klik!

Thursday, February 23, 2012

Cinta Sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat zaman sekolah dulu-dulu(tahun lepas), saya bawa motosikal ke sekolah, ke tuisyen, jalan-jalan. Kemana sahaja dengan motosikal. Kalau dengan moto ni, pandangan kelihatan lebih jelas nak dibanding dengan kereta. Tengok langit, tengok sungai(sungai manir), pulau-pulau, kalau lalu jambatan duyong, mesti dapat tengok masjid kristal. Tapi bukan itu yang saya ingin cerita pada hari ini. Saya dapat tengok sepasang suami isteri tua, suaminya buta. MasyaAllah! Saya memang tak kenal mereka, tak tahu nama mereka, tapi selalu nampak mereka, kemana sahaja.


(gamba yang sempat diambil semasa saya membeli ikang di pasar manir.. sory tak jelas, kamera hudoh!)

Di pasar manir, di Kuala Bekah, hatta di bandar skalipun, pasar kedai payang. Selalu nampak, dan mereka berjalan untuk ke mana sahaja. Yang saya kagum adalah, mereka berjalan berpimpin tangan, dengan gurauannya. Ya Allah! cinta kekal subur walapun sudah di hujung usia. Tiada curang mencurang, ragu meragui, entah kenapa, tersentuh! Mampukah diri ini menjadi seperti itu bersama zauj kelak?? menyintai tanpa syarat? atau dapatkah zaujku mengekalkan cintanya kepadaku sehingga ke syurga?

Bercinta sampai kesyurga, pernah baca karya Ustaz Hasrizal? Karya yang sudah tiada pada saya, rindu untuk membacanya semula.

Bercinta sampai ke syurga, tertarik dengan ucapan Fatimah Syarha. Jika permulaannya dengan alasan yang rapuh, mampukah ia kekal utuh dan teguh? hingga ke syurga??
Dalam menuju gerbang perkahwinan, ada yang sudah melanggar syariat Allah. Alasannya, "alaaa, nati kahwin juga". Syariat tetap syariat, dan tidak mustahil dengan alasan ini, rumah tangga menjadi goyah ekoran badai datang menguji. Saat itu, tiada lagi cinta untuk dipertahannya, yang ada cuma EGO. EGO di tatang, untuk menang, menangkan diri sendiri melihat pasangan tersungkur rebah. Salah menyalahkan antara satu sama lain. Adakah ini cinta kerana Allah? Cinta sampai ke syurga?

Kaya, harta bukan kunci untuk bahagia, bukan kunci untk bercinta sampai ke syurga. Pernah kita lihat, hartanya bertimbun, suami, isteri, anak semuanya bekerja. Setiap kalu pulang kerja, ada sahaja rasa tidak puas hati. Rasa ingin marah, rasa benci dirumah, tiada istilah baiti jannati. Merungut, mengeluh, setiap hari. Marah anak, marah pasangan, walhal itu cuma perkara kecil. wajarkah cinta diabaikan kerana terlalu mengitkut emosi?? Indahnya sebuah akad tinggal mimpi...

Pernah saya lihat, orangnya sederhana, suaminya ustaz kerja sendiri, ajar anak orang mengaji. Duduk dalam jemaah, si si isteri pula membantu perjuangan suami. Rumah kecil, kereta kecil. Tiada sungutan, tiada keluhan. Yang ada kebahagiaan, ~~bersyukur apa yang ada, hidup adalah anugerah~~ Kagum melihat si suami yang tidak pernah meninggi suara, meski pada masa yang tertekan. Di mana letaknya EGO seorang lelaki? disimpan disorok, supaya kebahagiaan itu dapat dinikmati semua. "InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak tukar kereta baru la, kesian kalau ada orang tumpang. Sempit je", kata si suami semasa saya menumpang. Bahagia, nak dibanding berharta tapi... "Minyak kereta tu jimat-jimat lah!".. "Nanti kalau kawan tumpang kereta, mintak duit minyak".. berkiranya.... MasyaAllah! lebih-lebih.. Tapi tak jugak senang-senang. Ada sahaja yang tidak cukup.

Pasangan suami isteri di dalam gambar tu, pakaiannya lusuh, kainnya buruk, tongkatnya rapuh. Meski serba kekurangan CINTA itu tetap mekar, subur ke penghujung usia. Andai sahaja salah seorang tiada, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana. Mereka selalu bersama!! Cintai dia sampai syurga... dia anugerah daripada Allah, amanah untuk kita, hargai dia, cintai dia. Kerana dia... takdir kita.

Punca?
Kenapa tiada rasa bahagia, kenapa rasa serba kurang?
jawapan : hilangnya syukur, qanaah dalam diri. Allah bagi rezeki, simpan, bakhil! Rasa segalanya milik kita sendiri. Sedangkan yang lain ada bahagian dalamnya. Tanamkan dalam diri syukur, jangan terlalu mengejar dunia, akhirat sebagai tempelan dihujung kata.

Kenapa cinta makin pudar?
Jawapan : imbau kembali saat sebelum berumah tangga. Pernah menyalahi syariat Allah?? jika ya, bertaubatlah. Jika tidak, belek lagi apa yang kurang dalam diri. Jangan selalu berharap pasangan akan berubah, tetapi ubahlah diri sendiri. Belum terlambat untuk semua itu. Akhlak bagai mana? cara bergaul? Bertutur? Kalau setiap hari menengking, tidak mustahillah akan pudar cinta itu. Si suami akan bosan dengan leteran, bebelan isteri dan akhirnya....... mencari hiburan luar yang dirasakan lebih bermakna. Suami pula, kalau isteri meleter, jangan la melenting. Releks je, tarik nafas hembus. Meleter pun kejap je. Walaupun kejap, tapi BERBISA.. huahuahua.. Ajak isteri dengar kuliah ustaz azhar. Hehe, Utube ada.

Akhir sekali, fikir apa kekurangan dalam diri, perbaiki. Hidup dengan rasa syukur, jangan selalu bersungut dangan apa yang tiada, tapi gembira dengan apa yang ada.
Usaha dan terus usaha, jadi yang terbaik. Terbaik di mata Allah..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...