Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni rasa nak post sesuatu je.. walaupun mesejnya kurang, harap pembaca cuba cari mesej tersirat disebalik ni(ada ke?)
Lepas waktu rehat, sepatutnya Bahasa Arab, dah tahu pun Ustazah Che Hamidah tak ada di sekolah, jadi penulis lengah-lengahkan rehat. Tak sangka Cikgu Loh (Lah@Abdullah) masuk buat latihan add math. Tengah-tengah Cikgu Loh tulis, kepala tiba-tiba je sakit. Cuba faham apa yang Cikgu Loh tulis, tapi tak faham jugak. Orang ganu kata "pahceroh dop pahang". Sakit kepala makin menjadi-jadi, rasa macam nak hantuk je kepala di dinding. Ya Rabbi.. hanya Engkau yang tahu saat itu. Masa Bahasa Inggeris pula, masuk bilik Sal. Aircond yang diharapkan tidak sekuat mana. Dengan panas, sakit kepala tak hilang-hilang jugak. Lepas waktu solat ada ceramah medik disampaikan oleh orang KL, dari Bangi. Tiba-tiba teringat Syahirah. Sakit kepala tak juga hilang, tahan je. Masuk angin agaknya. Kadang-kadang terfikir, "ada darah tinggi ke?". Sebab haritu pernah check, tapi tak nak percaya. Check pun bukan dengan dokter, jadi tak nak percaya sangat. Sakit ke tak sama je.
Nak balik pun satu hal, tunggang motosikal. Tahan dan tahan je. Sesampai dirumah, terus baring atas sofa. Tidur. Waktu maghrib bangun, mandi. Kot-kot boleh hilang. Alhamdulillah.. lega sikit. Lepas minum air suam dengan kopi radix, makin lega. Alhamdulilah. Kalau tak memang tak boleh menaip macam sekarang.
Bila dah jadi macam ni, baru sedar nikmat sihat yang Allah beri. Allah beri kita kesihatan, supaya kita beribadah kepadaNYA. Tapi kita lupa, lepas sihat yang Allah bagi, kita nak keselesaan. Nak solat dalam bilik ada aircond, baru khusyuk. Sedangkan khusyuk itu terletaknya di akal dan hati. Kalau hati kita inginkan kekusyukan dan akal kita tidak memikirkan perkara yang menghalang kekusyukan itu, maka hadirlah rasa khusyuk yang diharapkan. Bercakap memang senang, perlaksanaannya?? Tipulah kalau penulis cakap, setiap kali solat penulis khusyuk.. Bohong la! Segala yang penulis tulis disini pun, untuk menegur diri sendiri, sebagai motivasi untuk diri juga. Nak baca buku motivasi malas, nak jumpa kaunselor malu, jadi.. motivasikan diri sendiri.
Firman Allah "Tidak Aku ciptakan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepadaKu"..
lupakah kita pada firman ini? biasalah, manusia mudah lupa. Root word dari perkataan insan bermaksud lupa. Dah Allah jadikan kita ni mudah lupa, redho je la. Redho pun redho, usaha juga perlu. Usaha untuk mengingatkan orang lain supaya mengingatkan kita. Untuk apa? supaya tak lupa lagi. Yang lepas jadikan pengalaman. Pengalaman mengajar kita supaya lebih matang dan lebih pandai untuk membuat keputusan. Jangan pengalaman pahit yang sepatutnya jadi pengajaran, kita ulangi lagi. Belajarlah dari situ, Allah mentakdirkan sesuatu bukan untuk kita kesali, tapi untuk kita cari hikmah disebalik itu.
Penulis paling tak suka bila orang sebut "menyesal aku buat tu.. buat ni". Untuk apa menyesal? daripada menyesal, lebih baik cari jalan penyelesaian. Positifkan diri! Pandang ke depan! Maju dan terus maju! bukan undur kebelakang, menyalahkan diri sendiri dan takdir.
Sakit itu kafarah dosa, adakah perlu rungutan semasa sakit? Apabila orang sakit, kita akan dengar orang menyebut "Aduh sakitnyeeee.." (termasuk diri sendiri) ada ke manusia yang boleh lari dari menyebut "Aduh" bila sakit? wAllaua'lam...Itu boleh tahan lagi, kalau "Aduh sakitnya, kenapa Allah tak matikan saja aku?". Astaghfirullah! mengucaplah! Untuk apa ucap kata-kata seperti itu? hanya menambah murka Allah. Berapa kerat je yang mampu menyebut "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun". daripada Allah aku datang, dan kepadaNYA aku kembali. Kenapa tak mampu sebut? sebab dah sakit sangat, mulut sibuk mengaduh. Tak apa, sakit kali ni mengaduh, sakit lain kali insyaAllah, mampu sebut kalimah itu.
Orang yang sakit adalah orang yang terpilih. Pernah terfikir tak? Mesti pernah kan? Cuba diamati dan dihayati dan difikiri. Allah memilih kita untuk dihapukan dosa. Untungkan? Allah masih memandang kita sebagai hambaNYA. Firman Allah dalam surah Al-ankabut
“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.
Agak-agak beruntung tak kita(orang yang sakit)? Kita baru diuji sikit, dah nak mengaduh. Umat terdahulu lagi parah. Umat sekarang pun, saudara kita di Palestin. Bagaimana mereka diuji? Hilang tempat tinggal, hilang harta, hilang keluarga, akhirnya hilang nyawa. Itu yang mereka harapkan SYAHID FI SABILLILLAH. Tujuan utama mereka hidup di dunia. Tiada lagi yang mereka harapkan selain syahid, selain berjuang menyelamatkan masjidil aqso. Tapi kita? Baru sakit kepala, dah merungut.Sekarang sibuk bina masjid, masjid kristal la, replika masjid la. Kiblat pertama tak selamat lagi. Tak jadi salah banyakkan rumah Allah, tapi agak-agaklah. Masjid Kristal tu, buat di pulau, siapa je yang ada? Nak solat Jumaat pun tak boleh. Baik guna duit tu derma untuk Palestin.
Kadang-kadang kita sibuk mendoakan diri sendiri, sehingga lupa untuk mendoakan saudara kita. Mak ayah, memang kita doakan, sahabat. Tapi saudara kita di Palestin yang berjuang mati-matian memperjuangkan Islam? Apa kita bagi untuk mereka? Derma? Kalau kedekut tahi hidung masin tu, tak payah nak sebut derma la. Qunut nazilah, berapa kali kita amal? (Pesanan untuk diri sendiri) Mereka tak harap apa pun, selain doa dan doa. Tak terasa ke kita? Kita orang Islam, tapi biarkan sebilangan kecil je yang memperjuangkan Islam. Kita berfoya-foya, bermain-main lagi. Yahudi kalau diikutkan, bilangan paling sedikit di muka bumi ini. Tapi mereka berjaya. Kita je kena tipu, diperdaya oleh mereka. Kesian.. Kesian..
Entri kali ni pasal sakit, hurai punya la panjang sampai ke Palestin. Setakat ini sahaja entri kali ini, andai ada kata yang mengguris hati, mencalar perasaan. Maafkan penulis. Ana asif. :) WAllaua'lam....
No comments:
Post a Comment