klik!

Sunday, December 18, 2011

Fatayat


Bismillahirrahmanirrahim..

16-12-11 Jumaat

Saya ada program di Anggulia anjuran Dewan Muslimat Pas. Kiranya program pertama la kot saya sertai. Malam tu dapat sms daripada Ukhti Samihah(sopan je pnggil name mung). Forwarded message from Farah Raihan. Pagi tu saya ride moto disebabkan lesen kereta belum dapat, tapi bawa moto tak adalah sampai marang, bawa sampai rumah Siti Nur Salwani. Pastu, Farah Raihan ambil kami di situ. Ya Allah skemanyaaa ayat. Belajar untuk menulis secara formal. Sesampai disana, kami jumpa Kak Iza, ex-shams. Ada seorang lagi, tapi lupa nama apa. Baru tahu ex-shams yang terdahulu sangat aktif dalam program sebegini. Sementara ada masa ni, saya nak cerita la serba sedikit input yang saya dapat daripada program tu, namanya Kem Fatayat. Sepatutnya umur 20 ke atas, tapi tak apa la.. sweet seventeen nak join juga.

Sampai je di sana, daftar pastu masuk dewan. Lama juga menunggu untuk mula program. Mula-mula ada taklimat daripada ketua lajnah Tarbiah Negeri. Lepas tu baru ada munaqasyah daripada Ustaz Tirmizi bin Taha tentang Haid. Banyak ilmu dapat daripada beliau. Beliau meniru cara imam as-syafie mengkaji, dari kampung ke kampung duk kaji tentang haid. Buat research, ambil bancian. SubhanaAllah.. Lain-lain post nanti saya cerita tentang haid yang disampaikan oleh Ustak Tirmizi ni ya.

Selesai je Munaqasyah, dalam pulul 12.30. ye la, ustaz pun nak pergi solat jumaat. kami ada LDK, latihan dalam kumpulan. Masa ni la berkenal-kenalan dengan orang luar. Tapi tak ingat nama, hehe. sori. Main telefon buruk dengan siapa kuat. Telefon buruk tu, kena passing-passing maklumat kat orang belakang tentang gambar yang dilihat oleh orang paling depan. Lepas tu, yang belakang sekali, lukis balik. Tengok sama ke tak gambar tu. Siapa lebih kuat tu, kami di beri sehelai kertas yang di print gambar masjid terapung. Pastu kena koyak-koyakkan jadi cebisan kecil. Lepas tu kena cantumkan balik jadi seperti asal.. Susah? tak ada la susah sangat kalau ramai yang ada..

After that, omputis plak, Ustaz Kamaruzzaman menyampaikan ceramah tentang asas-asas aqidah. Seronok! Ustaz ni kelako. Dia cerita pasal bob lukman, dia cakap esok(sabtu) kena bersama bob lukman, minggu depan bob lukman. Asyik-asyik bob lukman. Seronok la dengar ustaz ni cakap. Dia cakap sebenarnya dia takut. Orang lain boleh la suka, gembira dengan penghijrahan bob lukman. Tapi dia sebenarnya takut. Sebab Allah ada cakap, kalau kita tak nak sebarkan agama Allah, Allah nak ganti orang lain untuk buat tugas tu. Takut, takut.. Kalau kita tengok sekarang, ramai artis-artis yang slow-slow berubah, Sham kamikaze.. Kita sepatutnya berusaha untuk menyampaikan agama Allah kepada semua, jangan takut untuk tegur orang. Ustaz tu cakap dia takut Allah gantikan dia dengan orang lain dalam menyampaikan agama Allah. Macam mana nak terangkan yer, cuba faham sendiri.

Masa solat zohor tu, kami semua solat berjemaah, sukaa sangat.. Selesai je solat, bersalam, cium pipi, terasa ukhuwah walaupun baru je jumpa. SubhanaAllah..

Ya Allah, jadikan kamu pejuang-pejuang agama-Mu yang ikhlas, yang berjuang untuk mendapat keredhoan-Mu.. ameen....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...