Bismillahirrahmanirrahim...
Dah lama nak buat post ni, tapi tak terbuat. Kalau disenaraikan alasannya, BANYAK! tapi tak ada satu pun yang relevan. Malas, lupa, tak ada masa (walaupun cuti 6 bulan). Bila dah busy ni, (konon) ada je yang berserabut. nak selit gak masa untuk tulis benda ni. Tak apa, asal bermanfaat.
Sesiapa yang tinggal di terengganu, mesti kenal dengan sabasun. Apa tu yer? haiwan? tumbuhan? nama orang? bukan! Pasaraya la. Apa yang menarik tentang sabasun ni adalah, Islamik! Kalau masuk je sabasun, lagu nasyid je yang di pasang. Alert dengan isu palestin. Banyak tabung-tabung untuk sumbangan dana ke palestin disediakan. Ada gambar-gambar saudara kita di Palestin yang terkorban di tampal. Info-info yang pelbagai tentang palestin juga ada!
Post ini bukanlah untuk mengampu sabasun supaya dapat barang bercuma. Bukan yer! Cuma sebagai perkongsian kepada rakan-rakan luar Terengganu yang bakal jadi warganegeri Terengganu atau yang singgah sebentar disini untuk menuntut ilmu. Daripada ke mydin, baik ke sabasun. Dulu, sebelum mydin dan giant wujud. Sabasun lah tempat tumpuan kita semua. Ingat lagi tak??? Semasa darjah 4, ke Kuantan, terpinga-pinga melihat giant yang sangat besar. Oh, Kunonya diri ini. Kadang-kadang ke'kuno'an menyelamatkan.
Rindu pula zaman sebelum 2004, walaupun masih kecil, suasana dulu tetap diingat.
gambar yang sempat di ambil semasa membeli belah sambil menderma di sabasun.
Semasa sekolah rendah dulu-dulu, ada cikgu cerita asal usul nama sabasun ni. Katanya, dulu sabasun kedai runcit sahaja. Selalu ada masalah. Tapi, pemilik sabasun ni sabar, sabar dan terus sabar. Sehingga Kedai runcit tu menjadi pasaraya. Jadi nama Sabasun tu adalah Sabor sungguh. Di gabungkan sekali menjadi sabasun. Kesohihanya wAllahua'lam. Cikgu Zawawi yang cerita ni.
Sabasun tak boleh boikot semua benda, contohnya milo (yang masih ada di sabasun walaupun saya tak jumpa). Tetapi, sebelah tanda harga barang yang perlu di boikot itu, sabasun ada tulis kenyataan bahawa barang itu perlu diboikot. Kalau fikir secara logiknya, insyaAllah bankrup la kalau buat macam ni. Jadi peniaga, tapi seolah-olah melarang pembeli membeli barang itu. Alhamdulillah, sampai sekarang maju je.
Ada terbaca kenyataan di dinding sabasun tu. Katanya, terima kasih kepada pelanggan yang memboikot barang-barang yahudi. Alhamdulillah, berkat sokongan pelanggan, pihak sabasun mampu memboikot sebilangan barang yang agak besar jumlahnya. Lebih kurang macam ni la ayat dia, dah lupa ayat betul.
Sebagai kesimpulannya, datang dan melaburlah duit anda disabasun. InsyaAllah setiap belian ada saham untuk akhirat. Kalau nak saham lebih, masukkan duit dalam tabung yang disediakan di kaunter. Pakat-pakat orang kite uboh blake...
No comments:
Post a Comment