Post kali ni tak tahu apa tujuannya, sekadar meluangkan masa kosong yang berbaki. Bersendirian di rumah..
Entah kenapa, hari ni rasa sedih, sayu, pilu. Nak bercakap tak ada mood, diam dan senyum. Tak ada mood nak makan, sekadar kuih raya jadi alas perut.
Rasa nak menangis dan terus menangis walaupun mata dah bengkak. Entah apa tujuannya, penulis sendiri tak tahu apa yang penulis nak. Cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. Dizahirkan dengan air mata.
Tadi pergi raya rumah kawan mak, penulis cuma senyum duduk diam. Makan tak jamah langsung, tak ada selera. Pergi sana bawa buku Bercinta Sampai Ke Syurga. Kawan mak tegur "Bagusnya.." Rasa macam nak jawab je "Bukan bagus, tapi tak ada mood". Entah apa yang bagus, penulis pun tak tahu. Rasa tak nak bercakap, nak cakap pun slow-slow je. Biarlah hari ini air mata jadi peneman.
Balik rumah, perut ni rasa sakit, loya. Masuk angin agaknya. Tadi dah muntah. Sakitnya tak adalah sangat. Sakit lagi menangis selepas subuh tadi. Rasa macam ada yang cucuk jantung ni, rasa ada orang siat hati ni, rasa sakit! Penulis pun tak tahu kenapa.. kenapa menangis sampai macam tu sekali.. Benda kecil je pun, tak kan nak nangis..
Jujur, Mata ni dah bengkak sangat dah untuk nangis. Tapi masih ada sisa-sisa air mata yang tinggal, yang belum diluahkan. Harap-harap esok lusa ok la, esok dah nak sekolah. Bila kita sayangkan sesuatu, kita cintakan sesuatu. Kita akan takut kehilangan benda tu. Sedih sedih.. Setiap ujian yang Allah bagi, tu kafarah dosa. Cuma ini kata-kata yang dapat penulis guna untuk pujuk diri.
Ya Rabbi.. Hanya padamu aku panjatkan doa.. Tenangkanlah hatiku.. Lapangkanlah dadaku.. Permudahkanlah urusanku.. Takdirkanlah apa yang terbaik untukku... ameen ya Rabbal a'lamin..
hm, sya pun rsa sma. raya ne sedih je memanjang. malam2 nangis. esoknya mata bengkak. hm, kta sma2 bsbr.. insya-Allah, ada hikmah yang tidak terduga dibalik semua ne. Allah know the best for us. because Allah loves you more ! !
ReplyDelete:)
ReplyDeleteinsyaAllah... huhuhuhu... disebalik ujian ada kebahagiaan..
La thaqof wala tahzan innallaha ma'ana..(n_n)v
ReplyDeletehihi kak abby
ReplyDelete