minta raqam telefun, tapi telefon tak boleh guna. Sim ada masalah. Kena jumpa tuan kedai balik, biar dia selesaikan dengan Orange JO (syarikat macam celcom), tetapi ada juga tuan kedai yang menyuruh pelanggan ke karak, ke pejabat orange sendiri. Macam-macam, sudah seminggu tak telefon mak. Dua hari lepas ayah ada telefon.

Ujian yang baru datang, ujian lama berterusan. Setiap dapur di Jordan ada lubang. Lubang yang mengalirkan air kotor daripada sinki. Di rumah kami agak unik sedikit. Lubang itu tidak berfungsi secara baik. Jadi, setiap kali menggunakan air di singki, air kotor daripada lubang itu akan naik dan mengotorkan dapur kami. Setiap kali memasak, kena peka. Memasak sambil menoleh ke lubang itu. Apabila air naik, sapu dengan penyapu, kemudian kembali memasak. Ujian....

Dalam bilik air lampu rosak. Ustaz Arsyad cuba membaiki. Dia ambil lampu dalam bilik Izzati, kemudian cuba pasang dalam bilik air. Suis pada masa itu tidak tertutup. Ustaz terkena renjatan elektrik, mentol lampu pecah. Kesian Ustaz, semoga Allah membalas dengan ganjaran yang besar.

Dimaklumkan juga, tandas kami selalu tersumbat sebelum saya pindah ke sini. Tandas kami tiada penghadang air, jadi air yang keluar dari paip akan terus melimpah ke lantai. Dah minta tolong Ustaz bagi tahu kepada baba. InsyaAllah akan selesai esok atau lusa. Segalanya berserabut.... tapi terasa juga manisnya disebalik semua ini.

Ujian untuk kami. Ujian untuk orang lain macam-macam lagi. Di Irbid ada rumah syabab yang terbakar. Rumah kami di Mu'tah banjir.

Pegang kata-kata ini selalu. Ujian yang berat adalah didikan Allah untuk menjadikan kita manusia yang hebat. Kuatlah wahai sahabat! 

2 comments:

  1. Ya allah akak x sangke dugaan kamu d jordan lg hebat.. dugaan kami hanya dgn pencarian rumah je.. kamu nye dugaan lagi hebat.. masyallah.. kene semangat ye sayang............... :)
    moga thabat d jalan Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...