klik!

Friday, May 25, 2012

Hak, Tanggungjawab




"Aku nak hak aku!"
"Kau tak laksana tanggungjawab"

Dialog biasa kita dengar. Semua memperjuangkan hak. Pemimpin memperjuangkan haknya untuk mendapatkan rakyat yang menyokongnya. Rakyat memperjuangkan hak untuk mendapatkan kesenangan daripada pemimpin. Ibu bapa inginkan haknya untuk mendapat anak yang baik. Anak memperjuangkan haknya untuk mendapatkan ibu bapa yang memahami. Suami memperjuangkan haknya, isteri memperjuangkan haknya. Guru dengan haknya, pelajar dengan haknya. HAK HAK HAK!! Tatkala sibuk berjuang dan terus berjuang untuk mendapatkan hak, kita lupa pada tanggungjawab. Benda yang lebih penting daripada kita memperjuangkan hak. Daripada menuntut hak yang belum pasti kita dapat, lebih baik kita bertanggungjawab melaksanakan peranan kita. Secara tak langsung, hak orang lain tertunai.

Faham? Begini, jika pemimpin bertanggungjawab, hak rakyat akan tertunai. Rakyat tidak akan meminta lagi haknya untuk dituntut. Begitu juga rakyat yang bertanggungjawab, hak pemimpin tertunai. Dan begitulah contoh seterusnya.

Daripada sibuk menunding jari, salahkan pihak itu, ini, lebih baik tunding jari ke batang hidung sendiri. "Aku nak hak aku, tapi hak orang aku tunai tak?", soal kepada diri sendiri.

Saya tak nak hurai pasal pemimpin dan rakyat, sebab tak banyak yang perlu dihurai. Selalu konteks hak dan tanggungjawab ini berkait rapat dengan rumah tangga. Percaya atau tidak, hampir kesemua kes penceraian berpunca daripada PERJUANGAN HAK yang tak sudah dengan PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB.

Ibu bapa, atau anak. Si ibu dan bapa penuduh si anak derhaka. Si anak juga menuduh ibu dan bapa derhaka. Habis? Di mana penghujungnya? Tidak akan berkesudahan. Apa kata, buat transformasi baru.

"Anak aku jadi macam tu sebab AKU tak didik dia betul betul"
"Mak ayah aku jadi macam tu sebab AKU tak reti hormat mereka"

Kenapa saya capitalkan AKU? supaya orang jelas. Menuduh diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang lain. Apabila salahkan diri sendiri, kita akan cari punca. Punca apa? Punca kita tak puas hati dengan orang lain. Dan semuan punca itu, kita cari dalam diri kita, bukan diri orang lain.

Apabila kita, bertanggungjawab, hak orang akan tertunai. Apabila orang bertanggungjawab, hak kita pula tertunai. Apabila semua bertanggungjawab, hak semua akan tertunai.

Mudah, Mudah. Yang mudah itu bicara, yang sulit itu melaksana.

Rumah tangga, suami isteri. Suami salahkan isteri, nusyuz! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Isteri pula salahkan suami, dayus! Tak laksana tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Penyudah akhirnya, CERAI.....

Kita ubah yer, bila suami perasan isteri dah makin cuai dalam melaksanakan tanggungjawab, cuba suami main peranan laksana tanggunjawab sebaiknya. Melaksanakan bukan untuk dibalas, tetapi lillah, kerana Allah. Hak isteri dah tertunai. Secara fitrahnya, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Dengan izin Allah, isteri juga akan berubah.

Suami, isteri. Takut juga cakap pasal ni, sebabnya terlalu berkontroversi. Maaf, ini sebagai contoh sahaja. Begitu juga yang lain, guru dan pelajar.

Kunci dalam menunaikan hak atau melaksanakan tanggungjawab adalah ikhlas. Apabila ikhlas, kita bahagia, bahagia melaksanakan walaupun tidak dibalas kerana tujuan kita LILLAH. Kerana Allah.......
Bagaimana pula hak Allah terhadap kita, hamba-Nya?? tepuk dada tanya iman, jawablah dengan jujur....

Kita berjaya dalam bercakap, tapi selalu gagal dalam melaksanakan... :(





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...