Planned Undisturbed Birth
Bismillah. Alhamdulillah, baru je habis tempoh berpantang.
Alhamdulillah selamat melahirkan seorang mujahid sulung dirumah secara
dirancang dan hanya ditemani suami 40 hari lepas tanpa pernah join kelas
beranak, saya buat self-study tentang beranak dan tak pernah disuruh untuk
homebirth. Semua ini atas pilihan sendiri. Terima kasih buat Hayati Muzaffar
kerana selalu share tips-tips gentle birth, pengalaman bersalin. Mungkin akak
doula tak kenal saya, saya silent reader wall akak. Terima kasih juga buat
akak-akak pro choice, positive family yang selalu kongsi pelbagai ilmu berguna,
pemakanan, breastfeeding, gaya hidup, nak tag sorang-sorang ramai sangat. Ilmu
yang kalian curahkan sangat berguna untuk diri ini.
Alhamdulillah saya melahirkan bayi sulung saya dengan
koyakan second degree tear 3 lapis jahitan kata nurse. Kata nurse sama je macam
gunting, jika bersalin di hospital, saya akan digunting sebab anak pertama.
Pada mulanya saya rasa down, rasa sedih sampai terlupa natural tear jauh lebih
baik dari episiotomy, akan lebih cepat sembuh, kurang risiko jangkitan, kurang
risiko koyakan besar dan boleh jadi koyakan saya tidaklah sebesar guntingan
sebab yang mengelaskan degree koyakan tu adalah tempat koyakan. Nak tanya
lebih-lebih nurse, awal-awal dah jatuhkan semangat, layanan pun kasar. Apa pun
semulajadi lebih baik dari ciptaan. Terlupa saya telah lalui proses kelahiran
yang sangat seronok, kelahiran semulajadi secara fitrah, kelahiran dengan
oxytocin bukan dengan Pitocin, ditemani dan diurut suami sepanjang melayan
contraction, bila lapar haus dapat makan minum, dapat posisi yang saya nak, tak
ada tukang ugut semasa meneran, tak ada mesin ctg yang merimaskan diperut, tak
ada orang suruh kepit bila rasa nak meneran, tak ada vaginal examination, tak
pecahkan ketuban, dapat DCC dengan tenang. Tak apalah koyak sikit, saya meneran
pun sebab ikut kata hati. Haha. Tiada siapa paksa, tenang je. Terlupa tips
relax jaw, open mouth semasa meneran. Pada mulanya ingat nak gentle birth di
hospital swasta, suami pun cakap nanti nak kumpul duit untuk beranak swasta.
Bila fikir-fikir balik, untuk apa saya bayar mahal-mahal tapi belum tentu dapat
apa yang saya nak. Kami bukan orang berduit sangat. Kebanyakan hospital swasta di Malaysia tak
terima posisi mesra graviti. Jadi saya ambil keputusan untuk beranak dirumah,
suami sambut. Suami pun support, masing-masing educate diri pasal gentle birth.
Setiap hari saya cari ilmu, saya share dengan suami. Kami sama-sama bercerita
tentang gentle birth.
Lepas ni kena join kelas, nak lebih ilmu untuk anak
seterusnya pula. Target intact perineum dan waterbirth pula, insyaAllah.
Sebelum ni tak join kelas sebab tak mampu, tapi sebab nak juga gentle birth saya
cari ilmu. Setiap hari buka wall akak-akak doula. Cari website-website orang
putih yang cerita pasal gentle birth, exercise, tips, risiko dan baca
pengalaman orang bersalin gentle birth. Saya sangat elakkan baca cerita birth
trauma semasa hujung kehamilan sebab nak elak fikiran negatif. Jaga pemakanan
dari awal kehamilan, boleh kata dari ttc jaga pemakanan sebab sebelum ni ada
pcos, lepas keguguran doctor kata tak ada dah. Banyakkan makan sumber vitamin
dan folate dari real food. Langsung tak makan obimin, asid folic atau apa-apa
pil vitamin. Alhamdulillah hb paling rendah sepanjang mengandung 11.8 lepas tu
naik balik 12.3, paling tinggi awal kehamilan 14.1. bengkak-bengkak kaki pun
tak ada sampai doktor berkali-kali picit kaki macam tak puas hati. Haha. Elakkan
gula putih, msg. Green juice saya mula
lepas 36minggu sebab baru baca di wall kak Jannah pasal tu. Amalkan vco, minyak
zaitun, gum Arabic, kurma setiap hari. Suami selalu tegur bila saya makan
makanan manis dan bertepung supaya berpada-pada. Terima kasih abang.
26.8.2017, turun darah tanda bersalin. Saya bagitahu suami,
kami seronok sangat masa tu, tak sabar nak praktik ilmu yang kami cari, tak
sabar nak jumpa baby. Belum rasa contraction lagi, jalan-jalan dulu dengan
suami nak buka jalan. Malam tu baru ada contraction, tak berapa kuat tapi
mengganggu juga tidur. Ingatkan baby nak keluar pagi esok.
27.8.2017, contraction datang agak kuat 8 minit sekali.
Ingatkan nak beranak dah, tak pernah beranak sebelum ni mana tahu. 8 minit,
kadang-kadang 10 minit. Memang tak boleh lena tidur. Nak rehat tak boleh. Kalau
tidur, setiap 8 minit terjaga. Hari ini duduk rumah je sebab takut terberanak.
Seharian melayan contraction macam-macam posisi, suami urutkan pinggang,
belakang. Selalu cakap pada suami, nak oxytocin. Haha. Suami tenangkan, bagi
keselesaan untuk isteri dia. Ambilkan air, makanan. Sediakan kurma. Nikmati
kesakitan dengan tenang berdua dengan suami sahaja. Kalau ke hospital, mana nak
dapat macamni, masuk wad duduk jelah atas katil tu. Bukan suami boleh teman
sepanjang masa.
28.8.2017, masih sama contractionnya. 8 minit sekali dan
agak sakit. Mula stress sebab baby tak keluar-keluar. Sangat penat sebab tak
cukup tidur. Dah dua hari lebih sakit. Suami pun tak cukup tidur sebab bila tak
tahan sangat sakit, saya kejut suami minta suami urut. Saya mula stress sebab
hari ni suami ambil cuti untuk tunggu baby lahir, tapi tak juga lahir, saya
takut untuk layan contraction sorang-sorang kalau esok suami pergi kerja.
Nangis, suami pujuk tenangkan. Suami kata takpe, ambil cuti terus. Lagi dua
hari je kerja. 31.8 cuti merdeka, 1.9 cuti aidiladha. Barulah tenang hati saya.
Sambil-sambil melayan contraction yang menyakitkan, saya cari pasal long labor,
apa nak buat. Pujuk baby cakap dengan baby minta baby keluar. Rasa lapar,
makan, rasa haus minum. Cuba untuk rehat supaya ada tenaga. Suami belikan air
kelapa, bekalkan electrolyte. Layan je rasa sakit tu. Tukar posisi, berjalan
solat macam biasa. Rasa bosan dirumah sepanjang hari, mood gembira tu hilang.
Saya bagitahu suami, nak keluar jalan-jalan sebab baca forum orang putih kata
lama lagi nak bersalin kalau macamtu gayanya. Malam tu suami bawa pergi pasar
malam. Seronok sangat rasa, dapat oxytocin. Setiap kali contraction datang,
berhenti kejap Tarik nafas, lepas tu teruskan perjalanan. Bila berjalan memang
terasa kurang sakit contraction. Atas motosikal pun layan je contraction. Tarik
nafas hembus. Malam tu cakap pada suami, kalau esok tak keluar juga, jom
jalan-jalan mall. Terkejut suami.
29.8.2017, waktu subuh layan contraction macam biasa. Dah
mula kerap. Pukul 9 pagi sakit datang 3, 2, 1 minit skali. Sakit lama pula tu.
Sakit yang sangat sakit. Tak tertahan rasanya. Layan sakit dengan posisi all
four sambil suami urut-urut. Sesekali tukar posisi squat nak cepatkan bukaan,
tak boleh lama squat, kaki penat. Nak bergerak pun sakit sangat-sangat, tapi
saya rasa selesa sebab rumah sendiri kan. Nak ke tandas, nak makan ke minum ke
tak ada masalah. Dalam pukul 10.45 pagi terasa urge tu push. Hilang sakit
contraction yang tak tertahan tu. Saya masih tahan untuk meneran, cuba breath
out baby. Teringat tips, kalau tak boleh tahan baru meneran. Terlupa relax jaw
open mouth. Haha. Tulah pentingnya pergi kelas. Saya kawal pernafasan dalam
masa sama meneran juga. Masa ni tak tahu adakah di penghujung, adakah baby akan
keluar. Dengan penat 3 hari contraction yang sakit. Saya betul-betul tak sabar
untuk keluarkan baby. Jadi saya meneran sambil kawal pernafasan. Bagi baby
oxygen. Suami berkali-kali pesan, kawal pernafasan, tenang sambil urut belakang
dan pinggang saya. Gatal teran sangat, kang dah koyak. Lepas keluar kepala
baby, badan meluncur keluar. Terasa baby bergerak turun dari perut keluar. Saya
beranak posisi all four. Tepat pukul 12 tengahari Baby organik kami lahir,
alhamdulillah tepat 40 minggu lahir. Dengan masih basah ketuban lagi, suami
azankan baby kami. Tak sedar, saya menangis terharu melihat putera sulung kami
lahir. Alhamdulillah kami berjaya gentle homebirth dengan ilmu. “Eh abang, baby
laki la”, saya bagitahu suami. Kami baru tahu jantina baby setelah dia lahir.
Selepas azan, saya bonding dengan baby dengan uri yang belum keluar. Suami
tahnikkan baby. Sesekali cuba meneran uri sambil berbaring. Alamak, susahnya,
macamanalah nak teran baby sambil berbaring. Saya squat, dengan sekali teran
secara lembut jatuh uri kebawah. Sambung bonding dan susukan baby sambil DCC.
Alhamdulillah dapat DCC 6jam untuk baby kami.
Alhamdulillah, kelahiran yang saya rasa sangat
menyeronokkan. Darah keluar tak banyak lepas melahirkan. Saya rasa bertenaga.
Ke tandas, mandi bersihkan diri. Boleh berjalan turun tangga pergi ke kereta
tanpa rasa sakit. Petang tu saya ke hospital untuk potong uri dan jahit
koyakkan. Layanan yang saya dapat sangat mengganggu emosi dan fizikal saya.Tak
apalah jahit sikit, nanti pergi kelas menuntut ilmu lebih lagi insyaAllah. Baby
pun mudah diurus semasa pantang, tak banyak ragam. Semasa pantang hari ke 30
kami serumah diuji dengan selsema batuk yang teruk, ibu mertua saya demam.
Berjangkit dari seorang ke seorang, tapi Alhamdulillah baby organik kami sihat
wal afiat.
Tapi betullah kata akak-akak doula, bila dah dapat gentle
birth memang rasa ketagih nak bersalin. Dalam pantang duk fikir, sempat ke
kalau nak bersalin lagi tahun depan. Haha. Seronok sangat lalui proses
bersalin, itu yang sakit, ada koyak, long labor pula tu. Kalau yang bersalin
tak rasa sakit macamanalah rasa dia. Lepas ni bersalin memang azam sungguh nak
usaha dapat intact perineum, tak mahu jahit. InsyaAllah. Sakit betul kena
jahit.
Kenapa pilih untuk bersalin di rumah?
Sebab saya harapkan gentle birth dengan posisi mesra graviti
ditemani suami tanpa gangguan orang luar dan dadah-dadah penahan sakit, nak
rasa beranak secara fitrah, ikut kata hati bukan kata doctor atau nurse dan nak
Delay Cord Clamping untuk anak saya. Rasa gerun mendengar cerita-cerita trauma
orang bersalin di hospital dengan kesilapan staf hospital secara sengaja atau
tidak sengaja.
Kak Jannah selalu pesan, tawakkal pada Allah, tapi ramai
orang tawakkal pada doctor. Sampai masa, serah diri. Serah tadah pasrah.
Biarlah apa yang doctor nak buat pada diri kita sebab doctor lebih tahu
katanya. Nak induce ke, nak caeser ke, biarlah asalkan selamat. Badan kita,
kitalah patut lebih tahu tahap kesihatan kita, kita yang menjaga. Allah lebih
tahu yang terbaik untuk kita, tawakkal dan usaha cari ilmu. Kalau ikutkan saya
sepatutnya kena serah diri lebih awal, tapi saya tahu tahap kesihatan saya.
Saya tak mahu paksa kalau baby belum sedia keluar.
Bukan mudah nak gentle birth, nak kena tahan nafsu makan,
nak kena ambil tahu sayur buah apa lagi nak makan sebab nak bagi cukup vitamin
dan folate untuk baby. Tahan diri dari ambil gula, tepung dan makan ringan.
Kena bersenam dan aktif jangan malas. Kena tahu kenapa baby boleh berak dalam
perut, kenapa baby boleh lemas, bagaimana nak atasi semua tu. Semua kena cari,
kalau masuk kelas senang, cikgu-cikgu ajar. Semuanya kena buat sebab tak mahu
serah tadah pasrah. Orang lain tak perlu jaga kalau nak serah tadah pasrah,
cukuplah makan vitamin yang KK bagi, bermalas-malasan. Makan banyak-banyak masa
mengandung, makan sedap-sedap sebab masa pantang 40 hari tak boleh makan sedap.
Sebenarnya banyak makanan sedap dan sihat, Cuma kita nak ke tak nak.
Akhir kata, jangan tiru aksi ini kalau belum menuntut ilmu. Tuntut
ilmu, belajar jangan mudah ditipu. Semua orang boleh merasai kelahiran secara
fitrah, tak perlu beranak dirumah. Dimana-mana kita boleh gentle birth, hanya
tinggal untuk menuntut ilmu dan mempraktikkan sahaja. Jom sama-sama gentlebirth.