
klik!
Sunday, July 31, 2011
On The Way Balik Umah

Main-main
Friday, July 29, 2011
Ego

2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.
Thursday, July 28, 2011
Sabarlah...
Monday, July 25, 2011
Sakit?

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.
Agak-agak beruntung tak kita(orang yang sakit)? Kita baru diuji sikit, dah nak mengaduh. Umat terdahulu lagi parah. Umat sekarang pun, saudara kita di Palestin. Bagaimana mereka diuji? Hilang tempat tinggal, hilang harta, hilang keluarga, akhirnya hilang nyawa. Itu yang mereka harapkan SYAHID FI SABILLILLAH. Tujuan utama mereka hidup di dunia. Tiada lagi yang mereka harapkan selain syahid, selain berjuang menyelamatkan masjidil aqso. Tapi kita? Baru sakit kepala, dah merungut.Sekarang sibuk bina masjid, masjid kristal la, replika masjid la. Kiblat pertama tak selamat lagi. Tak jadi salah banyakkan rumah Allah, tapi agak-agaklah. Masjid Kristal tu, buat di pulau, siapa je yang ada? Nak solat Jumaat pun tak boleh. Baik guna duit tu derma untuk Palestin.
Kadang-kadang kita sibuk mendoakan diri sendiri, sehingga lupa untuk mendoakan saudara kita. Mak ayah, memang kita doakan, sahabat. Tapi saudara kita di Palestin yang berjuang mati-matian memperjuangkan Islam? Apa kita bagi untuk mereka? Derma? Kalau kedekut tahi hidung masin tu, tak payah nak sebut derma la. Qunut nazilah, berapa kali kita amal? (Pesanan untuk diri sendiri) Mereka tak harap apa pun, selain doa dan doa. Tak terasa ke kita? Kita orang Islam, tapi biarkan sebilangan kecil je yang memperjuangkan Islam. Kita berfoya-foya, bermain-main lagi. Yahudi kalau diikutkan, bilangan paling sedikit di muka bumi ini. Tapi mereka berjaya. Kita je kena tipu, diperdaya oleh mereka. Kesian.. Kesian..
Entri kali ni pasal sakit, hurai punya la panjang sampai ke Palestin. Setakat ini sahaja entri kali ini, andai ada kata yang mengguris hati, mencalar perasaan. Maafkan penulis. Ana asif. :) WAllaua'lam....
Friday, July 22, 2011
Nostalgia



Menyusahkan Atau Menyenangkan?

Thursday, July 21, 2011
Serius ^_^

Wednesday, July 20, 2011
Kenangan Bersama RAMD
Tuesday, July 19, 2011
Nasyid

Cerita Cinta

Monday, July 4, 2011
Bisnes ^_^
عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ: أَيُّ اَلْكَسْبِ أَطْيَبُ? قَالَ: عَمَلُ اَلرَّجُلِ بِيَدِهِ, وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Daripada Rifa’ah bin Rafi’ bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya: “Manakah usaha yang lebih baik? Baginda menjawab: “Kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli mabrur.
Ni hadith yang dipelajari kat sekolah, dalam pelajaran Pendidikan Al- Quran dan As-sunnah (kalau tak silap) kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.. Banyak faedahnya... Tingkatkan ekonomi Ummat Islam.. macam-macam lagi..
Penulis ni menjahit apa yang mampu sahaja, maklum je la, mesin jahit rosak. semua kena jahit tangan.. setakat ni, penulis jahit purdah, ramai jugak yang menempah, terutama budak asrama. (kamceng betol dengan budak asrama ni, padahal duk asrama setahun je)... tapi kerana bosan, penulis pun buat la benda ni..
tahu tak apa benda ni? Penulis pun tak tahu nak bagi nama apa. Benda ni orang biasa buat guna bengang besar, senang sikit, tapi penulis degil, nak guna benang kecik.. giler payah! tapi ok je. hehe.. makin rabun mata ada la.. yang nama FATIN ni, kawan adek penulis. BUDAK-BUDAK SUKA MEMBAZIR DUIT! tapi ok la, orang besar DAPAT DUIT!.. lepas sorang buat, sorang lagi nak. erm.. penulis kesian sebenarnya kat budak-budak ni... benda ni penulis jual dengan harga seringgit (bab-bab harga memang tak reti nak letak). tapi budak-budak ni cakap "okey! murah!"... huh? anak orang kaya gamaknya. ada satu lagi benda yang penulis jahit, tapi tak ambik gambar lagi. kawan kepada sepupu penulis(yang sama umur dengan adek) pun mintak. banyak plak tu. HAIRAN! sekarang ada 5 permintaan tak siap lagi, sebab.... MALAS! malas nak mulakan, kalau dah mula, payah nak berhenti..
ok la, jam dah pukul 6.15 pagi, nak pergi sekolah plak.. sempat lagi update blog.. huhuhu.. nanti kalau ada masa, nak upload gambar purdah yang penulis jahit.. insyaAllah..
ILLALIQA' semua.. selamat belajar dan selamat berjaya.. doakan kejayaan penulis yek.. :D