klik!

Thursday, December 8, 2011

SPM oh SPM


Assalamualaikum..



Bila sebut je SPM, semua sibuk belajar dan belajar, ada yang berdebar, ada yang haiih... tak boleh nak cakap, Ada yang selalu bercakap, bersembang dengan kawan, tapi masa spm ni diam duduk dengan buku je. Kawan pun rasa terpinggir, sedih. Kalau tanya saya, berdebar ke tak. Secara jujurnya saya jawab tak. Saya sendiri tak tahu kenapa. Yang pasti jawapan saya "Alaaa.. SPM je pun, bukan nak pergi perang di Palestin. Berperang dengan pen je pun, bukan dengan senjata." lepas tu, mulalah kawan-kawan cakap "Kak long bijop doh, dakpe ar..". Saya pun menjawab kembali, "Bijop nape gop, trial aritu bukang buleh seterek A pong". jawapan jujurnya memang tak berdebar, main-main, entah apa nak jadi dengan diri ni. Seingat saya la, hari pertama tu tiba-tiba je rasa dup dap dup dap. Masa on the way berjalan dari asrama nak ke kantin sekolah baca yasin. Baru terasa degupan, tapi minima. Hati memujuk "Alaaaa, spm je pun. Tak mati lagi." Dup dap pun hilang. pergi dewan peperiksaan, jawab macam biasa. (??)

Sebut pasal spm, ada satu lagi kertas. PQS, Pendidikan Al-quran dan As-sunnah, antara subjek kegemaran saya. Semalam kertas Bahasa Arab Tinggi, masya-Allah. Siapa yang ambil BAT nih, tahu la macam mana. Maqal yang dihafal tak keluar sebijik, jadi kena buat sendiri la. Cari isi, hurai sendiri, letak hadith sikit, kata hikmah bagi cantik. Nahu tu la takut silap, gopoh-gapah nak siapkan maqal. Maqal yang keluar sebijik, tak faham pula arahan dia. Redo je la, yang penting jawab. Kertas 1, mamnuk minal sorof, ya Rabbi! Biasanya dia suruk istakhtij (keluarkan) je, tapi kali ni bayanni nauk(tentukan jenis). Memang tak hafal. Banyak sangat. Takpe, dah lepas pun. Sekarang masa untuk tawakkal. Bismillahitawakkaltu a'lAllah..

Pengalaman juga belajar di asrama ni. Tapi kadang-kadang tertekan bila tengok kawan belajar berterusan. Memang rasa nak kekoh je kawan tu. Rileks la, janganla stres sangat. Masa jawab kimia baru-baru ni. Kimia dah buat mata ni menangis. Memang tak nak nangis pun masa tu, tapi tiba-tiba rasa sebak. Lepas tu hantar mesej kepada seseorang "stress". Masa tu tak tahu nak cakap, perasaan hanya Allah yang tahu. Tak pernah-pernah kertas peperiksaan buat saya menangis, tiba-tiba je. Rindu keluarga kot. Ye la, sepanjang peperiksaan tu, ada je mak ayah orang lain datang melawat, duduk dekat ke, jauh ke, datang jugak. Saya ni, tak ada siapa nak datang melawat, al-maklum saja la naik moto ke asrama. Bak kata muslimin aspura "Moto pejuang muda kan ada", kalau minta tolong diorang beli barang. Kertas 3 kimia, menangis dalam dewan sebelum mula jawab. Memang masa kimia ni, orang sebelah tak boleh nak jenguk kertas la, mood tak ok. Haihh... emosi sungguh. Lepas kimia, biologi pula. Biologi, pagi tu je sedih kejap, sempat jugak air mata menitis dua tiga titik,

Teringat pula masa jawab fizik kertas satu. "Pssttt.. Pejuang Muda, Pejuang Muda", suara dari belakang. Seingat saya, yang duduk belakang saya Faiz Othman. Mesti nak jenguk jawapan ni, tak tahu nak share macam mana. Maaf la bruno mars(nama gelaran faiz). Memang tahun ni saya terkenal dalam kalangan muslimin form5 dengan nama Pejuang Muda. Dulu tak pula diorang kenal saya. Lepas dilantik jadi Penghulu Wati kem form5, Masu'lah perkhemahan, makin diorang kenal pula. Dilantik bukan atas dasar layak atau berkepimpinan, tetapi atas dasar enjoy. Kalau lantik yang berkepimpinan, kurang la sikit enjoynya, sebab tu lantik saya. Boleh la melawak, suka-suka, rileks. Sampai sekarang masih ada yang berbunyi "Sape tak kenal Masu'lah perkhemahan, Pejuang Muda kiter!". Tergelak dibuatnya. Kenangan masa sekolah. Nanti mesti rinduuuuuuuuuu sangat-sangat... Generation-94 dalam kenangan..

P/S : 19 hari bulan nim, aku test JPJ keter, sape nok ajop gi jalan, bereh je.. mari r belake neh.. kite gi RFC.. ade ke sabboh, orang dop kenal RFC kat ane.. heishhh....

2 comments:

  1. tahniah dah abis~
    :)

    ReplyDelete
  2. fie dah habis yer? kirim salam kat dia yek... saya tak habis lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...