klik!

Sunday, July 19, 2015

3 Tahun di Jordan

Bismillah.

Sekejap sahaja terasa, sudah 3 tahun di bumi urdun ini. Masih berbaki kurang setahun lagi untuk habiskan pengajian di sini. Jujur, takut diri ini untuk merindui bumi yang bakal ditinggalkan. Bumi yang berkemungkinan tak mampu untuk dijejaki lagi.

Kalau ditanya, apa yang diperolehi sepanjang di sini? MasyaAllah. Terlalu banyak. Sedar atau tak sedar sahaja. Kekadang Allah hantarkan ujian sedikit, besar kesannya. Bukan diri ini seorang, teman yang lain juga turut berasa ujian di bumi anbiyak ini.

Jordan ini bukanlah negara yang mengamalkan islam secara syumul. Aurat tak terjaga, ramai juga yang free hair, adab pun entah kemana. Biarpun begitu, Jordan ini tetap bumi anbiyak. Bumi para nabi. Mungkin tempat yang dilalui setiap hari itu adalah tempat yang pernah dilalui Rasul suatu ketika dahulu. Sepanjang 18 tahun di Malaysia, tak pernah pula se sentap berada di Jordan. Allah datangkan bertubi-tubi ujian. Kadang-kadang Allah datangkan wasilah untuk menegur kita.

Antara yang saya dapat sepanjang berada di sini adalah ilmu agama. Mestilah kan. pergi Jordan katanya belajar, takkanlah tak dapat ilmu tu. Ilmu bahasa arab, fiqih, dan banyak lagi. Menjawab soalan orang bukan boleh sesuka hati kata "rasanya.... hukum dia macam gini..". Itu yang ummat rosak. Pelajar agama menjawab sesuka hati sesedap rasa. Kalau tak yakin, lebih baik untuk tawaquf (berhenti) dulu. Cari dulu jawapan beserta dalil. Kalau tiada dalil, tengok bagaimana kaedah untuk mensabitkan hukum dia. Qawaid Fiqhiyah bagaimana. Dalam menjelaskan kepada orang, perlu untuk belajar maqasid syariyah. Khilaf dalam dunia fiqih ini terlalu banyak. Cara penyampaian sangat penting, melihat waqi' sesuatu tempat. Masih terlalu banyak yang kurang, insyaAllah, perjalanan saya tidak sampai di sini sahaja. Mesir menanti. Doakan perjalanan yang bakal kami (saya dan suami) hadapi bersama.



Selain itu , saya juga dapat menimba ilmu perniagaan. Tanpa disedari, TERPAKSA berniaga untuk menanggung kos perbelanjaan di sana. Saya bermula dengan menjahit pada tahun satu dulu. Dalam masa yang sama, saya berniaga hot dog di musollah kuliah syariah. Kemudian, tahun ke dua saya bawa mesin jahit dari Malaysia. MasyaAllah, tempahan tersangat banyak. Sampai saya terpaksa tutup tempahan awal sebelum saya pulang. Alhamdulillah, rezeki kami. Langsir, baju sendiri tak sempat jahit. Kata suami saya, memang tukang jahit seluruh dunia macam gini. Hehe. Arwah bapa mertua saya dan kakak ipar saya juga tukang jahit, sekarang isteri dia pula tukang jahit. Faham benar dia dengan tukang jahit ni. Setelah itu, sesampainya suami saya di Jordan. Kami mulakan bisnes baru. Berniaga chicken chop. Alhamdulillah, ramai yang memberi feedback positif. Sedap katanya. Resepi daripada suami saya, perapan ayam itu yang sedap. Saya cuma buat kuah dia sahaja. Chicken chop kami ada coleslaw dan mash potato bersama sos gravy sekali. Hehe. Macam promosi pula. Yang saya dapati sepanjang berniaga ni. Sangat penat apabila berniaga chicken chop. Sampai saya tak mampu nak senyum. (Jangan contohi kalau nak jadi isteri solehah). Bukan marah, tapi penat sampai tak mampu nak senyum. Selalunya saya mesti tenangkan diri sebentar dan senyum kembali. Isteri solehah adalah isteri penyejuk mata penawar hati suami. Jadi saya mesti senyum untuk gembirakan suami saya. Semua itu pahala. Kalau menjahit, itu minat saya. Jadi penat tak terasa sangat. Penat itu hilang apabila tengok baju dah siap berjahit. Siap disusun dalam plastik untuk diambil pelanggan. Kegemaran suami saya adalah memotong nama pelanggan yang dah siap. Saya pun seronok tengok potongan nama-nama itu. Duit nak masuk... duit nak masuk.... hehe..

Saya tak dapat tajaan ke? Bersusah payah berniaga? Alhamdulillah, dapat zakat terengganu. Pada tahun satu dulu tak dapat zakat. Setelah bermula, takkan lah nak berhenti. Lagipun niat juga untuk tolong orang lain. Pelajar melayu susah nak ke tukang jahit arab sebab jahitan mereka teruk. Tapi, zakat tu tak cukup pun. Kami berdua, lainlah kalau duduk dengan kawan-kawan. Semua duit share. Ni balik Malaysia, duit tiket lagi. Manalah cukup. Bila fikirkan, ada kurang setahun lagi, lega. Kos sara hidup yang sangat tinggi di Jordan, tak mampu lagi untuk bertahan lama. Insya Allah bulan 5 ini habis.

Pernah kami lalui, duit dalam bank tinggal rm200. Ditangan cuma beberapa dinar. Sewa rumah berbulan tak berbayar. Sedih juga masa itu. Tapi, Allah janjikan kami rezeki. Alhamdulillah. Dapat juga makan minum berbekalkan duit niaga. Pada masa ini, kekuatan itu datang dari cinta. Penat sangat, tapi fikirkan orang yang dicintai, kami jadi kuat.

Apa lagi yang saya dapat di Jordan? Dapat Kahwin. Hehe. Rupanya, Jordan adalah wasilah untuk menemukan saya dengan jodoh saya. Itu yang "rindu sebelum masanya".

Sejujurnya, saya dapat rasakan perubahan kematangan itu secara drastik selepas menikah. Banyak belajar daripada suami. Saya tengok, sahabat-sahabat sekolah saya masih sama. Cara chatting mereka, komen, status mereka. Masih remajaan. Asyik bincang pasal couple, lelaki itu dan ini, tak sabar nak kawen (yang ni bagus, tapi tak perlulah gedik sangat). Cerita lelaki itu ini handsome. Saya mungkin pernah lalui semua itu, (kecuali lelaki handsome) tapi bertahun-tahun yang dulu. Eh, kenapa cerita pasal kematangan daripada perkahwinan pula? Sebab ini juga yang saya dapat sepanjang di Jordan.

Akhir kata, doakan jodoh kami berkekalan hingga syurga, perjuangan kami tidak futur, sentiasa bersemangat kerana Allah demi ummat, dan doakan kami dikurniakan mujahidin yang ramai (baby).






9 comments:

  1. Assalamualaikum hi :) sy farehah, insha Allah tahun dpn bakal duduk di Jordan dgn suami. Plan nak buka bisnes. Jd nak mnta pendapat sikit. Kalau jual mknn okay ke? Atau ada apa cdgn lain? Jual chicken chop tu kedai ke ambil order ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum hi :) sy farehah, insha Allah tahun dpn bakal duduk di Jordan dgn suami. Plan nak buka bisnes. Jd nak mnta pendapat sikit. Kalau jual mknn okay ke? Atau ada apa cdgn lain? Jual chicken chop tu kedai ke ambil order ye?

    ReplyDelete
  3. Wasalam. Tahniah dpt melanjutkan pelajaran ke Jordan. Kat sini memang laku Kalu berniaga makanan. Lagi2 Kalu makanan Malaysia. Duk jauh kan.. Rindu la.. Hehe.. Jual chicken chop tu kami ambik order. Lps tu hantar dari rmh ke rmh.. Nanti Awk kt Jordan kat mana Ye?

    ReplyDelete
  4. mudah2an kedepannya blog ini terus berkembang

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, sy nak tanya kos sara hidup akak kt sana sebulan berapa ya? Duduk rumah sewa ke? Boleh saya tau anggaran kasar total perbelanjaan akak dan suami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...