klik!

Monday, August 1, 2011

Puasa


Dengan nama Allah yang Maha Pemberi kurnia...


Alhamdulillah.. Dah sempurna satu hari berpuasa, ada 29 hari lagi insyaAllah. Hari ni berbuka dengan kurma 2 biji, air suam, roti john yang di kerat-kerat 2 potong, karipap, kuih kuning.. tak tahu nama apa (kuih bersih kot). Macam banyak je bila senarai. Nasi penulis ingat tak nak sentuh sepanjang bulan puasa ni. Mula-mula ingat nak makan kurma dengan air suam je, tapi entah kenapa, nafsu ni rasa nak makan benda-benda lain tu. (haiih nafsu, kalaulah aku boleh bunuh kau)

Rasulullah berbuka dengan buah tamar je, jadi penulis nak usaha jugak biar jadi macam Rasulullah. Doa-doakan yek, mudah-mudahan berhasil. Ameen. Cuba bayangkan ni ramadhan terakhir untuk kira, rugi rasanya kalau tak hidupkan sunnah rasulullah. Bulan yang mulia penuh berkat ini, usaha untuk perbanyak sunnah, perbanyak ibadah. Semoga amalam-amalan kita diangkat oleh Allah S.W.T.

Jadikan puasa kita ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari semata-mata, selepas terbenam tak payah tahan ke? Maksudnya jangan makan lebih-lebih sehingga kenyang. Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dah sendawa sekali tu, cukup-cukup la makannya. Amalkan sunnah semasa makan, cara nabi duduk. makan guna 3 jari. jilat jari lepas makan. Maaf, hujung jari sahaja yek. Jangan djolok sampai ke halkum pula, kang termuntah, sape nak jawab?

Mentang-mentang masa siang tahan lapar, dah berbuka, berbuka sakan. Makan tu makan ni, sampai lupa dunia. Ya Rabbi! Semoga dijauhkan. Bersederhanalah dalam segala-galanya. Kesederhanaan ni la yang akan membuahkan kebahagiaan. Kalau tak percaya, cubalah! Rasa redho je dengan segala-galanya. Ada makanan kita makan, tak ada kita makan yang ada. Tak ada jugak. telan air liur sudah. (ni bab makan). Didik supaya dalam diri kita ada sikap qanaah, zuhud. Siapa tak nak jadi orang zuhud?

Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "
Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

semoga kisah ini jadi renungan buat kita. Semoga dapat kita kawal nafsu makan (pesan buat diri sendiri jugak yang selalu alpa) bukan nafsu makan sahaja, nafsu-nafsu lain pun, insyaAllah. Syaitan sudah dibelenggu, musuh yang ada cuma nafsu. Nafsu jika didik dengan tarbiah, akan membentuk muslim yang bertaqwa.

Nafsu malas yang selalu menjahanamkan manusia pun perlu ditunduk. Aiseyh! malas belajow.. malas belajow... pergi skolah tidor, balik rumah online. ish ish ish. Harap-harap bulan ramadhan ni dapat mengubah diriku yang selalu leka, alpa, malas, lalai dan yang sama waktu dengannya. Jadi sahabati! Ayuh la para mujahid! ayuhlah para mujahidah! Kita berjihad! Walaupun bukan di palestin, Jihad perangi nafsu sebesar-besar jihad. Semoga denga jihad ini, kita syahid! (boleh ke syahid? herm...) Jangan menyerah kalah sudah..

ok la, dah nak pergi terawih ni, Assalamualaikumwarohmatullah.... Bergembiralah di bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan rahmat dan bulan utama. Bulan yang mana terdapatnya malam melebihi seribu bulan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...