klik!

Friday, November 3, 2017

Pengalaman Bersalin di Rumah

Planned Undisturbed Birth

Bismillah. Alhamdulillah, baru je habis tempoh berpantang. Alhamdulillah selamat melahirkan seorang mujahid sulung dirumah secara dirancang dan hanya ditemani suami 40 hari lepas tanpa pernah join kelas beranak, saya buat self-study tentang beranak dan tak pernah disuruh untuk homebirth. Semua ini atas pilihan sendiri. Terima kasih buat Hayati Muzaffar kerana selalu share tips-tips gentle birth, pengalaman bersalin. Mungkin akak doula tak kenal saya, saya silent reader wall akak. Terima kasih juga buat akak-akak pro choice, positive family yang selalu kongsi pelbagai ilmu berguna, pemakanan, breastfeeding, gaya hidup, nak tag sorang-sorang ramai sangat. Ilmu yang kalian curahkan sangat berguna untuk diri ini.

Alhamdulillah saya melahirkan bayi sulung saya dengan koyakan second degree tear 3 lapis jahitan kata nurse. Kata nurse sama je macam gunting, jika bersalin di hospital, saya akan digunting sebab anak pertama. Pada mulanya saya rasa down, rasa sedih sampai terlupa natural tear jauh lebih baik dari episiotomy, akan lebih cepat sembuh, kurang risiko jangkitan, kurang risiko koyakan besar dan boleh jadi koyakan saya tidaklah sebesar guntingan sebab yang mengelaskan degree koyakan tu adalah tempat koyakan. Nak tanya lebih-lebih nurse, awal-awal dah jatuhkan semangat, layanan pun kasar. Apa pun semulajadi lebih baik dari ciptaan. Terlupa saya telah lalui proses kelahiran yang sangat seronok, kelahiran semulajadi secara fitrah, kelahiran dengan oxytocin bukan dengan Pitocin, ditemani dan diurut suami sepanjang melayan contraction, bila lapar haus dapat makan minum, dapat posisi yang saya nak, tak ada tukang ugut semasa meneran, tak ada mesin ctg yang merimaskan diperut, tak ada orang suruh kepit bila rasa nak meneran, tak ada vaginal examination, tak pecahkan ketuban, dapat DCC dengan tenang. Tak apalah koyak sikit, saya meneran pun sebab ikut kata hati. Haha. Tiada siapa paksa, tenang je. Terlupa tips relax jaw, open mouth semasa meneran. Pada mulanya ingat nak gentle birth di hospital swasta, suami pun cakap nanti nak kumpul duit untuk beranak swasta. Bila fikir-fikir balik, untuk apa saya bayar mahal-mahal tapi belum tentu dapat apa yang saya nak. Kami bukan orang berduit sangat.  Kebanyakan hospital swasta di Malaysia tak terima posisi mesra graviti. Jadi saya ambil keputusan untuk beranak dirumah, suami sambut. Suami pun support, masing-masing educate diri pasal gentle birth. Setiap hari saya cari ilmu, saya share dengan suami. Kami sama-sama bercerita tentang gentle birth.

Lepas ni kena join kelas, nak lebih ilmu untuk anak seterusnya pula. Target intact perineum dan waterbirth pula, insyaAllah. Sebelum ni tak join kelas sebab tak mampu, tapi sebab nak juga gentle birth saya cari ilmu. Setiap hari buka wall akak-akak doula. Cari website-website orang putih yang cerita pasal gentle birth, exercise, tips, risiko dan baca pengalaman orang bersalin gentle birth. Saya sangat elakkan baca cerita birth trauma semasa hujung kehamilan sebab nak elak fikiran negatif. Jaga pemakanan dari awal kehamilan, boleh kata dari ttc jaga pemakanan sebab sebelum ni ada pcos, lepas keguguran doctor kata tak ada dah. Banyakkan makan sumber vitamin dan folate dari real food. Langsung tak makan obimin, asid folic atau apa-apa pil vitamin. Alhamdulillah hb paling rendah sepanjang mengandung 11.8 lepas tu naik balik 12.3, paling tinggi awal kehamilan 14.1. bengkak-bengkak kaki pun tak ada sampai doktor berkali-kali picit kaki macam tak puas hati. Haha. Elakkan gula putih, msg.  Green juice saya mula lepas 36minggu sebab baru baca di wall kak Jannah pasal tu. Amalkan vco, minyak zaitun, gum Arabic, kurma setiap hari. Suami selalu tegur bila saya makan makanan manis dan bertepung supaya berpada-pada. Terima kasih abang.

26.8.2017, turun darah tanda bersalin. Saya bagitahu suami, kami seronok sangat masa tu, tak sabar nak praktik ilmu yang kami cari, tak sabar nak jumpa baby. Belum rasa contraction lagi, jalan-jalan dulu dengan suami nak buka jalan. Malam tu baru ada contraction, tak berapa kuat tapi mengganggu juga tidur. Ingatkan baby nak keluar pagi esok.

27.8.2017, contraction datang agak kuat 8 minit sekali. Ingatkan nak beranak dah, tak pernah beranak sebelum ni mana tahu. 8 minit, kadang-kadang 10 minit. Memang tak boleh lena tidur. Nak rehat tak boleh. Kalau tidur, setiap 8 minit terjaga. Hari ini duduk rumah je sebab takut terberanak. Seharian melayan contraction macam-macam posisi, suami urutkan pinggang, belakang. Selalu cakap pada suami, nak oxytocin. Haha. Suami tenangkan, bagi keselesaan untuk isteri dia. Ambilkan air, makanan. Sediakan kurma. Nikmati kesakitan dengan tenang berdua dengan suami sahaja. Kalau ke hospital, mana nak dapat macamni, masuk wad duduk jelah atas katil tu. Bukan suami boleh teman sepanjang masa.

28.8.2017, masih sama contractionnya. 8 minit sekali dan agak sakit. Mula stress sebab baby tak keluar-keluar. Sangat penat sebab tak cukup tidur. Dah dua hari lebih sakit. Suami pun tak cukup tidur sebab bila tak tahan sangat sakit, saya kejut suami minta suami urut. Saya mula stress sebab hari ni suami ambil cuti untuk tunggu baby lahir, tapi tak juga lahir, saya takut untuk layan contraction sorang-sorang kalau esok suami pergi kerja. Nangis, suami pujuk tenangkan. Suami kata takpe, ambil cuti terus. Lagi dua hari je kerja. 31.8 cuti merdeka, 1.9 cuti aidiladha. Barulah tenang hati saya. Sambil-sambil melayan contraction yang menyakitkan, saya cari pasal long labor, apa nak buat. Pujuk baby cakap dengan baby minta baby keluar. Rasa lapar, makan, rasa haus minum. Cuba untuk rehat supaya ada tenaga. Suami belikan air kelapa, bekalkan electrolyte. Layan je rasa sakit tu. Tukar posisi, berjalan solat macam biasa. Rasa bosan dirumah sepanjang hari, mood gembira tu hilang. Saya bagitahu suami, nak keluar jalan-jalan sebab baca forum orang putih kata lama lagi nak bersalin kalau macamtu gayanya. Malam tu suami bawa pergi pasar malam. Seronok sangat rasa, dapat oxytocin. Setiap kali contraction datang, berhenti kejap Tarik nafas, lepas tu teruskan perjalanan. Bila berjalan memang terasa kurang sakit contraction. Atas motosikal pun layan je contraction. Tarik nafas hembus. Malam tu cakap pada suami, kalau esok tak keluar juga, jom jalan-jalan mall. Terkejut suami.

29.8.2017, waktu subuh layan contraction macam biasa. Dah mula kerap. Pukul 9 pagi sakit datang 3, 2, 1 minit skali. Sakit lama pula tu. Sakit yang sangat sakit. Tak tertahan rasanya. Layan sakit dengan posisi all four sambil suami urut-urut. Sesekali tukar posisi squat nak cepatkan bukaan, tak boleh lama squat, kaki penat. Nak bergerak pun sakit sangat-sangat, tapi saya rasa selesa sebab rumah sendiri kan. Nak ke tandas, nak makan ke minum ke tak ada masalah. Dalam pukul 10.45 pagi terasa urge tu push. Hilang sakit contraction yang tak tertahan tu. Saya masih tahan untuk meneran, cuba breath out baby. Teringat tips, kalau tak boleh tahan baru meneran. Terlupa relax jaw open mouth. Haha. Tulah pentingnya pergi kelas. Saya kawal pernafasan dalam masa sama meneran juga. Masa ni tak tahu adakah di penghujung, adakah baby akan keluar. Dengan penat 3 hari contraction yang sakit. Saya betul-betul tak sabar untuk keluarkan baby. Jadi saya meneran sambil kawal pernafasan. Bagi baby oxygen. Suami berkali-kali pesan, kawal pernafasan, tenang sambil urut belakang dan pinggang saya. Gatal teran sangat, kang dah koyak. Lepas keluar kepala baby, badan meluncur keluar. Terasa baby bergerak turun dari perut keluar. Saya beranak posisi all four. Tepat pukul 12 tengahari Baby organik kami lahir, alhamdulillah tepat 40 minggu lahir. Dengan masih basah ketuban lagi, suami azankan baby kami. Tak sedar, saya menangis terharu melihat putera sulung kami lahir. Alhamdulillah kami berjaya gentle homebirth dengan ilmu. “Eh abang, baby laki la”, saya bagitahu suami. Kami baru tahu jantina baby setelah dia lahir. Selepas azan, saya bonding dengan baby dengan uri yang belum keluar. Suami tahnikkan baby. Sesekali cuba meneran uri sambil berbaring. Alamak, susahnya, macamanalah nak teran baby sambil berbaring. Saya squat, dengan sekali teran secara lembut jatuh uri kebawah. Sambung bonding dan susukan baby sambil DCC. Alhamdulillah dapat DCC 6jam untuk baby kami.

Alhamdulillah, kelahiran yang saya rasa sangat menyeronokkan. Darah keluar tak banyak lepas melahirkan. Saya rasa bertenaga. Ke tandas, mandi bersihkan diri. Boleh berjalan turun tangga pergi ke kereta tanpa rasa sakit. Petang tu saya ke hospital untuk potong uri dan jahit koyakkan. Layanan yang saya dapat sangat mengganggu emosi dan fizikal saya.Tak apalah jahit sikit, nanti pergi kelas menuntut ilmu lebih lagi insyaAllah. Baby pun mudah diurus semasa pantang, tak banyak ragam. Semasa pantang hari ke 30 kami serumah diuji dengan selsema batuk yang teruk, ibu mertua saya demam. Berjangkit dari seorang ke seorang, tapi Alhamdulillah baby organik kami sihat wal afiat.
Tapi betullah kata akak-akak doula, bila dah dapat gentle birth memang rasa ketagih nak bersalin. Dalam pantang duk fikir, sempat ke kalau nak bersalin lagi tahun depan. Haha. Seronok sangat lalui proses bersalin, itu yang sakit, ada koyak, long labor pula tu. Kalau yang bersalin tak rasa sakit macamanalah rasa dia. Lepas ni bersalin memang azam sungguh nak usaha dapat intact perineum, tak mahu jahit. InsyaAllah. Sakit betul kena jahit.
Kenapa pilih untuk bersalin di rumah?

Sebab saya harapkan gentle birth dengan posisi mesra graviti ditemani suami tanpa gangguan orang luar dan dadah-dadah penahan sakit, nak rasa beranak secara fitrah, ikut kata hati bukan kata doctor atau nurse dan nak Delay Cord Clamping untuk anak saya. Rasa gerun mendengar cerita-cerita trauma orang bersalin di hospital dengan kesilapan staf hospital secara sengaja atau tidak sengaja.
Kak Jannah selalu pesan, tawakkal pada Allah, tapi ramai orang tawakkal pada doctor. Sampai masa, serah diri. Serah tadah pasrah. Biarlah apa yang doctor nak buat pada diri kita sebab doctor lebih tahu katanya. Nak induce ke, nak caeser ke, biarlah asalkan selamat. Badan kita, kitalah patut lebih tahu tahap kesihatan kita, kita yang menjaga. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita, tawakkal dan usaha cari ilmu. Kalau ikutkan saya sepatutnya kena serah diri lebih awal, tapi saya tahu tahap kesihatan saya. Saya tak mahu paksa kalau baby belum sedia keluar.

Bukan mudah nak gentle birth, nak kena tahan nafsu makan, nak kena ambil tahu sayur buah apa lagi nak makan sebab nak bagi cukup vitamin dan folate untuk baby. Tahan diri dari ambil gula, tepung dan makan ringan. Kena bersenam dan aktif jangan malas. Kena tahu kenapa baby boleh berak dalam perut, kenapa baby boleh lemas, bagaimana nak atasi semua tu. Semua kena cari, kalau masuk kelas senang, cikgu-cikgu ajar. Semuanya kena buat sebab tak mahu serah tadah pasrah. Orang lain tak perlu jaga kalau nak serah tadah pasrah, cukuplah makan vitamin yang KK bagi, bermalas-malasan. Makan banyak-banyak masa mengandung, makan sedap-sedap sebab masa pantang 40 hari tak boleh makan sedap. Sebenarnya banyak makanan sedap dan sihat, Cuma kita nak ke tak nak.

Akhir kata, jangan tiru aksi ini kalau belum menuntut ilmu. Tuntut ilmu, belajar jangan mudah ditipu. Semua orang boleh merasai kelahiran secara fitrah, tak perlu beranak dirumah. Dimana-mana kita boleh gentle birth, hanya tinggal untuk menuntut ilmu dan mempraktikkan sahaja. Jom sama-sama gentlebirth. 

4 comments:

  1. Salam perkenalan sis, Saya liza, hamil anak kedua, minggu ke-35, dan disahkan ada gdm pd khamilan 28 minggu, tp skrg sy control on diet, alhamdulillah gula dlm darah normal. Saya berhasrat untuk vbac ataupun gentle birth, tp disebabkan sy ada kencing manis katanya,saya x bleh bersalin overdue. Dan skiranya x bersalin shga due, doktor tlah booking untuk sya caeser. Disini saya ingin bertanya sis, apakah tindakan saya sekiranya saya menolak untuk serah diri kpd doktor pada tarikh admit untuk operation.? Kalau bleh sya berharap bersalin kali ini xde unsur paksaan biar baby kuar bila dye dah bersedia. Saya juga teringin nak gentle birth, tp hasrat tu takut nak sampaikan kpd doktor. Maklumla doktor hanya memilih untuk operation shj. Jd apakah sya perlu berdiam diri shja jika telah overdue dan hanya menunggu shga sya rasa dah ada sakit bersalin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Cadangan saya mungkin boleh cuba rujuk doktor yang lain yang menyokong gentle birth.. Liza boleh join group di fb, group gentle birth malaysia, dalam tu mereka ada berbincang hospital dan doktor mana yang sokong gentle. Untuk nasihat lain boleh rujuk doula hayati muzaffar di fb. :)

      Delete
  2. Nasihat saya jangan jadi bodoh. Bukan semua orang layak buat gentle birth lagi-lagi tanpa bantuan pakar.

    ReplyDelete
  3. Hai saya sekarang 38 minggu dengan keadaan saya di negara orang ni kira anak ke 5 semua lahir normal,bole bagi tips mcm mna kalau saya inginkan kelahiran di rumah kerana keadaan kos yg tinggi di australia kerana medicare card saya belum ada..saya memilih untuk bersalin di rumah kerana tiada cara sdh dengan kos yang tinggi memang saya x mampu..bole saya tanya sekiranya sayaelahirakan di rumah mcm mna dengan keadaan tebuni baby biarkan saja selepas kelahiran baru bawa kehospital untuk di potong tali pusatnya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...