klik!

Sunday, July 31, 2011

On The Way Balik Umah


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..

Penulis nak cerita sikit peristiwa yang terjadi semasa on the way balik rumah dari sekolah hari ni. Punya la semangat nak cerita, baju sekolah pun tak salin lagi ni.

Ceritanya begini, angin bertiup kencang, jilbab sekolah berkibaran, motosikal yang dipandu memecut laju, tapi tak ada la laju sangat, cuma 120 km sejam. Kemudian penulis terlihat satu motosikal ni, pemboncengnya perempuan, di depannya lelaki. Nak kata couple, macam tak logik je sebab si lelaki ni berpakaian sopan(nampak matang la), si perempuan pulak pakai blause singkat yang membentuk tubuh.

Penulis yang duk kat belakang motosikal tu, terpandangla si pembonceng ni dari belakang. MasyaAllah! nampak... nampak underware warna pink. (Maaf, bukan niat mengutuk, hari ni nak happy). Pastu lampu hijau bertukar kuning, kuning bertukar merah. Kami berhenti di simpang 4 kampung durian burung, simpang yang menjadi tumpuan mat-mat rempit semasa hari sabtu petang.

Baju perempuan tu masih terselak, nak biarkan tak sampai hati, ramai penunggang lelaki ada di belakang. Ya Rabbi! rasa bersalah! Perempuan ni pandang sebelah kanan, penulis duk sebelah kiri. Jadi penulis tunggu je perempuan ni palingkan muka dia ke arah penulis. Akhirnya! kepalanya di pusing ke kiri.

"Kak, nampok belakang", dengan senyuman sambik mengangguk penulis berkata. Fuhh lega, benda benar telah disampaikan. Bukan senang tau! Kakak tu menganggukkan kepala je. Penulis fikir masa tu, ikut la dia nak dengar ke tak, yang penting dah sampaikan. Kesian la tengok, mungkin dia tak nak dedahkan, tapi terdedah. (Husnuzhon)

Lampu hijau menyala, Motosikal dipecut laju (tak laju pun) meninggalkan pembonceng yang ditegur tadi. Sedang leka fikiran berkhayal, tiba-tiba ada motosikal memotong. (ye la moto kite modenas CT je {moto baru}, tak boleh lawan LC, redho je la). Ya Rabbi!! Pembonceng yang ditergur tadi. Penulis nampak, dia pegang hujung baju dia, sebab tak nak bagi nampak. Ya Allah! Gembira tak terkata. Perasaaan seseorang yang tegurannya di terima, apatah lagi diterima oleh senior-senior. Semoga iman si pembonceng tadi bertambah dari hari ke hari.. ameen..

Biasanya kan, kalau penulis nampak perempuan sexy yang membonceng dengan lelaki yang nampak macam couple, penulis cuma hon jep. Potong moto tu, pastu hon. Kalau petang sabtu, memang banyak. Hon je mat-mat rempit. Memang la dakwah tak tercapai (kot) tapi sekurang-kurangnya mereka berfikir, apa salah aku? nape dia hon? harap-harap camtu la.

Pastu pernah haritu nampak perempuan yang pakai tudung, tapi nampak rambut. Pastu penulis potong moto dia, sound dia "Napok rambut ow!!" dia dengar ke tak, waAllaua'lam. Suka hati je penulis ni kan? Berdakwah tak kena cara. Bukan apa, dah lama tersiksa, penat sangat tengok. Nak lembut-lembut tak ada masa. Tengah bawak moto, takkan la nak pergi bersyarah dulu. Tu je la yang mampu penulis buat. Di samping itu, jangan lupa doa, semoga mereka diberi hidayah oleh Allah... ameen...

Teringat pula cerita sahabaat pasal Ustaz Mustaffa Kamal, seorang pemilik pondok yang terkenal. Kalau di tempat dia(kampung dia) orang membonceng (couple), dia terus cubit. Siap tanya lagi "nikoh dop agi nim?". Hebat kan? Lelaki kalau tak guna kuasa untuk dakwah, rugi sangat la. Lelaki ni kan, aura dia lain tau. Nak, nak kalau yang berkopiah, yang berserban apatah lagi. Lalu je kat orang couple, mesti orang tu segan. Perempuan ni berjilbab labuh ke, berpurdah sekalipun, tak mampu nak buat sampai pasangan couple tu jadi segan.

Lelaki di luar sana, hargailah diri anda kerana anda bernama lelaki. Jangan bazirkan jantina anda (aiseyh! pelik je) Guna untuk dakwah, sebarkan agama. Kami perempuan ni, apa la sangat yang mampu.. So, pleaseeeee.... gunakan sebaik-baiknya kuasa yang ada, bukan untuk menindas, tetapi untuk berdakwah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...