klik!

Monday, May 7, 2012

Masa dan Buku

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalau di kira, dihitung, sudah lebih lima bulan saya bercuti. Dirumah, dirumah dirumah. Agenda pelbagai diatur, tapi yang menjadi cuma sebahagian. Seperti mana post terdahulu, masa yang merugikan. Ahh.. mengeluh dibuatnya. Blog tidak terupdate, novel yang ingin dibuat baru bab empat (angan-angan). Dengan jemaah yang tidak berapa hidup. Halangan untuk keluar daripada rumah. Buku-buku yang tidak terbaca. Tidur yang melampaui batas seorang manusia biasa (human being). Mana hala tuju? Sebagai penyedap hati, bolehlah berkata "Atleast, ada pembaharuan yang berlaku. Sikit je la". Perubahan ke arah kebaikan itu sedikit, tapi ke arah keburukan itu banyak! Post untuk mengutuk diri sendiri? bukan. Saya percaya, ramai yang jadi begini bukan? Mencari jalan pulang. Seperti dulu, tinggal di asrama, jadual teratur. Pagi mengaji AlQuran, waktu dhuha, solat dhuha. Lepas Asar mathurat, antara maghrib dan isyak solat hajat, kuliah, tadzkirah dan sebagainya. Sebelum tidur, Al-Mulk dulu. Istiqamah di asrama, balik rumah, hancur!

 Kalau pembaca perasan, kebanyakan post saya, saya tulis dengan emosi. Jangan mempersoal, sebab saya sendiri tidak tahu kenapa. Yang pasti, saya amat meminati cara Ustaz Hasrizal (Aku Terima Nikahnya) menulis. Tidak terlalu lembut, agak sinis menegur, tetapi masih berhikmah. Sekarang bukan itu yang ingin dibicarakan. Keputusan UPU keluar esok, biarkan sahaja. Semua orang sibuk mecari hala tuju akan datang, sehingga lupa jalan pulang. Dimana kita yang dulu??? Majoriti pelajar lepasan spm yang bercuti jadualnya begini, bangun pagi, solat subuh, tidur, 10 pagi bangun makan, tv kejap, zohor mandi, makan, tv, online, asar, maghrib, isyak tidur. Sikit pun tak dapat faedah. Buntu untuk melakukan aktiviti, sedangkan banyak kerja yang ditangguh-tangguhkan. Pelik, tapi inilah orang cuti.... Semua, kawan-kawan! Mulai esok! Kita mula hidup baru! Bangun pagi, jangan tidur dah! baca Mathurat, paksa mata buka. Baca Kalamullah seperti di asrama dulu. Sebelum tidur, Al-Mulk. Isi waktu dengan benda-benda berilmiah. Membaca! Jangan asyik baca novel alaf 21 je, sekali sekala bacalah buku telaga biru, alhidayah (anda selangkah mendekati Allah~) 

Bercakap soal buku, saya nak cerita sesuatu. Semasa pesta buku yang lepas, dalam bukan 2 kalau tak silap (dah lama) bukan di PWTC, ti TTC, terengganu traide centre, saya dah menghabiskan duit gaji saya yang terakhir itu dengan membeli buku. Banyak! lebih rm200 juga. Bawak balik buku tu semua, sampul. Simpan atas rak. Cantik. Baru-baru ni pula, mak dapat baucer buku 1Malaysia. Mak suruh belanja. Lebih rm200 juga buku saya beli. Masa ni la nak beli buku berkulit tebal, mahal-mahal macam kitab tu. Belum sampul, sebab baru beli. letak atas katil, rak dah penuh. Cantik buku-buku tu.

Hobi beli buku, tapi nak baca, masya-Allah! Hanya Allah yang tahu berapa lama sebuah buku boleh dihabiskan. Sampai sekarang tak ada lagi buku yang dihabiskan. Satu Rasa Dua Hati-Pahrol Mohd Juoi separuh, Sebarkan Cinta-Mu~Fatimah Syarha separuh. yang lain belek-belek aje. Terukkan? Target kena habiskan sebelum bulan 9! Tapi ingat nak bawa satu atau dua buku ke sana. Syamail muhammadiyah, dan indahnya hidup bersyariat.

 Hindarilah aku daripada sifat malas, Ya Allah! amin. Azam baru, membaca tanpa henti. Membaca dan menulis, bukan menonton dan bercakap!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...