Audzubillahiminasyaitonirroim… Bismillahirohmanirrohim..
Assalamualaikum warohmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah.. da sampai episod 14. Ntah bile la boleh abis.. Dengan tahap kemalasan penulis nih.. huhu.. Blog ni agak suram
Penulis tak de ape pon nak share sebenarnye. Cuma nak ucap tahniah buat semua yang ambik keputusan SPM hari tu (wlapupon da terlambat). Apa pun keputusan korang, terima la dengan redha dan ikhlas. Pasrah kepadaNYA. Ucapan tahniah ni bukan hanya untuk yang cemerlang tau, tapi untuk SEMUA. Sebab korang da abes skolah. Hehe. Kepada yang tak ambik SPM, pon tahniah jugak. Kerana berani ambik risiko, benda berat nih.
Taun depan penulis plak ambik result. Huhu. Taun ni duk main-main lagi, main blog, main millatfacebook. Ntah ape-ape la penulis ni. Kepada blogger yang mengenali diri ini, diam-diam sudah. Kepada yang blom kenal, selamat berkenalan. Berukhuwah kerana Allah sangat manis rasanya.
Blurrrnyeeeeee.. tak tau ape nak tulis daaaa.. ape-ape pon slamat berbahagia buat semua. Jagalah diri korang sebaik mungkin. Peringatan buat diri ni jugak. Semoga cinta RABBI subur di hati.
Hehehe. Teringat plak sorang sahabat penulis ni, nama dia…. H_K_M_H. penulis rahsiakan blog ni daripada dia, tapi dia tahu jugak. Sape gtau ek? DIRAH gtau. Si H pon baca la blog ni, haha. Sampai kat skolah dia gelak. Dussss..! malunye.. dia cakap, jiwang jugak penulis ni. Wahaha. Baru tau ke? Maluuuu… malu… dia cakap, “x sangka k long gitu”. Ape maksudnye ek? Gitu guane tu? Dah bagi warning kat dia, jangan sebar blog ni. Ntah dia dengar ke tidak. Malu la.. sape-sape yang kenal penulis kat luar
Diri ini terus hanyut,
Menongkah arus duniawi,
Menelusuri kelalaian meracun diri,
Mengejar cinta tidak bererti,
Sehingga lupa YANG HAKIKI,
Terus ku pujuk diri,
Kembali kepada fitrah insani,
Kembali kepada Ilahi,
Mengejar cinta sejati,
Menuju kasih hakiki,
Ya Rabbi,
Cinta yang pernah ku nikmati,
Di tenggelami arus duniawi,
Ku cari cinta itu,
Tapi!
Tidak ku temui lagi,
Pertemukan aku ya Rabb,
Pertemukan aku dengan cinta itu,
Cinta yang membahagiakan diriku,
Saat cinta bersemi,
Dunia tidak ku hirau lagi,
Andai nyawa pergi,
Aku tersenyum puas hati,
Kerana bakal bertemu kekasih hati,
Kekasih yang ku sayangi,
Kekasih yang ku cintai.
Rinduku padaMu tidak akan hilang selagi cinta yang pernah ku kecapi belum mengisi hati ini sepertimana saat itu, saat bahagia, saat manis bersamaMu.
No comments:
Post a Comment