klik!

Thursday, April 19, 2012

Destinasiku

Bismillahirrahmanirrahim....




Ditempelak berkali-kali, hujah digali-gali dari minda yang terhad keterbatasannya demi menjawab tempelakan yang seremeh itu. Bosan, bosan. Orang mempersoal jalan yang saya pilih, mempersoal destinasi yang bakal saya jejaki demi masa depan saya. Memilih agama sebagai aliran, sebagai course untuk dipelajari, pelbagai masalah yang timbul.

Jalan dakwah itu payah, perjuangan itu sulit. Jika sepanjang perjalanan kita senang, pasti ada yang tidak kena dengan perjuangan kita. Sebenar-benar perjuangan adalah payah.

"Nanti nak kerja apa?"
"Kalau lelaki boleh la jadi imam negara, dah perempuan nak jadi apa?"
"orang belajar agama kebanyakannya duk rumah je, tak kerja kerja"
"Gaji sikit la nanti. Belajar jauh buat apa?"

Kata-kata pelemah. Kerja yang difikir, gaji yang dinilai. Belajar untuk kerja?? atau belajar untuk ilmu??

Kerja, setiap anak adam yang lahir, Allah dah tetapkan rezeki buatnya. Kerja kita, usaha! Biar apapun jalannya, jalan agama, jalan medik, dalan engineering. Semua itu USAHA. Untuk apa kita mempersoal jalan ke arah 'rezeki' itu? Saya pilih jalan ini kerana saya rasa saya tak mampu untuk ke jalan lain. Takut kalau-kalau jika memilih jalan lain, jalan ini (agama) terabai. Fokus kepada satu bidang sahaja. Saya tidak men'condemn' bagi yang memilih medik, engineering. Itu bidang mereka, dan ini bidang saya, AGAMA! belajarlah ni universiti mana-mana, jika bukan agama coursenya, selamat tinggal!

Sekarang tujuan saya ke Jordan, segala urusan untuk kesana sudah selesai, cuma menunggu surat jawapan daripada KPT. Alhamdulillah, Allah tutup jalan lain untuk saya, Allah buka jalan lain pula. Ke Jordan orang mempertikai juga. Belajar agama, nak kerja apa. Belajar agama gaji murah. Tak ramai ke orang yang belajar agama berjaya? berGAJI BESAR?? Hairan saya. Bukan niat saya belajar untuk berGAJI BESAR. Demi memuaskan hati sesetengah pihak, perlu juga rasanya memberi nama beberapa orang sebagai contoh. Salahkah saya memilih jalan ini? Tak pernah terfikir di akal pun soal gaji. Soal kerja pernah, USTAZAH. Cukuplah untuk saya.

Orang belajar agama kebanyakannya duduk rumah, tak kerja. Ayat menghukum. Dia pilih jalan untuk terus dirumah, bersama anak-anak. Tak nak kerja, maka itulah takdirnya. Kenapa kita, orang luar mempersoal jalan yang dia pilih? Dia suka begitu. Dia nak hidup sederhana. Tak nak jadi orang kaya. Nak belajar hidup susah. Kita orang luar sibuk aje. Orang yang miskin hartanya cepat dihisab di akhirat kelak. Allah maha adil. Di dunia dia takdirkan orang itu begitu, di akhirat lain pula. Bagi saya, jalan kepayahan itulah kemanisan. Mengajar kita erti kehidupan sebenar. Kalau setiap kali kita nak sesuatu, setiap kali itu juga kita dapat. Mana cabaran? Mana ujian? Dimana nilai kehidupan?

Teringat malam itu, terlalu rindukan bumi urdun sampai menangis! Teresak-esak seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Usaha untuk berfikir secara rasional. "Apa pun takdir-Nya, itu yang terbaik". Usaha juga memujuk emak ayah sehingga mereka membenar dalam keterpaksaan. Bila kita dah set dalam fikirkan kita, nak tu, nak ni, dan bila kita tak dapat, itu merupakan suatu kehilangan yang amat besar. Dah terbayang-bayang main salji di Jordan, tiba-tiba......

Budak Sheikh Malek, jadi la dokter ke, engineer ke, baru betul. Title sekolah terkenal menjadi penghalang. Dalam sebuah sekolah, setiap murid tak sama prestasinya. Ada yang minat sains, ada yang tak. Ada yang belajar agama sebagai keperluan, ada yang belajar kerana minat dan cinta. Jujur saya katakan dulu, saya ingin menjadi saintis. Sekarang jauhh tersasar daripada 'aim' lama. Itulah, rahmat Allah. Allah yang membolak balikkan hati saya sehingga memilih jalan ini. Bukan kolot, tapi inilah jalan saya. This is my way! Kalau dulu cintakan sains sampai cipta benda-benda mengarut, masa darjah enam. Sekarang? mencipta lagi, tapi tak semengarut dulu. Dulu lain, sekarang lain. Yang lepas, biarkan lepas. Lepas UPSR, nakk sangat ke sekolah sains. Sekolah agama ni pandang tepi je, tak berminat langsung. Tapi Allah takdirkan saya ke sini. Di sinilah saya belajar banyak benda. Teringat semasa interview untuk ke imtiaz, terasa bodoh. Kenapa saya lebih memilih MRSM daripada imtiaz yang muridnya semua menghafaz al-quran? Tak matang. Allah itu maha penyayang. Takdirkan saya bertemu SHAMS. Alhamdulillah.

Salahkan saya memilih jalan agama? Biarlah orang lain menjadi doktor, menjadi ahli perniagaan, menjadi jurutera, menjadi apa saja. Saya tetap saya, ingin menjadi murabbi agama. Itu cita-cita saya, itu impian saya. Mengajarlah dimana-mana, sekolah rendah, menengah, madrasah yang tidak di iktiraf sekalipun. Hatta sekadar mengajar dirumah, saya terima. Menjadi murabbi agama.

Rezeki itu ketentuan Allah. Janganlah kita mempersoal kenapa itu, kenapa ini. Inilah takdir Allah yang terbaik untuk kita. Tidak pula kita bersyukur. Masih ada insan yang nasibnya tidak sebaik kita.

Khulasoh, jangan mempersoal jalan sesiapapun. Biarlah mereka memilih jalan mereka sendiri, asal jalan yang dibenarkan syara'. Belajar kerana Allah, untuk mendapatkan ilmu, mencari reda Allah. Bukan belajar untuk kerja untuk gaji. Rezeki itu ketetapan Allah, Allah telah mentakdirkan itu, maka itulah untuk kita!

3 comments:

  1. na'am ukht..jalan dakwah itu payah, perjuangan itu sulit..teruskanlah thabat dalam berjuang..

    sungguh,biar hina di mata manusia,asal mulia pada pandangan Pencipta..barakaLlahufiik.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    teruskan perjuangan..
    ikhlaskan niat kerana Allah dan Allah akan membantu kita

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam.. insyaAllah.. :) ukhti2 sekalian juga.. sama2 tingkatkan martabat Islam.. fiddin.. :)
    biar apa pun ujiannya.. kita tempuh bersama!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...