klik!

Friday, December 9, 2011

Hatiku

Detik yang cuma seketika ini..
Dalam kesibukan..
Jariku ingin terus menari-nari..
Mencoret bait-bait indah buat dia..
Ingin sekali aku menyoal kenapa..
Buntu tiada penyelesaian..
Yang ada cuma sepi..

Detik yang cuma seketika ini..
Aku berusaha menghargai..
Menghargai apapun kurniaan Allah..
Allah tidak menghadirkan dia dalam hidupku tanpa sebab..
Aku yakin itu..
Hikmah.. hikmah..
Ku selak lembaran lama..
Mengingat kembali peristiwa nostalgis..
Rindu..

Namun inilah yang terbaik...
Terbaik untuk aku dan dia, mungkin..
Lembaran lama itu ku imbas lagi..

Ku lihat pengorbanan dia untukku..
Ku lihat matanya meronta keranaku..
Ku lihat dia tertawa...
Ku lihat dia bermuram durja..

Aku hargai itu duhai insan...
Maafkan diriku..
Kerana buat kau menangis..
Kerana tidak buat kau tersenyum..
Aku ingin kau tahu..
Aku sangat menghargai dirimu..

Ku selak dan ku selak lagi...
Hikmah ku cari lagi..
Mungkin aku tidak mampu menghadapi itu...
Jadi Allah takdirkan sebegini..

Aku ikhlas................. ikhlas untuk melepaskan dia buat selama-lamanya.. Selamat tinggal cinta..


p/s: ada kemajuan, dah tak menangis.. hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...