klik!

Monday, September 24, 2012

Mu'tah

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar Pak Cik Falafil yang sempat di snap curi... Tak jelas sebab kat sini di larang tunjuk fon kat arab, takot di curi...

Lebih seminggu di sini, pelbagai perkara terjadi. Pertama kali membeli falafil dengan banyaknya. Pertama kali ke jamiah menaiki coaster. Pertama kali menganggukkan kepala berkali-kali kerana tidak faham. Segalanya pengalaman. Mencatat pengalaman yang di lalui sendiri amat berbeza dengan mencatat 'pengalaman' di fantasi semata.

Merealisasikan fantasi yang dulu kini menjadi realiti.

Sekarang masih dirumah transit, rumah yang bakal diduduki dengarnya bersama senior. Senior belum datang, masih di Malaysia. Harapnya ini betul, tidak mahu nama di ubah lagi ke rumah baru. Cukup rumit dan memeningkan kepala kalau masuk ke rumah baru. Banyak barang kena beli, kena pasang karpet, pasang internet. Asalnya ingin duduk bersama Kautsar, tapi redha je bila tak dapat. Semalam dapat call daripada Kak Atikah katanya akan duduk dirumah baru. Agak geram bila mendengarnya, tapi redha sahaja. Harap-harap semuanya kheir. Tahu, tugas unit penempatan bukan mudah. Mereka pun penat, pening kepala cari rumah untuk adik-adik baru. Biarkan sahaja........

Kuliah mula minggu lepas, selasa 18 september. Madah Madkhal Fiqh Islami oleh Dokter Firas. Masuk kelas hanya menenung mata dan muka dokter. Ada yang dapat tangkap, ada yang tidak. Ada yang buat-buat faham, andaian sendiri dan macam-macam.

Sebelum ke kelas, saya melalui kedai falafil. Pak Cik falafil tu senyum sambil sebut "tafadhal". Senyum bukan senyum biasa, senyum ketawa. Beberapa hari sebelum tu saya membeli sandawich falafil di kedainya. Saya tak faham apa yang dia cakap. Saya buat pesanan "biddi sandawich falafil" kemudian menghulurkan tangan yang penuh dengan duit syiling. Pak cik tu ambil duit 10 qirsh sebanyak 3 keping. Saya tak tahu nak kata apa, tergelak-gelak. Malu pun ada. Ini kali kedua membeli di kedai itu.

Kali pertama cuma beli falafil. Pesan di luar sahaja kepada penggoreng falafil. Dia tanya "gedeshh?". Saya tahu nak cakap apa, tapi tak tersebut. Tunjuk sahaja syiling nous di tangan. Dia tanya balik, "nouss??".

"Na3am.. na3am", tu je mampu terjawab.

Kali ketiga ke kedai tu, pesan benda lain, dapat sandawich falafil jugak. Malunya...... Itu yang pak cik falafil tu boleh kenal.

Pulang dari Jamiah, sesampai di Masjid Syuhada' saya terus berjalan menuju ke Bayt Zaifa. Dalam perjalanan terserempak dengan mama (tuan rumah bayt). Sahabat yang sama transit dengan saya bagi salam. Saya yang dibelakang bagi salam juga. Tiba-tiba mama nampak teruja. Dia datang dekat dengan saya, cakap sesuatu yang saya tak faham. Panjang juga syarahnya. Saya menganggukkan kepada sahaja. Sambil pegang tangan saya lagi, conteng-conteng dengan jarinya. Apa yang saya boleh agak, dia kata dia anggap saya macam anak dia sendiri, suruh saya duduk tetap di Bayt Zaifa. Sudah berapa kali dia cakap kepada Kak Zafira pasal penempatan saya disitu. Saya angguk sahaja kepala, "na3am.. na3am.. syukran.."

Dalam kelas, ada 2 akhowat arab berniqab. Kelas kedua semalam, dokter tak masuk. Madah U3lum Quran. Di papan tulis ada tertulis sesuatu. Pasal kitab dan imtihan. Saya dan Kautsar tak faham apa yang di tulis. Kemudian, minta dengan mereka kertas yang dah mereka tulis.

Tulisan sama je! Sin tak ada gigi.

Sebab tak faham, tanya lagi "Maza?". Dia sebut satu persatu apa yang dia tulis. Ada juga dia tulis dengan tulisan biasa, satu persatu. Alhamdulillah.

Sempat juga tanya nama.

"Masmuki?"

"Safiyyah"

"Sanah Ula?"

"Na'am, sanfur"

Pengalaman yang amat bermakna....

Saya berani buat walaupun tak reti dan tak faham..


Gedesh - Harga
Nous - 1/2 dinar - 50 qirsh (kalu ganu kite orang panggil samah)
Rubu3 - 1/4 dinar - 25 qirsh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...