klik!

Tuesday, August 2, 2011

Muda kita kemana?




Bismillahirrahmanirrahim..



Post kali ni dimulakan dengan firman Allah surah Al- Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud...

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Mujadalah 11)

Cuba hayati makna perkataan yang di bold. Fikir fikir. Ok, dah! Penulis ada satu cerita nak kongsi. Petang tadi, sebelum asar, adik angkat penulis call. Dia cakap, ada sheikh datang di sekolah dia, sheikh tu dari syria. (aiseyh, syria yang nostalgia) Pastu, adik penulis cakap, sheikh ni, umur dia 19 tahun baru. Sekarang bergilir-gilir jadi imam di masjid-masjid. Malam ni jadi imam di seberang takir (kampung haz). Kagum penulis bila di sebut umur dia, 19 tahun! Beza 2 tahun je, dah la hensem (adik angkat penulis cakap). Nama tak sempat tanya.19 tahun. Masa muda dia di habiskan dengan benda yang berfaedah. Belum sampai 20, dah boleh digelar ulama'.

Masa muda kita, cuba tepuk dada tanya iman, apa yang kita isi sekarang?? Yang sudah tidak muda lagi, tepuk dada tanya iman, dulu apa yang dibuat, masa muda-muda? Berfoya-foya dengan perempuan?? mengorat? bercinta?? bermain?? lagi parah kalau bermaksiat! Nauzubillah! Ini yang akan kita jawab depan Allah di akhirat kelak?

Masa yang kita ada ni rugi kalau kita tak salurkan ke arah kebaikan. Hidup kita di dunia ini, kejap je, tak lama. Nanti di akhirat kita hidup kekal selama-lama-lama-lamanya. Berkorban sikit untuk agama, apa la sangat nak dibandingkan nikmat yang Allah kurniakan. Menuntut ilmu itu wajib, dan dikira jihad. SubhanAllah, budak sekolah sedang berjihad!

Belajar, belajar, belajar.. ada yang bercita-cita nak jadi doktor, ada yang nak jadi arkitek, ada yang nak jadi peniaga. Terserah cita-cita apa, yang penting jangan lupa syariat yang Allah tetapkan. Sesiapa yang nak jadi doktor, penulis sarankan baca buku 'denyut kasih medik' hasil karya Dr Farhan Hadi. Bagus buku tu, berkerja sebagai doktor, pada masa yang sama menjadi daie. Hebat! Digandingkan pula dengan isteri tercinta yang mantop dari segi penulisan. Fatimah Syarha, nama yang ungul dikalangan para peminat buku. Seorang pensyarah, pada masa yang sama turut menjadi daie. Ya Rabbi! Hebat hamba-hambaMu ini! Kelantani wa Terengganui.. Bertemunya mereka tidak diduga. Membina cinta halal yang bahagia. Aduh! kembali kepada topik.

Menuntut ilmu, Allah angkat darjat. Pepatah arab ada menyebut "Utlubul I'lma Walau Fisin" (tuntutlah ilmu walau ke negeri cina), Kenapa cina? Sebab pada masa tu, cina merupakan sebuah pusat ilmu yang maju, (boleh la belek buku sejarah form 4) "Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad". Maknanya tuntut ilmu dari kecil, dalam buaian. Walaupun dalam kandungan lagi boleh menuntut ilmu, tapi pepatah arab ni menunjukkan bahawa tuntutlah ilmu dari kecil. Tu yang nak ditegaskan. Kita kecil ke? tak kut. Muda memang muda, tapi bukan kecil. Tak terasa ke, bila penulis sebut syabab syria berumur 19 tahun, sudah digelar ulama'. Tak rasa tercabar ke?

Masa muda kita, akan dipersoal di akhirat, semua benda yang kita lakukan akan dipersoal. Dari firman Allah, kita boleh faham bahawa Allah mengangkat darjat orang yang beiman dan berilmu. Iman, Ilmu. Iman kekadang turun, kekadang naik. Yang berhak menurun dan menaikkan iman adalah Allah S.W.T. Tapi, tanpa usaha bagaimana iman akan naik? Usaha untuk tingkatkan iman tak ada yang lain selain mujahadah. Sikit-sikit perjuangan yang diselit dalam post, gini la.. Dah nama pun mujahidah, benda ni jela yang ada dalam kepala.

Ilmu.. Masa muda rugi kalau kita tak isi. Masa ni kita sihat, kita lapang. Yer, ramai remaja merungut, masa tak cukup. Padahal kita dah diberi masa yang sangat banyak. Cuba tengok mak ayah kita, cari rezeki, nafkah, nak masak, kemas rumah, urus rumah tangga, bil air, bil letrik, bil kereta, anak-anak nak dididik, isteri nak di tarbiah. Tu belum masuk yang berpoligami. Sibuk! Masa yang ada cuma sedikit. Kita yang remaja, tak ada bini, tak ada laki, tak ada anak, duk sibuk cakap tak ada masa, busy la. Macam-macam. Rugi la kalau kita tak luangkan masa sekarang untuk kutip ilmu Allah yang ada di muka bumi ni.

Tuntut ilmu bukan untk digelar ulama', bukan untuk digelar sheikh, tapi untuk menjadi seorang a'lim. Orang yang berilmu. Masa muda ni fikiran tajam, macam-macam boleh ingat. Ilmu yang kita belajar sekarang boleh kita praktikkan masa akan datang. Disamping menuntut lagi, tuntut dan tuntut. Sebagaimana pepatah arab yang disebut tadi. Sehingga liang lahad.

Kematian, sesuatu yang menggerunkan bagi sesetengah orang. Ada pula yang menanti-nanti hari kematian itu. Tapi hari itu tak juga muncul. Ku harap syahid untuk diriku. Bukan itu yang ingin dibincangkan, tetapi dalam menunggu hari kematian, hari terakhir di dunia. Takkan la kita tangan kosong je, bertemu Allah. Bekalan mana?

Hidup di dunia ini sebagai musafir yang ingin menuju ke destinasi. Destinasi pula akhirat, yang mana perlukan bekalan. Bekalan baik yang dibawa, maka kita ke syurga. Bekalan buruk yang dibawa, ke neraka la kita. Nauzubillah! Masa muda seolah-olah separuh daripada hidup kita, kadang-kadang lebih! Masa ni mungkin menjadi penentu dimana kita di akhirat kelak. Usaha dan usahalah untuk menjadi yang terbaik di mata Allah.

Semoga sahabat dan penulis mendapat ilmu yang bermanfaat di dunia agar menjadi bekalan di akhirat kelak.. amen ya Rabb

(post ni macam pening, kalau pening ignore jep)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...