Uban belum memutih dikepala..
Tapi pelupanya mengalahkan insan lama..
Hai..
Diriku... Sudahlah..
Sudah menjadi kemestian bagi seseorang, LUPA akan sesuatu yang tersangat penting. Lupa akan nikmat yang dikurniakan Allah. Lupa pada hikmah yang ada disebalik ujian yang diterima. Lupa untuk muhasabah setiap hari. Lupa untuk mengingati Allah. Lupa untuk menjadi orang yang sabar. Lupa untuk menjadi orang redha. Lupa untuk beribadah seikhlas mungkin. Lupa untuk menghargai jasa ayah bonda. Lupa untuk menjadi kakak yang solehah. Lupa untuk jadi sahabat yang prihatin. Lupa dan terus lupa... Alpa dan terus leka.. Ya Rabbi, diri yang tersangat lemah.
Bulan Ramadhan sudah di sukuan akhir, tak terasa pun hadirnya Ramadhan. Kini terpaksa menerima kepergiannya pula. Alangkah indahnya andai setiap bulan, bulan Ramadhan. Bulan yang memaksa diri ini beribadah. Paksaan demi paksaan sedikit sebanyak mengajar diri untuk ikhlas. Pengorbanan demi pengorbanan, mengajar erti perjuangan. Sedihnya bila mengenangkan diri dari awal Ramadhan yang selalu leka dan tidak berusaha untuk berubah. ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR??... Akan ku minta lagi pada Allah supaya lanjutkan Ramadhan kali ini.. Lanjutkan Ramadhan ini hingga akhir usiaku...
Adakah aku hipokrit? persoalan yang selalu menghujani benak. Jawapannya : Entahla. Kadang-kadang kita inginkan kebaikan, dalam masa yang sama kita terleka. Bila terleka, orang akan tengok dan orang akan set dalam mind, kita sebegitu orangnya. Tapi bila dah muhasabah diri, bila dah kembali kepada fitrah yang sebenar(ye ke?) . Orang cakap, tak payah nak hipokritlah, aku tahu siapa kau. Sedih? Itulah manusia(termasuk diri penulis yang masih wujud sebagai manusia), suka memandang keburukan berbanding kebaikan. Keburukan disimpan dan dijadikan kenangan. Sedangkan kebaikan dibuang macam sampah, dialir bagai air sungai yang mengalir ke laut.
Layakkah kita menghukum orang? Sedangkan menghukum itu tugas Allah. (Harap faham, bukan hukuman jenayah atau hudud ni). Menghukum seseorang yang pernah melakukan kesilapan. Dah buat silap sekali, bermakna dia akan buat silap selamanya?? Layakkah kita? Kita pun tak tahu selama mana hidayah yang Allah bagi ini akan kekal pada kita. Tak mustahil dengan sifat angkuh kita, sombong dan takabbur kita, Allah tarik balik hidayah. Pada ketika itu, kita akan teraba-raba dalam gelap mencari sesuatu yang tersembunyi jauh. Me
ncari nur. Bukan nur kasih, tapi nur hidayah daripada Allah.
Payahnya bila sudah dikuasai nafsu. Seolah-olah terbelenggu daripada melakukan kebaikan. Dipujuk pujuk hati, tapi masih degil. Ya Rabbi! Nak sental dengan apa lagi ni? Usaha dan terus usaha mendekatkan diri dengan Allah. Juga berdoa supaya hati lembut. Amalkan surah taha ayat 1-5. InsyaAllah, lembutlah dengan izin Allah.
Bulan Ramadhan, bulan yang sibuk dengan exam. Trial SPM, sebulan penuh merampas ramadhan. Sampainya hati trial ini. (Walaupun trial tak ada hati) Beza pula dengan adik penulis yang belajar di pondok. Sebulan ni cuti, balik rumah. MasyaAllah! Seronoknya! Sebenarnya tak ada la sibuk sangat, cuma sengaja menyibukkan diri. Sibukkan dengan tidur.. hoho.. CMR terbengkalai gitu je. Ada juga sahabat minta sambung. InsyaAllah nanti abis trial penulis sambung. Post kali ni macam pelik je, post sambil chat dengan kak punur. Tu yang rasa pelik. tak apa lah, pelik-pelik pun blog sendiri.
No comments:
Post a Comment