klik!

Monday, February 27, 2012

Husnuzhon

Manusia, manusia.. Kalau kita perasan, manusia ini sering mewarisi sifat-sifat buruk seperti mudah lupa, bersangka buruk, sombong, berasa gah dengan kelebihan diri. Kalau kita fikir secara logik, semua itu boleh diubah, dengan azam dan pelaksanaan. Dalam benak kita, sering mempersoal kenapa? kenapa? Sedangkan question mark "kenapa" ini tidak seharusnya menjadi question mark yang utama. Yang perlu dicari adalah penyelesaian, bukan punca. Untuk apa mencari punca yang tidak berkesudahan sedangkan masalah tidak pernah selesai. Kerana sibuk mencari punca kepada sesuatu permasalahan, Masalah itu menjadi bertambah rumit dan akhirnya menjadi major problem yang luar biasa. Hiperbola! perbandingan yang agak melampau saya gunakan, tapi tidak bermakna ini mustahil.



"Anak Cik Kiah tu, kenapa dia belajar jauh-jauh? Macamlah tak ada tempat dekat untuk belajar. Sengaja lah tu, nak hidup bebas. Tak ada orang kongkong"

"Anak Lijah tu, Kenapa belajar dalam negeri je? dekat sangat! tak padan dengan keputusan? tak laku ke sijil dia?"

Belajar jauh salah, belajar dalam pun salah. Itulah manusia. Sekadar mampu melihat sisi negatif daripada semua peristiwa. Tidak pula mencari sisi-sisi positif yang mampu membina buah fikiran yang jernih. Kalau kita mempersoal KENAPA ianya terjadi. Kita tak akan dapat jawapan yang benar-benar tepat. Pelbagai punca dan asbab yang diutarakan. Namun, tiada satu pun yang benar-benar dapat menerangkan secara terperinci. Ianya berpunca daripada individu itu sendiri.

1- kerana sudah terbiasa hidup dalam situasi negatif
2- manusia bersifat hasad dengki
3- ??

Sia-sia. Mencari punca yang tidak mampu memberikan impak.

Solusi?
Belajar untuk berfikiran positif, tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi kesipulan negatif yang boleh menjatuhkan seseorang. Belajarlah untuk memuji, bukan hanya mengkritik. Memuji itu satu cara yang dapat membantu kita berfikiran positif. Melihat sesuatu daripada kaca mata yang baik, dalam erti kata lain, husnuzhon!

Hati yang husnuzon yang selalu bersangka baik akan lari daripada masalah. Kerana setiap masalah yang ada, dia selalu yakin ada penyelesaian. Ada hikmah dan ada rahsia di balik semua itu. Jadilah husnuzhon kerana husnuzon itu membantu kita untuk menggapai kebahagiaan. Bukan dunia sahaja, malah akhirat juga!

Bagaimana?
Ubah apa yang ada dalam diri. Yang sudah sedia ada melekat daripada zahir. Perubahan memerlukan masa. Lebihkan masa dengan membaca. Membaca sesuatu yang berilmiah membantu kita untuk berfikiran secara terbuka, dan lebih membangun. Bukan hanya tahu merungut dan bersungut. Mengkritik! mengkritik itu boleh, cuma perlu pada tempatnya. Mengkritik hanya pada situasi yang diperlukan. Jika dalam situasi yang tidak perlu, itu bukan kritik, tapi mengumpat namanya. Usaha berubah kerana Allah. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kecantikan dimata-NYa bukan kecantikan fizik, tetapi kecantikan rohani, dalaman. Berbeza dengan pandangan manusia yang selalunya melihat kepada luaran terlebih dahulu. Terbatas!

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH
.

Entri pendek, maaflah kalau tiada apa yang mampu saya tulis hari ini. jika entri ini tidak membantu, maaf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...