klik!

Monday, March 26, 2012

Air Mataku Jatuh

Kekadang kita gembira,
Kekadang kita berduka,
Biar apapun alasannya,
Itu tetap satu rasa,

Detik ini air mata tumpah lagi,
ku renung langit,
Hitam kelat dek keheningan malam,
Sunyi sepi,
Ku rasa seolah alam ini bisu,

Tidak bersuara untuk menyatakan,
Hanya aku dan PENCIPTA,
Hatiku berbisik meluahkan,
Air mata ku juga,
Meluahkan dengan cara berbeza,

Kerana aku cinta,
Kerana aku sayang,
Ku luahan sedemikian rupa,
Ayah emak... i love u



Air mata itu tumpah lagi, satu ayat yang mungkin boleh disalah erti oleh sesiapa sahaja. Tumpah kerana?? berbagai-bagai tekaan, tebakan, minda mencipta pelbagai konklusi, pelbagai analogi. Tapi hakikatnya hanya Allah dan empunya hati yang tahu apa rasa itu, sakit, perit, pedih. Sayang, cinta, bila tak terluah sakit! Bila terluah tak dibalas pun sakit!

"Baik jangan menyintai!", kata-kata orang putus asa.

cinta itu hadiah daripada Allah, cinta itu ujian, cinta itu nikmat, cinta itu pengubat, cinta juga perosak, cinta itu racun, cinta itu penawar. Bergantung bagaimana kita menguruskan cinta, sejauhmana luahan rasa. Sejujur mana kita dalam mencari erti cinta.

Cinta sejati cinta hakiki cinta Ilahi. Cinta yang sejati, cinta yang tidak minta dibalas. Cinta yang benar-benar tulus, cinta yang memberi dan terus memberi. Tidak mengharapkan orang lain memberi. Seringkali cinta ini ditindas!

Erm, berfikir sejenak, saya sendiri tidak pasti kenapa saya menulis semua ini panjang dan lebar. Sedangkan tiada kaitan dengan keadaan saya sekarang, mungkin sedikit tak banyak. Rasa itu mendorong saya untuk menulis.

Entah kenapa malam ini terasa sayu, terasa seolah-olah jauh.............. Jauh dari tempat yang tersangat saya rindu. Dimana? saya sendiri tidak tahu.
Kaki yang berpijak di bumi nyata seakan-akan ingin melangkah jauh di dunia yang jauh. Jauh dan jauh, tempat yang teramat saya rindui. Detik itu juga air mata menitis, sambil hati berteriak, "Aku sayang merekaaa!!!!!!!!!". Baru saya sedar saya amat menyintai ayah dan emak. Sendiri buntu perasaan itu hadir tiba-tiba. Hanya doa dapat dipanjatkan buat yang Esa, meminta belas dan kasih-nya memelihara kedua orang tua saya.

AKU MENYINTAIMU BUNDA,
AKU MENYINTAIMU AYAH,
MAAFKAN ANAKMU,
RESTUI AKU,
SELAMA AKU BERNAFAS,
TIDAK PERNAH KURASA SEPERTI INI,
RASA YANG TERLALU HALUS,
AKU MENYINTAIMU.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...