klik!

Monday, July 16, 2012

Sehari yang memenatkan


Bismillahirahmanirrahim..






Ingat nak tulis post ni semalam, cerita apa yang terjadi semalam. Kalau tulis semalam, maknanya apa yang terjadi hari ini la. Kepenatan sampai tidak sempat membuat sebarang post. Kepala sakit, pening. Tapi online sempat. hehe. Abaikan sahaja.

Pagi, dalam kepala di set, "kelas pukul lapan.. kelas pukul lapan". Dengan segala kudrat yang ada, motosikal modenas CT tu dipecut laju. Dari rumah yang agak jauh dari unisza. Tapi boleh la tahan dekatnya nak banding tempat lain. Seperti yang diketahui, unisza di gong badak yang agak jauh untuk ke bandar. Sesampai di unisza, sempat lagi bancuh kopi radix sebagai alas perut. Tengok jam dah pukul 8, tepat! berjalan kaki ke kelas ambil masa dalam 5-8 minit. Moto saya parkir di kawasan asrama, khawarizmi.

Sesampai di fakulti, blok G. Bilik GC18. Tingkat 3, dengan kepenatan dan kelelahan membawa beg yang penuh dengan buku dan botol air berwarna hijau yang agak besar.

Sampai.

Kelas kosong.

Saya call Cheah, tak dapat. Call Balqis, dia kata tak ada kelas. Ya Allah! lupa! minggu lepas dah ganti kelas. Tanpa bersungut, saya melangkah kaki ke bilik Balqis. Malas balik bilik sendiri yang sedang black out. Ke blok Farabi. Berpeluh-peluh.

Baring dan terlelap atas katil Balqis.

Pukul 10, kelas Qiraah, Ustazah Nik Syidah. Kelas yang paling saya alergi. Kenapa? Sebab tak faham satu pun. Sejam berlalu begitu sahaja. Sekadar menhadirkan diri dan ambil apa yang difahami semata. Qiraah ni macam biasa, nama pun dah qiraah, ada la teks berperenggan untuk dicari makna dan faham. Kalau zaman sekolah dulu, ustazah bagi makna dari awal sampai akhir. Zaman Uni tak kan nak buat macam tu lagi. Memang lemah kalau bab ni.

Sejam kemudian,

Kelas Ustaz Daud, Qawaid- ponteng. Hehe. Pergi hantar kawan ke klinik unisza yang agak jauh kalau berjalan kaki. Kesian, sakit perut, termakan makanan basi. Saya dengan penuh ke prihatinan dan kemalasan (untuk ke kelas) hantar dengan keikhlasan (insya-Allah). Bukan tak suka Ustaz, bukan! Sejujurnya, kelas Qawaid lah yang paling saya minati sebelum kelas-kelas lain. Best belajar tatabahasa arab ni. Tapi takot kalau di soal Ustaz. (tak caye, tanya sejati b)

Pukul 12, Kawan balik bilik. Saya melepak di bangku menunggu kelas Ustaz Daud tamat. Sementara itu, baca buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin. Tergelak seorang diri baca bab10- Nak Juga Cakap Arab. Nanti saya ceritakan pasal buku ni di post lain.

Kelas tamat, saya ke bilik Cheah kerana malas ke bilik sendiri. Solat, makan, dan habiskan buku Rindu Bau Pohon Tin yang amat menyentuh perasaan. Kemudian....

Kelas Ustaz Hadi , Fiqh ibadah.

Tak pernah-pernah saya fokus sepanjang kelas ni, dari pada awal masuk unisza, sehingga hari itu (semalam). Tak percaya, dapat fokus dua jam! Sedangkan selama ini tak pernah fokus. Dengan bertanya soalan kepada ustaz tanpa segan dan silu (walaupun berdebar). Baru rasa yang, ruginyaaaaaaa dulu tak fokus.

Barang lepas jangan dikenang. (ayat penyedap hati)
Hakikatnya, yang lepas perlu di ulangkaji balik, bukan dibiar berlalu sahaja.

Pukul 5, solat asar di surau FKI kerana malas balik bilik. (sudah berapa kali malas balik bilik). Sebenarnya sebab black out. Tu yang terlampau malas. Dan takot nanti melencong ke lain, tertidur la apa la. Mak suruh balik cepat, sebab nak kena hantar dia pergi ambil barang daripada suplier.

Sesampai di rumah, pukul 6. Sempat melabuhkan punggung sebentar di sofa yang sudah kurang empuknya. kemudian, hantar mak ke Seberang Takir. Memang, masa tu mata tak boleh buka. Buka separuh je semasa memandu. (bayangkan sendiri bagaimana). Sampai di kedai, saya jatuhkan kusyen kereta, pejamkan mata. Mak masuk ke kedai orang berkenaan. Terlelap dalam kereta dalam 30 minit.

pukul 7.14, dalam perjalanan pulang ke rumah. Sempat bersembang dengan mak dalam kereta pasal Jordan.

Mak : Haritu ada cakap ngan ayah pasal Jordan. Ayah kata, kalu tak de duit kat sana macam mana. Mak jawab la, kan dia dah bagi tau haritu, takde duit bagi tau persatuan. Nanti ada la yang bantu. Pastu, ayah kata, pergi la Jordan, nampak bersungguh sangat. (yang sudah di translate)

Saya : Mengangguk sambil tergelak kecil. Mak, dalam buku ni cerita, (Rindu Bau Pohon Tin) Ulama Jordan wat fatwa haram gi Baitul Maqdis semata-mata nak gi melancong atau tengok-tengok. Kalau nak pergi, kena jihad. Satu lagi, kalau pergi kena bayar kepada israel duit berapa entah.

Mak : Eh.. Kekgi duk sana jangan memandai-mandai la nak gi jihad ke apa ke. Belajar je. Jangan hampakan mak ayah. Hantar jauh-jauh suruh belajar.

Saya : Gulp! Hor hor.. dop dop enh..

Aduh! Dah di beri warning. Mak saya tahu perangai saya yang main redah aje. Haritu sesat seorang sampai ke setiu. Dari manir ke kuala berang balik ikut setiu. Sendirian naik moto. Balik rumah, buat macam tak ada apa-apa. Dua minggu lepas tu, baru cerita apa yang jadi.

Masalah juga ada perangai macam ni. Orang boleh kata untung, sebab buat apa-apa tak jadi masalah. Tak berdebar, malu dan sebagainya. Tapi, saya takot! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tindakan... (fikir-fikirkan)

Sebelum tu dah terbaca kisah as-Syahid Abdullah Azzam. Teringin nak jadi seperti beliau. Pangkat phd, menjadi pensyarah buat sementara waktu. Kemudian ke medah jihad dan syahid. Seorang yang sangat meraikan pendapat isteri. Isterinya juga hebat. Meninggalkan saudara mara di Jordan mengikut ke mana sahaja suaminya pergi.

Bila fikir balik, tak apalah. Belajar dulu, yang lain tu fikirkan kemudian. Banyak benda saya buat adalah untuk buat mak ayah bangga. Dengan keadaan dan perangai saya yang main redah ni, mana ada kisah dengan pencapaian. Kelas ponteng, lepak sana sini, belajar entah ke mana. Tapi bila fikirkan mak ayah hantar ke sekolah suruh belajar. Hantar tuisyen (form 5 dulu). Tuisyen pun ponteng, aduh! Kelas pukul 8, pukul 10 baru masuk. Naik moto round bandar dulu. Habis spm, dapat result, baru cerita kepada mak apa yang saya buat dulu.

Farahiyah kena berubah!!

Banyak benda yang saya buat sambil lewa. Teruk teruk...

Teringat tulisan Ustaz Hasrizal, "saya tidak membenarkan diri saya menjadi biasa-biasa saja".

Bangkit kembali semangat, dan harapnya semangat ini berkekalan. Istikomah itu payah! Tapi bila dah dapat, manis!

Warning yang di beri mak itu, membuatkan hati ini tak keruan. Agak resah memikirkannya. Tak tahu kenapa, tapi.... inilah apa yang saya rasa.

Abaikan...
Saya abaikan sahaja perasaan itu...

Kembali seperti biasa, tapi bila fikirkan balik, perasaan itu kembali lagi.

Malamnya, hantar adik ke kelas malam. Mak ikut sekali singgah di rumah tok(nenek) di Kampung Kepong. Pukul 10 pulang dengan kepenatan yang amat.

Tidur di ruang tamu sendirian.

Hari ini (semalam) bukanlah hari yang paling memenatkan kerana masih ada hari yang lebih memenatkan dibanding hari ini. Teringat kembali tahun lepas, ke hulu ke hilir demi menggapai A... Dengan motosikal modenas CT TBB7644...

3 comments:

  1. jahatnye ponteng. Ust Daud tu. hihi

    ReplyDelete
  2. dh kenal dh asy-syahid abdullah azzam???ingat tau ust hasrizal je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru kenal... takpe, nanti nak gi masjid dia kat jordan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...