klik!

Tuesday, December 20, 2011

Detik Terakhir Di asrama


Bismillahirrahmnanirrahim...
Sekarang tak ada mood lagi nak buat post yang berguna, cuma nak buat cerita. Cerita tentang kerinduan yang tiada penyelesaian. Rindu, rindu, rindu. Rindu asrama! Rindu SHAMS!

Kalau dulu, SHAMS tempat yang paling saya benci. Paling alergi. Memang anti dengan sekolah ni, asrama pun sama. Alasannya? Sebab terpaksa berpisah dengan rumah. Bab agama yang di pelajari disini tak kisah pun. Follow jer... Teringat dulu masa form one, selalu kutuk sekolah ni, benci la.. apa la.. masalah sosial la.. Padahal sekolah lain lagi teruk. Sampaikan pernah terfikir nak tukar sekolah. Betapa bencinya saya kepada sekolah ni. Sekarang dah saatnya saya tinggalkan bangunan yang penuh sejarah itu. Illaliqa' ya habibi SHAMS!! (with teary eyes)

Saya penghuni asrama yang kiranya kluk klek la. Masa form 1 dan form 5 je duk asrama. Masa form 5 pun selepas trial. Tapi, masa tu la sangat berharga. Masa yang entah kenapa JATUH CINTA PADA ASRAMA. Kalau dulu masa form1, saya selalu mandi pukul3 seorang diri, tapi kali ni mandi pukul 6. Pastu, lewat subuh. Kene bayar denda. Macam jahat je kan? tapi itu yang saya akan ingat sampai bila-bila. Ustaz buat macam ni pun untuk mendisiplinkan kita. Tapi sejujurnya kalau tidur di asrama, rasa macam tak nak bangun walaupun dah banyak tidur. Katil tu mendodoikan kita. Siapa yang ada masalah tak boleh tidur malam, tidur la di asrama SHAMS.

Saya cerita satu persatu yer, rindduuu sangat-sangat dengan asrama ni. saya cerita dari masa saya menjadi penghuni AP23 bersama AMY, SYER, TEAH. Masa jadi penghuni dorm ni, saya ditempatkan di katil atas. Memang tersangat-sangat malas memanjat katil ni. Jadi saya putuskan untuk study di bilik study je. Tak ada orang pun tak apa la, study seorang je. Saya tak suka menyusahkan orang, suruh teman, kalau nak, join la.. kalau tak nak tak apa. (acewah!)Semua buku-buku saya tinggalkan dibawah. beg sekolah pun sama. Naik dorm untuk salin baju je. Boleh kira berapa hari saya tidur dalam dorm, tu pun kalau ada sahabat yang baik yang sudi tumpangkan katilnya, hehe. Rindu nak tidur sesama. Amy, Teah. Ingat dop malam tu, malam jamuan dorm tu. Haha! sedihnyeeeee... kite tiga orang je takdop dorm.. Ya Allah! rasa nak keluar je air mata ni.. Kita baring tengok bulan same-same kat tempat budop laki main bola. Rinduunyaaaa!!

Ingat lagi, malam tu... Kita lari dari asrama, duduk kat block. Pastu makam pizza alif sambil dengor hot.fm. Pastu tiba-tiba Amy, Teah, dan Syer rasa sebak. Saya je yang rileks. Lama-lama rasa sayu jugak. Bila dengar form5 menjerit-jerit sebab dimain-mainkan adik-adik. Syer cakap, dia dari form1 lagi tunggu detik-detik camni. Tak pernah sangka benda ni terjadi. Nak merajuk, tak nak join, tapi tak ada pun adik-adik pujuk. Alahai... Boikot punya pasal. Tapi tak pe la, ada hikmah la tu kan? Kalau tak kita pun tak rasa malam tu. Baring ramai-ramai. Teah tidur atas riba aku! haha. Rindu rindu. Dalam pukul 12, baru kita naik dorm Hajatnya tak nak, tapi adik Amy dan kawan-kawan dia ajak. Malu, malu! Tapi naik juga. Sampai je kat pintu dorm, terus kena kotak beracun. Aduh duh duh. Amy kena tiru gaya Kapten aspura. Saya pun tak kenal kapten. haiih. Syer pula kena cium seseorang, cium budak form4. Menjerit-jerit budak tu, padahal cium tangan je. Bila Syer masuk dalam dorm dia tutup muka. Tak tahu kenapa. Trauma kot! haha. Teah plak kena bagi tau size terbesar _ _ _ _ dia. Kotak beracun punya kerja. Saya? Saya kena nyanyi je. Hobi febret, tak jadi masalah. Nyanyi sambil pegang penyapu, tapi lagi reka sendiri. Budak-budak ni cakap sedap lagi tu, tapi tak puas, sikit sangat. (Boleh percaya ke?) Malam tu kita tidur sama kan? Syer tidur katil dia. Katil Amy dan Teah dirapatkan, jadi saya pun tidur di tengah-tengah tu. Sakit gak belakang sebab ada lubang. Sakit kenangan tuh..

Malam-malam kan, saya selalu pinjam Water Heater Teah punya. Tuan dia tak guna sangat pun. Bawa heater tu turun bilik study la. Bilik study tu dah macam dorm sendiri. Tidur sana. Teringat satu malam, duduk sorang-sorang dalam bulik study tu, sambil pasang radio ikim. Peraturan sebenarnya tak boleh buka tapi inila kerja budak tak bertauliah. Buka juga, tak apa la kan, dengar tadzkirah radio ikim.. hehe. Dengar lagu laukanan bainana, tiba-tiba rasa sayu, sedih, sebak. Bukan sebab lagu tu, tapi teringatkan seseorang. Jadi, air mata pun dibiarkan mengalir begitu sehingga tertidur. Selalu kalau malam, saya minum kopi radix. Mai secawan! Kalau stok dah habis, minta dengan Meah je. Rinduu.. rinduu.. Nanti dah tak boleh buat macam tu lagi. Sebab mustahil untuk saya duduk si asrama SHAMS bersama sahabat semua.

Ni belum cerita pasal AP18. Kalau cerita jadi episod lain plak. AP18 happening sangat! dengan baiti, silmi, syeda, deyla, auni yang manis, nad, farahin pendiam, kosar,!! Dengan bolanya, Harimau Muda! Badrool! Hahaha. Muslim! sape lagi yer? lupa.. Dengan Kiminya! haha. Lawak bangat! i gonna miss those! (betul ke tak BI ni)

kita sambung lagi yer....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...