klik!

Wednesday, August 8, 2012

Illaliqa' uniSZA



Bismillahirrahmanirrahim..
(Gambar orientasi first intake dalam dewan)

Lebih kurang 2 bulan berada disini. Dengan keterpaksaan, tetapi seronok! Tanpa putus harapan untuk ke bumi urdun. Alhamdulillah, disini saya sekarang. Segala urusan keluar daripada uniSZA sudah siap. Tinggal kurang sebulan lagi di Malaysia. Hikmah baru kelihatan hari ini, sedangkan dulu saya membentak, marah, menangis, mempersoal. Belum nampak apa yang bakal terjadi. Ayah membenarkan saya pergi, tapi masih dalam keterpaksaan sepertimana saya ke uniSZA. Bezanya, saya ke uniSZA dengan zahirnya air mata, tetapi ayah tidak. Mungkin air mata dalam hatinya. Saya tak tahu. Apa yang terjadi ada hikmahnya, walaupun pahit terasa pada awalnya, akhirnya tetap bergembira. Dengan hikmah dan rahmat. Saya tersenyum, mengingat kembali peristiwa dua bulan di uniSZA. Rindu juga, cuma tidak serindu saya kepada Jordan. Tapi, mungkin suatu hari nanti saya akan merindui uniSZA sebagaimana saya merindui SHAMS (sekolah lama), tetapi mana mungkin. 5 Tahun dan 2 Bulan, 2 tempoh yang jauh bezanya, amat jauh! Ah, biarkan seketika kerinduan-kerinduan itu.

UKHUWAH BARU

Seminggu orientasi di uniSZA untuk first intake. Seminggu itu juga saya cuba menerima hakikat yang saya di uniSZA dan tidak mustahil untuk di situ sehingga diploma. Minggu pertama itu terasa sedikit sunyi, tidak banyak sifat-sifat yang memang wujud dalam diri saya zahirkan. Semuanya terkunci rapi. Kesibukan dalam orientasi tidak menyempatkan saya untuk kenal ramai orang. Roomate sendiri, Izzati selalu bersama semasa orientasi (sebab tag sama warna), tetapi selalu juga terpecah. Orientasi sekadar menegur sesiapa yang berada disebelah semasa dalam dewan. Lupa nama, ingat rupa. Teringat semasa berada disebelah bekas daripada sekolah al-falah. Mereka terlalu mengagumi kami yang dari SHAMS. Pelik. Sedangkan apa yang saya lihat, mereka jauh lebih hebat. Minggu itu, sibuk bersms dengan Fatin Nabilah Khairuddin. Hajatnya nak jumpa. Dalam dewan itu, dia nampak saya, tetapi saya tak nampak dia. Saya melambai-lambai sahaja tanpa tahu siapa dia dan siapa yang terima lambaian saya. Lucu.

Ma Fatin saya kenal semasa orientasi. Sama jabatan, lain course. Lembut orangnya, saya segan. Mungkin sebab Balqis (kawan sekolahnya dulu) satu course dengan saya, jadi saya ingat Ma sampai hari ini. Ukhuwah semasa orientasi yang kekal tak banyak melainkan yang sama course. Teringat pula Azian. Orang Sungai Besar. Pernah duduk di sebelah dia semasa orientasi. Tertarik untuk menegur, bercakap-cakap. Tetapi dia seolah-olah tidak berminat. Masa tegur tu, sekadar tahu yang dia orang Selangor, dan sama course. Kemudian dia buat hal dia, main telefon samsungnya.

Yang tak boleh lupa, Mira dan Yan. Bertegur sapa dalam masjid. Waktu antara maghrib dan isyak dimanfaatkan sepenuhnya untuk bercakap. Pelbagai perkara yang dipersembangkan. Bayangkan hari pertama jumpa sudah ber'aku' 'kau'. Malam tu saya tak bawa handphone, jadi tak minta nombor phone mereka. Ukhuwah malam itu berlalu begitu sahaja. Mereka meninggalkan saya semasa saya mengemas baju sembahnyang.

Hari ke dua, saya sendirian berjalan melayan perasaan. Masih dalam orientasi, pagi ada riadah. Tiba-tiba ada yang menegur. Yan dan Mira!! Masa tu gembira sangat. Kemudian bertukar-tukar nombor, nombor bilik. Tak sangka se blok asrama. Mula detik itulah, kami bersama-sama sepanjang orientasi. Dalam dewan duduk sebelah menyebelah. Sampai berdebar masa masuk dewan takut terpecah. (Dipecahkan oleh abang-akak PM)

Orientasi berlalu, ukhuwah saya, Yan dan Mira tak terhenti takat itu. Selalu saya ke bilik mereka, melepak. Kadang-kadang rajin juga budak Mira ke bilik saya. Seperti biasa, kalau saya tiada di bilik, maknanya saya dirumah. Seronok, pergi hock key seng gong badak, beli barang macam-macam. Masak pakai periuk nasi, pergi tambah topup Yan. Enjoy sahaja disini....

SEJATI

Bukan sejati biasa-biasa maksudnya. Sejarah Tamadun Islam, bidang saya dapat hasil daripada mengisi UPU. Mula-mula dapat tahu ni, sepupu telefon, minta nombor kad pengenalan. Katanya nak check. Tak sabar-sabar dia nak tahu. Saya pula masa tu sedang mengajar fardhu ain, ganti mak. Allah, masih segar diingatan semua itu. Cuti yang sangat membazir masa. Lepas dapat tahu tu, lagi la rasa tak nak pergi. Unisza je pun, dekat sangat. Jadi saya mendiamkan diri. Mak ayah kedua-duanya tidak tahu. Sepertimana yang saya ceritakan di post sebelum ini. Kalau dapat UIA ke, USIM ke mungkin dipertimbangkan lagi untuk belajar di Malaysia seperti Samihah.

Kalau boleh, dalam post ni nak cerita panjang-panjang. Segala-galanya tentang Unisza!!

Pasal sejati, sejarah tamadun islam. Satu jabatan dengan BAHTERA, bahasa arab dan kesusasteraan. Mula-mula masuk kelas, bersama Ketua Jabatan. Suka dengar dia cakap, hati mula terpaut untuk stay sini. Tapi tak lama, dalam dua tiga hari sahaja. Aimnya nak masuk kelas hafaz Al-Quran, tapi terpaksa korbankan. Demi sejatian lain. Iman pun sama, korbankan juga. Balqis ada pergi interview, tapi tak dapat. Masa interview tu saya di pulau kapas, brainstroming Ameerah Negeri. Bukan rezeki, ikhlaskan sahaja.

Sejati terbahagi kepada dua kelas, a dan b. Saya dikelas b. 20 orang sekelas, tak ramai! Mungkin ini yang menjadikan kami rapat antara satu sama lain. Kalau nak sebut satu-satu nama sejatian, makan masa. Untuk kelas b sahaja saya sebut ya, kelas a jangan kecil hati. Saya tetap ingat.


Saf depan, selalunya... Fatin, Syaza, Bella, Nani, Linda, Juaini, Saf kedua... Anati, Atiqah, Aqila, Azian, Hijjah, Faezah, Solehah, Umirah, Balqis, Cheah, Saya.

Tapi selalu juga duduk di saf ketiga. Bagi peluang orang lain untuk menuntut ilmu. (alasan takmo duk depan)

Minggu pertama bersama mereka, saya bersama, Cheah, Balqis, Umirah, Azian, dan Ida (sejati a). Disebabkan Ida lain kelas, kami berpecah. Azian pula selalu rapat dengan Solehah dan Faezah. Tapi kami selalu pergi kelas sama-sama. Tunggu di blok Farabi (blok asrama lama). Saya pula, selalu ponteng kelas dan pergi lambat. Jadi selalu la juga tidak bersama mereka dalam perjalanan ke kelas tu.

Rindunya nak ke kelas, jumpa Ustazah Norazan, Ustaz Daud, Ustazah Nik, Ustazah Sakinah, Sir Hensem Bin cute, Encik Sufian, Cik Dalila, Ustaz Hadi, Ustaz Azizi. Berasa juga kehidupan di kampus dalam malaysia.

JAWATAN

Kalau ada yang ingat la kan, saya memegang jawatan sebagai biro kebajikan dan kesenian. Erm, dah lupa yang penuhnya. Lebih kurang macam tu la. Pernah meeting, yang agak menakutkan biro-biro yang sekali dengan saya tu sem3 lelaki. Bincang punya bincang, tak tahu apa yang dibincangkan. Akhirnya, keluar dari perbincangan, join perbincangan orang lain.

Entah macam mana boleh tercalon. Semasa permilihan tu (undi) saya tidur dalam bilik, tak pergi perjumpaan. Nama tercalon juga (yang banyak undian). Yang paling ingat ada sahabat hantar mesej kata ada perjumpaan. Saya balas. "Jangan ganggu beta, beta mengantuk. Beta murka!"

Tahap kemalasan yang amat, tapi takpe la. Itu namanya pengalaman. Maaf kepada akak-akak dan abang-abang kalau saya tak bagi komitmen yang sepatutnya. Bila amanah dah diberi, sepatutnya saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Apakan daya, kadang-kadang kita tak mampu. Semasa Family Day, saya terpaksa balik rumah. Mak suruh balik. Cemburu tengok gambar-gambar kalian.

KAFE

Kafe halimah selalu di kunjungi, nak pegi kafe baru jauh nuuunn disana. Kadang-kadang ke pok hase kelate. Kafe-kafe ni lah yang menyebabkan berat naik. Bulan pertama tu joli sakan duit. Tak ada duit, cocoh je kad. Sehinggalah duit tinggal seribu. Nekad tak mahu keluarkan lagi. Simpan duit untuk ke jordan. Bermula hari itu, minta duit dengan mak. Pandai pula berjimat apabila tak ada duit.

Kafe pok hase kelate sudah ditukar kepada kafe ibnu sina. Pernah beli makanan semasa bulan puasa disana. Itu pun dua kali je. Memang sedap! Di sana masak apabila di order sahaja. Kalau kafe halimah masak banyak-banyak.

BLOK K

Asrama blok k, tempat yang sering saya kunjungi. Kalau tiada di blok KW(khawarizmi) boleh la cari di blok k. Housemate di sana seorang sahaja yang bukan Terengganu, dari Melaka. Tetap ramah dan rapat. Saya memang selalu dialu-alukan ke sana. Apabila lama tak datang, adalah yang bertanya dimana saya.

Kenapa saya ke sini? Sebab sahabat sekolah menengah ada disini. Al-khautsar dan Hanisah. Nisah classmate semasa form4 dan form5. Semasa form5, tempat duduk dia disebelah saya sahaja. Daripada pendiam dan pemalu, tiba-tiba jadi peramah sikit. Kawan sekolah rendah dia ada tegur perubahannya. Saya menjawab sebab kawan dengan saya dia jadi macam tu. Nisah mengiyakan sahaja. Rindu zaman sekolah dulu.

Al-Khautsar pula jadi rapat lepas urusan ke Jordan di buat bersama. Sebelum tu tak pernah rapat. Kenal tu kenal, boleh la jadi geng. Tapi tak serapat sekarang. Apabila dia masuk unisza, lagi la rapat. Kadang-kadang luangkan masa di kafe bersama. Rindunya!

ROOMATE

Ingin sekali mohon maaf dengan roomate sebab selalu tiada di bilik. Selalu roomate tinggal sendirian, tidur bertemankan katil yang kosong. Berbuka sendirian, sahur sendiri. Allah, kesiannya. Terima kasih sebab sudi jadi roomate saya yang baik. Walaupun kita tak rapat sangat, mungkin tak sempat menjadi rapat. Jadikan penyapu tu kenangan, hehe. Saya selalu balik rumah, tidur blok k la. Tak pernah lagi tidur bilik Mira atau Yan tau. Mesti roomate ingat saya disana. Sepanjang menjadi ahli Blok Khawarizmi, tak sempat saya beramah mesra dengan jiran-jiran sebelah, depan. Ada yang kelantan. Yang depan tu Terengganu Kedah. Sebelah Pahang Terengganu. Sempat kenal yang sebelah tu semasa orang lain dah nak kursus btn. Kiranya lambat sangat la kenal. Teruknya rasa. Waktu solat zohor ke blok Farabi bilik 308, bilik cheah dan farahin(kawan sekolah menengah). Kalau ke bilik sendiri (Khawarizmi 307) alamatnya tak ke kelas la, tertidur.

Roomate orang Terengganu juga, tapi tak ada kenaikan untuk balik macam saya. Balik pun naik bas. Huhu, Izzati, mitop maaf neh... cian ke awk duk sorang la skarang ni..

Banyak benda lagi yang ingin diceritakan, cuma masa tidak mengizinkan. Gambar-gambar insyaAllah akan diupload lain kali.. :)

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...