Alhamdulillah.
29 Ogos ini genaplah setahun menjadi seorang ibu. Alhamdulillah mempunyai seorang anak lelaki yang sihat, sangat aktif sampai ummi pun penat melayan Mursi. Hehe. Tahun ini 5 tahun sudah menjadi isteri, alhamdulillah. 5 tahun mengenali suami dan akan terus mengenal suami hingga akhir hayat, insyaAllah. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menjadi seorang Ummi. Nikmat yang tersangat indah di dunia ini. Menanti sehingga 4 tahun untuk menimang seorang pejuang agama Allah. Akhirnya, Allah kabulkan doa saya dan suami. Alhamdulillah. Mursi ini amanah untuk kami jaga, bimbing sehingga menjadi seorang pejuang, semoga Allah permudahkan urusan ini.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya sepanjang mengandung dan melahirkan. Sangat-sangat mudah ketika mengandung, tiada loya, tiada sakit-sakit. Selesai melahirkan, Allah mudahkan lagi dengan anak yang tidak menangis waktu malam. Tidak banyak kerenah. Allah mudahkan lagi dengan bagi kesihatan yang sangat baik untuk Mursi. Sepanjang setahun ni, Mursi hanya pernah selsema pada usia 3 bulan selama 4 hari dan acah-acah selsema pada usia 9 bulan. Hanya susu ibu menjadi penawar Mursi.
Nikmat menjadi seorang ibu, sampaikan anak merengek, menangis pun rasa seronok sebab boleh tenangkan anak. Allahu Akbar. Indahnya perasaan menjadi seorang ibu. Semasa menyusukan, perasaan waktu menyusukan, tenang sambil belai rambut anak. Allah bagi semua ini untuk seorang ibu. Nikmat yang tak akan dapat selagi belum bergelar ibu.
Kadang-kadang menjadi ibu ini penat, melayan anak, suami, kerja dan sebagainya. Ambillah kesempatan sepanjang menjadi seorang ibu untuk menikmati rasa menjadi seorang ibu, bukan kita cuba mengelak sehingga langsung tidak merasa perasaan yang indah itu. Tinggalkan anak dengan pengasuh lama-lama, tidak mahu menyusukan anak dengan susu badan. Semua ini penghilang rasa cinta kita kepada anak kita, dan pada masa akan datang kita tidak tahu. Mungkin rasa cinta anak kita pada kita pun akan hilang. Ikatlah ikatan ibu dan anak ini supaya anak merasa kasih sayang seorang ibu. Ikatlah ikatan ini supaya kita rasa kasihnya, perlunya anak kepada kita.
Akhir kata, Ummi sayang Mursi......