klik!

Monday, August 29, 2011

Tabarakallahu minna wa minkum..


Bismillahirrahmanirrahim..

Teringin juga untuk mencoret sesuatu di akukaklong pada malam raya ni. Maaf dan ampun dipinta andai ada terguris dengan kata-kata penulis. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan buat kita, dan sebagai titik permulaan untuk bahagia. (bahagia?) Bahagia bersama keluarga, bersama sahabat, bersama adik-adik, bersama kakak abang, dan bersama suami dan isteri (bagi yang baru berumah tangga) bersama cahaya mata pertama. Seronok kan?? tak kurang juga yang berhari raya tanpa insan tercinta.. Pemergian yang sungguh menduka cita. Semoga kuat dan tabah! Setiap ujian yang Allah bagi adalah kafarah dosa. Bergembiralah kalian kerana dosa kalian sedang berkurang. (apesal la post kali ni serius semacam).


"Tabarakallahuminna wa minkum" dalam banyak-banyak mesej yang penulis terima, ada dua je mesej yang ada ungkapan ni. Selama penulis hidup, form 4, tahun lepas baru tahu kewujudan ungkapan ini. Tu pun sebab ada MFB, ada seorang user MFB buat status. Sepatutnya kita sebagai ummat Islam melazimkan ungkapan ini. Bukan sekadar "Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin". Seingat penulis ada kisah di sebalik ungkapan tu. Tapi dah lupa, hehe.

Sebenarnya tak ada benda penting pun yang nak dipostkan malam ni. Lepas buat post ni, nak sambung menjahit. Duk sibuk jahit tudung orang, tudung sendiri tak terjahit. Assalamualaikum warohmatulahiwabarokatuh! :)

Friday, August 26, 2011

Usrati MFB geng lama..


Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh..
Dah setahun ukhuwah kita terbina.. Manisnya lebih daripada manis madu... Apatah lagi manis kurma.. Maniskah kurma itu? hehe. Dek kerana bosan menunggu masa habis jawab exam PQS, penulis pun lukis benda ni.

Friday, August 19, 2011

Istikharah Cinta

Terdengar lagu ni semsa blogwalking. Istikharah cinta. Sebut pasal istikharah, teringat kepada dia, nostalgia lama yang perlu dilupakan.. Semoga Allah pertemukan diriku dengan istikharah cintaku... Ameen..

Wednesday, August 17, 2011

Diri Yang Terleka



Duhai diri yang sangat pelupa..
Uban belum memutih dikepala..
Tapi pelupanya mengalahkan insan lama..
Hai..
Diriku... Sudahlah..




Sudah menjadi kemestian bagi seseorang, LUPA akan sesuatu yang tersangat penting. Lupa akan nikmat yang dikurniakan Allah. Lupa pada hikmah yang ada disebalik ujian yang diterima. Lupa untuk muhasabah setiap hari. Lupa untuk mengingati Allah. Lupa untuk menjadi orang yang sabar. Lupa untuk menjadi orang redha. Lupa untuk beribadah seikhlas mungkin. Lupa untuk menghargai jasa ayah bonda. Lupa untuk menjadi kakak yang solehah. Lupa untuk jadi sahabat yang prihatin. Lupa dan terus lupa... Alpa dan terus leka.. Ya Rabbi, diri yang tersangat lemah.

Bulan Ramadhan sudah di sukuan akhir, tak terasa pun hadirnya Ramadhan. Kini terpaksa menerima kepergiannya pula. Alangkah indahnya andai setiap bulan, bulan Ramadhan. Bulan yang memaksa diri ini beribadah. Paksaan demi paksaan sedikit sebanyak mengajar diri untuk ikhlas. Pengorbanan demi pengorbanan, mengajar erti perjuangan. Sedihnya bila mengenangkan diri dari awal Ramadhan yang selalu leka dan tidak berusaha untuk berubah. ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR??... Akan ku minta lagi pada Allah supaya lanjutkan Ramadhan kali ini.. Lanjutkan Ramadhan ini hingga akhir usiaku...
Adakah aku hipokrit? persoalan yang selalu menghujani benak. Jawapannya : Entahla. Kadang-kadang kita inginkan kebaikan, dalam masa yang sama kita terleka. Bila terleka, orang akan tengok dan orang akan set dalam mind, kita sebegitu orangnya. Tapi bila dah muhasabah diri, bila dah kembali kepada fitrah yang sebenar(ye ke?) . Orang cakap, tak payah nak hipokritlah, aku tahu siapa kau. Sedih? Itulah manusia(termasuk diri penulis yang masih wujud sebagai manusia), suka memandang keburukan berbanding kebaikan. Keburukan disimpan dan dijadikan kenangan. Sedangkan kebaikan dibuang macam sampah, dialir bagai air sungai yang mengalir ke laut.

Layakkah kita menghukum orang? Sedangkan menghukum itu tugas Allah. (Harap faham, bukan hukuman jenayah atau hudud ni). Menghukum seseorang yang pernah melakukan kesilapan. Dah buat silap sekali, bermakna dia akan buat silap selamanya?? Layakkah kita? Kita pun tak tahu selama mana hidayah yang Allah bagi ini akan kekal pada kita. Tak mustahil dengan sifat angkuh kita, sombong dan takabbur kita, Allah tarik balik hidayah. Pada ketika itu, kita akan teraba-raba dalam gelap mencari sesuatu yang tersembunyi jauh. Me
ncari nur. Bukan nur kasih, tapi nur hidayah daripada Allah.
Payahnya bila sudah dikuasai nafsu. Seolah-olah terbelenggu daripada melakukan kebaikan. Dipujuk pujuk hati, tapi masih degil. Ya Rabbi! Nak sental dengan apa lagi ni? Usaha dan terus usaha mendekatkan diri dengan Allah. Juga berdoa supaya hati lembut. Amalkan surah taha ayat 1-5. InsyaAllah, lembutlah dengan izin Allah.



Bulan Ramadhan, bulan yang sibuk dengan exam. Trial SPM, sebulan penuh merampas ramadhan. Sampainya hati trial ini. (Walaupun trial tak ada hati) Beza pula dengan adik penulis yang belajar di pondok. Sebulan ni cuti, balik rumah. MasyaAllah! Seronoknya! Sebenarnya tak ada la sibuk sangat, cuma sengaja menyibukkan diri. Sibukkan dengan tidur.. hoho.. CMR terbengkalai gitu je. Ada juga sahabat minta sambung. InsyaAllah nanti abis trial penulis sambung. Post kali ni macam pelik je, post sambil chat dengan kak punur. Tu yang rasa pelik. tak apa lah, pelik-pelik pun blog sendiri.



Saturday, August 6, 2011

Kak Long Nok Gi Palestin?



Gambar adik.. Muhammad Aimanuddin..


"Kak Long nok gi palestin?", tanya adik penulis yang bongsu, darjah satu(dalam gambar). Baru lepas berbuka, duduk depan tv, penulis sembang-sembang. Kebetulan pagi tu tengok MHI sebut pasal bantuan ke palestin. Penulis memain je cakap nak pergi palestin, nak gurau dengan adik ke2(form2), tapi adik bongsu je yang peka. Yang lain buat dunno. "Kak Long jangan pergi la", (sudah di translate) Adik merayu-rayu. Penulis lagi la rasa nak main-main. "Kenapa? Biarla, Aiman main la laptop kak long. Kak Long nok gi jauh",Penulis jawab, sambil membelai Aki(meaw). Muka Aiman sayu, matanya mula berkaca. Rasa nak tergelak pun ada, tapi mata ni rasa nak menangis jugak bila tengok adik camtu. Cover, cover, jangan nanges.

"Mok, betul ke kak long nok gi Palestin?", Aiman tak puas hati, dia tanya mak. Mak menafikan, ish! tak boleh pakat la dengan mak. "Kak Long jangan la pergi, nanti kena tembak, Kak long mati la",Aiman terus memujuk. Makin dia pujuk, makin rasa nak permainkan dia. "Esok kak long nak gi, naik moto ke lapangan terbang. Aiman tunggu la". "Kucing sape nak jaga? Sekolah kak long?" Pujuk lagi. "Aiman la jaga kucing, nanti kak long sekolah di Palestin la". Macam-macam alasan dia bagi, nak pujuk penulis jangan pergi Palestin.

Bukan alasan tu yang nak dijadikan cerita, tapi... Pengetahuan dia pasal Palestin tu. Sayang juga dia kat kak long dia.. hehe. Bila macam-macam alasan yang dia bagi, macam-macam pujukan dia buat, bermakna dia tahu keadaan Palestin. Sekurang-kurangnya dia tahu, walaupun dia tak nak pergi. Dia tahu yang Palestin tersiksa, tak aman-aman. Darjah satu, tak semua budak darjah satu tahu pasal ni.

Penulis, masa tu gurau dan tak ada yang layan pun, tapi dia ambil serius pula. Nampak kepekaan dia. Tengah-tengah malam, kesian plak. Pukul 2.30 pagi, "Kak Long tak pergi Palestin la, Kak long tipu je",dengar suara mak. Sampai mengigau adik penulis. Kesian dia. Malam ni penulis tidur dalam bilik, dia pun tercari-cari. "Kak long tak dop, Abang Mir takdop", Alahai,, kesiannya.... Im sorry, tapi nak usik lagi!

Semoga adik penulis, Aiman jadi Mujahid. Bebaskan Palestin suatu hari nanti, jadi seperti Salahuddin Al-ayubbi. Sejak kecil didedahkan dengan isu Palestin, insyaAllah, dah besar rasa nak berjuang demi keamanan Palestin. Tahu keadaan Palestin. Kalau didik dari kecil, semuanya jadi mudah. Sebab tu penulis tak manjakan sangat adik bongsu tu. Nak manja, manja dengan mak. Dia tak pakai seluar, nampak je kak long jeling "Kejap kak long, nak cari seluar". Takut dicubit. Jahat tak kak long? Hehe, Manja dengan mak ayah je la, kak long jadi pendidik, insyaAllah. Kalau mak ayah tak ada(keluar gi jalan) barula boleh manja, manja pun kena dengar kata yek.

Budak-budak ni, kalau tak ada mak ayah, dia jadi reti, jadi pandai. Masa mak ada, tak nak solat. Bila mak tak ada, ajak je, "Aiman semayang same". Terus dia ikut. Senang je kan? Abang-abang dia pun, kalau tak pakai baju, memang kena cubit la. Adik yang ke2 tu, dah tak boleh dicubit, dia tak rasa. Kena tumbuk je atas belakang. Ayuh la para mujahid! Adik ke4, hurm... Perempuan, malas nak cerita.

Thursday, August 4, 2011

Duhai diriku..




Duhai diri..
Bangkitlah dari mimpi..
Mimpi yang hanya dusta..
Mimpi yag melalaikan..
mimpi yang membuat kau jauh dariNya..

Duhai diri..
Usah kau kejar cinta sementara..
Cinta manusia dusta semata..
Cinta yang hanya buat kau derita..
Cinta penambah duka..

Duhai diri..
Tanam dalam dirimu azam..
Azam untuk lupakan dia..
Azam untuk bina bahagia..
Bahagia bersama Sang Pencipta..

Duhai diri..
Cukup sudah kau derita..
Kerana kata nista..
Kerana makian si dia..
Kerana hinaan manusia..

Duhai diri..
Kembali padaNYA..
Sepertimana dulu..
KAU CUMA CINTA DIA..
Kehangatan cinta yang menitiskan air mata..
Sebak! Sayu! Pilu!

Dulu kau cinta DIA..
Tapi cinta itu kian pudar..
Kerana dunia..
Katakan "Aku benci dunia!"
Aku ingin cepat menemuiNya..



Puisi ni penulis jumpa dalam diari, dah lupa bila tarikh buat..
tak perasan langsung, alang-alang dah on9.. post je la..

Bila sekali diri terleka, payah untuk kembali ke pangkal jalan..
Kerana segala yang terjadi akan tinggal kenangan..
Kenangan yang mustahil untuk dilupakan..
Kerana di sebalik kenangan ada makna..
Makna yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata...
Cuma hati dapat merasa..
Cuma perasaan yang terluka..
Cuma mata yang meronta..




Tuesday, August 2, 2011

Muda kita kemana?




Bismillahirrahmanirrahim..



Post kali ni dimulakan dengan firman Allah surah Al- Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud...

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Mujadalah 11)

Cuba hayati makna perkataan yang di bold. Fikir fikir. Ok, dah! Penulis ada satu cerita nak kongsi. Petang tadi, sebelum asar, adik angkat penulis call. Dia cakap, ada sheikh datang di sekolah dia, sheikh tu dari syria. (aiseyh, syria yang nostalgia) Pastu, adik penulis cakap, sheikh ni, umur dia 19 tahun baru. Sekarang bergilir-gilir jadi imam di masjid-masjid. Malam ni jadi imam di seberang takir (kampung haz). Kagum penulis bila di sebut umur dia, 19 tahun! Beza 2 tahun je, dah la hensem (adik angkat penulis cakap). Nama tak sempat tanya.19 tahun. Masa muda dia di habiskan dengan benda yang berfaedah. Belum sampai 20, dah boleh digelar ulama'.

Masa muda kita, cuba tepuk dada tanya iman, apa yang kita isi sekarang?? Yang sudah tidak muda lagi, tepuk dada tanya iman, dulu apa yang dibuat, masa muda-muda? Berfoya-foya dengan perempuan?? mengorat? bercinta?? bermain?? lagi parah kalau bermaksiat! Nauzubillah! Ini yang akan kita jawab depan Allah di akhirat kelak?

Masa yang kita ada ni rugi kalau kita tak salurkan ke arah kebaikan. Hidup kita di dunia ini, kejap je, tak lama. Nanti di akhirat kita hidup kekal selama-lama-lama-lamanya. Berkorban sikit untuk agama, apa la sangat nak dibandingkan nikmat yang Allah kurniakan. Menuntut ilmu itu wajib, dan dikira jihad. SubhanAllah, budak sekolah sedang berjihad!

Belajar, belajar, belajar.. ada yang bercita-cita nak jadi doktor, ada yang nak jadi arkitek, ada yang nak jadi peniaga. Terserah cita-cita apa, yang penting jangan lupa syariat yang Allah tetapkan. Sesiapa yang nak jadi doktor, penulis sarankan baca buku 'denyut kasih medik' hasil karya Dr Farhan Hadi. Bagus buku tu, berkerja sebagai doktor, pada masa yang sama menjadi daie. Hebat! Digandingkan pula dengan isteri tercinta yang mantop dari segi penulisan. Fatimah Syarha, nama yang ungul dikalangan para peminat buku. Seorang pensyarah, pada masa yang sama turut menjadi daie. Ya Rabbi! Hebat hamba-hambaMu ini! Kelantani wa Terengganui.. Bertemunya mereka tidak diduga. Membina cinta halal yang bahagia. Aduh! kembali kepada topik.

Menuntut ilmu, Allah angkat darjat. Pepatah arab ada menyebut "Utlubul I'lma Walau Fisin" (tuntutlah ilmu walau ke negeri cina), Kenapa cina? Sebab pada masa tu, cina merupakan sebuah pusat ilmu yang maju, (boleh la belek buku sejarah form 4) "Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad". Maknanya tuntut ilmu dari kecil, dalam buaian. Walaupun dalam kandungan lagi boleh menuntut ilmu, tapi pepatah arab ni menunjukkan bahawa tuntutlah ilmu dari kecil. Tu yang nak ditegaskan. Kita kecil ke? tak kut. Muda memang muda, tapi bukan kecil. Tak terasa ke, bila penulis sebut syabab syria berumur 19 tahun, sudah digelar ulama'. Tak rasa tercabar ke?

Masa muda kita, akan dipersoal di akhirat, semua benda yang kita lakukan akan dipersoal. Dari firman Allah, kita boleh faham bahawa Allah mengangkat darjat orang yang beiman dan berilmu. Iman, Ilmu. Iman kekadang turun, kekadang naik. Yang berhak menurun dan menaikkan iman adalah Allah S.W.T. Tapi, tanpa usaha bagaimana iman akan naik? Usaha untuk tingkatkan iman tak ada yang lain selain mujahadah. Sikit-sikit perjuangan yang diselit dalam post, gini la.. Dah nama pun mujahidah, benda ni jela yang ada dalam kepala.

Ilmu.. Masa muda rugi kalau kita tak isi. Masa ni kita sihat, kita lapang. Yer, ramai remaja merungut, masa tak cukup. Padahal kita dah diberi masa yang sangat banyak. Cuba tengok mak ayah kita, cari rezeki, nafkah, nak masak, kemas rumah, urus rumah tangga, bil air, bil letrik, bil kereta, anak-anak nak dididik, isteri nak di tarbiah. Tu belum masuk yang berpoligami. Sibuk! Masa yang ada cuma sedikit. Kita yang remaja, tak ada bini, tak ada laki, tak ada anak, duk sibuk cakap tak ada masa, busy la. Macam-macam. Rugi la kalau kita tak luangkan masa sekarang untuk kutip ilmu Allah yang ada di muka bumi ni.

Tuntut ilmu bukan untk digelar ulama', bukan untuk digelar sheikh, tapi untuk menjadi seorang a'lim. Orang yang berilmu. Masa muda ni fikiran tajam, macam-macam boleh ingat. Ilmu yang kita belajar sekarang boleh kita praktikkan masa akan datang. Disamping menuntut lagi, tuntut dan tuntut. Sebagaimana pepatah arab yang disebut tadi. Sehingga liang lahad.

Kematian, sesuatu yang menggerunkan bagi sesetengah orang. Ada pula yang menanti-nanti hari kematian itu. Tapi hari itu tak juga muncul. Ku harap syahid untuk diriku. Bukan itu yang ingin dibincangkan, tetapi dalam menunggu hari kematian, hari terakhir di dunia. Takkan la kita tangan kosong je, bertemu Allah. Bekalan mana?

Hidup di dunia ini sebagai musafir yang ingin menuju ke destinasi. Destinasi pula akhirat, yang mana perlukan bekalan. Bekalan baik yang dibawa, maka kita ke syurga. Bekalan buruk yang dibawa, ke neraka la kita. Nauzubillah! Masa muda seolah-olah separuh daripada hidup kita, kadang-kadang lebih! Masa ni mungkin menjadi penentu dimana kita di akhirat kelak. Usaha dan usahalah untuk menjadi yang terbaik di mata Allah.

Semoga sahabat dan penulis mendapat ilmu yang bermanfaat di dunia agar menjadi bekalan di akhirat kelak.. amen ya Rabb

(post ni macam pening, kalau pening ignore jep)

Monday, August 1, 2011

Puasa


Dengan nama Allah yang Maha Pemberi kurnia...


Alhamdulillah.. Dah sempurna satu hari berpuasa, ada 29 hari lagi insyaAllah. Hari ni berbuka dengan kurma 2 biji, air suam, roti john yang di kerat-kerat 2 potong, karipap, kuih kuning.. tak tahu nama apa (kuih bersih kot). Macam banyak je bila senarai. Nasi penulis ingat tak nak sentuh sepanjang bulan puasa ni. Mula-mula ingat nak makan kurma dengan air suam je, tapi entah kenapa, nafsu ni rasa nak makan benda-benda lain tu. (haiih nafsu, kalaulah aku boleh bunuh kau)

Rasulullah berbuka dengan buah tamar je, jadi penulis nak usaha jugak biar jadi macam Rasulullah. Doa-doakan yek, mudah-mudahan berhasil. Ameen. Cuba bayangkan ni ramadhan terakhir untuk kira, rugi rasanya kalau tak hidupkan sunnah rasulullah. Bulan yang mulia penuh berkat ini, usaha untuk perbanyak sunnah, perbanyak ibadah. Semoga amalam-amalan kita diangkat oleh Allah S.W.T.

Jadikan puasa kita ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari semata-mata, selepas terbenam tak payah tahan ke? Maksudnya jangan makan lebih-lebih sehingga kenyang. Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dah sendawa sekali tu, cukup-cukup la makannya. Amalkan sunnah semasa makan, cara nabi duduk. makan guna 3 jari. jilat jari lepas makan. Maaf, hujung jari sahaja yek. Jangan djolok sampai ke halkum pula, kang termuntah, sape nak jawab?

Mentang-mentang masa siang tahan lapar, dah berbuka, berbuka sakan. Makan tu makan ni, sampai lupa dunia. Ya Rabbi! Semoga dijauhkan. Bersederhanalah dalam segala-galanya. Kesederhanaan ni la yang akan membuahkan kebahagiaan. Kalau tak percaya, cubalah! Rasa redho je dengan segala-galanya. Ada makanan kita makan, tak ada kita makan yang ada. Tak ada jugak. telan air liur sudah. (ni bab makan). Didik supaya dalam diri kita ada sikap qanaah, zuhud. Siapa tak nak jadi orang zuhud?

Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "
Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

semoga kisah ini jadi renungan buat kita. Semoga dapat kita kawal nafsu makan (pesan buat diri sendiri jugak yang selalu alpa) bukan nafsu makan sahaja, nafsu-nafsu lain pun, insyaAllah. Syaitan sudah dibelenggu, musuh yang ada cuma nafsu. Nafsu jika didik dengan tarbiah, akan membentuk muslim yang bertaqwa.

Nafsu malas yang selalu menjahanamkan manusia pun perlu ditunduk. Aiseyh! malas belajow.. malas belajow... pergi skolah tidor, balik rumah online. ish ish ish. Harap-harap bulan ramadhan ni dapat mengubah diriku yang selalu leka, alpa, malas, lalai dan yang sama waktu dengannya. Jadi sahabati! Ayuh la para mujahid! ayuhlah para mujahidah! Kita berjihad! Walaupun bukan di palestin, Jihad perangi nafsu sebesar-besar jihad. Semoga denga jihad ini, kita syahid! (boleh ke syahid? herm...) Jangan menyerah kalah sudah..

ok la, dah nak pergi terawih ni, Assalamualaikumwarohmatullah.... Bergembiralah di bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan rahmat dan bulan utama. Bulan yang mana terdapatnya malam melebihi seribu bulan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...