klik!

Wednesday, February 1, 2012

Hati merintih



Duhai hati yang merintih, saat ini apa yang engkau inginkan? Sebuah kebahagiaan bukan? Bahagia itu terpulang kepadamu. Jika engkau memilih untuk bahagia, maka bahagialah.. Duhai hati yang merintih, saat ini apa yang engkau inginkan? Sebuah cinta? Semestinya cinta kekal yang engkau inginkan bukan? Itu juga pilihanmu, untuk memilih. Cinta palsu atau cinta sejati. Cinta Rabbi yang sukar dicari, lagi payah diperolehi. Saat engkau menikmati cinta itu, tenang segala-galanya. Engkau berasa lapang, segala-galanya indah. Benarlah kata orang, apa yang mahal itu sukar didapati. Seperti cinta ini juga, terlalu mahal sehingga hati yang merintih ini belum mampu menggapainya. Usahkan menggapai, menyentuhnya pun tak tercapai. Dalam benak, dalam fikiran, tersegam indah sebuah angan-angan. Angan yang tak kunjung kesampaian. Aku nak jadi solehah, nak jadi pejuang agama. Sebuah angan-angan kah? Itu masih angan-angan. Adakah angan-angan itu akan menjadi kenyataan. Jawabku, entah. Tidak pasti kerana diri ini sering lalai, leka, alpa. Ah! Bukan mudah untuk mencapai setahap itu. Perlukan Mujahadah yang unggul.

Ya Rabbi, siang hari aku lupa pada-Mu. Ya! Aku solat, aku membaca kalam-Mu. Tapi yang kurasakan, kosong. Seolah-olah segala-galanya sia-sia meski aku tahu Engkau mengganjarkan pahala untuk setiap itu. Insan lain rukuk, aku rukuk juga. Insan lain sujud, aku sujud juga. Tanpa mengenal makna setiap itu. Tiada rasa, tawar sahaja. Aku mencari kemanisan dalam semua ini. Namun tak kunjung jumpa. Malamnya, aku merenung langit-Mu. Ah! Sayunya! Engkau melihat diriku yang hina ini. Engkau melihat segala-galanya. Mata ini menangis. Alhamdulillah, lega. Manis terasa pula. Walaupun manis itu masih bercampur tawar. Namun, siang menerpa. Aku seperti semalam, seperti kelmarin juga. Lalai, alpa seperti biasa. Alangkah hinanya diri ini. Di hati tiada ruang untuk menggingati-Mu dek kelalaian yang melampau. Di hati tiada ruang menyintai dan merinduimu dek kealpaan yang menyengat.

Hatiku berbicara, adakah Tuhan masih memandangku?? Kenapa aku masih begini?? Kata orang, Allah selalu bersama kita. Lebih dekat daripada leher kita. Tapi kenapa Allah tak bantu aku? Tak tolong aku untuk dekatinya. Kata orang, jika kita datang kepada Allah sejengkal, Allah datang kepada kita sehasta. Jika kita datang kepada Allah sehasta, Allah datang sedepa. Jika kita datang kepada Allah berjalan, Allah datang kepada kita berlari. Hadith qudsi. Bungkam. Aku tak mampu memberikan alasan untuk menyalahkan Allah. Aku salah! Aku yang tidak menolong diriku sendiri.

Ah! Penat, letih, jemu. Bermacam-macam kata menggambarkan aku. Putus asa. Entah dimana harus ku tuju. Ku terus berjalan, mencari jalan pulang, tiada. Jalannya satu-satunya berpatah balik, perbetulkan segala-galanya. LILLAH! LILLAH! Lakukan segala-galanya kerana Allah. Ikhlas! Ikhlas! Mana??? Sulitnya menemukan ikhlas. Apatahlagi redho dan sabar...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...