klik!

Sunday, February 26, 2012

Sebuah Penghargaan.

Apabila berbicara tentang sesuatu, pasti berkait dengan manusia. Bukan haiwan, bukan tumbuhan. Penghargaan, penghargaaan! Manusia, apabila berbuat kebaikan, pasti dalam hatinya terdetik untuk diberi penghargaan. Penghargaan daripada manusia. Terima kasih pun jadilah! Nak lagi cantik, bagi duit, balasan.



Berbeza dengan orang yang ikhlas. Ikhlas melakukan segalanya kerana Allah, maka penghargaan Allah yang didamba. Jika kita mengintai Allah, Allah akan mengintai kita, LEBIH! begitu juga penghargaan. Kita berharap manusia menghargai kita, tapi hampa. Kita tidak dapat apa. Tapi Allah, Allah membalas dengan penghargaan yang penuh! Balasannya mungkin kita tak nampak didunia. Tapi di akhirat sana??

Oleh itu, jangan bersungut andai kita berbuat baik, tapi di dunia ini tak dibalas. Allah bagi ujian lagi, ujian lagi. Kiita pula mengeluh, mempersoalkan takdir.

"Kenapa? Why? Limaza?"

Jawapannya : Kerana Allah sayangkan kita.

Allah menghargai kebaikan yang kita lakukan, dan kebaikan itu akan dibalas. Jika bukan di dunia, di akhirat sana, dengan balasan yang lebih! Berganda-ganda! apalah sangat wang ringgit, hadiah yang kita beri di dunia nak dibanding dengan pemberian di syurga kelak.

Aku memberi cinta,
Adakah berharap untuk dicintai juga?
Ya!
Tapi bukan cinta dia,
Tapi cinta-Nya.

Itu pemberian daripada manusia. Daripada kita, sudah terasa apabila tak dihargai. Berasa seakan-akan sia-sia sahaja pemberian itu. Tidak dihargai, tidak dimanfaatkan. Bagaimana pemberian daripada Allah? Jika kita tak menghargai, adakah Allah seperti kita? terasa juga? Allah murka apabila pemberian-Nya, kita tak manfaatkan pada tempatnya.

Allah bagi mulut bukan untuk mengumpat. Allah bagi tangan bukan untuk mencuri. Allah bagi mata bukan untuk melihat kemungkaran. Allah bagi telinga bukan untuk mendengar maksiat. Allah bagi kaki, bukan untuk berjalan menuju neraka dunia. Allah bagi masa bukan untuk kita bazirkan. Tapi itu yang kita laksanakan!
Andai sahaja Allah seperti kita, pasti bala bencana Allah timpakan bertubi-tubi kepada kita yang tak sedar-sedar. Tapi Allah itu ar-Rahim, penyayang. Allah bagi kita peluang untuk bertaubat. Allah beri kasih sayang-Nya. Rezeki masih Allah bagi, terus menerus. Masih dapat makan seperti biasa. Allah sayangkan kita, cintakan kita. Tapi kita?

Belajar untuk menghargai maka, kita akan dihargai.

Bagaimana? How? Kaifa?
Dengan cinta.... dengan kasih sayang. Sayangi pemberi lebih daripada pemberian.
Allah bagi kita nikmat, janganlan sayang nikmat itu lebih daripada PEMBERI, iaitu Allah. Allah beri cinta, tapi kita lebih cinta kepada cinta yang diberi daripada cinta kepada PEMBERI CINTA.

Muhasabah. Iman yang seciput cuma, mampukah ianya bertahan hingga penghujung usia? Tanpa rahmat-Nya? Mustahil!

Minta dengan Allah, kuatkan iman, tautkan cinta kita kepadaNya! Belajarlah untuk menghargai DIA, menghargai pemberianNya.

Kerana diri-Mu begitu berharga......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...