Penulis harap sangat-sangat, post-post di blog ini tidak mengguriskan perasaan sesiapa, tidak menimbulkan ketidakpuashatian sesiapa. Kenapa tahun ni banyak je post yek? Sebab cuba sibukkan diri dengan blog, malas bersosial lagi (ye ke?) entri kali ini menyusahkan atau menyenangkan??
Hari ni seorang sahabat penulis, balik kelantan, namanya Adibah. Pelajar asrama, kalau dah nama pelajar asrama, budak baru ke budak lama ke.. semua insyaAllah rapat dengan penulis. Kesian Adibah, penulis hantar Adibah ke stesen bas, naik moto, nak beli tiket lagi, tiket habis, yang ada balik kota baru. Dia nak balik Pasir Mas. Hari selasa lepas, Amy, nak balik kemaman. Rasa seronok bila ringankan beban orang, terutama sahabat yang kita sayang.
Kita hidup biarlah menyenangkan orang, bukan menyusahkan. Kalau boleh, nak senangkan semua kawan. Selalu berharap dapat lesen kereta tahun ni, nak ajak kawan-kawan keluar sama-sama. Bukan apa, nak gembirakan mereka. Perasaan orang asrama, kalau tak outing, rutinnya tiap-tiap hari sama sahaja. Bosan.
Tapi, selalu takut. Kita senangkan orang, tapi orang lain dapat susah. Contohnya, kita nak senangkan kawan kita, tapi keluarga kita pula yang susah. Kalau keluarga supporting tak apa, kalau yang berkira macamana?? tu contoh sahaja.. banyak lagi situasi lain. Selalu situasi yang penulis alami (dulu je, sekarang ok).. takut nak bagi tahu ayah yang kawan nak tumpang kereta. Padahal ayah ok je, cuma kita rasa tak sedap. Tak sedap untuk menyusahkan orang, suka menyenangkan orang. Kalau ini ada dalam diri setiap makhluk di muka bumi ini(haiwan dan tumbuhan pun).. maka amanlah dunia.
Tiada lagi penindasan, tiada lagi penyiksaan. Semuanya menyenangkan. Apabila kita hidup untuk menyenangkan orang, kita sendiri pun akan senang. Maksudnya?? Hati kita senang, rezeki yang kita dapat pun mudah. InsyaAllah. Allah Maha pengasih lagi Maha pemberi. Budi baik dibalas baik, budi yang jahat dibalas baik(inilah yang sepatutnya). Teringin pula berkongsi cerita dengan para pembaca(ramai ke pembaca?). Seorang ibu tunggal yang amat penulis kagumi.
Namanya Sa'adariah binti Noh, sahabat mak penulis dan umi kepada sahabat penulis yang bernama Muhammad Shabil Muhafiz. (tak apa ke letak nama betul ni?) Hidup dia cuma untuk senangkan orang, tak pernah penat dan tak kenal erti lelah. Untuk anak-anak, sanggup dia korban segala-galanya. Teringat semasa penulis form2, beliau yang hantar penulis ke sekolah, tiap-tiap hari. Masa ni, anaknya keluar asrama sebab nak tusyen. Kalau ada kelas, ada latihan terpaksa balik lambat, dua kali ulang-alik dari rumah ke sekolah. Ya Rabbi!!
Itu baru cerita fasal sekolah, kalau tuisyen. Setiap malam dia ambil penulis, hantar tuisyen. Setiap malam isnin, ingat lagi, malam ni anak beliau tiada tuisyen, tapi sanggup beliau hantar penulis. Tak penat ke? Pelajar pun penat, inikan beliau, kerja guru, balik urus rumah tangga, hantar anak-anak sekolah, rasa macam menyusahkan beliau pun ada. Kadang-kadang rasa bersalah pun ada, beliau baik sangat-sangat. Bukan dengan keluarga penulis saja, tetapi dengan semua orang.
Masa adik penulis nak masuk pondok dulu, semua beliau uruskan. Macam anak sendiri pun ada. Bab pendaftaran, sehingga bab pakaian, keperluan. Baikkan? Kalah keluarga sendiri. Tabahnya dia! Anak-anak dia jadi sumber kekuatan. Alhamdulillah, semua anak-anaknya berjaya, soleh dan solehah je semua. Kagum bila tengok kerjasama mereka. Patuh, ikut je arahan umi. Kalau buat majlis, rumah terbuka ke, kendiru ke, tak perlu pertolongan orang lain pun. Anak-anak dah cukup, tugas dibahagikan sama rata. Kena belajar cara didik dengan beliau ni.
Kagum sangat tengok insan seperti ini, anak pertama dia, Kak Ma, belajar Uitm, anak ke-2, Shabil, belajar DQ, anak ke-3, Syafiq, sama pondok dengan adik penulis, anak ke-4, Syahir MRSM, anak bongsu, Syamim UPSR candidate. Anak perempuan bertudung labuh, sopan je, pandai ambil hati orang tua. Yang lelaki pula, masyaAllah! kopiah tak pernah tinggal. Bila tengok anak-anak beliau, rasa malu pun ada. Kenapa diri sendiri tak mampu jadi seperti itu??
Nak cerita sikit fasal anak ke-2 dia, result spm tahun lepas agak kurang memuaskan. Tapi rezeki dia tetap ada. Dapat belajar di DQ. Orang yang kenal beliau cakap, beliau suka bantu orang, jadi Allah tolong beliau balik. Nak dijadikan rezeki, itulah. Dapat SPM 11A+ pun kalau tak ada rezeki nak lanjutkan pelajaran, apa guna? Bahagia je keluarga ni. Cemburu tengok. Kalau cerita fasal beliau, memang tak akan habis. banyak sangat kebaikan yang beliau lakukan. Hanya Allah yang berhak membalasnya. Bila kita nak balas, beliau tolak. Tabahnya beliau! Mudah-mudahan rezeki yang Allah limpahkan kepada beliau, berkat, dan sentiasa mencurah-curah.. ameen ya Rabb!
No comments:
Post a Comment